Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Project Pro for Office 365
Office 365

Project Pro for Office 365

Dapatkan kawalan dan keupyaan Project Professional 2013 dari hampir mana-mana sahaja sebagai langganan desktop yang sentiasa dikemas kini menerusi Office 365.
  • {PP365Buy|price} pengguna/bulan
    dengan langganan tahunan
  • Beli sekarang
  • Harga tidak termasuk cukai.

  • Microsoft Project Pro for Office 365 menyampaikan versi terkini Project Professional sebagai langganan menerusi Office 365. Perisian anda dipastikan dikemas kini secara automatik (dengan opsyen untuk dasar yang boleh disesuaikan) dan pengguna dalam perjalanan boleh bekerja daru komputer pilihan mereka dengan menstrimkan klien desktop lengkap dengan Projek atas Permintaan. Pastikan pengerahan ringkas, manfaatkan daripada opsyen yang fleksible dan nikmati integrasi dengan produk Office 365 lain seperti Lync dan SharePoint.

    Kekal teratur

    Rancang &uruskan projek anda dengan mudah dengan kawalan intuitif dan alatan pasukan yang fleksibel untuk membantu organisasi anda menyampaikan nilai perniagaan yang disasarkan.

    • Fokus pada perkara penting dengan cepat, pilih tindakan untuk diambil dengan mudah dan layari fungsi dengan lancar dengan pengalaman visual yang dipertingkatkan.
    • Gunakan skrin Mula baru dalam Project Pro for Office 365 untuk mempelajari perkara asas projek seperti menyusun tugas, memautkan tugas dan mencipta garis masa.
    • Dapatkan templat Project terkini di Office.com dari dalam Project untuk bermula cepat.
    Rancang &uruskan projek anda dengan mudah
    Jadilah efisien dan tentukan keutamaan

    Jadilah efisien dan tentukan keutamaan dengan mengagregatkan kerja seharian, tugas projek, butiran penting dan garis masa dalam antara muka yang kaya dari segi visual dan kontekstual.

    • Kuasai rancangan projek anda tidak mengira saiznya.
    • Alatan laporan yang kaya dan baru dalam pengalaman serupa Office yang anda sudah biasa membantu anda mengukur kemajuan dan peruntukkan sumber dengan cepat dan mudah.
    • Dengan penyerlahan Laluan Tugas dalam carta Gantt, anda sentiasa tahu cara tugas anda disatukan dan kenal pasti yang mana paling kritikal kepada kejayaan projek anda.
    • Fokus pada perkara penting dalam antara muka konteksual untuk menyusun tugas, memautkan tugas dan mencipta garis masa.

    Uruskan di mana-mana sahaja dengan alat untuk memastikan anda kekal berhubungan dengan pasukan anda dan mengawal projek anda semasa anda dalam perjalanan.

    • Kongsi status terkini, perbualan dan Garis Masa Projek menerusi tapak projek khusus dengan integrasi yang dipertingkatkan antara Project dan Office 365 (atau SharePoint).
    • Cipta tapak projek anda dengan beberapa klik ringkas untuk berkongsi butiran projek dengan pantas dengan pasukan anda, memastikan semua orang berhubung dan teratur.
    • Strim Project Pro for Office 365, aplikasi desktop pengurusan projek anda, terus dari web dan akses dari hampir mana-mana sahaja dengan Projek atas Permintaan.
    Uruskan di mana-mana sahaja
    Sampaikan Projek yang Berjaya
    Sampaikan persembahan yang berkesan

    Sampaikan persembahan yang berkesan yang menawarkan pandangan segera kepada perancangan tugas, peruntukkan sumber, keberkesanan kos dan banyak butiran penting mengenai projek anda.

    • Pandangan garis masa Project membantu anda mevisualisasikan projek anda untuk menyampaikan persembahan yang hebat kepada pasukan, eksekutif dan pemegang kepentingan anda.
    • Kongsi pandangan dengan mudah yang membantu anda menyampaikan kemajuan dengan lebih bagus dan mencapai keputusan.
    • Gunakan laporan serba baru seperti Burndown dan Gambaran Keseluruhan Sumber, atau cipta pengalaman serupa Excel yang anda biasa untuk mengukur kemajuan dengan cepat dan berkomunikasi dengan berkesan dengan pasukan, eksekutif dan pemegang kepentingan anda.
    • Salin dan tampal dengan mudah dari Project ke aplikasi Office yang utama seperti Word dan PowerPoint tanpa kehilangan kesetiaan atau keupayaan untuk membuat perubahan pada label dan gaya.

    Jangkakan Perubahan dengan pandangan kehadapan ke dalam kerja seharian dengan mendalami projek anda dan sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja tersebut.

    • Alatan dipertingkatkan seperti Perancang Pasukan membantu anda melihat dan memperbaiki potensi masalah sebelum ia boleh menjejaskan jadual anda.
    • Dengan Project, anda boleh setkan tugas kepada "Tidak aktif" dan melakukan analisis pantas untuk senario "bagaimana jika" tanpa mencipta semula keseluruhan pelan projek anda.
    • Temui potensi masalah sebelum ia menjadi masalah sebenar menerusi analisis tapak tugas baru.
    • Sampaikan projek dengan cemerlang dengan menguruskan butiran perancangan, penjadualan dan pelaksanaan projek dengan berkesan.
    Jangkakan Perubahan
    Jelajahi Office Store

    Jelajahi Office Store untuk menginovasikan dengan cepat dengan opsyen yang fleksibel bagi menyesuaikan dan melanjutkan keupayaan serba baru.

    • Office Store baru menyediakan Apl untuk Office yang melanjutkan kefungsian Project untuk menyelesaikan masalah unik bag memenuhi keperluan anda dan keperluan perniagaan anda.
    • Cari aplikasi di Office.com dan pilih opsyen pengedaran atau sediakan akses menerusi katalog apl korporat.
    • Gunakan seni bina aplikasi yang lasak dengan kit pemajuan perisian (SDK) yang tersedia dengan meluas untuk kebolehan pemprograman tersuai.
    Tingkatkan kerjasama seharian

    Bekerja lancar merentasi alatan untuk membantu semua orang dalam pasukan anda bekerja bersama dengan maklumat yang mereka perlukan untuk berjaya.

    • Project berfungsi baik dengan Office, Office 365, SharePoint dan Lync untuk memberikan anda sistem pengurusan projek kolaboratif yang lengkap.
    • Salin maklumat projek dengan mudah ke aplikasi Office seperti PowerPoint dan e-mel, atau simpan pelan dan butiran penting pada Office 365 dan SharePoint.
    • Penyegerakan senarai tugas antara Project dan Office 365 atau SharePoint adalah lebih bagus berbanding sebelumnya dan membantu anda menyampaikan maklumat projek dengan pantas kepada pasukan anda dan menerima perubahan mereka dengan mudah dari hampir mana-mana sahaja.
    Bekerja lancar merentasi alatan
    Berkomunikasi dalam masa nyata

    Berkomunikasi dalam masa nyata dengan ahli pasukan dalam pejabat atau merentasi dunia dengan alatan yang direka bentuk untuk menghantar perbualan kritikal anda dengan cepat dan selamat.

    • Lihat sama ada ahli pasukan tersedia untuk perbincangan atau pesanan segera dengan Lync dengan mengimbas status kehadiran mereka dalam pelan projek anda.
    • Hantar pesanan segera untuk melancarkan perbualan masa nyata dan ruang mesyuarat dikongsi terus daripada projek anda dengan integrasi Lync Online antara Project dan Office 365.
    • Sampaikan maklumat projek, jejak status dengan berkesan dan terima perubahan dari hampir mana-mana sahaja dengan menggunakan senarai penyegerakan yang dipertingkatkan antara SharePoint dan Project.
    Permudahkan IT

    Manfaatkan faedah Office 365 dengan aplikasi dan antara muka Project Professional yang anda sudah biasa.

    • Aturkan pengguna dan mula pantas dengan teknologi penstriman aplikasi dan Projek atas Permintaan.
    • Permudahkan pengerahan dengan membolehkan tampalan dan kemas kinian terkini dipasang secara automatik (dengan opsyen untuk menunda pemasangan menggunakan dasar pusat untuk membenarkan ujian keserasian bila perlu).
    • Bolehkan pengguna bekerja dari komputer pilihan mereka dengan opsyen untuk memasang Projek pada berbilang PC dan malahan memasangnya buat sementara pada komputer kiosk semasa dalam perjalanan.
    • Dapatkan faedah daripada integrasi dengan perkhidmatan Office 365 lain, seperti kehadiran dan integrasi pesanan segera (IM) menerusi Microsoft Lync dan Lync Online dan opsyen untuk menyimpan dan berkongsi projek anda ke SharePoint Online dan Project Online.
    Manfaatkan faedah Office 365
  • Ketahui selanjutnya

    Manfaatkan kelebihan laporan baru Project dengan nasihat bernilai daripada pasukan kejuruteraan kami
    sempadan
    Susun dan utamakan dengan petua laluan tugas di Project Blog
    sempadan
    Dapatkan maklumat terkini daripada Pasukan Projek di Project Blog kami
Cari maklumat untuk: Pakar IT|Pembangun