Pilih negara/rantau pengebilan anda:

Project Professional 2013

Bekerjasama dengan mudah bersama orang lain untuk memulakan dan menyampaikan projek cemerlang dengan pantas. Penyegerakan dipertingkatkan dengan SharePoint 2013 membantu anda menjejak status dengan berkesan dan terima perubahan dari hampir mana-mana sahaja.
  • Microsoft Project Professional 2013 menyediakan anda cara baru yang berkuasa untuk menguruskan projek penting dengan berkesan. Buka kunci keupayaan kolaborasi yang mudah untuk memulakan dan menyampaikan projek cemerlang dengan pantas dengan menggunakan luasa Office 365 atau SharePoint untuk bekerja dari hampir mana-mana sahaja. Jadikan komunikasi serta merta melalui integrasi lancar dengan Lync 2013 untuk memanggil atau menghantar pesanan segera kepada ahli pasukan dari Project Professional. Lanjutkan kefungsian Project dengan Apps untuk Office untuk memenuhi keperluan perniagaan khusus anda.

    Kekal teratur

    Rancang & uruskan projek anda dengan mudah dengan kawalan intuitif dan alatan pasukan yang fleksibel untuk membantu organisasi anda menyampaikan nilai perniagaan yang disasarkan.

    • Fokus pada perkara penting dengan cepat, pilih tindakan untuk diambil dengan mudah dan layari fungsi dengan lancar dengan pengalaman visual yang dipertingkatkan.
    • Dapatkan templat Project terkini di Office.com dari dalam Project untuk bermula cepat.
    • Kekal terurus dengan mendapatkan capaian pantas kepada fail dan lokasi terbaru dari Backstage.
    Rancang & uruskan projek anda dengan mudah
    Jadilah efisien dan tentukan keutamaan

    Jadilah efisien dan tentukan keutamaan dengan mengagregatkan kerja seharian, tugas projek, butiran penting dan garis masa dalam antara muka yang kaya dari segi visual dan kontekstual.

    • Kuasai rancangan projek anda tidak mengira saiznya.
    • Alatan laporan yang kaya dan baru dalam pengalaman serupa Office yang anda sudah biasa membantu anda mengukur kemajuan dan peruntukkan sumber dengan cepat dan mudah.
    • Dengan penyerlahan Laluan Tugas dalam carta Gantt, anda sentiasa tahu cara tugas anda disatukan dan kenal pasti yang mana paling kritikal kepada kejayaan projek anda.
    • Fokus pada perkara penting dalam antara muka konteksual untuk menyusun tugas, memautkan tugas dan mencipta garis masa.

    Uruskan di mana-mana sahaja dengan alat untuk memastikan anda kekal berhubungan dengan pasukan anda dan mengawal projek anda semasa anda dalam perjalanan.

    • Kongsi status terkini, perbualan dan Garis Masa Projek menerusi tapak projek khusus dengan integrasi yang dipertingkatkan antara Project dan Office 365 (atau SharePoint).
    • Cipta tapak projek anda dengan beberapa klik ringkas untuk berkongsi butiran projek dengan pantas dengan pasukan anda, memastikan semua orang berhubung dan teratur.
    Uruskan di mana-mana sahaja

    Sampaikan Projek yang Berjaya

    Sampaikan persembahan yang berkesan

    Sampaikan persembahan yang berkesan yang menawarkan pandangan segera kepada perancangan tugas, peruntukkan sumber, keberkesanan kos dan banyak butiran penting mengenai projek anda.

    • Pandangan garis masa Project membantu anda mevisualisasikan projek anda untuk menyampaikan persembahan yang hebat kepada pasukan, eksekutif dan pemegang kepentingan anda.
    • Kongsi pandangan dengan mudah yang membantu anda menyampaikan kemajuan dengan lebih bagus dan mencapai keputusan.
    • Gunakan laporan serba baru seperti Burndown dan Gambaran Keseluruhan Sumber, atau cipta pengalaman serupa Excel yang anda biasa untuk mengukur kemajuan dengan cepat dan berkomunikasi dengan berkesan dengan pasukan, eksekutif dan pemegang kepentingan anda.
    • Salin dan tampal dengan mudah dari Project ke aplikasi Office yang utama seperti Word dan PowerPoint tanpa kehilangan kesetiaan atau keupayaan untuk membuat perubahan pada label dan gaya.

    Jangkakan Perubahan dengan pandangan kehadapan ke dalam kerja seharian dengan mendalami projek anda dan sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja tersebut.

    • Alatan dipertingkatkan seperti Perancang Pasukan membantu anda melihat dan memperbaiki potensi masalah sebelum ia boleh menjejaskan jadual anda.
    • Dengan Project, anda boleh setkan tugas kepada "Tidak aktif" dan melakukan analisis pantas untuk senario "bagaimana jika" tanpa mencipta semula keseluruhan pelan projek anda.
    Jangkakan Perubahan
    Jelajahi Office Store

    Jelajahi Office Store untuk menginovasikan dengan cepat dengan opsyen yang fleksibel bagi menyesuaikan dan melanjutkan keupayaan serba baru.

    • Office Store baru menyediakan Apl untuk Office yang melanjutkan kefungsian Project untuk menyelesaikan masalah unik bag memenuhi keperluan anda dan keperluan perniagaan anda.
    • Cari aplikasi di Office.com dan pilih opsyen pengedaran atau sediakan akses menerusi katalog apl korporat.
    • Gunakan seni bina aplikasi yang lasak dengan kit pemajuan perisian (SDK) yang tersedia dengan meluas untuk kebolehan pemprograman tersuai.

    Tingkatkan kerjasama seharian

    Bekerja lancar merentasi alatan untuk membantu semua orang dalam pasukan anda bekerja bersama dengan maklumat yang mereka perlukan untuk berjaya.

    • Project berfungsi baik dengan Office, Office 365, SharePoint dan Lync untuk memberikan anda sistem pengurusan projek kolaboratif yang lengkap.
    • Salin maklumat projek dengan mudah ke aplikasi Office seperti PowerPoint dan e-mel, atau simpan pelan dan butiran penting pada Office 365 dan SharePoint.
    • Penyegerakan senarai tugas antara Project dan Office 365 atau SharePoint adalah lebih bagus berbanding sebelumnya dan membantu anda menyampaikan maklumat projek dengan pantas kepada pasukan anda dan menerima perubahan mereka dengan mudah dari hampir mana-mana sahaja.
    Bekerja lancar merentasi alatan
    Berkomunikasi dalam masa nyata

    Berkomunikasi dalam masa nyata dengan ahli pasukan dalam pejabat atau merentasi dunia dengan alatan yang direka bentuk untuk menghantar perbualan kritikal anda dengan cepat dan selamat.

    • Lihat sama ada ahli pasukan tersedia untuk perbincangan atau pesanan segera dengan Lync dengan mengimbas status kehadiran mereka dalam pelan projek anda.
    • Hantar pesanan segera untuk melancarkan perbualan masa nyata dan ruang mesyuarat dikongsi terus daripada projek anda dengan integrasi Lync Online antara Project dan Office 365.
    • Sampaikan maklumat projek, jejak status dengan berkesan dan terima perubahan dari hampir mana-mana sahaja dengan menggunakan senarai penyegerakan yang dipertingkatkan antara SharePoint dan Project.
  • Ketahui selanjutnya

    Manfaatkan kelebihan laporan baru Project dengan nasihat bernilai daripada pasukan kejuruteraan kami
    sempadan
    Susun dan utamakan dengan petua laluan tugas di Project Blog
    sempadan
    Dapatkan maklumat terkini daripada Pasukan Projek di Project Blog kami
Cari maklumat untuk: Pakar IT|Pembangun