Gambaran Keseluruhan SharePoint 2013

  • Selamat datang ke cara yang baru untuk bekerja bersama. Versi SharePoint yang akan datang memperkenalkan cara yang baru untuk berkongsi kerja anda dan bekerja dengan orang lain, mengaturkan projek dan pasukan anda serta menemui individu dan maklumat.
    Kongsi
    Kongsi

    Sertakan sosial pada kerja
    Berkongsi idea, menemui jawapan dan menjejaki kerja rakan sekerja anda dengan ciri sosial yang baru dalam SharePoint.

    Kongsi benda anda
    Menerbitkan kandungan ke SharePoint dari sebarang aplikasi Office dan berkongsi dengan individu dari dalam dan luar organisasi anda dengan beberapa klik yang ringkas.

    Sentiasa membawa SharePoint bersama
    Berkongsi dokumen, mengemas kini suapan aktiviti anda dan sentiasa berhubung dengan rakan sekerja anda dari telefon bimbit atau tablet anda.

    Atur
    Atur

    Pastikan projek kekal terjejak
    Mengaturkan semua projek dan tugas anda untuk memperoleh kebolehlihatan kepada bahan boleh serah yang akan datang merentasi SharePoint, Outlook dan Microsoft Project.

    Pastikan pasukan anda kekal terhubung
    Menyediakan laman pasukan yang baru dengan cepat untuk menjejak nota mesyuarat dan mengumpulkan e-mel dan dokumen pasukan anda di satu tempat.

    Simpan dan segerak dokumen anda
    Menyegerakkan kandungan anda dalam SharePoint ke desktop anda dengan SkyDrive Pro agar dokumen mudah dicapai, walaupun anda berada di luar talian.

    Jelajahi
    Jelajahi

    Temui pakar yang anda tidak sedar akan kewujudannya
    Menyambung dengan individu merentasi organisasi anda dan menemui minat, projek dan dokumen lepas yang dikerjakan oleh mereka dengan mudah.

    Temui wawasan dan jawapan
    Menjadikan data mentah kepada laporan interaktif yang menawan dengan Excel 2013 dan menerbitkan ke SharePoint untuk berkongsi wawasan dengan individu yang anda bekerja bersama.

    Temui apa yang anda sedang cari
    Menyesuaikan dan memperincikan carian anda untuk menyampaikan hasil yang lebih berkaitan dan mendapatkan cadangan bagi individu dan dokumen untuk diikuti.

    Bina
    Bina

    Bina aplikasi di awan
    Membina aplikasi pada teknologi web umum seperti JavaScript, HTML dan oAuth dengan Model Aplikasi Awan yang baru untuk SharePoint.

    Terbitkan aplikasi ke gedung SharePoint
    Menjadikan aplikasi anda tersedia kepada semua orang untuk mencuba dan membeli melalui Gedung awam atau hanya tersedia kepada pekerja anda melalui katalog korporat.

    Bina laman yang menarik perhatian
    Menggunakan alat reka bentuk yang biasa dan kawalan yang fleksibel untuk mencipta laman intranet dan Internet yang dinamik untuk berkongsi visi organisasi anda kepada semua orang.

    Urus
    Urus

    Uruskan kos
    Mengurangkan kos infrastruktur anda dan mengembangkan batasan perkongsian dengan menjalankan SharePoint di awan dengan Office 365.

    Uruskan risiko
    Pengarkiban, ePenemuan dan keupayaan pengurusan kes yang baru berkembang merentasi SharePoint, Exchange dan Lync.

    Uruskan masa anda
    Menghabiskan lebih banyak masa menyampaikan pembaharuan dan mengurangkan masa menguruskan infrastruktur dengan lanjutan dalam skala, prestasi dan keupayaan pengurusan SharePoint.

  • Ketahui lanjut

    Yammer
    Kembangkan kuasa kerjasama SharePoint dengan menggunakannya dengan rangkaian sosial perusahaan Yammer—.
    Pengalaman Pelanggan
    Syarikat di sedunia menggunakan SharePoint untuk mengubah perniagaan mereka.
Cari maklumat untuk: Pakar IT|Pembangun