Mengarang bersama dokumen di mana-mana sahaja

Jimatkan masa dan mesej e-mel dengan bekerja bersama-sama pada dokumen secara dalam talian. Selepas anda menyiarkan dokumen Word anda ke SharePoint atau OneDrive, semua orang dalam pasukan anda boleh membukanya dan membuat perubahan, walaupun pada masa yang sama.

Jika fail anda disimpan pada OneDrive atau Microsoft SharePoint Server 2013, anda boleh menguruskannya dalam Word Online dengan mengklik Edit Dokumen > Edit dalam Word Online.

Apabila individu lain membuka dokumen, Word memberi isyarat kepada anda dan meletakkan pemberitahuan dalam bar status. Klik pemberitahuan untuk melihat individu yang bekerja dengan anda.

Nama pengarang yang bekerja dalam fail

Anda boleh mengetahui di mana individu lain sedang bekerja dalam dokumen.

Nama pengarang di mana pengarang sedang bekerja dalam dokumen.

Setiap kali anda menyimpan dokumen, pengeditan anda menjadi tersedia kepada individu lain yang sedang bekerja dengannya. Mereka dapat melihat pengeditan anda sebaik sahaja mereka menyimpan kerja mereka. Sebarang perubahan yang dibuat oleh mereka akan muncul pada skrin dengan latar hijau. Latar akan hilang selepas anda menyimpan pada masa berikutnya dan ia tidak akan muncul apabila anda mencetak dokumen.

Konsep pengeditan ialah siapa cepat dia dapat. Apabila anda mula mengubah teks, kawasan itu akan dikunci dan tiada sesiapa dapat menulis ganti perubahan anda. Namun, jika seseorang mula mengedit secara serentak atau jika seseorang bekerja dalam dokumen semasa ia di luar talian, Word akan menunjukkan sebarang konflik semasa anda menyimpan pada masa berikutnya. Memilih perubahan yang anda ingin simpan.

Apabila anda memerlukan Word

Kadangkala, anda mungkin tidak dapat mengedit dokumen anda dalam Word Online.

Contohnya, jika dokumen anda termasuk komen atau perubahan terjejak, Word Online akan meminta anda membuka dokumen dalam Word sebelum anda boleh membuat perubahan.

Untuk maklumat lanjut tentang situasi yang anda perlu membuka dokumen dalam Word, lihat Perbezaan antara menggunakan dokumen dalam pelayar dan dalam Word.

Jika pengarangan bersama tidak berfungsi

Jika anda tidak dapat bekerja bersama-sama dalam dokumen, di sini terdapat beberapa perkara untuk disemak:

Versi Word

Adakah sesiapa yang bekerja dalam Word 2007? Pengarangan bersama boleh berfungsi dalam Word 2013, Word 2010 dan Word for Mac 2011 tetapi bukan dalam versi Word terdahulu.

Jenis fail

Adakah dokumen fail .doc? Jika ya, anda boleh bekerja bersama-sama dengan menukar dokumen kepada fail .docx.

Ditandakan sebagai muktamad

Adakah dokumen telah muktamad? Jika ia ditandakan sebagai muktamad dan anda ingin membuat perubahan padanya, klik Edit Juga dalam bar di atas dokumen.

Seting Simpan

Adakah kotak Simpan nombor rawak untuk menambah baik ketepatan Gabung telah ditanda? (Klik tab Fail > Opsyen > Pusat Amanah > Seting Pusat Amanah > Opsyen Privasi. Dalam seksyen Seting khusus dokumen, tandakan kotak semak Simpan nombor rawak untuk menambah baik ketepatan Gabung.)

Seting dasar

Adakah seting dasar digunakan? Sesetengah seting dasar Microsoft Office menghalang pengarangan bersama termasuk Nyahdaya Dasar Klien Autocantum, Nyahdaya Dasar Klien Pengarangan Bersama dan Nyahdaya Dasar Pelayan Pengarangan Bersama.

Perkara yang terkandung dalam dokumen

Adakah dokumen mengandungi objek OLE, makro atau set bingkai HTML? Adakah isi dokumen mengandungi kawalan ActiveX? Atau adakah dokumen merupakan dokumen induk atau subdokumen? Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini adalah ya, pengarangan bersama tidak akan berfungsi.

 
 
Berkenaan dengan:
Word 2013