Membaiki masalah kunci produk dalam Office

Anda sedang memasang Office dan menerima ralat selepas menaip kunci produk. Anda mencuba lagi tetapi masih mendapat ralat yang sama. Apakah yang perlu saya lakukan?

Terdapat beberapa sebab ia berlaku. Contohnya, kunci produk mungkin tersalah taip atau kunci produk bagi produk lain telah digunakan.

Jika anda sedang memasang sebarang suit atau program daripada Office 2010 atau versi baru Office, gunakan panduan ini untuk membaiki masalah (kini, panduan tersedia dalam Bahasa Inggeris sahaja).

Atau semak senarai sebab biasa ini:

TunjukkanMenggunakan program Microsoft Office 2010 atau program Microsoft Office yang dimuatkan terdahulu di PC anda

Jika anda telah membeli Office, ikuti arahan dalam pakej produk Office untuk menggunakan kunci produk anda bukannya menggunakan program Microsoft Office 2010 atau program Microsoft Office yang mungkin dimuatkan terdahulu di PC anda. Ini dapat mengelakkan ralat kunci produk.

TunjukkanMenggunakan kunci produk yang salah

Kebanyakan produk Microsoft menggunakan kunci produk 25 aksara. Jika anda memiliki banyak produk Microsoft, anda mudah menjadi keliru dengan kunci-kunci tersebut dan menggunakan yang salah. Berikut adalah beberapa perkara biasa yang boleh berlaku:

  • Menggunakan kunci produk daripada pelekat pada PC

Kunci produk ini biasanya untuk Windows. Semak nama produk pada pelekat bagi memastikan ia adalah untuk produk Office yang anda sedang cuba pasangkan.

  • Menggunakan kunci produk daripada versi terdahulu Office

Kunci produk Office tidak boleh saling tukar antara versi Office. Contohnya, anda tidak boleh menggunakan kunci produk Microsoft Office Home and Student 2007 jika anda sedang cuba memasang Microsoft Office Home and Student 2010.

  • Menggunakan kunci produk daripada program individu untuk memasang suit

Kunci produk Office tidak boleh saling tukar antara suit dan program individu Office. Contohnya, anda tidak boleh menggunakan kunci produk Microsoft Word untuk memasang Microsoft Office Home and Student.

  • Menggunakan kunci produk yang disediakan oleh sekolah atau syarikat

Sekolah dan syarikat biasanya membeli lesen Office jenis berlainan. Kunci produk yang disediakan oleh mereka untuk pelajar, guru dan pekerja dikenali sebagai kunci lesen volum. Kunci ini tidak boleh digunakan untuk versi Office runcit seperti Home and Student, Home and Business dan Professional.

TunjukkanTersalah taip kunci produk

Membaca kunci produk dari label boleh menjadi sukar. Huruf dan nombor boleh kelihatan sama.

Untuk mengelakkan kesilapan menaip, di sini terdapat senarai aksara yang biasa tersalah taip:

  • Huruf B dan nombor 8.
  • Huruf Q dan nombor 0.
  • Huruf G dan nombor 6.
  • Huruf V dan V berkembar (VV) kelihatan seperti huruf W.

 Petua    Jika anda membeli Office secara dalam talian dan mendapat e-mel pengesahan, cuba salin dan tampal kunci produk dari e-mel ini dan bukan menaipnya.

TunjukkanMenaip kunci produk Office 2013 dalam lokasi yang salah

Versi Office dan cara anda membelinya memainkan peranan yang penting terhadap cara anda memasukkan kunci produk. Biasanya, dengan mengikuti arahan dalam pakej Office akan membuahkan hasil. Tetapi apakah yang akan berlaku jika pakej tersebut hilang?

Jangan risau; di sini terdapat maklumat yang boleh membantu:

TunjukkanPakej Office hanya disertakan dengan kunci produk

Jika pakej Office HANYA disertakan dengan kunci produk (tiada DVD), pergi ke http://office.microsoft.com/setup untuk menggunakan kunci produk anda.

 Amaran    Jika anda telah menggunakan kunci produk untuk memasang produk sekali, anda akan mendapat ralat jika anda cuba menggunakannya lagi. Anda perlu mendaftar masuk dengan Akaun Microsoft yang anda gunakan semasa pemasangan sebelum ini jika anda perlu memasang semula Office.

TunjukkanPakej Office disertakan dengan kunci produk dan DVD

Jika pakej Office disertakan dengan kunci produk DAN DVD, gunakan DVD tersebut untuk menyediakan Office dan taipkan kunci produk apabila diminta.

 Petua    Jika anda mempunyai DVD tetapi tidak dapat mencarinya atau PC anda tidak mempunyai pemacu DVD, pergi ke http://office.microsoft.com/download office dan gunakan kunci produk untuk memuat turun dan memasang Office. Gunakan pautan ini HANYA jika Office disertakan dengan DVD.

TunjukkanOffice disertakan dengan PC baru

Jika anda membeli Office pada masa yang sama anda membeli PC baru, pergi ke http://office.microsoft.com/getoffice untuk menggunakan kunci produk.

TunjukkanMemasang Office 2010 semasa versi Office yang lain berada pada PC yang sama

Semak versi yang lain di PC anda dan alihkannya keluar sebelum anda cuba memasang versi yang anda inginkan.

 Penting    Sebelum anda mengalih keluar sebarang versi Office yang lain dari PC anda, pastikan anda mempunyai cara untuk memasangnya semula.

TunjukkanCara mengalih keluar Office pada PC dengan Windows 7

  1. Klik butang Mula.
  2. Klik Panel Kawalan > Program > Program dan Ciri.
  3. Cari produk Office yang lain dalam senarai.
  4. Klik padanya, kemudian klik Buang Pemasangan.
  5. Ulang jika anda melihat berbilang produk Office dalam senarai.

TunjukkanCara mengalih keluar Office pada PC dengan Windows 8

  1. Dari skrin Mula, taipkan Panel Kawalan dalam kotak carian dan ketik atau klik Aplikasi.
  2. Ketik atau klik Panel Kawalan > Program > Program dan Ciri.
  3. Cari produk Office yang lain dalam senarai.
  4. Ketik atau klik padanya, kemudian ketik atau klik Buang Pemasangan.
  5. Ulang jika anda melihat berbilang produk Office dalam senarai.

Jika anda tidak dapat mengalih keluar versi Office yang lain dari Panel Kawalan, gunakan salah satu penyelesaian Baikinya ini:

 Amaran    Penyelesaian Baikinya mengalih keluar SEMUA versi produk Office dari PC anda. Contohnya, jika anda menggunakan Baikinya untuk Office 2010 dan anda mempunyai Microsoft Office Home and Student 2010 dan Outlook 2010, ia akan mengalih keluar kedua-dua produk.

 
 
Berkenaan dengan:
Excel 2013, Office Shared 2013, OneNote 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Word 2013