Berkongsi Office 365 Home dengan sehingga empat individu di dalam isi rumah anda

Apabila anda melanggani Office 365 Home, anda boleh berkongsi manfaat langganan anda dengan sehingga 4 orang. Perkongsian adalah semudah menghantar e-mel. Setiap orang:

  • Memperoleh 1 TB storan OneDrive sendiri yang percuma
  • Boleh menggunakan sebarang pemasangan Office yang tersedia untuk PC, Mac, tablet dan peranti mudah alih
  • Mempunyai halaman akaun tersendiri yang membolehkan mereka memasang Office dan melihat serta menguruskan pemasangan mereka.

Menjemput seseorang untuk berkongsi manfaat langganan anda

  1. Daftar masuk ke halaman akaun anda. Pastikan anda menggunakan akaun Microsoft sama yang anda gunakan untuk menyediakan langganan anda.
  2. Dalam seksyen Kongsi manfaat langganan anda, klik Tambah pengguna.

Pada halaman akaun anda, klik Tambah Pengguna untuk menjemput seseorang berkongsi langganan anda.

  1. Masukkan alamat e-mel individu yang anda ingin kongsikan langganan dan klik Hantar Jemputan. Jemputan akan tamat tempoh selepas 30 hari.

Taipkan alamat e-mel individu yang anda ingin kongsikan langganan.

Setiap individu yang anda jemput akan memperoleh halaman akaun tersendiri yang boleh digunakan untuk memasang Office. Selepas mereka memasangkan Office, anda akan melihat nama komputer dan Digunakan oleh pada halaman akaun anda.

Apabila seseorang yang berkongsi langganan anda memasangkan Office, anda akan melihat nama komputer dan nama individu yang memasangkan Office.

Jika anda menghadapi masalah pemasangan, cubalah penyelesaian umum ini.

Beberapa perkara yang perlu diingati

Apabila anda berkongsi langganan anda, individu yang anda kongsikan langganan boleh menggunakan mana-mana pemasangan anda yang tersedia , mereka tidak akan terhad kepada hanya satu pemasangan. Jika anda inginkan mereka menggunakan hanya satu atau dua pemasangan, beritahulah mereka.

Jika seseorang yang berkongsi langganan dengan anda menggunakan lebih banyak pemasangan Office daripada bilangan yang anda inginkan, jangan bimbang, anda masih mempunyai kawalan. Anda boleh menyahaktifkan pemasangan untuk menjadikan lebih banyak pemasangan tersedia. Tindakan menyahaktifkan pemasangan tidak akan mengalih keluar seseorang daripada langganan anda. Mereka masih boleh mengekalkan storan OneDrive tambahan mereka dan masih boleh menggunakan pemasangan Office anda jika pemasangan tersedia.

Jika anda ingin mengalih keluar seseorang daripada langganan anda, anda boleh berbuat demikian. Apabila anda mengalih keluar seseorang, mereka akan kehilangan semua manfaat langganan anda, seperti storan OneDrive tambahan dan keupayaan untuk menggunakan pemasangan Office anda.

 
 
Berkenaan dengan:
Access 2013, Excel 2013, Office Shared 2013, OneNote 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Publisher 2013, Word 2013, Excel for Mac 2011, PowerPoint for Mac 2011, Word for Mac 2011