Berkongsi hamparan, dokumen, persembahan atau buku nota dalam OneDrive

Dokumen Office anda disimpan di OneDrive. Sekarang kongsikannya dengan kawan anda atau seluruh dunia.

  1. Pergi ke OneDrive anda dan klik kanan pada dokumen kemudian klik Kongsi.
    Perintah kongsi
  2. Taipkan alamat e-mel individu yang anda ingin berkongsi dokumen dengannya. Tekan ENTER antara berbilang alamat. Apabila anda klik Kongsi, mesej anda akan disertakan pautan ke dokumen tersebut. Penerima anda perlu mendaftar masuk dengan akaun Microsoft untuk mengedit dokumen.
    Taipkan alamat e-mel dan mesej untuk menge-melkan pautan

Mencipta pautan yang anda boleh salin dan tampal

Jika anda tidak tahu alamat e-mel individu tersebut atau jika anda inginkan pautan yang membolehkan orang lain mengedit dokumen anda tanpa perlu mendaftar masuk, klik Dapatkan pautan selepas anda klik Kongsi. Kemudian klik Cipta pautan untuk mencipta pautan yang anda boleh salin dan tampal.

Mencipta pautan Lihat dan Edit

 Petua    Jika anda menampal dalam tweet atau jika URL terlalu panjang, klik Pendekkan kemudian salinnya.

Berkongsi untuk dilihat sahaja

Jika anda ingin orang lain melihat dokumen anda tanpa mengeditnya, anda boleh berkongsinya sebagai lihat sahaja.

Dengan jemputan e-mel

Dalam jemputan, klik Penerima boleh edit, kemudian tukar kepada Penerima boleh lihat sahaja.

Memilih opsyen lihat sahaja dan daftar masuk diperlukan dalam e-mel jemputan

 Nota    Jika anda ingin mengehadkan individu yang boleh melihat dokumen, klik Penerima tidak memerlukan akaun Microsoft , kemudian tukar kepada Penerima perlu mendaftar masuk dengan akaun Microsoft .

Dengan pautan lihat sahaja

Selepas anda menuju ke Kongsi > Dapatkan pautan, klik Edit dan tukar kepada Lihat sahaja sebelum anda klik Cipta pautan.

Memilih opsyen Lihat sahaja sebelum mencipta pautan untuk disalin dan ditampal

 Nota    Jika anda ingin membuka capaian lihat sahaja pada dokumen anda agar orang lain boleh menemuinya apabila mereka mencari di web, klik Awam dan bukannya Lihat sahaja .

 
 
Berkenaan dengan:
Office 2013