Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Project Standard 2013

Project Standard 2013

Pastikan projek anda teratur dan ukur serta sampaikan kemajuan dengan mudah dengan laporan moden.
  • Microsoft Project Standard 2013 memberikan anda cara baru yang lebih mudah untuk memastikan projek teratur dan berjalan mengikut perancangan. Manfaatkan kelebihan ciri-ciri fleksible yang membantu anda bermula dan menjadikan anda lebih efisien dan produktif. Cipta laporan yang moden dengan mudah untuk mengukur kemajuan dan menyampaikan butiran projek dengan berkesan dengan pasukan anda dan pemegang amanah.

    Kekal teratur

    Rancang & uruskan projek anda dengan mudah dengan ciri-ciri intuiti untuk membantu anda menyampaikan nilai perniagaan yang disasarkan.

    Fokus pada perkara penting dengan cepat, pilih tindakan untuk diambil dengan mudah dan layari fungsi dengan lancar melalui pengalaman visual yang dipertingkatkan.

    Dapatkan templat Project terkini di Office.com daripada Project untuk bermula dengan cepat.

    Kekal terurus dengan mendapatkan capaian pantas kepada fail dan lokasi terbaru dari Backstage.

    Rancang &uruskan projek anda dengan mudah
    Jadilah efisien dan tentukan keutamaan

    Jadilah efisien dan tentukan keutamaan dalam antara muka yang kaya dari segi visual dan konteks untuk kerja seharian, tugas projek, butiran penting dan garis masa.

    Kuasai rancangan projek anda tanpa mengira saiznya.

    Alatan laporan yang kaya dan baru dengan pengalaman yang serupa dengan Office yang anda sudah biasa akan dapat membantu anda untuk mengukur kemajuan dan peruntukkan sumber dengan cepat dan mudah.

    Dengan penyerlahan Laluan Tugas dalam carta Gantt, anda sentiasa tahu cara tugas anda disatukan dan kenal pasti yang mana paling kritikal kepada kejayaan projek anda.

    Fokus pada perkara penting dengan mengaturkan dan menghubungkan tugas dengan cepat untuk mencipta pelan dan garis masa projek.

    Sampaikan Projek yang berjaya

    Sampaikan persembahan yang berkesan yang menawarkan pandangan segera kepada perancangan tugas, peruntukkan sumber, keberkesanan kos dan banyak butiran penting mengenai projek anda.

    Pandangan garis masa Project membantu anda mevisualisasikan projek anda untuk menyampaikan persembahan kepada pasukan, eksekutif dan pemegang kepentingan anda.

    Kongsi pandangan dengan mudah yang membantu anda menyampaikan kemajuan dengan lebih bagus dan mencapai keputusan.

    Gunakan laporan serba baru seperti Burndown dan Gambaran Keseluruhan Sumber untuk mengukur kemajuan dengan cepat dan berkomunikasi dengan berkesan dengan pasukan, eksekutif dan pemegang kepentingan anda.

    Salin dan tampal dengan mudah dari Project ke aplikasi Office yang biasa seperti Word dan PowerPoint tanpa kehilangan kesetiaan atau keupayaan untuk membuat perubahan pada label dan gaya.

    Sampaikan persembahan yang berkesan
    Jelajahi Office Store

    Jelajahi Office Store untuk berinovasi dengan cepat dengan opsyen yang fleksibel bagi menyesuaikan dan melanjutkan keupayaan serba baru.

    Office Store yang baru menyediakan App untuk Office yang melanjutkan fungsi Project untuk menyelesaikan masalah unik bagi memenuhi keperluan anda dan keperluan perniagaan anda.

    Cari aplikasi di Office.com dan pilih opsyen pengedaran atau sediakan akses menerusi katalog app korporat.

    Gunakan seni bina aplikasi yang kukuh dengan kit pembangunan perisian (SDK) yang tersedia dan mudah didapati untuk pemprograman tersuai.

  • Ketahui selanjutnya

    Manfaatkan kelebihan laporan baru Project dengan nasihat bernilai daripada pasukan kejuruteraan kami
    sempadan
    Susun dan utamakan dengan petua laluan tugas di Project Blog
    sempadan
    Dapatkan maklumat terkini daripada Pasukan Projek di Project Blog kami
Cari maklumat untuk: Pakar IT|Pembangun