Petua untuk bekerja dengan imej

Gambar mempunyai kuasa pada halaman — kuasa untuk menarik perhatian pembaca anda dan untuk menyampaikan atau menyerlahkan mesej anda. Gambar membantu pembaca mengimbas halaman dan mencari titik entri kepada teks. Ia memberikan pembaca ringkasan pantas tentang teks itu dan membantu pembaca mengukur kepentingannya sebelum membaca dengan lanjut. Ia juga membantu pembaca memahami idea yang rumit dengan cepat.

Gambar boleh memecahkan kebosanan taip kelabu. Tetapi ia juga boleh mengalih perhatian pembaca daripada mesej anda jika gambar tidak berkait rapat dengan mesej. Pastikan anda mempunyai kawalan terhadap mesej anda dengan gambar yang anda gunakan dalam penerbitan anda.

Apakah yang anda ingin lakukan?


Menyerlahkan mesej anda dengan gambar

Apabila anda mencipta atau memilih imej untuk penerbitan, pastikan ia:

  • Berkaitan    Gunakan gambar untuk menjelaskan konsep utama dan menarik perhatian terhadapnya. Oleh sebab pembaca menyemak lalu muka surat dengan membaca tajuk dan kapsyen gambar, anda boleh memastikan bahawa pembaca mendapat mesej anda yang paling penting dengan mengukuhkan mesej melalui gambar dan perihalan ringkas.
  • Konsisten    Satukan penerbitan anda dengan pilihan atau pengolahan gambar anda. Anda boleh menjadikan gambar anda kelihatan konsisten dalam beberapa cara. Contohnya, anda boleh menggunakan palet warna yang kecil atau warna aksen tunggal, gaya grafik umum, sudut kamera atau sudut pandangan yang sama atau pencahayaan konsisten. Anda juga boleh menggunakan kesan penapis yang sama untuk setiap imej atau anda boleh menggunakan model manusia yang sama dalam jalan cerita berkembang.
  • Manusia    Kebanyakan orang suka melihat orang lain. Potret orang akan menarik perhatian pembaca, terutamanya jika imej adalah berkaitan dan menceritakan sesuatu. Dengan menggunakan imej untuk menunjukkan seseorang menggunakan produk atau perkhidmatan anda, anda membantu pembaca melihat caranya berfungsi dan membayangkan diri mereka sendiri menggunakannya.
  • Terpaku    Animasi menarik perhatian dan memukau pandangan. Animasi yang tidak sesuai berisiko menghentikan pelanggan berpotensi daripada berminat — mereka mungkin terlalu keliru sehinggakan tidak dapat memahami isi penting. Jika anda menggunakan gambar beranimasi dalam penerbitan dalam talian, nyatakan tujuan yang jelas (contohnya, tunjukkan urutan produk anda sedang digunakan).

Atas Halaman Atas Halaman

Menggunakan saiz gambar yang sesuai untuk medium tersebut

Anda boleh mengubah saiz dan resolusi grafik yang anda tambahkan, biasanya dengan hasil yang baik. Tetapi kadangkala grafik tidak boleh dikurangkan atau dibesarkan secukupnya untuk memenuhi keperluan anda. Itulah sebabnya anda digalakkan untuk mengetahui keperluan anda sebelum anda bermula dan mencari padanan grafik terbaik.

Grafik yang dicipta oleh program mengecat, program mengimbas atau kamera digital adalah terdiri daripada grid petak berwarna berbeza yang dipanggil piksel. Gambar mengandungi jumlah maklumat atau bilangan piksel yang sama, tidak kira anda menentukan skala yang lebih besar atau lebih kecil dalam penerbitan anda.

Resolusi gambar dinyatakan dalam piksel per inci (ppi). Kadangkala anda mungkin melihat resolusi gambar dinyatakan dalam titik per inci (dpi) dan bukannya ppi. Istilah ini sering digunakan bersilih ganti.

Jika anda ingin lebih banyak perincian muncul apabila anda membesarkan gambar, anda perlu bermula dengan gambar yang mempunyai lebih banyak piksel atau resolusi berkesan yang lebih tinggi. Membesarkan gambar mengurangkan resolusi (kurang ppi). Mengurangkan dimensi gambar meningkatkan resolusi (lebih ppi).

Jika resolusi gambar anda terlalu rendah, gambar akan kelihatan berblok. Jika resolusi gambar terlalu tinggi, saiz fail penerbitan menjadi terlalu besar dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk membuka, mengedit dan mencetaknya. Gambar dengan resolusi yang lebih tinggi daripada 1,000 ppi mungkin tidak dapat dicetak sama sekali.

Mencari resolusi berkesan

Setiap gambar dalam penerbitan anda mempunyai resolusi berkesan yang mengambil kira resolusi asal grafik dan kesan mengubah skalanya dalam Microsoft Office Publisher. Sebagai contoh, gambar dengan resolusi asal 300 ppi yang telah diskalakan 200 peratus lebih besar mempunyai resolusi berkesan sebanyak 150 ppi.

Untuk mencari resolusi berkesan gambar dalam penerbitan anda, lakukan yang berikut:

  1. Pada menu Alat, klik Pengurus Grafik. Pengurus Grafik muncul dalam anak tetingkap tugas di sebelah kiri skrin anda.
  2. Dalam anak tetingkap tugas Pengurus Grafik, di bawah Pilih gambar, klik anak panah bersebelahan gambar yang anda ingin lihat maklumatnya, kemudian klik Butiran.
  3. Medan Resolusi Berkesan memaparkan resolusi dalam titik per inci (dpi).

Jika anda merancang untuk mempunyai gambar warna yang dicetak oleh pencetak komersial, resolusi gambar tersebut perlu bersaiz antara 200 ppi dan 300 ppi. Anda boleh mempunyai resolusi yang lebih tinggi — sehingga 800 ppi — tetapi anda tidak harus mempunyai resolusi yang lebih rendah. Jika anda merancang untuk menggunakan gambar dalam talian sahaja (di Web atau dalam Microsoft Office PowerPoint, contohnya), gambar hanya perlu mempunyai resolusi 96 ppi, yang merupakan resolusi skrin monitor komputer.

Format fail juga boleh menjejaskan saiz fail. Sebelum anda mengubah resolusi gambar anda, pastikan anda menggunakan format fail yang sesuai untuk kandungan imej. Jadual berikut menyenaraikan format fail gambar biasa, kegunaannya dan kelebihannya.

Format fail Dalam talian Cetakan desktop Cetakan komersial Kegunaan utama Ciri-ciri
BMP x x Lukisan garis (ikon, butang, logo) Saiz fail kecil, sedikit warna, tiada kelutsinaran, mampatan kecil
EMF x x Lukisan garis Peningkatan pada BMP, dengan saiz fail yang lebih kecil
EPS x x Lukisan garis, lukisan dengan laluan pangkasan, dwiton, warna tumpu Data warna CMYK
GIF x Resolusi rendah, warna datar, lukisan garis berpinggir tepat (ikon, butang, logo), animasi Saiz fail kecil, sedikit warna, kelutsinaran, sedikit mampatan tanpa kehilangan perincian
JPEG x x Foto Saiz fail kecil, jutaan warna, tiada kelutsinaran, mampatan fleksibel dengan kehilangan perincian
PNG x x x Lukisan garis, animasi Peningkatan pada GIF, dengan saiz fail yang lebih kecil, jutaan warna, kelutsinaran dan mampatan tanpa kehilangan perincian
TIFF x x Foto, lukisan garis Saiz fail besar, data warna RGB dan CMYK kaya, kelutsinaran, mampatan tanpa kehilangan perincian
WMF x x Lukisan garis Peningkatan pada BMP, dengan saiz fail yang lebih kecil

Mengurangkan grafik resolusi tinggi

Jika anda mempunyai hanya sedikit grafik yang resolusinya terlalu tinggi, anda tidak mempunyai masalah mencetaknya. Jika anda mempunyai beberapa grafik resolusi tinggi, penerbitan anda akan dicetak dengan lebih cekap jika anda mengurangkan resolusi dengan memampatkannya.

Sebelum anda memampatkan gambar, tentukan saiz pada halaman. Apabila anda memampatkan gambar dalam Publisher, ia kehilangan perincian, jadi kemudiannya pembesaran mungkin akan mengakibatkan kualiti lebih rendah daripada yang anda inginkan. Anda boleh mengurangkan dimensi gambar termampat selanjutnya tanpa kehilangan kualiti. Jika anda berbuat demikian, mampatkannya sekali lagi untuk mengalih keluar data imej tambahan yang tidak diperlukan.

 Penting   Sebelum anda mengurangkan resolusi grafik yang anda ingin masukkan dalam penerbitan yang akan dicetak oleh pencetak komersial, anda harus berunding dengan perkhidmatan percetakan komersial anda. Mereka dapat memberitahu anda resolusi yang anda perlukan.

Mengurangkan grafik resolusi tinggi

Dalam Publisher, anda boleh mengurangkan resolusi untuk satu, beberapa atau semua gambar dengan memampatkannya.

  1. Dalam Publisher, pilih satu atau lebih gambar yang anda ingin kurangkan resolusi.
  2. Klik kanan pada salah satu daripada gambar yang dipilih, klik Format Gambar pada menu pintasan, kemudian klik tab Gambar.
  3. Klik Mampatkan.
  4. Dalam kotak dialog Mampatkan Gambar, di bawah Output Sasaran, lakukan salah satu yang berikut:
    • Klik Pencetakan komersial untuk memampatkan gambar kepada 300 piksel per inci (ppi).
    • Klik Pencetakan Desktop untuk memampatkan gambar kepada 220 ppi.
    • Klik Web untuk memampatkan gambar kepada 96 ppi.
  5. Di bawah Guna seting mampatan sekarang, pilih sama ada anda ingin memampatkan semua gambar dalam penerbitan atau gambar yang anda pilih sahaja, kemudian klik OK.
  6. Jika mesej muncul bertanya sama ada anda ingin menggunakan pengoptimuman gambar, klik Ya.

Versi termampat bagi gambar yang sama menggantikan gambar resolusi tinggi asal.

Atas Halaman Atas Halaman

Mengurangkan saiz penerbitan anda dengan gambar terpaut

Setiap kali anda menyelitkan gambar dalam penerbitan anda, penerbitan bertambah saiz. Sebaliknya, dengan memaut kepada gambar, anda boleh mengelakkan saiz fail yang besar yang disebabkan grafik terbenam.

Apabila anda memaut gambar, sebarang perubahan yang dibuat kepada fail imej akan dapat dilihat pada gambar dalam penerbitan anda.

 Nota   Jika anda mengalih penerbitan anda ke komputer yang berlainan, pastikan juga untuk memindahkan salinan gambar yang dipautkan. Apabila anda menggunakan Bestari Pek dan Pergi, langkah ini dilakukan untuk anda.

Menyelitkan gambar sebagai pautan

  1. Pada menu Selitkan, tuding Gambar, kemudian klik Dari Fail.
  2. Dalam kotak dialog Selitkan Gambar, semak lalu untuk mencari gambar yang anda inginkan, kemudian pilih ia.
  3. Klik anak panah bersebelahan Selitkan, kemudian klik Paut ke Fail.

Atas Halaman Atas Halaman

Memperoleh gambar yang anda boleh gunakan

Dengan idea yang bernas, mata yang tajam dan peralatan yang baik, anda boleh mengambil gambar anda sendiri atau mengupah seseorang untuk mengambilnya.

Jika anda tidak mempunyai keupayaan untuk mencipta foto atau ilustrasi profesional yang berkualiti, cari gambar di pelbagai sumber dalam talian, termasuk:

  • Microsoft Office Clip Art dan Pustaka Media (penggunaan tanpa had)
  • Syarikat stok foto seperti Corbis dan Getty (bayaran diperlukan)
  • Enjin carian, seperti MSN, Yahoo dan Google (hak penggunaan berbeza-beza)
  • Perpustakaan dan lain-lain institusi awam, seperti Library of Congress (hak penggunaan berbeza-beza)

Isu perundangan

Ketersediaan imej yang luas dalam talian menjadikannya mudah untuk menyalin dan mengguna semula gambar dari Web tanpa kebenaran eksplisit atau bayaran.

Elakkan tindakan pelanggaran hak cipta dengan memastikan anda mempunyai hak untuk menggunakan imej sebelum anda menerbitkannya. Contohnya, anda boleh menggunakan sebarang imej dalam Office Clip Art dan Pustaka Media tanpa pengehadan, kecuali jika imej menjadi produk untuk dijual.

Apabila anda membeli stok fotografi, anda membeli hak untuk menggunakannya bagi pelbagai tujuan. Kebanyakan lukisan klip dan stok fotografi tidak boleh dijual semula; iaitu anda boleh menggunakannya untuk mempromosikan perniagaan anda, tetapi tidak boleh menggunakannya sebagai produk itu sendiri.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang menggunakan imej, hubungi pemilik sumber dan minta kebenaran sebelum anda terbitkannya.

Atas Halaman Atas Halaman

Mencari gambar yang sesuai

Apabila anda tahu jenis gambar yang anda mahu, resolusi yang anda perlukan, format fail yang paling sesuai dan isu hak cipta serta penggunaan, anda perlu mencari imej yang paling sesuai untuk penerbitan anda.

Bagaimana anda memperincikan carian anda dalam imej yang luas dan pelbagai dalam pustaka lukisan klip dan fotografi stok? Perbezaan antara setiap perkhidmatan memerlukan strategi carian yang berbeza, tetapi kita akan menggunakan Office Clip Art dan Pustaka Media dengan imej melebihi 140,000, untuk menunjukkan beberapa strategi mencari gambar yang betul.

Mencari klip yang sesuai

Seksyen ini telah dipetik daripada Menjadikan lukisan klip kelihatan asli dalam Publisher, oleh Mary Sauer, MVP Microsoft dan pencipta laman web Bantuan Lukisan Klip & Media.

Mencari klip yang sesuai di Lukisan Klip dan Media pada laman web Office Dalam Talian adalah mudah apabila anda tahu keinginan anda. Anda boleh mencari Laman web dari dalam Publisher dengan menggunakan anak tetingkap tugas Lukisan Klip atau anda boleh terus pergi ke halaman utama laman.

  • Untuk membuka anak tetingkap tugas Lukisan Klip, dalam Publisher, pada menu Selitkan, tuding pada Gambar, kemudian klik Lukisan Klip.

Anak tetingkap tugas Lukisan Klip

Selepas anda menaip istilah carian ke dalam kotak Carian untuk dan mengklik Pergi, klip yang sepadan dengan istilah carian muncul dalam anak tetingkap tugas. Anda boleh klik klip dalam anak tetingkap tugas untuk menyelitkannya ke dalam penerbitan anda.

Mencari mengikut kategori

Jika anda memutuskan anda ingin pilihan carian lanjut, anda boleh klik Lukisan klip pada Office Dalam talian di bawah anak tetingkap tugas untuk membuka laman web Lukisan Klip dan Media Office. Pada Laman web, anda boleh mengehadkan carian mengikut kategori atau gaya dan anda boleh memilih banyak klip pada satu-satu masa untuk memuat turun dan menyimpannya dalam Pengatur Klip Microsoft bagi kegunaan masa depan.

Salah satu cara paling berkesan untuk mencari pada Laman web adalah bermula mengikut kategori. Contohnya, gambar orang yang ringkas adalah ilustrasi yang sentiasa sesuai untuk topik perniagaan. Pada halaman utama Lukisan Klip Office dan Media, di bawah Semak Lalu Kategori Lukisan Klip dan Media, anda boleh klik kategori Individu.

Kategori pada Laman web Lukisan Klip dan Media

Pada bahagian atas halaman utama, anda boleh menaip perkataan seperti wanita, meja, komputer atau mesyuarat, kemudian klik Pergi.

Bar carian pada Laman web Lukisan Klip dan Media

Jika anda tidak tahu kategori untuk dicari, pilih kata kunci daripada penerbitan anda dan gunakannya dalam senarai Carian. Contohnya, jika topik anda tentang penyajian, taipkan perkataan seperti makanan, perkakasan atau pelayan.

Mencari mengikut jenis media

Anda juga boleh mengehadkan carian mengikut jenis media (contohnya, Lukisan klip, Foto atau Animasi) sebelum anda memasukkan istilah khusus. Dalam senarai Carian, klik Lukisan klip. Kemudian taipkan istilah anda.

Bar carian pada Laman web Lukisan Klip dan Media

Anda boleh mencari klip yang digunakan dalam contoh pada artikel ini kemudian dengan mengklik Lukisan klip dalam senarai Carian dan menaip teater atau topeng.

Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan laman web Lukisan Klip dan Media Office, klik pautan dalam seksyen Lihat Juga.

Mencari mengikut gaya

Kebanyakan klip pada laman web Lukisan Klip dan Media Office mempunyai nombor gaya. Agar penerbitan kekal konsisten, anda boleh memilih klip yang semuanya mempunyai nombor gaya yang sama.

 Nota   Apabila anda memuat turun klip daripada laman web Lukisan Klip dan Media Office, anda tidak boleh lagi melihat nombor gaya dalam Sifat.

  • Untuk melihat nombor gaya bagi klip, klik kanan klip di laman web Lukisan Klip dan Media Office, kemudian klik Sifat pada menu pintasan. Tetingkap pratonton terbuka dan ia kelihatan seperti ini.

Tetingkap pratonton Lukisan Klip

Apabila anda klik nombor gaya (436 dalam ilustrasi), laman Web Lukisan Klip dan Media Office menunjukkan klip dalam semua kategori yang gayanya serupa.

Memuat turun klip dari laman web Lukisan Klip dan Media

Dari laman web Lukisan Klip dan Media Office, anda boleh menambah klip untuk penerbitan anda atau memuat turun satu atau lebih klip ke komputer anda:

  • Untuk menambah hanya satu klip dari Laman web ke penerbitan dengan pantas, anda boleh klik kanan imej kecil klip, klik Salin pada menu pintasan, kemudian tampalkannya ke dalam penerbitan anda.
  • Untuk memuat turun satu atau lebih klip ke komputer anda, pilih klip yang anda mahu dengan memilih kotak semak di bawah setiap imej. Dalam Bakul Pemilihan anda, klik Muat turun item, kemudian klik Muat Turun Sekarang.

 Petua   Untuk mengelakkan masalah memuat turun klip, ingat untuk memastikan cache Internet anda dikosongkan. Simptom cache penuh termasuk:

  • Melihat klip generik dengan nama seperti Dglxasset.aspx apabila anda mencari lukisan klip di dalam Pengatur Klip atau menggunakan anak tetingkap tugas Lukisan Klip dalam program Microsoft Office.
  • Menerima mesej "Fail tidak boleh ditemui" dari Pengatur Klip selepas anda memuat turun klip dari Laman web.

Untuk mengosongkan cache anda, lakukan yang berikut:

  1. Dalam Windows Internet Explorer, pada menu Alat, klik Opsyen Internet.
  2. Di bawah Fail Internet sementara, klik Padam Fail, kemudian klik OK.

Sebahagian daripada tab Umum, kotak dialog Opsyen Internet

Atas Halaman Atas Halaman

Menghalusi gambar yang anda peroleh

Anda boleh mengubah dan meningkatkan gambar anda agar penerbitan anda mempunyai rupa yang unik atau perwatakan yang sesuai dengan pelanggan dan perniagaan anda. Walaupun anda boleh menggunakan program pengeditan foto seperti Microsoft Digital Image 2006 atau Adobe Photoshop, untuk mewujudkan bilangan perubahan yang hampir tiada batasan, anda boleh menggunakan alat melukis dalam Publisher untuk membuat pelbagai penghalusan pada gambar, termasuk yang berikut:

Ingat: Apabila anda menggunakan sebarang kesan, anda boleh memberikan penerbitan anda penampilan yang konsisten dengan menggunakan kesan tersebut kepada semua gambar dalam penerbitan anda.

 Petua   Selepas anda mengubah suai klip, anda mungkin mahu menyimpannya agar anda boleh menggunakannya lagi. Untuk menyimpan klip yang diubah suai, klik kanan, kemudian klik Simpan sebagai Gambar pada menu pintasan. Dalam kotak dialog Simpan Sebagai, dalam senarai Simpan sebagai jenis, klik format fail. Jika anda bercadang untuk menggunakan klip diubah suai dalam penerbitan cetak, simpankannya dalam format Microsoft Windows Metafile (wmf). Jika anda bercadang untuk menggunakan klip dalam penerbitan Web, klik Ubah, kemudian klik Web (96 dpi). Simpan klip dalam Format Saling Tukar Grafik (gif). Klik lokasi pada Simpan dalam, kemudian klik Simpan.

Atas Halaman Atas Halaman

Memangkas

Apabila anda memangkas imej, anda mengalih keluar sebarang kawasan yang anda tidak ingin ditunjukkan. Dalam contoh ini, semua kecuali bahagian bawah kanan imej besar telah dipangkas untuk memberi tumpuan khas pada topeng. Hasilnya ditunjukkan dalam imej paling kecil.

Lukisan klip asal dan dua versi yang dipangkas

  1. Pilih klip dalam dokumen anda.
  2. Pada bar alat Gambar, klik Pangkas Imej butang.
  3. Letakkan penuding di atas salah satu pemegang pangkas hitam di sepanjang pinggir klip. Kemudian klik dan seret sehingga anda telah memangkas klip kepada kawasan yang anda inginkan.

Atas Halaman Atas Halaman

Mensaiz semula

Apabila anda menemui klip yang sesuai untuk dokumen anda, ia mungkin bukanlah dalam saiz yang betul. Oleh sebab memangkas tidak selalunya sesuai, anda boleh membesarkan atau mengurangkan klip agar ia muat dalam kawasan tertentu. Contohnya, klip yang pertama di bawah telah dikurangkan kepada klip kedua.

Gambar asal dan disaizkan semula secara berkadaran

  1. Pilih klip.
  2. Alihkan penuding di atas salah satu bulatan terbuka di sudut imej.
  3. Seret sehingga imej adalah saiz yang anda inginkan.

 Nota   Menyeret bulatan terbuka di sudut akan mensaiz semula imej secara berkadaran. Jika anda menyeret salah satu sisi bulatan, imej membesar atau mengecil secara tidak seimbang seperti yang ditunjukkan di sini.

Gambar yang disaizkan semula secara tidak berkadaran

Atas Halaman Atas Halaman

Memutarkan dan membalikkan

Memutar klip boleh meningkatkan reka bentuk halaman dengan menambah asimetri dinamik. Contohnya, topeng ini dalam orientasinya yang menegak adalah statik dan boleh dijangka. Diputar sedikit, topeng memberikan gambaran pergerakan (tanpa gangguan animasi).

Imej asal topeng Imej topeng, diputar

Membalikkan klip boleh memberikan imbangan simetri kepada halaman. Pasangan penghibur ini dicipta dengan menyalin klip di sebelah kiri dan membalikkan salinan yang ditampal di sebelah kanan. Ia mungkin berfungsi sebagai pengapit bagi tajuk penting.

Gambar asal dan salinan dibalikkan

Memutar klip

  1. Pilih klip.
  2. Pada menu Susun, klik Putar atau Balikkan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
    • Klik Putar Kiri 90° atau Putar Kanan 90° untuk memutarkan klip dalam kenaikan 90 darjah. Klik sekali untuk memutarkan klip 90 darjah. Teruskan mengklik sehingga klip berada pada kedudukan yang anda inginkan.
    • Klik Putar Bebas, kemudian letakkan penuding di atas pemegang bulat hijau pada bahagian atas objek. Apabila anda melihat bulatan di sekitar pemegang hijau, seret sehingga objek itu berada pada sudut yang anda inginkan.

Membalikkan klip

  1. Pilih klip.
  2. Pada menu Susun, klik Putar atau Balikkan, kemudian klik Balikkan Mendatar atau Balikkan Menegak.

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah imej bayang

Menambah imej bayang kepada klip boleh memberikan dimensi dan kedalaman pada penerbitan anda dan ia boleh memberikan penampilan yang profesional.

Imej bayang digunakan

  1. Pilih klip.
  2. Pada bar alat Pemformatan, klik butang Gaya Bayang Imej butang dan pilih gaya yang anda inginkan.

 Nota   Untuk mengalih keluar imej bayang, klik Gaya Bayang kemudian pilih Tiada Bayang.

Atas Halaman Atas Halaman

Mengubah kontras dan kecerahan

Anda boleh menukar penampilan klip dengan melaraskan kontras dan kecerahan imej.

  1. Pilih klip.
  2. Pada bar alat Gambar, lakukan mana-mana yang berikut:
    • Untuk meningkatkan kecerahan, klik Lebih Kecerahan Imej butang.
    • Untuk mengurangkan kecerahan, klik Kurang Kecerahan Imej butang.
    • Untuk meningkatkan kontras, klik Lebih Kontras Imej butang.
    • Untuk mengurangkan kontras, klik Kurang Kontras Imej butang.

Laraskan tahap dan bandingkan perbezaan. Contohnya, anda boleh menjadikan klip lebih gelap dengan mengurangkan kecerahan atau anda boleh suramkan dengan mengurangkan kontras.

Jika anda mahu letakkan klip di belakang teks, anda boleh memudarkan klip dengan mengklik Warna Imej butang pada bar alat Gambar kemudian memilih opsyen Pemudaran.

Atas Halaman Atas Halaman

Melerai dan mewarna semula klip

Topeng yang diputar pada awal artikel ini menyediakan contoh yang baik tentang kebaikan melerai dan memadam bahagian. Klip asal yang dimuat turun dari Laman web Lukisan Klip dan Media termasuk dua topeng dan item tambahan. Matlamatnya adalah untuk menggunakan setiap topeng secara berasingan.

Lukisan klip teater asal

Selepas anda menampal atau menyelitkan klip ke dalam penerbitan anda, langkah pertama adalah untuk meleraikannya. Melerai akan memecahkan sekeping lukisan klip kepada bahagian-bahagian individu. Sekarang anda boleh memadam bahagian yang anda tidak ingini dan mengumpul semula gambar yang lebih ringkas.

 Nota   Klip yang telah dilerai dan dikumpul semula kelihatan malap dalam penerbitan anda, tetapi ia dicetak jelas dan terang.

  1. Klik klip untuk memilihnya.
  2. Pada menu Susun, klik Leraikan.
  3. Apabila anda melihat mesej tentang menukar gambar yang diimport, klik Ya.
  4. Di bawah klip yang dileraikan, klik butang Leraikan Objek Imej butang.

Klip dileraikan kini diliputi dengan pemegang pilihan bulatan yang kecil. Ini kerana anda telah meleraikan klip kepada keseluruhan bahagiannya dan semua bahagian individu dipilih.

Lukisan klip teater yang dileraikan

  1. Bermula dari luar gambar, seret penuding anda secara pepenjuru dari atas kiri ke bawah melepasi dagu kiri topeng untuk memilih keseluruhan topeng.

Jika anda memilih keseluruhan topeng, anda boleh mengklik dalam topeng kiri dan menyeretnya jauh dari bahagian lain gambar untuk lebih mudah mengubah suai. Anda mungkin mahu memadam tiga segi tiga, mewarna semula topeng dan menjajarkan mereka secara berbeza, seperti yang ditunjukkan di sini.

Klip yang dikumpul semula dengan unsur yang dialih keluar, dijajarkan semula dan diwarnakan semula

Atas Halaman Atas Halaman

Meleraikan klip, memadam bahagian, mengumpul semula dan mewarnakannya semula

Lukisan klip teater asal

Klip berwarna-warni ini memberikan contoh yang lebih rumit untuk meringkaskan klip. Dalam bentuk asalnya, klip ini mungkin mengganggu mesej, tetapi anda tidak perlu mengabaikan klip. Anda boleh mensaiz semula, meleraikan, memadam bahagian yang tidak diingini dan mewarna semula untuk menyuramkan warna agar ia memenuhi keperluan yang anda inginkan.

Meleraikan klip
  1. Jika anda tidak melihat pemegang bulat di sekeliling klip, klik klip untuk memilihnya.
  2. Pada menu Susun, klik Leraikan.
  3. Apabila anda melihat mesej tentang menukar gambar yang diimport, klik Ya.
  4. Di bawah klip yang dileraikan, klik butang Leraikan Objek Imej butang.

Lukisan klip yang dileraikan

Memadam bahagian klip

Anda sudah bersedia memadamkan bahagian yang tidak diingini.

  1. Pada bar alat Standard, dalam senarai ZumSenarai zum, klik 200% untuk menzum masuk pada klip terlerai. Klik halaman di luar klip untuk membatalkan pilihan.
  2. Pilih hanya bahagian yang anda ingin padam, kemudian tekan DELETE.

Contohnya, dalam klip teater itu, anda boleh memadam corak pada bangunan, tanah, pakaian pelakon, serlahan pada topeng dan wajah pelakon, pancaran matahari di langit dan kotak yang mengelilingi keseluruhan klip (kebanyakan lukisan klip mempunyai kotak lutsinar di sekeliling), seperti yang ditunjukkan di sini.

Klip dileraikan dengan unsur yang tidak diingini dialih keluar

 Petua   Anda boleh memilih beberapa bahagian pada satu masa dengan menekan SHIFT dan mengklik setiap bahagian.

Mengumpul semula klip

Apabila anda telah memadam semua bahagian yang tidak perlu, anda boleh mengumpul semula klip. Jika anda ingin membuat lebih banyak perubahan kepada klip, biarkan ia terlerai.

  1. Seret pilihan segi empat tepat di seluruh klip supaya semua bahagian yang selebihnya dipilih.
  2. Klik butang Kumpulkan Objek Imej butang.

 Petua   Jika hanya satu bahagian tertinggal selepas anda memadam bahagian yang tidak diingini, anda tidak akan melihat butang Kumpulkan ObjekImej butang.

Atas Halaman Atas Halaman

Mewarna semula klip

Anda boleh berhenti sekarang, tetapi warna yang terang akan menonjol pada halaman teks. Gambar akan kelihatan lebih sesuai jika warna dilembutkan. Sekarang klip telah diringkaskan, anda sudah bersedia untuk mewarnanya semula supaya ia kurang menonjol.

Untuk mewarna semula klip, anda perlu memilihnya. Selepas anda klik keseluruhan klip, klik sekali lagi pada bahagian yang anda mahu warnakan semula (bulatan kelabu gelap mengelilingi bahagian yang dipilih).

 Petua   Jika bulatan kelabu gelap sukar dilihat berbanding warna latar klip, anda mungkin mahu meleraikan klip sekali lagi supaya bahagian ini mudah dikenali. Bahagian terpilih dalam klip terlerai mempunyai pemegang putih yang menonjol dengan lebih baik. Jika anda meleraikan klip untuk mewarna semula, pastikan untuk mengumpulkannya sekali lagi selepas anda selesai mewarna semula.

Berikut adalah beberapa tindakan yang boleh anda ikuti untuk mewarna semula sebahagian klip. Semua butang ada pada bar alat Pemformatan.

 Nota   Untuk memaparkan bar alat Pemformatan, pada menu Pandangan, tuding ke Bar Alat kemudian klik Pemformatan.

  • Tukar warna isian dengan mengklik butang Warna Isian Imej butang.

Dalam klip ini, kesan isian gradien yang berbeza daripada jingga di satu sudut daripada indigo di sudut bertentangan mencipta matahari terbenam. Bangunan menggunakan kesan isian gradien mendatar yang gelap berhampiran tapak bangunan untuk meniru cahaya pada waktu senja.

Klip terlerai dengan warna baru dan kesan isian digunakan

  • Tukar warna garis dengan mengklik butang Warna Garis Imej butang.
  • Menukar warna sempadan dengan mengklik butang Gaya Garisan/Sempadan Imej butang.
Menggunakan warna seragam untuk semua klip

Menggunakan warna seragam untuk pelbagai klip yang berbeza dalam warna dan gaya adalah cara mudah untuk menyatukan penerbitan anda. Menggunakan satu warna tumpu apabila mencetak penerbitan anda di perkhidmatan pencetakan komersial akan mengurangkan kos percetakan sambil memberi penerbitan kekayaan warna aksen tambahan.

Lukisan klip teater beraneka
Lukisan klip teater beraneka dengan warna yang sama digunakan pada setiap klip

  1. Pilih klip.
  2. Pada menu Format, klik Gambar, kemudian klik tab Gambar.
  3. Klik Warna Semula.

 Nota   Jika klip telah ditukar menjadi objek lukisan Microsoft, butang Warna Semula tidak tersedia. Sebaliknya, gunakan Warna Isian dan Kesan Isian. Untuk maklumat lanjut tentang mewarna semula objek lukisan, lihat seksyen sebelumnya dalam artikel ini.

  1. Dalam kotak dialog Warna Semula Gambar, pilih warna (Pantone 562 C digunakan dalam contoh di sini), kemudian klik salah satu opsyen berikut:
    • Klik Warna semula seluruh gambar untuk menggunakan seri warna yang dipilih kepada keseluruhan gambar.
    • Klik Tinggalkan bahagian hitam berwarna hitam untuk menggunakan seri warna yang dipilih pada bahagian gambar yang bukan hitam atau putih sahaja.
  2. Klik OK, kemudian ulangi langkah ini untuk setiap imej dalam penerbitan anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Membalut teks di sekeliling klip

Salah satu cara untuk menambah rupa yang profesional adalah menambah teks yang membalut di sekeliling imej. Ciri Pembalutan Teks membolehkan anda meletakkan klip di tengah-tengah blok teks.

Pembalutan teks sempit

  1. Selitkan klip dalam blok teks.
  2. Dengan klip yang dipilih, pada bar alat Gambar, klik Pembalutan Teks Imej butang, kemudian klik gaya pembalutan teks yang anda ingin tambah.

Anda boleh membalut teks di sekeliling, di atas dan di bawah, atau menerusi gambar. Anda juga boleh memilih untuk mengedit titik balutan yang mungkin berguna untuk bentuk tidak sekata.

 Petua   Anda boleh meletakkan grafik dalam dokumen anda sama ada sebelum atau selepas anda menambah teks, tetapi ia mungkin lebih mudah untuk meletakkan grafik bersama balutan teks selepas semua teks berada dalam dokumen itu.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Publisher 2013