Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Project Online with Project Pro for Office 365
Office 365

Project Online
with Project Pro for Office 365

Bermula cepat dengan penyelesaian dalam talian yang fleksible untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja seharian yang dihantar menerusi Office 365. Ia termasuk keupayaan pengurusan desktop penuh sebagai langganan.
  • {POPP365Buy|price} pengguna/bulan
    dengan langganan tahunan
  • Beli sekarang
  • Harga tidak termasuk cukai.

  • Microsoft Project Online with Project Pro for Office 365 ialah penyelesaian dalam talian yang fleksible untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja seharian. Dihantar menerusi Office 365 dan direka bentuk untuk orang yang perlu mengurus dengan keupayaan pengurusan projek penuh pada desktop dan juga bekerja dalam talian dari hampir mana-mana sahaja pada hampir semua peranti, Project Online with Project Pro for Office 365 membolehkan organisasi untuk bermula, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan nilai perniagaan yang disasarkan.

    Kerja hampir di mana-mana sahaja

    Ke Dalam Talian dengan pelan fleksible yang membantu anda untuk mendaftar dengan cepat dan mudah untuk perkhidmatan yang paling tepat untuk keperluan perniagaan anda.

    • Bersedia dan mula bekerja dengan kebolehpercayaan bergred perusahaan dan kons infrastruktur awal sifar.
    • Tambah pasukan dan projek dalam beberapa minit sahaja dengan portal berasaskan web.
    • Lihat sekilas portfolio anda dengan segera dengan keupayaan pelaporan tuding dan klik yang baru.
    • Strim Project Pro for Office 365, aplikasi desktop pengurusan projek anda, terus dari web.
    Ke Dalam Talian
    Bermula cepat

    Bermula cepat dengan permulaan, peruntukan dan peningkatan yang mudah dalam persekitaran berasaskan web yang direka bentuk untuk mengoptimumkan masa dan membantu pasukan melakukan lebih banyak.

    • Gunakan jubin visual baru untuk bermula cepat atau keupayaan pengurusan portfolio projek yang fleksibel.
    • Gunakan skrin Mula baru dalam Project Pro for Office 365 untuk mempelajari perkara asas projek seperti menyusun tugas, memautkan tugas dan memperbaiki garis masa.
    • Upayakan pasukan anda untuk bekerja dengan persekitaran yang mereka biasa gunakan. Project Online termasuk SharePoint Online dan datang kepada anda menerusi Office 365.
    • Pilih antara peranti dan pelayar – Internet Explorer, Firefox, Safari, Chrome dan banyak lagi – untuk melihat, mengedit, menyerahkan dan bekerjasama pada projek, portfolio dan kerja seharian.

    Ambil tindakan dan ikuti perkembangan terkini di lebih banyak tempat dan lebih banyak peranti berbanding sebelumnya

    • Lihat dan selesaikan tugas anda (termasuk perniagaan dan peribadi) di satu lokasi.
    • Pelan dan urus tugas dengan berkesan dengan bantuan keupayaan penjadualan yang baru.
    • Pastikan pasukan anda tersusun di satu lokasi – tapak projek mereka – di mana mereka boleh melihat ringkasan projek, dokumen, tugas, suapan berita dan kalendar.
    • Capai Project Pro for Office 365 dari hampir mana-mana sahaja dengan Projek atas Permintaan.
    Ambil tindakan
    Pengurusan portfolio projek fleksibel
    Selaraskan wawasan dan usaha

    Selaraskan wawasan dan usaha untuk mengutamakan inisiatif, memiluh portfolio projek yang optimum dan menyampaikan strategi perniagaan anda.

    • Nilai idea dengan berkesan atau ukur sumbangan strategik daripada permintaan yang bersaing untuk menentukan penjajaran dan lancarkan permulaan projek.
    • Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer untuk menstandardkan kemajuan projek atau penolakan dan tingkatkan pentadbiran dan kawalan.
    • Promosikan senarai tugas SharePoint Online dengan cepat kepada projek perusahaan dalam Project Online.
    • Sampaikan projek dengan cemerlang dengan menguruskan butiran perancangan, penjadualan dan pelaksanaan projek dengan berkesan dengan Project Pro for Office 365.

    Uruskan sumber dengan berkesan dengan Project Online untuk melihat usaha pasukan anda —walaupun mereka menguruskan kerja seharian atau projek ad hoc dalam SharePoint Online.

    • Selaraskan senarai tugas SharePoint Online dengan Project Online untuk melaporkan aktiviti pasukan anda.
    • Uruskan perancangan masa depan projek anda dengan lebih bagus dan kerja yang diusahakan warga anda dengan merekodkan idea mereka dalam senarai tugas SharePoint Online dan menganalisisnya dalam Project Online.
    • Ukur penggunaan sumber dengan tepat dan uruskan peruntukkan sumber dengan lebih bagus yang sejajar dengana strategi anda.
    • Uruskan penugasan sumber peringkat projek secara visual untuk melihat dengan segera campuran yang betul dengan Project Pro for Office 365.
    Uruskan sumber dengan berkesan
    Manfaatkan cara baru untuk bekerjasama dan bertindak dengan cepat
    Kukuhkan kerjasama seharian

    Kukuhkan kerjasama seharian dengan pengalaman sosial SharePoint Online, yang memudahkan perbincangan, perkongsian maklumat dan keupayaan pasukan anda untuk menyelesaikan kerja.

    • Kongsi dan pantau perkara yang dibincangkan dan diusahakan pasukan dengan mudah dengan mengikuti orang, tapak, tag dan dokumen dengan supana berita.
    • Gunakan keupayaan carian SharePoint Online untuk melaksanakan kerja dan projek seharian dengan lebih berkesan dan mencari maklumat yang betul.
    • Manfaatkan ciri keselamatan yang berkuasa untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai pada projek dan kerja seharian.
    • Promosikan keterlihatan dengan alat kerjasama untuk mengalirkan kalendar, kehadiran dan kapasiti maklumat dengan lancar merentasi organisasi anda.

    Berkomunikasi lancar dengan cara baru untuk bekerjasama dan adakan perbualan untuk meningkatkan kerja pasukan keseluruhan.

    • Apungkan atas nama individu dalam pelan projek anda untuk melihat sama ada ahli pasukan tersedia untuk perbincangan atau pesanan segera (IM) dengan Lync Online.
    • Bekerjasama dengan pasukan anda dengan cepat dengan menyeret dan menjatuhkannya dalam mesyuarat Lync untuk persidangan kumpulan, pesanan segera, perkongsian skrin dan ruang kerja dikongsi.
    • Selaraskan garis masa anda dengan tapak projek anda dengan Project Pro for Office 365 untuk mengilustrasikan tarikh dan penghantaran secara visual dan memastikan semua orang termaklum dan teratur dalam sekilas pandang.
    • Temui potensi masalah sebelum ia menjadi masalah sebenar menerusi analisis tapak tugas baru dalam Project Pro for Office 365.
    Berkomunikasi lancar
    Tingkatkan ketangkasan dan kawalan
    Buat keputusan dipacu data

    Buat keputusan dipacu data dengan melengkapi ahli pasukan dengan maklumat yang mereka perlukan agar kekal termaklum dan membuat keputusan lebih bagus.

    • Gunakan papan pemuka ringkasan untuk membantu mendapatkan pandangan dan membuat keputusan lebih baik.
    • Optimumkan penggunaan dan rancangan peruntukan untuk keperluan sumber organisasi anda menerusi pusat sumber.
    • Cari dan agregatkan data dengan cepat pada berbilang dimensi melalui capaian layan diri dengan Excel Services.
    • Cari laporan berguna seperti Burndown dan Gambaran Keseluruhan Sumber dalam Project Pro for Office 365.

    Permudahkan IT dengan perkhidmatan awan yang terulung untuk menambah kefleksibelan dan keselamatan sambil memudahkan kerumitan teknikal.

    • Daftar terus untuk Project Online dalam pengalaman peruntukan yang terbuka dan pantas dan pilih antara beraneka jenis pelan langganan yang paling tepat untuk keperluan perniagaan anda.
    • Berikan pasukan anda dan rakan kongsi perniagaan anda capaian ke peringkat yang betul menerusi model keselamatan bersepadu SharePoint yang baru dalam Project Online.
    • Seting IT dan perniagaan yang berasingan – Pejabat Pengurusan Projek (PMO) anda atau penaja perniagaan anda boleh menguruskan seting PPM tanpa bantuan lanjutan daripada IT.
    • Pastikan perniagaan anda kekal selamat dan tersedia menerusi sokongan IT 24/7 dan pematuhan dengan senarai piawaian pensijilan kawal selia yang semakin berkembang seperti FISMA, ISO 27001 dan HIPAA.
    • Penyegerakan Utilize Active Directory (AD) dalam PWA untuk memilih kumpulan AD yang mengandungi pasukan yang anda ingin tugaskan projek.
    • Gunakan standard industri seperti ODATA (protokol data terbuka) untuk perlombongan data dan risikan perniagaan.
    • Yakinilah dengan sandaran data berterusan, keupayaan pemulihan bencana dan pusat data yang berulangan di seluruh dunia.
    Permudahkan IT
    Inovasi pantas

    Lakukan inovasi pantas dan capai peluang dengan pengalaman perkhidmatan awan Microsoft yang disatukan dalam SharePoint Online, Exchange Online, Lync Online dan Office 365.

    • Gunakan aplikasi daripada Office Store baru dan SharePoint Store untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik.
    • Bangunkan dan sampaikan aplikasi dengan cepat yang membantu anda menjimatkan masa daripada proses diskret atau bersambung ke sistem perisian proprietari.
    • Bawa bersama disiplin berlainan seperti ALM, NPD dan IPM menerusi platform PPM yang bersambung dan boleh diskalakan.
    Keupayaan
    IT Dipermudahkan Wujudkan dan kerahkan pasukan anda dengan cepat dengan standard teknologi dan industri terkini untuk mengasingkan kefungsian PMO daripada kefungsian IT.
    Penyepaduan Active Directory Uruskan kelayakan dan keizinan pengguna.
    Kebolehpercayaan Kami berpegang teguh dengan janji masa hidup 99.9% kami dengan jaminan kewangan yang terulung dalam industri.
    Keselamatan Data anda adalah milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.
    Pentadbiran Mudah untuk digunakan dan dikawal. Anda boleh menambah dan mengeluarkan pengguna dalam beberapa minit sahaja. Gunakan PowerShell untuk mencipta skrip tersuai dan proses automatik.
    Kemas kinian Kami mengemas kini perkhidmatan dengan kerap dengan ciri dan keupayaan baru.
    Sokongan Pelan untuk sokongan telefon 24/7 untuk isu IT lanjutan. Sokongan komuniti Microsoft menyediakan jawapan dalam talian dan telefon, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain.
    Mari Bermula Project membolehkan organisasi anda untuk memulakan projek dengan cepat, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan hasil dengan nilai perniagaan yang disasarkan.
    Capaian Di Mana-mana Sahaja Jadilah produktif dari hampir sebarnag peranti dari mana-mana sahaja.
    Klik untuk Jalan Pasang dengan cepat melalui Internet, rangkaian dalaman, sistem fail setempat atau daripada media luar talian untuk memastikan anda dikemas kini dengan versi terkini Project Pro for Office 365. Ketahui selanjutnya mengenai Klik untuk Jalan.
    Projek Atas Permintaan Microsoft Office 365 boleh menstrim versi terkini Project Pro for Office 365 dengan segera ke PC berlainan apabia anda dalam perjalanan.
    Pengurusan Kerja Uruskan dan bekerjasama untuk kerja dengan mudah dalam pasukan tanpa struktur projek, tetapi dapatkan keterlihatan kerja untuk tujuan perancangan dan pelaporan.
    Pengurusan permintaan Dapatkan keterlihata projek, aktiviti operasi dan kerja seharian. Lancarkan permulaan projek dan kemajuan dengan menggunakan pentadbiran dan kawalan yang bersesuaian.
    Analitis Portfolio &Pilihan Kenal pasti, pilih dan sampaikan portfolio projek dengan berkesan yang paling sejajar dengan strategi perniagaan organisasi anda dan maksimumkan ROI.
    Pengurusan Sumber Sampaikan keputusan dengan tenaga kerja anda hari ini dan rancang untuk masa depan untuk menguruskan lebihan dan defisit merentasi horizon perancangan.
    Pengurusan Jadual Sampaikan projek tepat pada masanya dengan peta pelaksanaan dan rangka kerja penghantaran untuk menjejak kemajuan dan menguruskan perubahan.
    Pengurusan Kewangan Gunakan proses pengurusan kewangan dan jejak prestasi kos dengan berkesan untuk memastikan penghantaran mengikut belanjawan dan bahawa portfolio mencapai faedah yang diramalkan.
    Pengurusan Masa dan Tugas Gunakan pendekatan terpusat dan umum pada pelaporan masa dan pengurusan tugas.
    Kerjasama Kukuhkan kerjasama pasukan dan tingkatkan kejayaan projek dengan keupayaan perusahaan sosial, komunikasi mudah dengan pesanan segera dan tapak pasukan dan keupayaan kerjasama lain yang mudah digunakan.
    Pengurusan Isu dan Risiko Elakkan, kenal pasti dan selesaikan potensi risiko dan isu berkaitan perniagaan atau projek.
    Pelaporan dan Risikan Perniagaan Kumpulkan, kategorikan, fahami dan buat keputusan mengenai data projek. Gunakan risikan pernigaan (BI) untuk menyediakan keterlihatan dan sokongan keputusan untuk menguruskan projek, program dan portfolio secara proaktif.
    Pengurusan Program Capai faedah yang diramalkan untuk keseluruhan program dan merentasi projek dasar dalam pelaksanaan dengan faedah tambahan untuk mewujudkan dan menggunakan teknik yang menyediakan rangka kerja permulaan dan pemilihan projek.
    Pentadbiran Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer tanpa pengekodan untuk menstandardkan kemajuan projek atau penolakan dan tingkatkan pentadbiran dan kawalan.
    Kebolehlanjutan Pasang Apl daripada SharePoint Store untuk memenuhi keperluan perniagaan anda, menulis Apl tersuai dengan mudah dan bersepadu dengan rangkaian sistem perniagaan.
    Ekosistem Rakan Kongsi Pengurusan Projek dan Portfolio Penyelesaian Microsoft PPM disokong oleh beratus-ratus Rakan Kongsi Microsoft yang mencapai Kecekapan PPM, menjalani peperiksaan berkaitan dan menjalankan berbilang pengerahan di lebih 80 negara di seluruh dunia. Apabila bantuan diperlukan dengan penilaian, perangkaan, pengerahan atau latihan dan anda sedia untuk mencapai organisasi Perkhidmatan Profesional —capai rakan kongsi PPM di rantau anda.
  • Ketahui selanjutnya

    Baca Cerita kejayaan Project Online daripada pelanggan perusahaan yang menggunakan penyelesaian PPM terkini kami dalam awan untuk menyampaikan nilai perniagaan.
    sempadan
    Dapatkan maklumat terkini daripada Pasukan Projek di Project Blog kami
    sempadan
    Pakar IT: Biasakan diri dengan keupayaan teknikal Project dalam awan dengan video gambaran keseluruhan Project Online
    sempadan
    Manfaatkan kelebihan laporan baru Project dengan nasihat bernilai daripada pasukan kejuruteraan kami
    sempadan
    Susun dan utamakan dengan petua laluan tugas di Project Blog
Cari maklumat untuk: Pakar IT|Pembangun