Ciri popular Project

    • Microsoft Project membantu anda merancang projek dan bekerjasama dengan individu lain dengan mudah. Sentiasa teratur dan jejaki projek anda dengan satu-satunya sistem pengurusan projek yang direka untuk berfungsi secara selanjar dengan aplikasi dan perkhidmatan awan Microsoft yang lain.
      Sentiasa Teratur

      Rancang dan urus projek dengan mudah menggunakan templat Projek terkini daripada Office.com.

      Sentiasa ketahui cara tugas anda disiapkan dan kenal pasti tugas yang paling kritikal untuk kejayaan projek anda dengan penyerlahan Laluan Tugas baru dalam Carta Gantt.

      Cipta laman projek dalam Office 365 atau SharePoint dengan beberapa klik mudah untuk berkongsi butiran projek dengan pasukan anda secara pantas, memastikan semua orang tersambung dan teratur.

      Sentiasa Teratur
      Menghantar projek anda dengan jayanya
      Menghantar projek anda dengan jayanya

      Gunakan laporan menarik dan inovatif seperti Gambaran Keseluruhan Burndown dan Resource atau cipta sendiri dengan pengalaman seakan-akan Excel untuk mengukur dengan cepat kemajuan dan berkomunikasi secara berkesan dengan pasukan, eksekutif dan pemegang saham.

      Jangka perubahan menggunakan alat dipertingkat seperti Perancang Pasukan untuk membantu anda melihat dan mengubah kemungkinan masalah sebelum ia menjejaskan jadual anda.

      Manfaatkan Apps for Office daripada Gedung Office baru untuk meluaskan kefungsian Project bagi menyelesaikan masalah unik agar memenuhi keperluan anda dan perniagaan anda.

      Meningkatkan kerjasama harian

      Bekerja secara selanjar dengan individu lain untuk menjejak status dan mengurus perubahan secara berkesan.

      Sediakan maklumat projek kepada pasukan anda dengan pantas dan terima perubahan mereka dengan mudah dari mana-mana sahaja dengan penyegerakan senarai tugas yang dipertingkat antara Project dan Office 365 atau SharePoint.

      Mulakan perbualan masa nyata daripada projek anda dengan penyepaduan baru Project dengan Lync dan Lync Online.

      Meningkatkan kerjasama harian
    • Project baru membolehkan organisasi anda memulakan projek, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menunjukkan hasil dengan nilai perniagaan yang dikehendaki secara pantas. Ia adalah penyelesaian dalam talian yang fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian—disampaikan melalui Office 365. Project baru juga tersedia untuk pemasangan pada premis.
      Menjajarkan wawasan dan usaha

      Nilaikan idea atau ukur sumbangan strategik permintaan bersaing secara berkesan untuk menentukan penjajaran dan memperkemas permulaan projek.

      Tingkatkan tadbir urus dan kawalan dengan mencipta dan mengurus aliran kerja berkuasa tanpa mengekod.

      Menjajarkan wawasan dan usaha
      Mengukuhkan kerjasama harian
      Mengukuhkan kerjasama harian

      Elakkan gangguan yang berkos tinggi dalam kerja berpasukan—dengan cara baru untuk bekerjasama dan bertindak dengan cepat.

      Satukan pengalaman sosial SharePoint dengan Project, memudahkan perbincangan, perkongsian maklumat dan kebolehan pasukan anda untuk menyelesaikan kerja.

      Pastikan pasukan anda terkini apabila mereka tiada di pejabat dan daripada hampir sebarang peranti.

      Menguruskan sumber secara berkesan

      Lihat aktiviti pasukan anda walaupun ketika mereka menguruskan kerja harian atau projek ad hoc dalam SharePoint.

      Segerakkan senarai tugas SharePoint dengan Project untuk melaporkan aktiviti pasukan anda.

      Ukur dengan tepat penggunaan sumber dan uruskan peruntukan dengan lebih baik agar sejajar dengan strategi anda.

      Menguruskan sumber secara berkesan
  • Ketahui lanjut

    Manfaatkan laporan baru Project dengan petua daripada pasukan jurutera kami

    Aturkan dan utamakan dengan petua laluan tugas pada Blog Project

    Baca kisah kejayaan Project Server 2013 tentang pelanggan perusahaan yang menggunakan penyelesaian PPM pada premis terbaru kami untuk menyampaikan nilai perniagaan

    Baca kisah kejayaan Project Online tentang pelanggan perusahaan yang menggunakan penyelesaian PPM dalam awan terbaru kami untuk menyampaikan nilai perniagaan dengan kawalan Office 365

    Bersambung dengan maklumat terkini daripada Pasukan Project di Blog Project

Cari maklumat untuk: Pakar IT|Pembangun