Mendaftar masuk ke Outlook Web App

Anda boleh menggunakan Outlook Web App untuk mencapai e-mel dalam Office 365 untuk perniagaan atau akaun e-mel berasaskan Microsoft Exchange yang lain menerusi pelayar web. Alamat web yang anda akan gunakan untuk mendaftar masuk ke Outlook Web App bergantung pada jenis akaun yang anda miliki. Contohnya, jika anda menggunakan Office 365 untuk perniagaan, pergi ke halaman daftar masuk Office 365.

 Nota    Outlook Web App adalah versi pelayar web Outlook yang digunakan oleh perniagaan dan organisasi. Outlook Web App hanya boleh digunakan untuk mencapai Office 365 untuk perniagaan dan akaun lain yang dihoskan pada pelayan yang menjalankan Microsoft Exchange Server 2013.

Jika anda mempunyai soalan tentang Outlook Web App atau menggunakan Outlook.com, lihat Soalan lazim di penghujung artikel ini.

Bagaimanakah saya boleh mendaftar masuk ke Outlook Web App?

  1. Buka pelayar web anda atau jika ia sudah terbuka, buka tetingkap baru.
  2. Pergi ke halaman daftar masuk yang sepadan dengan jenis akaun yang anda miliki.
Akaun Jenis Maklumat daftar masuk
Microsoft Office 365 untuk perniagaan (Office 365 Small Business, Office 365 Midsize Business, Office 365 Enterprise) Berasaskan awan Pergi ke halaman daftar masuk Office 365.
Microsoft Live@edu Berasaskan awan Pergi ke http://outlook.com.
Akaun e-mel korporat Pada premis (Microsoft Exchange Server) Pergi ke alamat web yang disediakan oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda. Contohnya, syarikat bernama Contoso mungkin menggunakan URL seperti https://mail.contoso.com.

 Nota    Jika anda mempunyai akaun Live@edu, anda juga mungkin dapat mencapai e-mel anda menerusi URL disesuaikan yang dicipta oleh individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  1. Masukkan alamat e-mel penuh untuk akaun anda.
  2. Masukkan kata laluan anda.
  3. Klik Daftar Masuk.
  4. Selepas anda mendaftar masuk, jika anda menggunakan Office 365 untuk perniagaan, pilih Outlook di bahagian atas halaman. Jika anda menggunakan e-mel korporat, pilih Mel di bahagian atas halaman.

Soalan lazim

Apakah perbezaan antara Outlook.com dan Outlook Web App?

Outlook Web App adalah versi pelayar web Outlook yang digunakan oleh perniagaan dan organisasi. Outlook Web App hanya boleh digunakan untuk mencapai Office 365 untuk perniagaan dan akaun lain yang dihoskan pada pelayan yang menjalankan Microsoft Exchange Server 2013.

Outlook.com (dahulunya Hotmail) adalah perkhidmatan e-mel moden yang menyediakan e-mel percuma untuk kegunaan peribadi. Alamat e-mel Outlook.com termasuk @outlook.com, @hotmail.com, @msn.com atau @live.com. Anda tidak mendaftar masuk ke akaun Outlook.com menggunakan Outlook Web App. Untuk maklumat mengenai cara untuk mencapai akaun Outlook.com sedia ada anda atau mendaftar untuk akaun Outlook.com baru, pergi ke Outlook.com.

Apakah pelayar yang boleh saya gunakan dengan Outlook Web App?

Anda boleh menggunakan pelayar web paling popular untuk mencapai peti mel anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sokongan pelayar, lihat topik ini: Pelayar yang disokong untuk Outlook Web App.

Bagaimanakah saya menggunakan Outlook Web App?

Untuk maklumat tentang menggunakan Outlook Web App, jika anda menggunakan Office 365, sila lihat Mari bermula dalam Outlook Web App for Office 365. Jika anda tidak menggunakan Office 365, sila lihat Mari bermula dalam Outlook Web App.

Apakah cara lain untuk saya bersambung ke e-mel saya?

Outlook Web App adalah cara yang baik untuk mencapai Office 365 untuk perniagaan anda atau akaun e-mel berasaskan Exchange lain menggunakan pelayar web. Untuk maklumat tentang cara anda boleh menyambung ke akaun anda menggunakan peranti mudah alih, versi desktop Outlook (contohnya, Outlook 2013 atau Outlook 2010), atau program e-mel lain (contohnya, Mac Mail atau Mozilla Thunderbird), lihat Rujukan persediaan program e-mel.

Bagaimana jika saya menggunakan Office 365 Home Premium?

Jika anda menggunakan Office 365 Home Premium, anda tidak mencapai e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Office 365 Home Premium tidak termasuk perkhidmatan e-mel. Untuk maklumat, lihat Office 365 Home Premium.

Di manakah pentadbir boleh mengetahui tentang mencipta URL pelanggan untuk mendaftar masuk ke Outlook Web App?

Jika anda pentadbir bagi organisasi anda dan menggunakan perkhidmatan berdasarkan awan, lihat Mengkonfigurasikan URL Daftar Masuk untuk Outlook Web App.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Outlook Web App, Outlook Web App for Office 365 untuk perusahaan, Outlook Web App for Office 365 untuk profesional dan perniagaan kecil