Di manakah halaman akaun saya?

Halaman akaun anda berada di Office.com. Hanya daftar masuk, klik anak panah di sebelah nama anda, kemudian klik Akaun Saya.

Daripada butang daftar masuk, klik Akaun Saya

Apakah yang ada pada halaman akaun saya?

Jika anda mempunyai langganan Office 365 Personal atau Office 365 Home Premium, anda akan melihat senarai semua komputer dan tablet Windows yang dipasangkan Office. Anda juga boleh memasangkan Office, menguruskan pemasangan anda, melihat sejarah urusan bil anda, mengedit kaedah pembayaran anda dan mencapai perkhidmatan seperti Skype dan OneDrive yang termasuk dalam langganan anda.

Jika anda mempunyai langganan Office 365 Home Premium, anda boleh menggunakan halaman akaun anda untuk menjemput orang lain berkongsi langganan anda dan menguruskan pemasangan Office untuk diri anda dan semua orang yang berkongsi dengan anda.

Jika anda berkongsi langganan seseorang, anda akan memperoleh halaman akaun tersendiri yang anda boleh gunakan untuk memasang Office, melihat senarai komputer anda yang dipasangkan Office, menguruskan pemasangan anda dan mencapai akaun OneDrive anda.

 
 
Berkenaan dengan:
Access 2013, Excel 2013, Office 2013, Office Shared 2013, OneNote 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Publisher 2013, Word 2013, Excel for Mac 2011, PowerPoint for Mac 2011, Word for Mac 2011