Tugas asas dalam Publisher 2013

Microsoft Publisher 2013 membenarkan anda mencipta penerbitan yang beraneka visual dan kelihatan profesional tanpa melabur wang dan masa yang banyak dalam aplikasi penerbitan desktop yang rumit.

Anda boleh membuat sesuatu yang ringkas seperti kad ucapan dan label atau sesuatu yang kompleks seperti buku tahunan, katalog dan surat berita e-mel profesional.

Mencipta penerbitan

Semua penerbitan bermula dengan templat, walaupun templat kosong. Caranya adalah dengan mencari templat yang kelihatan seperti visi anda untuk penerbitan muktamad anda. Publisher 2013 disertakan dengan templat terbina dalam dan capaian ke templat di Office.com.

Templat untuk bermula

  1. Klik Fail > Baru, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
  • Pilih satu daripada templat Sorotan dan klik Cipta.
  • Untuk menggunakan salah satu templat yang dipasang dalam Publisher, pilih Terbina dalam, skrol ke kategori yang anda inginkan, pilih templat dan klik Cipta.
  • Untuk mencari templat di Office.com, gunakan kotak Cari templat dalam talian untuk mencari sesuatu yang anda perlukan. Contohnya, masukkan “surat berita”, skrol ke templat yang anda sukai dan klik Cipta.

Menyimpan penerbitan anda

Simpan penerbitan anda buat kali pertama dengan mengikuti langkah berikut.

  1. Klik Fail > Simpan Sebagai.
  2. Dalam Simpan Sebagai, pilih lokasi yang anda ingin menyimpan penerbitan anda.

Simpan Sebagai

  • OneDrive ialah perkhidmatan Microsoft percuma yang menyediakan storan fail dalam talian yang dilindungi kata laluan.
  • Lokasi Web Lain termasuk laman web yang anda gunakan baru-baru ini untuk menyimpan atau membuka fail dan butang Semak Lalu untuk menyimpan penerbitan anda di sebarang laman web yang anda dapat capai.
  • Komputer termasuk sebarang folder pada komputer anda.
  • Tambah Tempat membenarkan anda menambah lokasi dalam talian untuk menyimpan penerbitan anda.
  1. Masukkan nama penerbitan anda dan klik Simpan.

Selepas anda menyimpan penerbitan anda sekali, anda boleh mengklik Fail > Simpan pada setiap kali anda ingin menyimpannya.

Jika anda ingin mengubah nama fail atau lokasi penerbitan anda, klik Fail > Simpan Sebagai dan simpan penerbitan tersebut seperti kali pertama anda menyimpannya.

Menambah gambar pada penerbitan anda

  1. Klik Rumah > Gambar.
  2. Di bawah Selitkan Gambar, cari gambar dalam folder di komputer anda, cari di galeri Office.com atau cari di web.

    Menyelitkan Gambar

Jika anda memilih beberapa gambar sekaligus, semuanya akan diletakkan dalam kawasan conteng. Dari situ anda boleh menyeret gambar ke halaman penerbitan anda.

Menambah teks pada penerbitan anda

Tambahkan teks pada penerbitan anda dengan menyelitkan kotak teks terlebih dahulu. Kebanyakan teks mengandungi kotak teks yang anda boleh isi tetapi anda juga boleh menambah kotak teks anda sendiri.

Pertama: Menambah kotak teks

  1. Klik Rumah > Lukis Kotak Teks dan seret kursor berbentuk palang untuk melukis kotak di tempat yang anda ingin teks berada.

Melukis kotak teks

  1. Taipkan teks dalam kotak teks.

Jika teks yang anda taip terlalu panjang untuk kotak teks, anda boleh menjadikan kotak teks lebih besar atau memautkannya pada kotak teks lain.

Kedua: Memautkan kotak teks

Anda boleh memautkan kotak teks supaya teks bersambung dari satu kotak ke kotak lain.

  1. Apabila kotak teks mengandungi teks yang terlalu banyak, kotak kecil dengan elipsis muncul di sebelah bawah kanan kotak teks tersebut.

Limpahan kotak teks

  1. Cipta kotak teks baru.
  2. Klik penunjuk limpahan dan kursor anda menjadi kendi. Kendi pemautan kotak teks, digunakan untuk memaut kotak teks.
  3. Alih ke kotak teks baru dan klik.

Teks limpahan akan muncul dalam kotak teks baru.

Kini apabila anda menambah teks, perkataan bersambung dari satu kotak teks ke kotak teks yang lain. Jika anda kehabisan ruang dalam kotak kedua, anda boleh memautkan satu lagi kotak teks dan teks akan bersambung melalui ketiga-tiga kotak tersebut.

Menambah Blok Binaan untuk penerbitan anda

Blok binaan ialah kandungan yang boleh digunakan semula seperti tajuk, kalendar, sempadan dan iklan. Publisher mempunyai blok binaan terbina dalam atau anda boleh mencipta blok binaan sendiri.

  1. Dalam anak tetingkap Navigasi Halaman, pilih halaman dalam penerbitan anda.
  2. Pada Selitkan > Blok Binaan, pilih galeri blok binaan.

Kumpulan blok binaan

  1. Skrol untuk mencari blok binaan atau klik <nama galeri> Lain untuk membuka Pustaka Blok Binaan.
  2. Klik satu blok binaan.

Mencetak penerbitan anda

  1. Klik Fail > Cetak.

Cetak

  1. Bawah Cetak, masukkan bilangan salinan untuk dicetak dalam Salinan kerja cetak.
  2. Pastikan pencetak yang betul dipilih.

 Nota    Sifat pencetak lalai anda dimasukkan secara automatik untuk anda.

  1. Bawah Seting, lakukan yang berikut:
  • Pastikan julat halaman atau seksyen yang betul dipilih.
  • Pilih format tataletak untuk cetakan.
  • Setkan saiz kertas.
  • Setkan sama ada untuk mencetak pada sebelah kertas atau kedua-dua belah kertas.
  • Jika pencetak anda berupaya untuk pencetakan warna, pilih sama ada anda ingin mencetak dengan warna atau skala kelabu.
  1. Klik butang Cetak apabila anda bersedia untuk mencetak.
 
 
Berkenaan dengan:
Publisher 2013