Mencipta dokumen baru menggunakan templat

Cari atau cipta templat yang betul agar anda dapat mengelakkan kerja mencipta semula kandungan asas dan maklumat tataletak berulang kali. Oleh sebab, Word menyimpan perubahan anda pada dokumen baru dan bukannya templat, anda boleh menggunakan templat tersebut tanpa had.

Pada kali pertama anda memulakan Word, anda akan melihat senarai templat secara automatik. Untuk melihat senarai pada lain masa, klik Fail > Baru.

Pengalaman memulakan Word

 Petua    Klik Dokumen kosong atau tekan ESC untuk bermula dengan halaman kosong.

Anda boleh mencari lebih banyak templat apabila anda melihat Cari templat dalam talian. Untuk capaian segera kepada templat popular, klik sebarang kata kunci di bawah kotak carian.

Kotak carian dan carian yang dicadangkan

Setelah anda menemui templat yang anda suka, dwiklik templat untuk mencipta dokumen berdasarkan templat tersebut. Untuk melihat dengan lebih dekat, klik imej kecil untuk melihat pratonton yang lebih besar. Klik anak panah pada salah satu sisi tetingkap pratonton untuk melihat templat yang berkaitan.

Pratonton templat

Daripada tetingkap pratonton, dwiklik imej kecil atau klik Cipta untuk memulakan dokumen baru berdasarkan templat tersebut.

Jika anda sering menggunakan templat, anda boleh pinkannya supaya ia sentiasa ada di situ apabila anda memulakan Word. Hanya klik ikon pin tekan yang muncul di bawah imej kecil dalam senarai templat.

Mengepin templat

Templat yang dipinkan tidak akan menunjukkan pratonton. Anda hanya dwiklik imej kecil templat yang dipinkan untuk mencipta dokumen baru dengan cepat berdasarkan templat tersebut.

Jika anda mengamalkan tabiat kerap membuka dokumen tertentu, mengubah bahagian yang ketinggalan, kemudian menyimpan dokumen dengan nama yang baru, pertimbangkan untuk menyimpan dokumen sebagai templat sebaliknya. Dengan cara itu, anda mempunyai satu induk yang kosong dan terkini untuk digunakan.

 
 
Berkenaan dengan:
Word 2013