Microsoft Word 2013 - Perisian dokumen dan pemprosesan perkataan

  • Nikmati pengalaman membaca skrin yang lebih menyenangkan mata

    Mod Membaca Baharu. Teks dialirkan semula dalam lajur secara automatik untuk pembacaan skrin yang lebih mudah. Bilangan menu yang kurang bermakna fokus yang ebih tinggi terhadap kandungan anda yang diiringi oleh alat yang menambah nilai kepada bacaan anda.

    Zum Objek. Dalam mod Membaca, anda boleh zum dengan mudah terhadap jadual, carta dan imej dan membuatkannya memenuhi skrin. Selepas anda mengetahui butirannya, satu lagi ketik atau klik akan meminimumkannya, agar anda boleh terus membaca.

    Teruskan Membaca. Nikmati pembacaan anda, berehat sebentar dan kemudian teruskan dari mana anda tinggalkan—walaupun pada PC atau tablet yang berbeza. Word menambah penanda buku secara automatik di tempat terakhir yang anda baca.*

    *Sambungan Internet diperlukan; mesti ditandatangani dengan akaun Microsoft atau akaun Office 365.

    Nikmati pengalaman membaca skrin yang lebih menyenangkan mata
  • Bekerjasama dengan lebih mudah

    Balas Komen. Jejak perbualan. Tempatkan dan balas komen betul-betul bersebelahan teks yang anda bincangkan, agar semua orang boleh melihat siapa yang membalas siapa dan bila.

    Perkongsian Dipermudahkan. Anda boleh yakin bahawa semua orang sedang menjejaki versi terkini kerana fail anda disimpan dalam talian di OneDrive atau SharePoint secara lalai.* Hantar kepada semua orang pautan tunggal kepada fail yang sama bersama-sama keizinan untuk melihat dan mengeditnya menerusi Word.

    Persembahkannya Dalam Talian. Nikmati kefleksibelan yang lebih tinggi. Paparkan dokumen anda kepada semua orang dalam kumpulan kerja anda, walaupun mereka tidak memiliki Word. Hantar pautan kepada mereka dan apabila anda paparkan dokumen anda di skrin anda, mereka boleh mengikutinya dalam pelayar dalam talian mereka.

    *Sambungan Internet diperlukan; mesti ditandatangani dengan akaun Microsoft atau akaun Office 365.

    Bekerjasama dengan lebih mudah
  • Perkemaskan dokumen anda seperti seorang pro

    Aliran Semula PDF. Berikut ialah penjimat masa yang anda pasti sukai: Buka PDF dalam Word dan nikmati pengeditan kandungan, seperti perenggan, senarai dan jadual, bagaikan anda telah menciptanya dalam Word.

    Panduan Penjajaran. Capai penampilan yang kemas dan profesional—jajarkan carta, foto, video dan gambar rajah dengan teks anda. Panduan penjajaran yang berguna akan muncul apabila anda memerlukannya dan akan hilang apabila anda selesai.

    Tataletak secara Langsung. Eksperimen dengan tataletak. Apabila anda menyeret foto, video atau bentuk ke kedudukan, teks akan mengalir semula dengan segera—di depan mata anda. Lepaskan butang tetikus dan objek anda serta teks di sekelilingnya akan kekal berada di mana anda inginkannya.

    Perkemaskan dokumen anda seperti seorang pro

Kerja

dari mana-mana sahaja

Pastikan

kerja anda terserlah

Bersambung

dengan blog
Akses, lihat dan edit dokumen dari tablet Windows anda, iPad, Windows Phone, iPhone, telefon Android, atau web.
Tunjukkan gaya dan keprofesionalan anda dengan templat dan jimatkan masa. Layari templat Word dalam lebih 40 kategori.
Cari petua klasik dan cara editor untuk membantu anda mencipta, mengedit dan memperkemaskan dokumen seperti seorang pro.

Dapatkan bantuan

dengan soalan Word anda
iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.