Berkongsi dokumen atau folder dalam OneDrive for Business

Dokumen dan folder yang anda simpan dalam OneDrive for Business adalah persendirian sehingga anda memutuskan untuk berkongsinya. Apabila anda berkongsi dokumen dan folder, anda boleh memutuskan sama ada untuk membolehkan orang lain individu mengeditnya atau hanya melihatnya. Anda juga boleh berkongsi dokumen atau folder dalam pustaka laman.

 Nota    Jika anda menggunakan Office 365, anda boleh berkongsi dokumen dengan pengguna luar (individu yang tiada dalam rangkaian anda) dengan menjemput mereka sebagai “Tetamu,” atau dengan mencipta dan menyiarkan pautan tetamu. Untuk butiran, lihat Berkongsi laman dan dokumen dengan individu di luar organisasi anda.

Apakah yang anda ingin lakukan?


Berkongsi dokumen

  1. Daftar masuk ke Office 365 atau SharePoint 2013, dan pilih OneDrive di bahagian atas halaman untuk menuju ke pustaka OneDrive for Business anda.
  2. Klik elipsis (...) di sebelah dokumen untuk membuka tetingkap petak bualnya kemudian klik Kongsi. Gambar berikut menunjukkan tetingkap petak bual dibuka untuk dokumen "Kes mahkamah 2013."
    Bermula berkongsi dokumen dalam pustaka SharePoint
  3. Dalam kotak dialog Kongsi pada tab Jemput individu, taipkan nama atau alamat e-mel individu dalam organisasi anda atau taipkan Semua Orang.

Bergantung pada nama, anda mungkin perlu menaip beberapa huruf sahaja sebelum anda melihat individu yang diingini. Pilih individu tersebut untuk menambahkannya pada kotak.
Menjemput individu pada rangkaian anda untuk berkongsi dokumen

  1. Pilih sama ada anda ingin memberikan keizinan mengedit atau hanya keizinan melihat kepada para jemputan.
  2. Jika anda inginkan, taipkan mesej untuk disertakan dalam e-mel yang akan dihantar kepada semua jemputan.
    E-mel itu termasuk pautan ke dokumen berkongsi.
  3. Jika anda tidak ingin menghantar e-mel, klik Tunjukkan Opsyen, kemudian kosongkan tanda Hantar jemputan e-mel.

Atas Halaman Atas Halaman

Berkongsi folder

Apabila anda berkongsi folder, anda akan berkongsi semua item dalam folder itu secara automatik. Perkongsian folder menyediakan cara yang pantas untuk berkongsi banyak dokumen dengan individu lain secara sekali gus dan mengelakkan masalah yang perlu berkongsi dokumen satu demi satu.

  1. Mencipta folder baru.
  2. Ikuti prosedur sama yang diterangkan di atas untuk berkongsi dokumen.

Atas Halaman Atas Halaman

Berkongsi dokumen dengan "Semua orang"

Kadangkala anda mungkin mempunyai dokumen yang anda ingin menjadikannya tersedia kepada sesiapa sahaja dalam organisasi anda. Mungkin anda mempunyai dokumen ulasan produk atau dokumen rujukan umum.

Terdapat dua cara untuk berkongsi dokumen dengan semua orang:

  • Letakkan dokumen dalam folder "Dikongsi dengan Semua orang" anda.
    Folder Dikongsi dengan Semua Orang dalam OneDrive for Business
  • Jemput "Semua orang" menggunakan kotak dialog Kongsi. Ikuti prosedur sama yang diterangkan di atas untuk berkongsi dokumen.

Apakah perbezaannya? Penggunaan folder "Dikongsi dengan Semua orang" adalah cepat dan mudah. Hanya seret dokumen ke dalam folder "Dikongsi dengan Semua orang" atau cipta dokumen baru dalam folder ini, maka selesailah kerja anda. Walau bagaimanapun, semua dokumen dalam folder ini mempunyai keizinan lihat sahaja.

Perbezaan yang paling penting: Kotak dialog Kongsi membolehkan anda memilih "Semua orang kecuali pengguna luar." Jika organisasi anda membenarkan perkongsian luaran, perkongsian dengan "Semua orang" akan termasuk pengguna luar, iaitu individu di luar organisasi anda yang sebelum ini telah dijemput untuk berkongsi dokumen sebagai tetamu, sama ada anda jemput atau dijemput oleh orang lain dalam organisasi anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Bagaimanakah seseorang mencari dokumen yang saya kongsi dengan semua orang?

Dokumen yang anda kongsi dengan semua orang tidak akan muncul dalam pandangan Dikongsi dengan Saya dalam OneDrive for Business. Mengapakah tidak? Jika mempertimbangkan saiz organisasi anda, mungkin terdapat ratusan atau ribuan dokumen yang dikongsi dengan semua orang. Selain itu, anda mungkin tidak ingin menghantar e-mel kepada semua orang dalam organisasi anda dengan jemputan anda.

Sebaliknya, orang lain boleh mencari dokumen ini dengan:

  • Mengikuti pautan yang anda hantar kepada mereka terus dalam e-mel. Anda boleh mencari sebarang URL web dokumen dalam petak bual dokumennya.
    URL web dokumen
    Salin dan tampal URL ke dalam e-mel yang dialamatkan kepada individu tertentu yang anda ingin beritahu.
  • Menggunakan kotak Carian mereka dalam OneDrive for Business. Dalam contoh ini, Molly Dempsey mencari dengan kata kunci "Kes Mahkamah" untuk mencari sebarang dokumen berkaitan yang dikongsi dengannya dalam organisasi mereka.

    Cari kata kunci untuk mencari dokumen yang dikongsi dengan anda

Atas Halaman Atas Halaman

Melihat individu yang anda berkongsi dokumen dengannya

  • Pilih dokumen yang anda berminat kemudian klik Fail > Dikongsi Dengan.
    Melihat individu yang berkongsi dokumen dengan anda

    Tetingkap Dikongsi Dengan menyenaraikan semua individu yang sedang berkongsi dokumen ini.

    Tab Dikongsi Dengan dalam kotak dialog Kongsi

Atas Halaman Atas Halaman

Berhenti berkongsi dokumen atau folder

Anda boleh berhenti berkongsi dokumen atau folder dengan semua orang atau individu terpilih.

  1. Pilih dokumen atau folder yang anda ingin berhenti berkongsi, kemudian klik Fail > Dikongsi Dengan.
  2. Dalam tetingkap Dikongsi Dengan, klik anak panah juntai bawah di sebelah individu yang anda ingin berhenti berkongsi fail, kemudian klik Hentikan Perkongsian.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
laman Web SharePoint Online, Office 365 Enterprise, Office 365 Midsize Business, Office 365 Small Business, Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business, SharePoint Online Enterprise (E1 & E2), SharePoint Online Enterprise (E3 & E4), SharePoint Online Midsized Business, SharePoint Online Small Business, SharePoint Server 2013 Enterprise, SharePoint Server 2013 Standard