Mengedit dokumen Office dalam OneDrive

Dengan Office Online dalam OneDrive, anda dapat mencapai dokumen Word, Excel, PowerPoint dan OneNote anda apabila anda dapat mencapai web. Anda boleh mengedit dengan cepat dalam pelayar web dan anda boleh membukanya dengan mudah dalam program desktop Office untuk membuat perubahan yang meluas.

Mula-mula, daftar masuk ke OneDrive.com. Pergi ke folder yang menyimpan dokumen anda, klik kanan pada dokumen kemudian pilih perintah untuk membuka dokumen dalam program dalam taliannya (contohnya, Buka PowerPoint Online bagi persembahan PowerPoint).

Mengedit dalam Pelayar

Dokumen anda dibuka dalam Office Online yang membolehkan anda melihat dan mengedit dalam pelayar. Untuk mengedit, klik perintah Edit, kemudian klik perintah untuk mengedit dalam program dalam talian.

Mengedit dalam PowerPoint Online

Jika anda ingin membuat perubahan yang memerlukan kemampuan yang penuh yang ditemui dalam program desktop Office, klik perintah untuk mengedit dokumen dalam program desktop.

Perintah Edit dalam PowerPoint

 
 
Berkenaan dengan:
Office 2013