Tugas asas dalam OneNote Online

Dengan OneNote Online, anda boleh menggunakan pelayar web anda untuk mencipta, membuka, melihat, mengedit, memformatkan dan berkongsi buku nota OneNote yang anda simpan diOneDrive. Jika organisasi atau kolej anda mempunyai pelan Office 365 atau laman SharePoint, mula gunakan OneNote Online dengan mencipta atau berkongsi buku nota dalam pustaka di laman anda.

Artikel ini merangkakan beberapa langkah asas untuk membantu anda bermula dengan OneNote Online.

 Nota    Jika anda menggunakan OneNote Web App dengan SharePoint 2010, lihat Pengenalan kepada OneNote Web App dan OneNote Web App secara sekilas pandang .



Mencipta buku nota baru

Daftar masuk ke OneDrive atau laman pasukan anda dan cipta buku kerja dalam pelayar. Klik Cipta > Buku nota OneNote dan berikan nama kepada buku nota tersebut.

Mencipta Dokumen Baru  

Atas Halaman Atas Halaman

Menaip atau menulis nota dalam pelayar

OneNote Online membolehkan anda mengedit buku nota OneNote berasaskan awan dengan membukanya dalam pelayar anda kemudian menaip di mana-mana sahaja pada halaman. Selain daripada menaip dan memformatkan teks, anda juga boleh menambahkan gambar dan lukisan klip pada nota anda.

OneNote Online tidak mempunyai perintah Simpan. Semua kerja anda disimpan secara automatik dan berterusan. Jika anda mengubah fikiran tentang sesuatu yang anda telah taip, tambah atau padamkan pada nota anda, tekan Ctrl+Z (Windows) atau ⌘+Z (Mac) untuk membuat asal tindakan terakhir anda.

Tab di sepanjang bahagian kiri skrin mewakili halaman yang dikumpulkan kepada seksyen untuk membantu anda mengatur buah fikiran anda.

Tab halaman dalam OneNote Online
 

Jika anda cuba menaip dalam buku nota dan tiada apa-apa yang berlaku, anda mungkin berada dalam pandangan Membaca. Tukar kepada pandangan Pengeditan, klik Edit Buku Nota > Edit dalam OneNote Online.

Mengedit Buku Nota dalam OneNote Online

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah pautan

Apabila anda menaip teks yang dikenal pasti oleh OneNote Online sebagai pautan (juga dikenali sebagai hiperpautan), teks tersebut akan diformatkan sebagai pautan secara automatik. Contohnya, sekiranya anda menaip www.microsoft.com pada nota anda, OneNote Online akan menukarnya kepada pautan. Dalam contoh ini, mengklik pautan akan membuka laman web Microsoft dalam pelayar anda.

Anda juga boleh menyelitkan pautan ke dalam nota anda secara manual dengan melakukan perkara berikut:

  1. Pilih teks yang anda ingin jadikan pautan.
  2. Klik Selitkan > Pautan.
  3. Dalam kotak dialog Pautan, taip URL destinasi pautan pada medan Alamat kemudian klik Selitkan.
     

 Nota    Untuk mengedit atau mengalih keluar pautan, klik kanan padanya dalam nota anda kemudian klik sama ada Edit Pautan atau Alih Keluar Pautan .

Atas Halaman Atas Halaman

Menyelitkan gambar

OneNote Online membolehkan anda menyelitkan gambar atau lukisan klip pada nota anda dengan mudah.

  1. Pada sebarang halaman, letakkan kursor di tempat yang anda ingin selitkan gambar.
  2. Klik Selitkan kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
  • Klik Gambar untuk menyelitkan fail gambar daripada komputer anda.
  • Klik Lukisan Klip untuk mencari dan menyelitkan gambar dari pustaka imej Office.

Atas Halaman Atas Halaman

Melukis jadual

Jadual merupakan cara yang hebat untuk mengatur maklumat dalam nota anda. Untuk mencipta jadual dalam OneNote Online, mula dengan melukis grid ringkas.

  1. Klik Selitkan > Jadual.
  2. Alihkan penuding tetikus di atas grid untuk memilih saiz jadual yang anda inginkan kemudian klik butang tetikus kiri untuk mencipta jadual. Contohnya, pemilihan jadual 4x6 akan mencipta jadual dengan 4 lajur dan 6 baris.
     

Untuk mengubah suai dengan cepat jadual atau mana-mana bahagiannya, klik kanan dalam sebarang sel jadual kemudian klik tab Tataletak yang muncul pada reben. Alat jadual yang didapati di sini membolehkan anda menyelit dan mengalih keluar baris dan lajur, memilih sel dan julat sel, menunjukkan atau menyembunyikan sempadan jadual dan menjajarkan sel jadual menurut keinginan anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah lebih banyak halaman

Untuk mewujudkan lebih banyak ruang dalam mana-mana seksyen buku nota anda, anda boleh menambahkan sebanyak mana halaman yang anda inginkan.

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Klik Selitkan > Halaman Baru kemudian taipkan tajuk halaman di bahagian atas halaman baru.
  • Klik kanan pada sebarang tab seksyen yang sedia ada dalam buku nota kemudian klik Halaman Baru.

 Nota    Untuk mengubah tertib tab halaman anda di bar sisi, klik dan seret sebarang tab halaman ke posisi baru.

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah lebih banyak seksyen

Untuk mengaturkan buku nota anda ke dalam kategori yang berbeza dengan lebih baik, anda boleh menambahkan seberapa banyak seksyen menurut kehendak anda.

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Klik Selitkan > Seksyen Baru, kemudian taipkan nama untuk seksyen baru apabila digesa.
  • Klik kanan pada sebarang tab halaman yang sedia ada dalam buku nota kemudian klik Seksyen Baru.

 Nota    Untuk mengubah tertib tab seksyen anda di bar sisi, klik dan seret sebarang tab seksyen ke posisi baru.

Atas Halaman Atas Halaman

Menyimpan nota anda

OneNote Online tidak mempunyai butang Simpan. Hal ini sedemikian kerana anda tidak perlu menyimpan kerja anda dalam OneNote seperti yang anda lakukan dalam program lain.

Semasa anda menggunakan buku nota anda, OneNote Online menyimpan semuanya secara automatik untuk anda , tanpa mengira betapa kecil atau besar perubahan yang anda lakukan. Hal ini membolehkan anda memfokuskan minda anda pada projek, buah fikiran dan idea anda dan bukannya berfikir tentang fail komputer anda.

Jika anda mengubah fikiran tentang apa-apa yang anda telah taip, tambah atau padamkan dalam nota anda, tekan Ctrl+Z (Windows) atau ⌘+Z (Mac) untuk membuat asal tindakan terakhir anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Berkongsi nota OneNote dalam talian

Oleh sebab buku nota anda berada dalam talian, anda boleh berkongsinya dengan menghantar pautan selain daripada lampiran e-mel. Dengan mengklik pautan, orang boleh membaca nota anda dalam pelayar web mereka.

Perintah Kongsi dalam OneNote Online

Atas Halaman Atas Halaman

Bekerja bersama-sama dalam buku nota

Bekerja bersama-sama dalam buku nota ialah cara yang baik untuk memberi sumbang saran atau membuat penyelidikan untuk projek kumpulan.

OneNote Online menunjukkan anda kemas kini apabila ia berlaku dan anda boleh melihat sesuatu yang dilakukan dan individu yang melakukannya pada halaman tersebut: Tuju ke Pandangan > Tunjukkan Pengarang (klik padanya sekali lagi untuk menyembunyikan nama pengarang).

Perintah Tunjukkan Pengarang

OneNote memastikan buku nota disegerakkan dengan semua orang walaupun jika mereka menggunakan peranti berlainan. Rakan sekerja anda boleh menggunakan OneNote Online, aplikasi desktop OneNote 2010 atau 2013 atau OneNote Mobile pada telefon atau tablet mereka.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
OneNote Online