Terma Lesen Perisian Microsoft untuk Langganan Pengguna Office
TAMBAHAN KEPADA PERJANJIAN PERKHIDMATAN MICROSOFT
PERKHIDMATAN DAN PERISIAN LANGGANAN PENGGUNA MICROSOFT OFFICE 365:
MICROSOFT OFFICE 365 HOME
MICROSOFT OFFICE 365 UNIVERSITY
MICROSOFT OFFICE 365 PERSONAL

Terima kasih kerana memilih Langganan Pengguna Microsoft Office 365. Penggunaan perkhidmatan dan perisian Langganan Pengguna Office 365 anda ditadbir oleh terma dan syarat Perjanjian Perkhidmatan Microsoft yang anda telah setujui semasa anda mendaftar untuk akaun Microsoft (sebelum ini dikenali sebagai Windows Live ID) dan terma dan syarat Tambahan ini, dengan yang mana terma lain yang terkandung dalam pautan web yang disenaraikan dalam Tambahan ini ialah perjanjian antara anda dan Microsoft Corporation (atau berdasarkan di mana anda tinggal, salah sebuah anggota gabungannya). Lesen berasingan boleh diberikan semasa memasang atau menggunakan perisian pada peranti berlesen dan lesen berasingan tersebut mengawal setakat sebarang konflik dengan Tambahan ini. Untuk kemudahan anda, kami telah menyusun Tambahan ini dalam dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi terma pengenalan; Terma Tambahan menyusul dan mengandungi butiran yang lebih terperinci. Anda seharusnya menyemak keseluruhan Tambahan ini, termasuk sebarang terma yang dipautkan, kerana semua terma ini penting dan bersama-sama mewujudkan kontrak ini yang berkenaan dengan anda. Anda boleh menyemak terma yang dipautkan dengan menampal pautan ke depan ini dalam tetingkap pelayar anda. Jika berlaku konflik antara Perjanjian Perkhidmatan Microsoft dan Tambahan ini, Tambahan ini akan mentadbir penggunaan Langganan Pengguna Office 365 anda.

DENGAN MENERIMA PERJANJIAN INI ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN/PERKHIDMATAN, ANDA BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA INI DAN BERSETUJU UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT TERTENTU SEMASA PENGAKTIFAN DAN UNTUK CIRI PERISIAN/PERKHIDMATAN YANG BERASASKAN INTERNET. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA DAN MEMATUHI TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN.

Bagaimanakah saya dapat menggunakan perisian yang disediakan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan? Kami tidak menjual perisian kami atau salinan milik anda – kami hanya melesenkannya. Di bawah lesen, kami memberi kepada anda hak untuk memasang dan menjalankan satu salinan perisian tersebut sahaja pada satu peranti berlesen (peranti pertama yang dilesenkan), untuk digunakan oleh seorang sahaja pada satu masa, tetapi hanya jika anda mematuhi semua terma Tambahan ini. Pengguna dengan akaun Microsoft yang dikaitkan dengan lesen perisian untuk peranti pertama yang dilesenkan ialah “pelanggan berlesen”. Asalkan anda mematuhi semua terma Tambahan ini, anda boleh memasang dan menjalankan salinan tambahan perisian pada peranti berlesen (termasuk peranti berlesen pertama) seperti berikut:

Office 365 Home: Pada lima PC/Mac dan lima tablet, untuk digunakan hanya oleh ahli isi rumah yang sama dengan pelanggan berlesen.1

Office 365 University: Pada satu PC/Mac atau tablet dan satu PC/Mac atau tablet tambahan, untuk digunakan oleh pelanggan berlesen sahaja.2

Office 365 Personal: Pada satu PC/Mac dan satu tablet, untuk digunakan oleh pelanggan berlesen sahaja.1

1 Sila rujuk Terma Tambahan untuk kelayakan dan keperluan yang berkenaan dengan langganan “Tentera” dan “Pasukan Tentera Kanada”.

2 Sila rujuk Terma Tambahan untuk kelayakan dan keperluan yang berkenaan dengan “Penggunaan Pendidikan Layak.”

Hanya seorang pada satu masa boleh menggunakan perisian pada setiap peranti berlesen. Perkhidmatan/perisian tidak boleh digunakan untuk aktiviti komersial, tidak bersifat keuntungan atau yang menjana pendapatan. Komponen perisian dilesenkan sebagai unit tunggal dan anda tidak boleh mengasingkan atau memayakan komponen dan memasangnya pada peranti berlainan. Kecuali untuk penggunaan yang diizinkan yang diperihalkan di bawah “Capaian Jauh” di bawah, lesen ini ialah untuk penggunaan langsung perisian hanya menerusi mekanisme input bagi peranti berlesen, seperti papan kekunci, tetikus, atau skrin sentuh. Ia tidak memberikan keizinan untuk pemasangan perisian pada pelayan atau untuk digunakan oleh atau menerusi peranti lain yang disambungkan ke pelayan melalui rangkaian dalaman atau luaran. Perisian tidak dilesenkan untuk pengehosan komersil. Untuk maklumat lanjut mengenai senario pengguna berbilang dan pemayaan, lihat Terma Tambahan.

Berapa lamakah saya boleh menggunakan perisian ini? Hak anda untuk menggunakan perkhidmatan/perisian adalah terhad kepada tempoh langganan. Anda mungkin mempunyai opsyen untuk melanjutkan langganan anda. Jika anda melanjutkan langganan anda, anda boleh terus menggunakan perkhidmatan/perisian sehingga tamat tempoh langganan dilanjutkan anda. Lihat skrin pengaktifan perisian atau bahan iringan lain untuk mendapatkan butiran langganan. Selepas tamat tempoh langganan anda, kebanyakan ciri perkhidmatan dan perisian akan berhenti berjalan.

Bolehkah saya menguntukkan atau memindahkan perisian ke peranti atau pengguna lain? Pemindahan lesen tidak dibenarkan. Anda boleh menguntukkan lesen perisian ke peranti lain menurut hak pemasangan dan penggunaan di atas. Pada bila-bila masa anda menguntukkan lesen perisian ke peranti baru, perisian tidak lagi akan berjalan pada peranti sebelumnya.

Bagaimana pengaktifan Internet berfungsi? Pengaktifan mengaitkan penggunaan perkhidmatan/perisian dengan peranti khusus. Pengaktifan diperlukan untuk setiap peranti berlesen kepada yang mana lesen perisian diberikan. Semasa pengaktifan, perisian akan menghubungi Microsoft atau sekutunya secara automatik untuk mengesahkan bahawa perisian tersebut dikaitkan dengan peranti berlesen. Oleh kerana pengaktifan dimaksudkan untuk mengenal pasti perubahan yang tidak diizinkan yang dibuat kepada fungsi pelesenan atau pengaktifan perisian ini, dan untuk sebaliknya mencegah penggunaan perisian tanpa lesen, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan perkhidmatan dan perisian selepas tempoh yang dibenarkan untuk pengaktifan dan anda tidak boleh melangkau atau memintas pengaktifan. Jika anda tidak memasukkan kunci produk semasa tempoh masa yang dibenarkan untuk pengaktifan, kebanyakan ciri perkhidmatan dan perisian akan berhenti berjalan.

Adakah perisian ini mengumpulkan maklumat peribadi saya? Jika anda menyambungkan peranti anda ke Internet, beberapa ciri perkhidmatan atau perisian mungkin disambungkan ke Microsoft atau sistem komputer pembekal khidmat untuk menghantar atau menerima maklumat. Anda mungkin tidak menerima pemberitahuan berasingan setiap kali ia bersambung. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri ini, anda bersetuju untuk menghantar atau menerima maklumat ini apabila menggunakan ciri tersebut. Kebanyakan ciri ini boleh dimatikan atau anda boleh memilih untuk tidak menggunakannya.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda? Microsoft menggunakan maklumat yang ia kumpul melalui ciri perkhidmatan dan perisian untuk menaik taraf atau membaiki perkhidmatan dan perisian dan juga untuk memperibadikan pengalaman pengguna atau meningkatkan produk dan perkhidmatan kami. Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk mengenal pasti dan menghubungi anda. Dalam keadaan tertentu, kami turut berkongsinya dengan pihak lain untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami. Contohnya, kami berkongsi laporan ralat dengan perkakasan dan perisian berkaitan, agar mereka boleh menggunakan maklumat ini untuk menambah baik cara produk mereka berjalan dengan produk Microsoft. Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan dan mendedahkan maklumat seperti yang dihuraikan dalam Pernyataan Privasi kami.

TERMA TAMBAHAN
  1. HAK LESEN DAN SENARIO BERBILANG PENGGUNA
    1. Peranti. Dalam perjanjian ini “peranti” bermaksud sistem perkakasan komputer (sama ada fizikal atau maya) dengan peranti simpanan atau peranti mudah alih yang berupaya menjalankan perisian. Petak perkakasan atau blade dianggap sebagai peranti.
    2. Sambungan berbilang atau terhimpun (pooled). Anda tidak boleh menggunakan perkakasan atau perisian ke sambungan multipleks atau gugusan, atau sebaliknya berbilang pengguna atau berbilang peranti untuk mencapai atau menggunakan perisian secara langsung menerusi peranti berlesen.
    3. Penggunaan dalam persekitaran yang dimaya. Jika anda menggunakan perisian pemayaan, termasuk hyper-v klien, untuk membuat satu atau lebih peranti maya pada sistem perkakasan komputer tunggal, setiap peranti maya dan peranti fizikal, dianggap sebagai peranti berasingan bagi tujuan perjanjian ini. Lesen ini membolehkan anda memasang hanya satu salinan perisian ini untuk digunakan pada setiap peranti yang diizinkan di bawah pemasangan dan menggunakan hak di atas, sama ada peranti adalah fizikal atau maya. Jika anda mahu memayakan perisian, anda hendaklah memperoleh salinan perisian yang berasingan dan lesen berasingan bagi setiap salinan. Kandungan yang dilindungi oleh teknologi pengurusan hak digital atau teknologi penyulitan pemacu cakera volum penuh mungkin tidak selamat dalam persekitaran yang dimayakan.
    4. Akses jauh: Pelanggan berlesen boleh mencapai dan menggunakan perisian yang dipasang pada peranti berlesen secara jauh dari sebarang peranti lain, asalkan perisian yang dipasang pada peranti berlesen tidak digunakan secara bukan jauh oleh pengguna lain pada waktu yang sama. Sebagai pengecualian, anda boleh membenarkan orang lain untuk mencapai perisian secara serentak untuk memberikan anda sokongan teknikal.
  2. PENGAKTIFAN
    1. Lebih lanjut mengenai bagaimana pengaktifan berfungsi. Semasa pengaktifan, perisian akan menghantar maklumat mengenai perisian dan peranti anda ke Microsoft. Maklumat ini termasuk versi, versi lesen, bahasa dan kunci produk untuk perisian, alamat protokol Internet bagi peranti dan maklumat yang diperoleh daripada konfigurasi perkakasan peranti tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai pengaktifan, lihat microsoft.com/piracy/activation.mspx. Jika lesen peranti disambungkan ke Internet, perisian akan bersambung secara automatik ke Microsoft untuk pengaktifan. Anda juga boleh mengaktifkan perisian secara manual melalui Internet. Caj perkhidmatan Internet mungkin dikenakan.
    2. Pengaktifan semula. Beberapa perubahan pada komponen peranti anda atau perisian mungkin memerlukan pengaktifan semula perisian.
    3. Kegagalan pengaktifan. Semasa pengaktifan dalam talian, jika fungsi pelesenan atau pengaktifan perisian didapati adalah pemalsuan atau dilesenkan secara tidak wajar, pengaktifan akan gagal. Perisian ini akan memaklumkan anda sama ada salinan perisian dilesenkan dengan tidak wajar. Di samping itu, anda akan menerima peringatan untuk mendapatkan salinan perisian tersebut yang dilesenkan dengan betul.
    4. Kemas kinian dan Naik taraf. Anda hanya boleh mendapatkan kemas kini atau naik taraf untuk perisian daripada Microsoft atau sumber yang diizinkan. Naik taraf, sokongan, dan perkhidmatan lain yang tertentu mungkin ditawarkan hanya kepada pengguna perisian Microsoft tulen sahaja. Untuk mengenal pasti perisian Microsoft yang tulen, lihat howtotell.com.
  3. CIRI BERDASARKAN INTERNET; PRIVASI

    Ciri perisian berikut menggunakan protokol Internet, yang menghantar maklumat peranti kepada Microsoft (atau pembekalnya atau pembekal perkhidmatannya) yang bersesuaian, seperti alamat protokol Internet anda, jenis sistem pengendalian, penyemak imbas dan nama dan versi perisian yang sedang anda gunakan dan kod bahasa bagi peranti yang telah anda pasangkan perisian tersebut. Microsoft menggunakan maklumat ini untuk menyediakan ciri berasaskan Internet kepada anda menurut Pernyataan Privasi Office 2013, yang tersedia di r.office.microsoft.com/r/rlidOOPrivacyState15HighLight?clid=1086. Beberapa ciri berdasarkan Internet mungkin dihantar pada tarikh yang terkemudian melalui perkhidmatan Kemas Kini Microsoft.

    1. Keizinan untuk Perkhidmatan Berasaskan Internet. Ciri perisian yang diterangkan di bawah dan dalam Pernyataan Privasi Office 2013 bersambung kepada Microsoft atau sistem komputer pembekal khidmat melalui Internet. Dalam sesetengah kes, anda tidak akan menerima pemberitahuan berasingan semasa ia bersambung. Dalam sesetengah kes, anda boleh mematikan atau tidak menggunakan ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri ini, lihat Pernyataan Privasi Office 2013. DENGAN MENGGUNAKAN CIRI-CIRI INI, ANDA MEMBERI KEIZINAN UNTUK PENGHANTARAN MAKLUMAT INI. Microsoft tidak menggunakan maklumat untuk mengenal pasti atau menghubungi anda.
    2. Program Pengalaman Pemperibadian Office (OPEP). Anda mempunyai opsyen untuk menyertai OPEP. Jika anda menyertai, OPEP menghantar maklumat secara automatik kepada Microsoft mengenai perkakasan anda dan cara anda menggunakan perisian ini dan perkhidmatan kami. Kami mengumpulkan maklumat ini untuk mengenal pasti aliran dan corak penggunaan agar kami boleh memperibadikan pengalaman anda dan meningkatkan perisian dan perkhidmatan Office. Kami mungkin menggunakan maklumat dikumpulkan untuk mengenal pasti dan menghubungi anda. OPEP juga akan memuat turun sebuah fail kecil dari semasa ke semasa ke peranti anda. Fail ini membantu kami mengumpulkan maklumat mengenai masalah yang anda hadapi semasa menggunakan perisian dan perkhidmatan. Bila tersedia, maklumat bantuan baru mengenai ralat perisian juga mungkin dimuat turun secara automatik. Jika anda memilih seting yang disyorkan semasa perjalanan pertama perisian, anda akan mengaktifkan OPEP. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OPEP, lihat o15.officeredir.microsoft.com/r/rlidOfficeLegal?clid=1086.
    3. Ciri dan Kandungan Dalam Talian. Ciri dalam perkhidmatan dan perisian boleh mengambil kandungan dalam talian daripada Microsoft dan memberikannya kepada anda. Ciri-ciri tertentu juga mungkin mengizinkan anda untuk mencari dan mencapai maklumat dalam talian. Contoh ciri ini termasuk lukisan seni, templat, latihan dalam talian, bantuan dalam talian dan bantuan dan Cuaca Outlook pada Kalendar. Jika anda menyimpan templat yang disediakan oleh Office.com, maklumat akan dihantar dalam talian kepada Microsoft, seperti maklumat yang mengenal pasti templat, tetapi tiada dokumen yang anda cipta menggunakan templat akan dihantar. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan anda dengan kandungan yang anda minta dan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perisian kami. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri-ciri dan kandungan dalam talian ini. Lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    4. Kuki. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri dalam talian dalam perkhidmatan/perisian, seperti sokongan dan bantuan dalam talian dan templat, kuki boleh disetkan. Untuk mengetahui cara menyekat, mengawal atau memadam kuki, sila baca seksyen kuki dalam Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    5. Perkhidmatan Perayauan Office. Jika anda memilih untuk mendaftar masuk ke perisian/perkhidmatan dengan akaun Microsoft anda, anda akan mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Office. Menghidupkan Perkhidmatan Perayauan Office akan menghantar seting tertentu (termasuk senarai Dokumen Paling Terkini Digunakan Anda, kamus tersuai anda dan tema visual anda) dalam talian ke pelayan Microsoft, di mana ia disimpan dan dimuat turun ke peranti anda pada kali seterusnya anda mendaftar masuk ke perkhidmatan dengan akaun Microsoft anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Perayauan Office, lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    6. Office 2013 dan Windows 8. Jika anda menjalankan perisian pada peranti Windows 8 dan anda telah mendayakan ciri dan kandungan dalam talian perisian, mendaftar masuk ke Windows 8 dengan akaun Microsoft akan mendaftar masuk anda secara automatik ke perisian menggunakan akaun Microsoft yang sama. Ini membenarkan anda untuk menyimpan dan mencapai fail dalam talian dalam OneDrive dan menikmati Perkhidmatan Perayauan Office tanpa diminta untuk memasukkan semula nama pengguna dan kata laluan akaun Microsoft anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mendaftar masuk ke perkhidmatan/perisian dengan akaun Microsoft dan Perkhidmatan Perayauan Office, lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    7. Sijil Digital. Perisian menggunakan sijil digital. Sijil digital ini mengesahkan identiti pengguna Internet dengan menghantar maklumat disulitkan standard X.509. Ia juga boleh digunakan untuk menandatangani fail dan makro secara digital bagi mengesahkan integriti dan asal usul kandungan fail. Perisian mengambil sijil dan mengemas kini senarai penarikan balik sijil menggunakan Internet, bila tersedia.
    8. Kemas Kinian Automatik. Perisian dengan teknologi Klik untuk Jalan mungkin menyemak dari semasa ke semasa dengan Microsoft untuk kemas kinian dan tambahan kepada perisian. Jika ditemui, kemas kinian dan tambahan ini mungkin dimuat turun secara automatik dan dipasang pada peranti berlesen anda.
    9. Penggunaan Maklumat. Microsoft mungkin menggunakan maklumat peranti, laporan ralat dan laporan perisian berniat jahat untuk memperbaiki perisian dan perkhidmatan kami. Kami juga mungkin berkongsinya dengan pihak lain, seperti vendor perkakasan dan perisian. Mereka mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menambah baik bagaimana produk mereka berfungsi dengan perisian Microsoft.
    10. Penyalahgunaan Perkhidmatan Berasaskan Internet. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam sebarang cara yang boleh membahayakan atau merosakkan penggunaannya oleh orang lain. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan akses tanpa izin kepada mana-mana khidmat, data, akaun atau rangkaian melalui apa cara pun.
    11. Pengurusan Hak Maklumat. Perisian mengandungi ciri yang membenarkan anda mencipta kandungan yang tidak boleh dicetak, disalin atau dihantar kepada orang lain tanpa keizinan anda. Anda mungkin perlu bersambung ke Microsoft untuk menggunakan ciri ini untuk kali pertama dan anda mungkin perlu bersambung semula ke Microsoft dari semasa ke semasa untuk mengemas kini ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke halaman ini. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri ini.
  4. PENGEHADAN PELESENAN TAMBAHAN, KEPERLUAN DAN/ATAU HAK PENGGUNAAN
    1. Langganan Office 365 Military. Anda mestilah “Pengguna Tentera Layak” untuk melanggan kepada dan menggunakan perkhidmatan/perisian yang ditentukan sebagai langganan “Tentera”. Untuk menjadi Pengguna Tentera yang Layak, di Amerika Syarikat anda mestilah menjadi penaung sah Bursa Perkhidmatan Tentera menurut statut dan kawal selia Persekutuan A.S. yang berkenaan.
    2. Langganan Pasukan Tentera Kanada. Anda mestilah “Penaung Sah CANEX” untuk melanggan kepada dan menggunakan perkhidmatan/perisian yang ditentukan sebagai langganan “Pasukan Tentera Kanada”. Untuk menjadi Penaung Sah CANEX, anda mestilah
      • Pasukan Tentera Kanada (CF) yang sedang berkhidmat atau pasangan mereka;
      • Ahli Pasukan Simpanan Tentera Kanada;
      • Ahli Pasukan Tentera Kanada yang telah bersara atau pekerja awam Jabatan Pertahanan Nasional (DND) yang menerima pencen DND;
      • Pekerja sepenuh masa kekal atau separuh masa Non-Public Fund (NPF) atau DND atau pasangan mereka;
      • Pemegang Konsesi CANEX (prinsipal sahaja);
      • Kakitangan tentera asing yang layak;
      • Pekerja NPF yang bersara yang menerima pencen NPF;
      • Pekerja sepenuh masa kontraktor Penghantaran Perkhidmatan Alternatif;
      • Janda kakitangan CF yang menerima imbuhan di bawah Akta Child Family Services, Akta Defence Services Pension Contribution atau Akta Pencen atau Akta War Veterans Allowance;
      • Ahli Canadian Corps of Commissionaires apabila menginap atau bekerja di Pangkalan/Cawangan; atau
      • Ahli Polis Berkuasa Diraja Kanada.
    3. Langganan Universiti. Anda mestilah Pengguna Pendidikan yang Layak untuk melanggan kepada dan menggunakan perkhidmatan dan perisian edisi “Universiti”. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai langganan Universiti, atau anda ingin mengetahui sama ada anda Pengguna Pendidikan Berkelayakan lawati halaman ini atau hubungilah sekutu Microsoft yang menyediakan khidmat di negara anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    4. Langganan Bukan untuk Jualan Semula. Kad langganan Bukan untuk Jualan Semula diedarkan untuk tujuan terhad. Anda tidak boleh menjual kad langganan yang ditandakan sebagai “NFR” atau “Bukan untuk Dijual Semula.”
    5. Program Pihak Ketiga. Perisian mungkin termasuk program pihak ketiga yang dilesenkan Microsoft dan bukannya pihak ketiga, kepada anda di bawah perjanjian ini. Notis, jika ada, untuk program pihak ketiga disertakan untuk maklumat anda sahaja.
    6. Komponen Fon. Semasa perisian berjalan, anda mungkin menggunakan fonnya untuk memaparkan dan mencetak kandungan. Anda boleh memuat turun fon secara sementara kepada pencetak atau peranti output lain untuk mencetak kandungan, dan anda boleh membenamkan fon dalam kandungan hanya seperti yang dibenarkan oleh pengehadan pembenaman dalam fon tersebut.
    7. Unsur Media. Microsoft memberikan anda lesen untuk menyalin, mengedarkan, menjalankan dan memaparkan unsur media (imej, lukisan klip, animasi, bunyi, muzik, bentuk, klip video dan templat dan bentuk kandungan yang lain) yang disertakan dalam perkhidmatan/perisian dalam projek dan dokumen, kecuali anda tidak boleh: (i) menjual, melesenkan atau mengedarkan sebarang unsur media ini dengan sendiri atau sebagai produk dengan nilai utama produk merupakan unsur media ini; (ii) memberi kepada pelanggan anda hak untuk memberi lesen lanjutan atau mengedar unsur media ini; (iii) melesen atau mengedarkan untuk tujuan komersil unsur media yang merangkumi representasi individu, kerajaan, tanda dagangan atau lambang yang boleh dikenal pasti atau menggunakan jenis imej ini dalam cara yang boleh membayangkan pengendorsan atau perkaitan dengan produk, entiti atau aktiviti anda; atau (iv) mencipta kerja-kerja lucah atau menimbulkan skandal dengan menggunakan unsur media ini. Unsur media lain, yang dapat dicapai pada tapak web lain menerusi ciri-ciri Office, ditadbir oleh terma pada tapak web tersebut.
    8. Percubaan dan Penukaran. Beberapa atau semua perkhidmatan/perisian boleh dilesenkan untuk percubaan. Hak anda untuk menggunakan perkhidmatan/perisian percubaan adalah terhad kepada tempoh percubaan. Perkhidmatan/perisian percubaan dan tempoh langganan percubaan disetkan semasa proses pengaktifan. Anda mungkin mendapat opsyen untuk menukarkan hak percubaan anda kepada langganan atau hak berterusan. Opsyen penukaran akan diberikan kepada anda sewaktu tamat tempoh percubaan anda. Selepas tamat tempoh sebarang tempoh percubaan tanpa penukaran, kebanyakan ciri perkhidmatan/perisian percubaan akan berhenti berjalan.
  5. SEKATAN GEOGRAFI DAN EKSPORT

    Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan/perisian hanya di rantau yang ia diperlukan. Perisian dan perkhidmatan Microsoft adalah tertakluk pada undang-undang eksport dan teknologi Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain dan anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan diguna pakai sedemikian yang berkenaan dengan perisian dan/atau perkhidmatan. Keizinan kerajaan A.S. diperlukan untuk memindahkan perisian dan perkhidmatan ini kepada kerajaan mana-mana negara yang disekat atau pihak dilarang tertentu. (Sila lihat treasury.gov/resource-center/Documents/soc_net.pdf untuk mendapatkan maklumat lanjut). Selain itu, perkhidmatan berbayar adalah tertakluk pada undang-undang dan peraturan-peraturan eksport Amerika Syarikat dengan yang mana anda mesti mematuhi. Undang-undang ini adalah termasuk pembatasan ke atas destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk maklumat lanjut, lihat www.microsoft.com/exporting.

  6. SOKONGAN

    Sokongan pelanggan terhad untuk Langganan Pengguna Office 365 tersedia di office.com/support (bantuan/cara) dan di support.microsoft.com/ph/13615 (sokongan teknikal).

  7. KESELURUHAN PERJANJIAN

    Tambahan ini (bersama-sama dengan terma yang disertakan dengan sebarang tambahan, kemas kini dan perkhidmatan yang disediakan oleh Microsoft dan yang anda gunakan dan sebarang lesen berasingan yang mungkin diberikan semasa memasang dan menggunakan perisian pada peranti berlesen) dan terma yang terkandung dalam pautan web yang disenaraikan dalam Tambahan ini adalah keseluruhan perjanjian bagi perkhidmatan dan perisian dan sebarang tambahan, kemas kini, dan perkhidmatan sedemikian (melainkan Microsoft menyediakan terma lain dengan tambahan, kemas kini atau perkhidmatan tersebut). Anda boleh menyemak Tambahan ini setelah perisian anda berjalan dengan pergi ke skrin Bantuan perisian dan mengklik pautan Terma Lesen Perisian Microsoft. Anda juga boleh menyemak terma ini di mana-mana pautan dalam perjanjian ini setelah perisian anda berjalan dengan menaip url ke dalam bar alamat pelayar anda dan anda bersetuju untuk melakukannya. Anda bersetuju bahawa dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda menerima Tambahan ini dan terma yang dipautkan. Terdapat juga pautan maklumat dalam perjanjian ini. Pautan yang mengandungi terma yang mengikat anda dan kami ialah: