Gambaran keseluruhan kalendar

Kalendar anda membolehkan anda mencipta dan menjejak janji temu dan mesyuarat. Anda boleh mencipta berbilang kalendar, memaut kepada kalendar orang lain dan juga berkongsi kalendar anda dengan orang lain dalam organisasi anda.

Dalam artikel ini


Apa yang anda dapat lihat dalam Kalendar

Selepas Peti Masuk anda, kalendar kemungkinannya tempat anda menghabiskan banyak masa apabila menggunakan Outlook Web App. Anda boleh melihat kalendar anda dengan empat cara yang berlainan: Hari, Minggu kerja, Minggu dan Bulan.

Melihat butiran peristiwa dengan cepat

Anda boleh klik sebarang peristiwa dalam kalendar anda untuk melihat ringkasan peristiwa tersebut.

Peristiwa yang anda cipta akan menunjukkan anda sebagai pencipta dan mempunyai pautan untuk mengedit atau memadamkan peristiwa tersebut.

pandangan pantas bagi peristiwa

Mesyuarat yang anda dijemput akan menunjukkan penganjurnya dan menyertakan pautan untuk memberi respons kepada jemputan. Sekiranya penganjur menyertakan jemputan mesyuarat dalam talian, anda akan melihat pautan untuk menyertai mesyuarat tersebut.

pandangan pantas bagi minggu

Pandangan minggu

Pandangan minggu ialah pandangan lalai apabila anda pertama kali melawat kalendar anda dalam Outlook Web App. Anda boleh mengubahnya kepada Hari, Minggu kerja atau Bulan menggunakan opsyen dalam penjuru atas.

Pandangan minggu kalendar

  1. Cipta peristiwa baru dengan mengklik baru Peristiwa baru. Peristiwa boleh merupakan janji temu, mesyuarat atau peristiwa sepanjang hari.
  2. Gunakan kalendar untuk menavigasi dari satu tarikh ke tarikh lain. Pelorekan menunjukkan minggu yang anda sedang lihat dan pelorekan lebih gelap menandakan tarikh semasa. Anda boleh menggunakan ikon kalendar di bahagian atas untuk meruntuhkan atau mengembangkan sisi pandangan kalendar ini.
  3. Anda boleh melihat lebih daripada satu kalendar pada satu masa. Seksyen ini membolehkan anda mencipta kalendar lain, seperti kalendar untuk projek tertentu atau untuk menjejak janji temu peribadi. Anda juga boleh menambahkan kalendar orang lain dan memilih kalendar untuk dipaparkan. Jika anda memilih berbilang kalendar untuk dipaparkan, ia akan dicantumkan ke dalam satu pandangan dengan setiap kalendar diberikan warna yang berlainan.
  4. Ini adalah kawasan lain yang anda boleh gunakan untuk menavigasi dari satu hari ke hari yang lain. Klik sebarang tarikh untuk pergi ke tarikh tersebut. Atau klik anak panah pada salah satu hujung untuk melihat tarikh sebelum atau selepas tarikh yang dipaparkan.
  5. Tetingkap utama, yang mana kalendar akan dipaparkan. Dwiklik sebarang ruang putih dalam tetingkap ini untuk mencipta item kalendar yang baru. Atau, klik dan seret untuk mencipta item baru dalam masa yang telah anda pilih.
  6. Pilih pandangan yang anda ingini dan kongsi atau cetak kalendar anda.

Pandangan hari

Pandangan hari sangat berguna jika anda mempunyai jadual yang sangat sibuk atau jika anda ingin melihat berbilang jadual secara sebelah-menyebelah. Kawalannya kekal sama, hanya pandangannya telah berubah.

Pandangan bulan

Pandangan bulan boleh menjadi sangat penuh sesak. Untuk menjadikannya lebih berguna, terdapat agenda yang dipaparkan untuk hari terpilih:

Pandangan Bulan Kalendar

  1. Pelorekan menunjukkan tarikh semasa.
  2. Pelorekan yang lebih cerah menunjukkan bulan terpilih.
  3. Pelorekan menunjukkan hari terpilih dan nombor memberitahu bilangan item tidak dipaparkan yang terdapat pada setiap hari. Dwiklik item untuk membukanya. Anda boleh mencipta peristiwa baru pada sebarang tarikh dengan dwiklik ruang putih pada tarikh.
  4. Item berlorek adalah peristiwa sepanjang hari.
  5. Agenda untuk hari terpilih. Anda boleh mencipta item baru pada tarikh semasa dengan dwiklik ruang putih dalam agenda.

Atas Halaman Atas Halaman

Membuka peristiwa dalam tetingkap berasingan

Secara lalai, anda membaca dan mencipta peristiwa pada tindanan pada halaman kalendar utama tetapi ia mungkin bukan sentiasa sesuatu yang anda inginkan. Kadangkala anda perlu melihat sesuatu peristiwa dalam tetingkap berasingan. Anda boleh menimbulkan sebarang peristiwa ke dalam tetingkap baru dengan mengklik ikon timbul timbul dalam penjuru atas mesej.

Atas Halaman Atas Halaman

Mencipta item kalendar

Untuk membuka item kalendar baru dalam sebarang pandangan, anda boleh klik baru Peristiwa baru atau dwiklik sebarang ruang putih. Dalam pandangan hari, minggu kerja dan minggu, anda boleh klik atau seret untuk memilih blok masa. Atau anda boleh terus taipkan subjeknya pada kalendar. Dwiklik item baru untuk membukanya dan menambah butiran lain.

Mencipta janji temu

Klik baru Peristiwa baru atau dwiklik kalendar untuk membuka borang item kalendar baru.

item kalendar baru

  1. Masukkan perihalan pendek bagi peristiwa.
  2. Tambah lokasi jika anda inginkan.
  3. Pilih tarikh dan masa bermula.
  4. Pilih tempoh. Pilih Sepanjang hari untuk peristiwa sepanjang hari. Peristiwa sepanjang hari muncul pada atas kalendar.
  5. Gunakan Tunjukkan sebagai untuk memilih cara anda ingin masa kelihatan pada kalendar anda.
  6. Ubah atau matikan peringatan.
  7. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kalendar, pilih kalendar yang ingin disimpankan padanya.
  8. Setkan corak ulangan jika anda ingin peristiwa ini berulang.
  9. Tandakannya sebagai Persendirian jika anda tidak mahu sesiapa yang telah berkongsi kalendar anda melihat butirannya.
  10. Gunakan kawasan Nota untuk menambahkan sebarang maklumat lain yang anda ingini.
  11. Klik Simpan Simpan untuk menyimpan perubahan anda atau buang Buang untuk batal.

Atas Halaman Atas Halaman

Mencipta mesyuarat

Mesyuarat adalah peristiwa kalendar yang anda hantar kepada orang lain. Anda mencipta mesyuarat sama seperti anda membuat janji temu tetapi anda menjemput hadirin dan mungkin menambah sumber seperti bilik persidangan.

Selepas anda memilih baru Peristiwa baru, anda akan mengikuti kebanyakan daripada langkah yang sama. Untuk menukar item kalendar kepada jemputan, mula dengan memasukkan nama individu yang anda ingin jemput dalam medan Hadirin.

tambah peserta

  1. Anda boleh terus taipkan nama dalam medan Peserta untuk menambahkannya.
  2. Masukkan lokasi atau pilih Tambah bilik untuk melihat senarai bilik persidangan yang tersedia daripada buku alamat organisasi anda. Pilih Pembantu Penjadualan untuk menunjukkan kalendar peserta. Anda juga boleh menambah atau mengalih keluar peserta dan menjadualkan sumber secara automatik seperti bilik persidangan.
  3. Untuk melihat ketersediaan hadirin dan bilik persidangan, pilih Pembantu Penjadualan. Apabila anda telah selesai, klik tanda semak OK untuk menyimpan perubahan anda atau buang Buang untuk batal. Mana-mana satu akan membawa anda kembali ke borang peristiwa yang anda boleh membuat sebarang perubahan lain yang anda ingini sebelum menghantar. Untuk maklumat lanjut, lihat Menggunakan Pembantu Penjadualan.
  4. Jika mesyuarat dalam talian didayakan untuk akaun anda, anda boleh menambah pautan mesyuarat dalam talian dengan memilih Mesyuarat dalam talian.
  5. Secara lalai,Minta respons dihidupkan, tetapi anda boleh mematikannya jika anda tidak ingin tahu individu yang telah menerima atau menolak jemputan itu. Jika anda membiarkan minta respons dihidupkan, anda akan menerima mesej sebaik saja setiap peserta menerima atau menolak jemputan anda.
  6. Klik hantar Hantar untuk menyimpan perubahan anda dan mengirim jemputan kepada peserta atau buang Buang untuk batal.

Atas Halaman Atas Halaman

Berkongsi kalendar anda

Dengan beberapa klik, anda boleh berkongsi kalendar anda dengan orang lain dalam organisasi anda.

Mula dengan mengklik kongsi Kongsi pada bahagian atas tetingkap kalendar.

owa_sharecalendar

  1. Masukkan nama individu yang anda ingin kongsikan kalendar anda dengannya dalam kotak Kongsi dengan. Outlook Web App akan mencari mereka secara automatik dalam buku alamat.
  2. Selepas mereka ditemui, mereka akan ditambah secara automatik kepada senarai individu untuk berkongsi. Anda boleh menambahkan seramai mungkin individu yang anda inginkan.
  3. Pilih jumlah maklumat yang anda ingin kongsi. Butiran penuh membenarkan seseorang melihat semua maklumat mengenai peristiwa pada kalendar anda, kecuali peristiwa yang ditandakan sebagai Persendirian. Butiran terhad akan menunjukkan subjek dan lokasi. Ketersediaan sahaja hanya menunjukkan bahawa anda mempunyai peristiwa pada masa tertentu tetapi tiada butiran lain. peristiwa peribadi akan sentiasa menunjukkan sebagai sibuk.
  4. Anda boleh mengedit subjek jika anda inginkan.
  5. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kalendar, pilih kalendar yang anda ingin kongsi. Kebanyakan individu berkongsi kalendar lalai mereka (dipanggil Kalendar) tetapi anda boleh berkongsi sebarang kalendar yang menjadi sebahagian daripada kotak mel anda.
  6. Selepas anda menambahkan setiap individu yang anda ingin berkongsi dengannya dan aras capaian yang anda ingin berikan kepada mereka, klik hantar Hantar untuk menghantarkan jemputan perkongsian kepada individu yang telah anda tambahkan atau buang Buang untuk batal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkongsian kalendar, sila lihat Berkongsi kalendar anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Menggunakan Outlook Web App pada peranti mudah alih

Jika anda menggunakan Outlook Web App pada peranti mudah alih, seperti tablet atau telefon pintar, anda akan melihat sesuatu yang berbeza daripada imej di atas.

Kalendar

Kebanyakan ciri berfungsi secara sama apabila anda menggunakan Outlook Web App pada komputer desktop atau komputer riba, tetapi anda melakukan sesetengah perkara secara sedikit berbeza.

Ketik ikon navigasi Navigasi di penjuru bawah untuk bertukar antara Mel, Kalendar dan Individu.

Untuk mengubah pandangan kalendar, ketik pandangan hari Pandangan hari, pandangan minggu kerja Pandangan minggu kerja, pandangan minggu Pandangan minggu atau pandangan bulan Pandangan bulan. Untuk melangkau ke hari ini, ketik Pergi ke Hari Ini. Ketik ikon lain Opsyen lain untuk melihat lebih banyak pemilihan. Jika anda menggunakan telefon pintar, hanya pandangan hari dan bulan akan tersedia.

Anda mencipta item baru dengan mengetik ikon item baru Baru. Ketik ikon chevron Chevron atas Chevron kiri untuk mengembangkan atau meruntuhkan bahagian skrin yang menunjukkannya.

Untuk menuju ke Opsyen apabila anda menggunakan peranti mudah alih, ketik ikon lain Opsyen lain kemudian ketik Opsyen. Untuk maklumat lanjut, lihat Opsyen pada peranti mudah alih.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Office 365 Enterprise, Office 365 Midsize Business, Office 365 Small Business, Outlook Web App, Outlook Web App for Office 365 untuk perusahaan, Outlook Web App for Office 365 untuk profesional dan perniagaan kecil, Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business