Perjanjian Lesen Perisian Microsoft
PERISIAN APLIKASI DESKTOP MICROSOFT OFFICE 2013

Untuk menentukan mana satu daripada dua set terma lesen berasingan di bawah berkenaan dengan anda, semak penentuan lesen. Ini dicetak sama ada pada kunci produk anda, atau mungkin ditunjukkan pada Sijil Ketulenan anda, atau pada halaman muat turun jika anda mendapatkan perisian dalam talian. Jika penentuan anda ialah “FPP,” “Runcit” atau “PIPC,” maka Terma Lesen Runcit di bawah berkenaan dengan anda. Jika OEM, maka Terma Lesen OEM di bawah berkenaan dengan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila pergi ke microsoft.com/office/eula untuk menentukan lesen apa yang anda miliki.

TERMA LESEN RUNCIT

Terima kasih kerana memilih Microsoft Office 2013. Ini ialah perjanjian lesen antara anda dan Microsoft Corporation (atau berdasarkan kepada di mana anda menetap, salah sebuah anggota gabungannya) yang memerihalkan hak penggunaan perisian Microsoft Office 2013 oleh anda. Untuk kemudahan anda, kami telah menyusun perjanjian ini dalam dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi terma pengenalan; Terma Tambahan dan Jaminan Terhad menyusul dan mengandungi butiran yang lebih terperinci. Anda seharusnya menyemak keseluruhan perjanjian, termasuk sebarang terma yang dipautkan, kerana semua terma ini penting dan bersama-sama mewujudkan kontrak ini yang berkenaan dengan anda. Anda boleh menyemak terma yang dipautkan dengan menampal pautan ke depan ini dalam tetingkap pelayar anda. TERMA TAMBAHAN MENGANDUNGI KLAUSA PENIMBANGTARAAN DAN PENEPIAN TINDAKAN KELAS. JIKA ANDA TINGGAL DI AMERIKA SYARIKAT, INI MEMPENGARUHI HAK ANDA UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN DENGAN MICROSOFT, DAN ANDA HENDAKLAH MEMBACANYA DENGAN TELITI.

DENGAN MENERIMA PERJANJIAN INI ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN INI, ANDA BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA INI DAN BERSETUJU UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT KOMPUTER YANG TERTENTU SEMASA PENGAKTIFAN DAN UNTUK CIRI PERISIAN YANG BERASASKAN INTERNET. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA DAN MEMATUHI TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN PERISIAN ATAU CIRI INI. Sebaliknya, anda hendaklah mengembalikannya kepada peruncit atau tempat lain di mana anda membeli lesen perisian untuk bayaran balik atau kredit.

Bagaimanakah saya boleh menggunakan perisian ini? Kami tidak menjual perisian kami atau salinan milik anda – kami hanya melesenkannya. Di bawah lesen, kami memberi kepada anda hak untuk memasang dan menjalankan satu salinan pada satu komputer berlesen (komputer yang dilesenkan), untuk digunakan oleh seorang sahaja pada satu masa, tetapi hanya jika anda mematuhi semua terma perjanjian ini. Lesen perisian kami diperuntukkan secara kekal pada komputer yang dilesenkan. Sila rujuk pada Terma Tambahan untuk lesen dan syarat yang khusus kepada negara tertentu, Versi Hak Terhad dan Edisi Khas perisian. Komponen perisian dilesenkan sebagai satu unit tunggal. Anda tidak boleh mengasingkan atau memayakan komponen dan memasangkannya pada komputer berlainan. Perisian mungkin termasuk lebih daripada satu versi, seperti versi 32-bit dan 64-bit dan anda boleh memasang dan menggunakan hanya satu versi pada satu masa. Kecuali untuk penggunaan yang diizinkan yang diperihalkan di bawah “Capaian Jauh” di bawah, lesen ini ialah untuk penggunaan langsung perisian hanya menerusi mekanisme input bagi komputer berlesen, seperti papan kekunci, tetikus, atau skrin sentuh. Ia tidak memberikan keizinan untuk pemasangan perisian pada pelayan atau untuk digunakan oleh atau menerusi komputer lain atau peranti yang disambungkan ke pelayan melalui rangkaian dalaman atau luaran. Perisian tidak dilesenkan untuk pengehosan komersil. Untuk maklumat lanjut mengenai senario pengguna berbilang dan pemayaan, lihat Terma Tambahan.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan salinan sandaran? Anda boleh memesan atau memuat turun salinan sandaran perisian daripada microsoft.com/office/backup. Anda tidak boleh mengedarkan salinan sandaran perisian. Anda boleh menggunakannya hanya untuk memasang semula perisian pada komputer yang dilesenkan.

Bolehkah saya memindahkan perisian kepada komputer atau pengguna lain? Anda tidak boleh memindahkan perisian kepada komputer atau pengguna lain. Anda boleh memindahkan perisian terus kepada pihak ketiga hanya seperti yang dipasang pada komputer berlesen, dengan label Sijil Ketulenan dan perjanjian ini. Sebelum pemindahan, pihak tersebut mesti bersetuju bahawa perjanjian ini diguna pakai untuk pemindahan dan penggunaan perisian tersebut. Anda tidak boleh menyimpan mana-mana salinan.

Bagaimana pengaktifan Internet berfungsi? Pengaktifan mengaitkan penggunaan perisian dengan komputer atau peranti tertentu. Semasa pengaktifan, perisian akan menghubungi Microsoft atau sekutunya secara automatik untuk mengesahkan perisian tersebut dikaitkan dengan komputer berlesen. Proses ini dipanggil “pengaktifan”. Oleh kerana pengaktifan dimaksudkan untuk mengenal pasti perubahan yang tidak diizinkan yang dibuat kepada fungsi pelesenan atau pengaktifan perisian ini, dan untuk sebaliknya mencegah penggunaan perisian tanpa lesen, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan perisian selepas tempoh yang dibenarkan untuk pengaktifan dan anda tidak boleh melangkau atau memintas pengaktifan. Jika anda tidak memasukkan kunci produk semasa tempoh masa yang dibenarkan untuk pengaktifan, kebanyakan ciri perisian akan berhenti berjalan.

Adakah perisian ini mengumpulkan maklumat peribadi saya? Jika anda bersambung ke Internet, beberapa ciri perisian boleh disambungkan ke Microsoft atau sistem komputer pembekal khidmat untuk menghantar atau menerima maklumat. Anda tidak boleh sentiasa menerima pemberitahuan berasingan apabila mereka bersambung. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri ini, anda bersetuju untuk menghantar atau menerima maklumat ini apabila menggunakan ciri tersebut. Kebanyakan ciri-ciri ini boleh dimatikan atau anda boleh memilih untuk tidak menggunakannya.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda? Microsoft menggunakan maklumat yang ia kumpul melalui ciri perisian untuk menaik taraf atau membaiki perisian dan sekiranya tidak, untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami. Dalam keadaan tertentu, kami turut berkongsinya dengan orang lain. Contohnya, kami berkongsi laporan ralat dengan perkakasan dan perisian berkaitan, agar mereka boleh menggunakan maklumat ini untuk menambah baik cara produk mereka berjalan dengan produk Microsoft. Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan dan mendedahkan maklumat seperti yang dihuraikan dalam Pernyataan Privasi kami.

Perjanjian ini berkenaan dengan apa? Perjanjian ini berkenaan dengan perisian, media pada mana anda menerima perisian dan juga sebarang kemas kini, tambahan dan perkhidmatan Microsoft bagi perisian, melainkan terma lain mengiringinya.

Adakah apa-apa perkara yang saya tidak boleh lakukan dengan perisian ini? Ya. Oleh sebab perisian dilesenkan, tidak dijual, Microsoft mengekalkan semua hak (seperti hak di bawah undang-undang harta intelektual) tidak diberikan secara nyata dalam perjanjian ini. Khususnya, lesen ini tidak memberikan anda sebarang hak untuk dan anda tidak boleh: menggunakan atau memayakan ciri perisian ini secara berasingan, menerbitkan, menyalin (selain daripada salinan sandaran yang dibenarkan), menyewa, memajak, atau memberi pinjam perisian ini; memindahkan perisian ini (kecuali seperti yang diizinkan oleh perjanjian ini), cuba untuk memintas langkah-langkah perlindungan teknikal dalam perisian, atau melakukan pembalikan kejuruteraan, menyahkompilasi, atau menyahpasang perisian, kecuali jika undang-undang tempat anda menetap mengizinkannya meskipun apabila perjanjian kami tidak. Dalam hal ini, anda boleh melakukan hanya apa yang dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Apabila menggunakan ciri berkaitan Internet, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri ini dalam apa jua cara yang boleh mengganggu dengan penggunaan perkara ini oleh orang lain, atau cuba mendapatkan akses kepada perkhidmatan, data, akaun atau rangkaian dalam cara yang tidak dibenarkan.

Bagaimana dengan menaik taraf atau menukarkan perisian? Jika anda memasang perisian yang diliputi perjanjian ini sebagai naik taraf atau penukaran kepada perisian sedia ada anda, maka naik taraf atau penukaran akan menggantikan perisian asal yang anda menaik taraf atau tukarkan. Anda tidak mempunyai sebarang hak terhadap perisian asal selepas anda telah menaik taraf dan anda tidak boleh terus menggunakannya atau memindahkannya dalam sebarang cara. Perjanjian ini mentadbir hak anda untuk menggunakan perisian naik taraf dan menggantikan perjanjian untuk perisian daripada mana anda menaik taraf.

TERMA TAMBAHAN
  1. HAK LESEN DAN SENARIO BERBILANG PENGGUNA
    1. Komputer. Dalam perjanjian ini “komputer” bermaksud sistem perkakasan (sama ada fizikal atau maya) dengan peranti simpanan yang berupaya menjalankan perisian. Petak perkakasan atau blade dianggap sebagai komputer.
    2. Sambungan berbilang atau gugusan. Anda tidak boleh menggunakan perkakasan atau perisian ke sambungan multipleks atau gugusan, atau sebaliknya berbilang pengguna atau berbilang komputer atau peranti untuk mencapai atau menggunakan perisian secara langsung menerusi komputer berlesen.
    3. Penggunaan dalam persekitaran maya Jika anda menggunakan perisian pemayaan, termasuk hyper-v klien, untuk membuat satu atau lebih komputer maya pada sistem perkakasan sistem tunggal, setiap komputer maya, dan komputer fizikal, disifatkan sebagai komputer berasingan bagi tujuan perjanjian ini. Lesen ini membolehkan anda memasang hanya satu salinan perisian ini untuk digunakan pada satu komputer sahaja, tidak kira sama ada komputer tersebut adalah komputer fizikal atau maya. Jika anda mahu menggunakan perisian ini pada lebih daripada satu komputer, anda hendaklah memperoleh salinan komputer ini yang berasingan dan lesen berasingan bagi setiap salinan. Kandungan yang dilindungi oleh teknologi pengurusan hak digital atau teknologi penyulitan pemacu cakera volum penuh mungkin tidak seselamat dalam persekitaran yang dimayakan.
    4. Akses jauh. Pengguna utama yang menggunakan komputer berlesen ialah “pengguna utama.” Pengguna utama boleh mencapai dan menggunakan perisian yang dipasang pada peranti berlesen daripada sebarang peranti lain, asalkan perisian yang dipasang pada peranti berlesen tidak digunakan secara bukan jauh oleh pengguna lain pada waktu yang sama. Sebagai pengecualian, anda boleh membenarkan orang lain untuk mencapai perisian secara serentak untuk memberikan anda sokongan teknikal.
  2. PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT DAN PENEPIAN TINDAKAN BERKUMPULAN
    1. Penggunaan. Seksyen B ini berkenaan bagi sebarang pertikaian MELAINKAN IA TIDAK MERANGKUMI PERTIKAIAN YANG BERHUBUNG DENGAN PENGUATKUASAAN ATAU KESAHAN HAK HARTA INTELEKTUAL ANDA, MICROSOFT, ATAU MANA-MANA PEMBERI LESEN KAMI. Pertikaian bermaksud sebarang pertikaian, tindakan, atau kontroversi lain antara anda dengan Microsoft berkenaan perisian (termasuk harganya) atau perjanjian ini, sama ada dalam kontrak, jaminan, tort, statut, peraturan, ordinan, atau apa-apa asas undang-undang atau keadilan. “Pertikaian” akan diberi maksud yang seluas mungkin yang dibenarkan di bawah undang-undang.
    2. Notis Pertikaian. Sekiranya berlaku pertikaian, anda atau Microsoft hendaklah memberi pihak yang satu lagi Notis Pertikaian, iaitu pernyataan bertulis mengenai nama, alamat, dan maklumat hubungan pihak yang memberinya, fakta yang mengakibatkan pertikaian, dan relief yang diminta. Anda mesti menghantar sebarang Notis Pertikaian melalui Mel Pos A.S. kepada Microsoft Corporation, ATTN: LCA ARBITRATION, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052-6399. Borang tersedia di sini. Microsoft akan menghantar sebarang Notis Pertikaian kepada anda melalui Mel Pos A.S. kepada alamat anda, jika kami mempunyainya, atau sebaliknya kepada alamat e-mel anda. Anda dan Microsoft akan berusaha untuk menyelesaikan sebarang pertikaian melalui rundingan tidak formal dalam tempoh 60 hari dari tarikh Notis Pertikaian tersebut dihantar. Selepas 60 hari, anda atau Microsoft boleh memulakan penimbangtaraan.
    3. Mahkamah Tuntutan Kecil. Anda juga boleh mengadakan litigasi mengenai sebarang pertikaian di mahkamah tuntutan kecil di King County, Washington jika pertikaian tersebut memenuhi semua keperluan untuk dibicarakan di mahkamah tuntutan kecil. Anda boleh membuat litigasi di mahkamah tuntutan kecil tidak kira sama ada anda telah membuat rundingan tidak formal terlebih dahulu.
    4. PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT. JIKA ANDA DAN MICROSOFT TIDAK MENYELESAIKAN SEBARANG PERTIKAIAN MELALUI RUNDINGAN TIDAK FORMAL ATAU DALAM MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL, APA-APA USAHA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN INI AKAN DIKENDALIKAN SECARA EKSKLUSIF MELALUI PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT. ANDA MELEPASKAN HAK UNTUK MEMBUAT LITIGASI (ATAU MENYERTAI MANA-MANA PIHAK ATAU AHLI KUMPULAN) TERHADAP SEMUA PERTIKAIAN DI MAHKAMAH DI HADAPAN MAHKAMAH ATAU JURI. Sebaliknya, semua pertikaian akan diselesaikan di hadapan penimbang tara yang neutral, yang keputusannya adalah muktamad kecuali bagi hak terhad untuk merayu di bawah Akta Penimbangtaraan Persekutuan. Mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak-pihak ini boleh menguatkuasakan anugerah penimbang tara.
    5. PENAFIAN TINDAKAN BERKUMPULAN. SEBARANG PROSIDING UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MEMBUAT LITIGASI TERHADAP APA-APA PERTIKAIAN DALAM MANA-MANA FORUM AKAN DIKENDALIKAN SEMATA-MATA SECARA INDIVIDU. ANDA MAHUPUN MICROSOFT TIDAK AKAN BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN APA-APA PERTIKAIAN DIBICARAKAN SEBAGAI TINDAKAN BERKUMPULAN, SEBAGAI TINDAKAN KETUA PEGUAM PERSENDIRIAN, ATAU DALAM APA-APA PROSIDING LAIN YANG MANA-MANA PIHAK BERTINDAK ATAU BERCADANG UNTUK BERTINDAK DALAM KAPASITI WAKIL. TIADA PENIMBANGTARAAN ATAU PROSIDING AKAN DIGABUNGKAN DENGAN YANG SATU LAGI TANPA PERSETUJUAN BERTULIS TERLEBIH DAHULU SEMUA PIHAK BERHUBUNG SEMUA PENIMBANGTARAAN ATAU PROSIDING YANG BERKAITAN.
    6. Prosedur Penimbangtaraan, Kos, Bayaran dan Insentif. Sebarang penimbangtaraan akan dijalankan oleh American Arbitration Association (the “AAA”) di bawah Peraturan Penimbangtaraan Komersial dan dalam kebanyakan kes, Prosedur Tambahannya untuk Pertikaian Berkaitan Pengguna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat adr.org atau panggil 1-800-778-7879. Dalam pertikaian yang melibatkan $75,000 atau kurang, Microsoft akan membayar balik bayaran pemfailan anda dan membayar balik bayaran AAA dan penimbang tara dengan segera. Anda dan Microsoft bersetuju dengan terma prosedur yang mentadbir, bayaran dan insentif di halaman ini. Untuk memulakan penimbangtaraan, serahkan borang ini kepada AAA. Anda bersetuju untuk memulakan penimbangtaraan hanya dalam daerah kediaman anda atau dalam King County, Washington. Microsoft bersetuju untuk memulakan penimbangtaraan hanya dalam daerah kediaman anda.
    7. Tuntutan atau Pertikaian Hendaklah Difailkan dalam Tempoh Setahun. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang tuntutan atau pertikaian di bawah perjanjian ini yang Seksyen B berkenaan dengannya hendaklah difailkan dalam tempoh satu tahun dalam mahkamah tuntutan kecil (Seksyen B.3) atau dalam penimbangtaraan (Seksyen B.4). Tempoh satu tahun ini bermula apabila tuntutan atau pertikaian mula-mula boleh difailkan. Jika tuntutan atau pertikaian seperti ini tidak difailkan dalam tempoh satu tahun, ia disekat secara kekal.
    8. Kebolehasingan. Jika penepian tindakan berkumpulan dalam Seksyen B.5 didapati melanggar undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan bagi semua atau bahagian tertentu sesuatu pertikaian, maka Seksyen B (penimbangtaraan) tidak akan berkuat kuasa ke atas bahagian-bahagian ini. Sebaliknya bahagian tersebut akan dipotong dan diteruskan di mahkamah undang-undang, dengan bahagian selebihnya diteruskan dalam penimbangtaraan. Jika mana-mana peruntukan Seksyen B lain didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, maka peruntukan tersebut akan dipotong dengan Seksyen B yang selebihnya kekal berkuat kuasa dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
  3. PILIHAN UNDANG-UNDANG

    Undang-undang negeri atau daerah di mana anda menetap mentadbir tuntutan dan pertikaian di bawah perjanjian ini, termasuklah pelanggaran tuntutan kontrak dan tuntutan di bawah undang-undang perlindungan pengguna negeri, undang-undang persaingan tidak adil, undang-undang jaminan tersirat, pengayaan tidak adil, dan dalam tort. Jika anda telah memperoleh perisian itu di negara lain, maka undang-undang negara itu akan diguna pakai. Perjanjian ini menjelaskan hak-hak sah tertentu. Anda mungkin ada hak-hak lain, termasuk hak pengguna, di bawah undang-undang negeri atau negara anda. Anda mungkin juga ada hak-hak berhubung dengan pihak yang membekalkan perisian tersebut kepada anda. Perjanjian ini tidak mengubah hak-hak lain tersebut jika undang-undang negeri atau negara anda tidak membenarkannya.

  4. PENGAKTIFAN
    1. Lebih lanjut mengenai Cara Pengaktifan Berfungsi. Semasa pengaktifan, perisian akan menghantar maklumat mengenai perisian dan komputer anda kepada Microsoft. Maklumat ini termasuk versi, versi lesen, bahasa dan kunci produk untuk perisian, alamat protokol Internet bagi komputer dan maklumat yang diperoleh daripada konfigurasi perkakasan komputer tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai pengaktifan, lihat microsoft.com/piracy/activation.mspx. Jika lesen komputer disambungkan ke Internet, perisian akan bersambung secara automatik ke Microsoft untuk pengaktifan. Anda juga boleh mengaktifkan perisian secara manual melalui Internet atau telefon. Dalam mana-mana satu kes, caj perkhidmatan Internet dan telefon mungkin dikenakan.
    2. Pengaktifan semula. Beberapa perubahan pada komponen komputer anda atau perisian mungkin memerlukan pengaktifan semula perisian.
    3. Kegagalan Pengaktifan. Semasa pengaktifan dalam talian, jika fungsi pelesenan atau pengaktifan perisian didapati adalah pemalsuan atau dilesenkan secara tidak wajar, pengaktifan akan gagal. Perisian ini akan memaklumkan anda sama ada salinan perisian dilesenkan dengan tidak wajar. Di samping itu, anda akan menerima peringatan untuk mendapatkan salinan perisian tersebut yang dilesenkan dengan betul.
    4. Kemas kinian dan Naik taraf. Anda hanya boleh mendapatkan kemas kinian atau naik taraf untuk perisian daripada Microsoft atau sumber yang diizinkan. Naik taraf, sokongan, dan perkhidmatan lain yang tertentu mungkin ditawarkan hanya kepada pengguna perisian Microsoft tulen sahaja. Untuk mengenal pasti perisian Microsoft yang tulen, lihat howtotell.com.
  5. CIRI BERASASKAN INTERNET; PRIVASI

    Ciri perisian berikut menggunakan protokol Internet, yang menghantar maklumat komputer kepada Microsoft (atau pembekalnya atau pembekal perkhidmatannya) yang bersesuaian, seperti alamat protokol Internet anda, jenis sistem pengendalian, penyemak imbas dan nama dan versi perisian yang sedang anda gunakan, dan kod bahasa bagi komputer yang mana anda memasang perisian tersebut. Microsoft menggunakan maklumat ini untuk menyediakan ciri berasaskan Internet kepada anda menurut Pernyataan Privasi Office 2013. Beberapa ciri berdasarkan Internet mungkin dihantar pada tarikh yang terkemudian melalui perkhidmatan Kemas Kini Microsoft.

    1. Keizinan untuk Perkhidmatan Berasaskan Internet. Ciri perisian yang diterangkan di bawah dan dalam Pernyataan Privasi Office 2013 bersambung kepada Microsoft atau sistem komputer pembekal khidmat melalui Internet. Dalam sesetengah kes, anda tidak akan menerima pemberitahuan berasingan apabila ia bersambung. Dalam sesetengah kes, anda boleh mematikan atau tidak menggunakan ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri ini, lihat Pernyataan Privasi Office 2013. DENGAN MENGGUNAKAN CIRI-CIRI INI, ANDA MEMBERI KEIZINAN UNTUK PENGHANTARAN MAKLUMAT INI. Microsoft tidak menggunakan maklumat untuk mengenal pasti atau menghubungi anda.
    2. Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP). Perisian ini menggunakan CEIP. CEIP menghantar maklumat secara automatik kepada Microsoft mengenai perkakasan anda dan cara anda menggunakan perisian ini. Kami tidak menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti atau menghubungi anda. CEIP juga akan memuat turun sebuah fail kecil dari semasa ke semasa ke komputer anda. Fail ini membantu kami mengumpulkan maklumat mengenai masalah yang anda hadapi semasa menggunakan perisian. Bila tersedia, maklumat bantuan baru mengenai ralat juga mungkin dimuat turun secara automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CEIP, lihat microsoft.com/products/ceip/MS-MY/privacypolicy.mspx.
    3. Ciri dan Kandungan Dalam Talian. Ciri dalam perisian boleh mengambil kandungan dalam talian daripada Microsoft dan memberikannya kepada anda. Ciri-ciri tertentu juga mungkin mengizinkan anda untuk mencari dan mencapai maklumat dalam talian. Contoh ciri ini termasuk lukisan seni, templat, latihan dalam talian, bantuan dalam talian dan bantuan dan Cuaca Outlook pada Kalendar. Jika anda menyimpan templat yang disediakan oleh Office.com, maklumat akan dihantar dalam talian kepada Microsoft, seperti maklumat yang mengenal pasti templat, tetapi bukan sebarang dokumen khusus yang anda cipta menggunakan templat. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan anda dengan kandungan yang anda minta dan untuk meningkatkan perisian kami. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri-ciri dan kandungan dalam talian ini. Lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    4. Kuki. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri dalam talian dalam perisian, seperti sokongan dan bantuan dalam talian dan templat, kuki boleh disetkan. Untuk mengetahui cara menyekat, mengawal atau memadam kuki, sila baca seksyen kuki dalam Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    5. Office 2013 pada Windows 8. Jika anda menjalankan perisian pada komputer Windows 8 dan anda telah mendayakan ciri dan kandungan dalam talian perisian, mendaftar masuk ke Windows 8 dengan akaun Microsoft akan mendaftar masuk anda secara automatik ke perisian menggunakan akaun Microsoft yang sama. Ini membenarkan anda untuk menyimpan dan mencapai fail dalam talian dalam OneDrive dan menikmati Perkhidmatan Perayauan Office tanpa diminta untuk memasukkan semula nama pengguna dan kata laluan akaun Microsoft anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mendaftar masuk ke perisian dengan akaun Microsoft dan Perkhidmatan Perayauan Office, lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    6. Sijil Digital. Perisian menggunakan sijil digital. Sijil digital ini mengesahkan identiti pengguna Internet dengan menghantar maklumat disulitkan standard X.509. Ia juga boleh digunakan untuk menandatangani fail dan makro secara digital bagi mengesahkan integriti dan asal usul kandungan fail. Perisian mengambil sijil dan mengemas kini senarai penarikan balik sijil menggunakan Internet, bila tersedia.
    7. Kemas Kinian Automatik. Perisian dengan teknologi Klik untuk Jalan mungkin menyemak dari semasa ke semasa dengan Microsoft untuk kemas kinian dan tambahan kepada perisian. Jika ditemui, kemas kinian dan tambahan ini mungkin dimuat turun secara automatik dan dipasang pada komputer berlesen anda.
    8. Penggunaan Maklumat. Microsoft mungkin menggunakan maklumat komputer, laporan ralat dan laporan perisian berniat jahat untuk memperbaiki perisian dan perkhidmatan kami. Kami juga mungkin berkongsinya dengan pihak lain, seperti vendor perkakasan dan perisian. Mereka mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menambah baik bagaimana produk mereka berfungsi dengan perisian Microsoft.
    9. Penyalahgunaan Perkhidmatan Berasaskan Internet. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam sebarang cara yang boleh membahayakan atau merosakkan penggunaannya oleh orang lain. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan akses tanpa izin kepada mana-mana khidmat, data, akaun atau rangkaian melalui apa cara pun.
    10. Pengurusan Hak Maklumat. Perisian mengandungi ciri yang membenarkan anda mencipta kandungan yang tidak boleh dicetak, disalin atau dihantar kepada orang lain tanpa keizinan anda. Anda mungkin perlu bersambung ke Microsoft untuk menggunakan ciri ini untuk kali pertama dan anda mungkin perlu bersambung semula ke Microsoft dari semasa ke semasa untuk mengemas kini ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke sini. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri ini.
    11. Perkhidmatan Perayauan Office. Jika anda memilih untuk mendaftar masuk ke perisian dengan akaun Microsoft anda, anda akan mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Office. Menghidupkan Perkhidmatan Perayauan Office akan menghantar seting tertentu (termasuk senarai Dokumen Paling Terkini Digunakan Anda, kamus tersuai anda dan tema visual anda) dalam talian ke pelayan Microsoft, di mana ia disimpan dan dimuat turun ke komputer anda pada kali seterusnya anda mendaftar masuk ke perisian dengan akaun Microsoft anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Perayauan Office, lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
  6. BUKTI LESEN
    1. Bukti lesen yang sah. Jika anda telah memperoleh perisian dalam pakej fizikal, bukti lesen anda ialah label Sijil Ketulenan Microsoft yang asli bersama kunci produk tulen yang disertakan dan bukti pembelian anda. Jika anda memperoleh dan memuat turun perisian ini dalam talian, bukti lesen adalah kunci produk Microsoft bagi perisian tersebut yang anda terima dengan pembelian anda dan bukti pembelian anda daripada pembekal elektronik perisian Microsoft tulen yang sah. Bukti pembelian mungkin tertakluk kepada pengesahan oleh rekod pedagang anda.
    2. Lesen Naik Taraf atau Penukaran. Jika anda menaik taraf atau menukar perisian bukti lesen anda ialah
      • bukti lesen tulen untuk versi terdahulu perisian daripada mana anda naik taraf atau tukarkan; dan
      • bukti lesen tulen untuk versi kemudiannya perisian kepada mana anda naik taraf atau tukarkan.
      Untuk mengenal pasti perisian Microsoft yang tulen, lihat howtotell.com.
  7. VERSI HAK TERHAD

    Sesetengah versi perisian ini, seperti perisian Bukan Untuk Dijual Semula atau Edisi Akademik Universiti, diedarkan untuk tujuan terhad sahaja. Anda tidak boleh menjual perisian yang ditandakan sebagai “NFR” atau “Tidak Boleh Dijual Semula,” dan anda mestilah seorang Pengguna Pendidikan Berkelayakan untuk menggunakan perisian yang bertanda “Universiti”, “Edisi Akademik” or “AE”. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perisian akademik, atau anda ingin mengetahui sama ada anda Pengguna Pendidikan Berkelayakan, lawati microsoft.com/education atau hubungilah sekutu Microsoft yang menyediakan khidmat di negara anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Perisian Akademik atau Universiti tidak boleh digunakan untuk aktiviti komersial, tidak bersifat keuntungan atau yang menjana pendapatan.

  8. PERISIAN RUMAH DAN PELAJAR

    Edisi perisian “Rumah dan Pelajar” tidak boleh digunakan untuk aktiviti komersial, tidak bersifat keuntungan atau yang menjana pendapatan.

  9. JEPUN

    Jika anda menetap di Jepun atau memperoleh perisian semasa anda menetap di Jepun, kami memberikan anda hak berikut di bawah lesen kami:

    1. "PIPC." Untuk perisian yang ditandakan “PIPC,” anda boleh memasang dan menjalankan satu salinan perisian pada satu komputer berlesen, tetapi hanya jika anda mematuhi semua terma perjanjian ini. Lesen perisian kami diperuntukkan secara kekal pada komputer yang dilesenkan.
    2. Edisi selain daripada PIPC. Anda hanya boleh memasang dan menjalankan satu salinan perisian pada satu komputer berlesen (komputer berlesen pertama), tetapi hanya jika anda mematuhi semua terma perjanjian ini. Jika anda mematuhi semua terma perjanjian ini anda boleh memasang satu lagi salinan perisian pada komputer berlesen kedua untuk digunakan oleh pengguna utama bagi komputer berlesen pertama. Anda boleh membuat satu salinan tunggal perisian ini untuk tujuan sandaran, dan menggunakan salinan sandaran tersebut dalam cara yang dihuraikan di bawah. Anda tidak boleh memindahkan perisian kepada komputer yang dimiliki anda. Anda juga boleh memindahkan perisian (bersama-sama lesen) ke komputer yang dimiliki orang lain jika a) anda pengguna lesen pertama perisian dan b) pengguna baru bersetuju kepada terma perjanjian ini Untuk membuat pemindahan tersebut, anda hendaklah memindahkan media asal, Sijil Ketulenan, kunci produk dan bukti pembelian terus kepada pihak lagi satu, tanpa menyimpan sebarang salinan perisian. Anda boleh menggunakan salinan sandaran yang kami benarkan anda buat atau media pada mana perisian disediakan untuk memindahkan perisian. Pada bila-bila masa anda memindahkan perisian ke komputer baru, anda mesti mengeluarkan perisian daripada komputer sebelumnya. Anda tidak boleh memindahkan perisian kepada lesen dikongsi antara komputer.
  10. PERISIAN PENGHARGAAN TENTERA

    Anda mestilah “Pengguna Tentera Layak” untuk melesenkan perisian yang bertanda edisi “Penghargaan Tentera”. Untuk menjadi Pengguna Tentera yang Layak, di Amerika Syarikat anda mestilah menjadi penaung sah Bursa Perkhidmatan Tentera menurut statut dan kawal selia Persekutuan A.S. yang berkenaan. Perisian edisi Penghargaan Tentera tidak dilesenkan untuk digunakan dalam sebarang aktiviti komersial, tidak bersifat keuntungan atau yang menjana pendapatan.

  11. PERISIAN PASUKAN TENTERA KANADA

    Anda mestilah “Penaung Sah CANEX” untuk melesenkan perisian yang bertanda edisi “Pasukan Tentera Kanada”. Untuk menjadi Penaung Sah CANEX, anda mestilah

    • Pasukan Tentera Kanada (CF) yang sedang berkhidmat atau pasangan mereka;
    • Ahli Pasukan Simpanan Tentera Kanada;
    • Ahli Pasukan Tentera Kanada yang telah bersama atau pekerja awam Pertahanan Nasional (DND) yang menerima pencen DND;
    • Pekerja sepenuh masa kekal atau separuh masa Non-Public Fund (NPF) atau DND atau pasangan mereka;
    • Pemegang Konsesi CANEX (prinsipal sahaja);
    • Kakitangan tentera asing yang layak;
    • Pekerja NPF yang bersara yang menerima pencen NPF;
    • Pekerja sepenuh masa kontraktor Penghantaran Perkhidmatan Alternatif;
    • Janda kakitangan CF yang menerima imbuhan di bawah Akta Child Family Services, Akta Defence Services Pension Contribution atau Akta Pencen atau Akta War Veterans Allowance;
    • Ahli Canadian Corps of Commissionaires apabila menginap atau bekerja di Pangkalan/Cawangan; atau
    • Ahli Polis Berkuasa Diraja Kanada.
    Perisian edisi Tentera Kanada tidak dilesenkan untuk digunakan dalam sebarang aktiviti komersial, tidak bersifat keuntungan atau yang menjana pendapatan.
  12. PERISIAN PROGRAM PENGGUNAAN DI RUMAH

    Anda mestilah “Pengguna Program Penggunaan Di Rumah” untuk menggunakan perisian yang bertanda “Program Penggunaan Di Rumah.” Untuk menjadi Program Penggunaan Di Rumah, anda mestilah:

    • pekerja organisasi yang mempunyai perjanjian Lesen Volum Microsoft dengan Jaminan Perisian, dan
    • pengguna salinan berlesen perisian atau produk yang termasuk perisian, dengan Jaminan Perisian aktif.
  13. KEPERLUAN PELESENAN DAN/ATAU HAK PENGGUNAAN TAMBAHAN
    • Program Pihak Ketiga. Perisian mungkin termasuk program pihak ketiga yang dilesenkan Microsoft dan bukannya pihak ketiga, kepada anda di bawah perjanjian ini. Notis, jika ada, untuk program pihak ketiga disertakan untuk maklumat anda sahaja.
    • Komponen Fon. Semasa perisian berjalan, anda mungkin menggunakan fonnya untuk memaparkan dan mencetak kandungan. Anda boleh memuat turun fon secara sementara kepada pencetak atau peranti output lain untuk mencetak kandungan, dan anda boleh membenamkan fon dalam kandungan hanya seperti yang dibenarkan oleh pengehadan pembenaman dalam fon tersebut.
    • Unsur Media. Microsoft memberikan anda lesen untuk menyalin, mengedarkan, menjalankan dan memaparkan unsur media (imej, lukisan klip, animasi, bunyi, muzik, bentuk, klip video dan templat dan bentuk kandungan yang lain) yang disertakan dalam perisian dalam projek dan dokumen, kecuali anda tidak boleh: (i) menjual, melesenkan atau mengedarkan sebarang unsur media ini dengan sendiri atau sebagai produk dengan nilai utama produk merupakan unsur media ini; (ii) memberi kepada pelanggan anda hak untuk memberi lesen lanjutan atau mengedar unsur media ini; (iii) melesenkan atau mengedarkan untuk tujuan komersil unsur media yang merangkumi representasi individu, kerajaan, tanda dagangan atau lambang yang boleh dikenal pasti atau menggunakan jenis imej ini dalam cara yang boleh membayangkan pengendorsan atau perkaitan dengan produk, entiti atau aktiviti anda; atau (iv) mencipta kerja-kerja lucah atau menimbulkan skandal dengan menggunakan unsur media ini. Unsur media lain, yang dapat dicapai pada Office.com atau pada tapak web lain menerusi ciri-ciri perisian, ditadbir oleh terma pada tapak web tersebut.
    • Pek Bahasa dan Alat Pruf. Jika anda memperoleh pek bahasa, pek antara muka bahasa atau alat pruf yang menawarkan sokongan versi bahasa tambahan untuk perisian, anda boleh menggunakan bahasa tambahan yang disertakan dalam pek atau alat tersebut. Pek bahasa, pek antara muka bahasa atau alat pruf adalah sebahagian daripada perisian dan tidak boleh digunakan secara berasingan.
    • Percubaan dan Penukaran. Beberapa atau semua perisian boleh dilesenkan untuk percubaan. Hak anda untuk menggunakan perisian percubaan adalah terhad kepada tempoh percubaan. Perisian percubaan dan tempoh percubaan disetkan semasa proses pengaktifan. Anda mungkin mendapat opsyen untuk menukarkan hak percubaan anda kepada langganan atau hak berterusan. Opsyen penukaran akan diberikan kepada anda sewaktu tamat tempoh percubaan anda. Selepas tamat tempoh sebarang tempoh percubaan tanpa penukaran, kebanyakan ciri perisian percubaan akan berhenti berjalan. PERISIAN PERCUBAAN DILESENKAN “SEPERTI SEDIA ADA,” DAN ANDA MENANGGUNG RISIKO PENGGUNAANNYA. MICROSOFT TIDAK MEMBERIKAN WARANTI, JAMINAN ATAU SYARAT NYATA. ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK PENGGUNA TAMBAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH PERJANJIAN INI. SETAKAT YANG DIBENARKAN UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA, MICROSOFT MENGECUALIKAN WARANTI YANG TERSIRAT MENGENAI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN.
    • Perisian Langganan. Jika anda melesenkan perisian secara langganan, hak anda kepada penggunaan perisian adalah terhad kepada tempoh langganan. Anda mungkin mempunyai opsyen untuk melanjutkan langganan anda atau bertukar kepada lesen berterusan. Jika anda melanjutkan langganan anda, anda boleh terus menggunakan perisian sehingga tamat tempoh langganan dilanjutkan anda. Lihat skrin pengaktifan perisian atau bahan iringan lain untuk mendapatkan butiran langganan. Selepas tamat tempoh langganan anda, kebanyakan ciri perisian akan berhenti berjalan.
  14. SEKATAN GEOGRAFI DAN EKSPORT

    Jika terdapat wilayah geografi yang ditentukan pada pakej perisian anda, tertentu, maka anda hanya dibenarkan untuk mengaktifkan perisian dalam wilayah tersebut sahaja. Anda juga mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang diguna pakai untuk perisian tersebut, termasuk pembatasan ke atas destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan geografi dan eksport, lawati halaman ini dan microsoft.com/exporting.

  15. PROSEDUR SOKONGAN DAN PEMBAYARAN BALIK

    Microsoft menyediakan perkhidmatan sokongan terhad untuk perisian yang dilesenkan dengan betul seperti yang diterangkan di support.microsoft.com/common/international.aspx.

    Jika anda ingin mendapatkan bayaran balik dan anda tidak boleh mendapatkannya di tempat anda membeli perisian, hubungi Microsoft untuk maklumat tentang dasar bayaran balik Microsoft. Lihat microsoft.com/worldwide, atau di Amerika Utara, panggil (800) MICROSOFT atau lihat microsoft.com/info/nareturns.htm.

  16. KESELURUHAN PERJANJIAN.

    Perjanjian ini (bersama-sama dengan terma yang mengiringi sebarang tambahan, kemas kini dan perkhidmatan perisian yang disediakan oleh Microsoft dan yang anda gunakan), dan terma yang terkandung dalam pautan web yang disenaraikan dalam perjanjian ini adalah keseluruhan perjanjian bagi perisian ini dan sebarang tambahan, kemas kini, dan perkhidmatan (kecuali Microsoft menyediakan terma lain dengan tambahan, kemas kini atau perkhidmatan tersebut). Anda boleh menyemak perjanjian ini selepas perisian anda berjalan dengan pergi ke skrin Bantuan perisian dan mengklik pautan Terma Lesen Perisian Microsoft atau microsoft.com/about/legal/en/us/intellectualproperty/useterms/default.aspxAnda juga boleh menyemak terma ini di mana-mana pautan dalam perjanjian ini setelah perisian anda berjalan dengan menaip url ke dalam bar alamat pelayar anda dan anda bersetuju untuk melakukannya. Anda bersetuju bahawa bagi setiap perkhidmatan yang dimasukkan yang ditadbir oleh Perjanjian ini dan terma-terma khusus yang berhubung kait dengan perjanjian ini, anda akan membaca terma bagi perkhidmatan tersebut sebelum menggunakan perkhidmatan berkenaan. Anda bersetuju bahawa dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda menerima perjanjian ini dan terma yang dipautkan. Terdapat juga pautan maklumat dalam perjanjian ini. Pautan yang mengandungi terma yang mengikat anda dan kami ialah:

WARANTI TERHAD RUNCIT

Adakah Microsoft menyediakan WARANTI TERHAD untuk perisian? Ya, selain daripada perisian percubaan, yang dilesenkan sebagai “sedia ada” dan tanpa waranti, jaminan dan syarat nyata. Microsoft menjamin bahawa perisian lesen yang betul akan berfungsi sebahagian besarnya sama seperti yang dijelaskan di dalam bahan-bahan Microsoft yang disertakan bersama perisian tersebut. Waranti ini tidak merangkumi masalah yang disebabkan oleh tindakan anda, atau yang timbul daripada kegagalan kami untuk bertindak, atau disebabkan oleh peristiwa di luar kawalan munasabah Microsoft. Waranti terhad bermula apabila pengguna pertama salinan perisian anda memperoleh salinan tersebut dan berakhir selama satu tahun. Sebarang tambahan, kemas kinian, atau perisian ganti yang anda mungkin terima daripada Microsoft, sepanjang tahun itu, turut diliputi tetapi hanya untuk tempoh waranti yang tinggal daripada tempoh satu tahun itu atau 30 hari, mengikut mana yang lebih panjang masanya. Memindahkan perisian tidak akan memanjangkan waranti terhad. Microsoft tidak memberikan waranti, jaminan atau syarat lain. DI MANA-MANA DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA, MICROSOFT MENGECUALIKAN JAMINAN TERSIRAT UNTUK KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SESUATU TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN. JIKA UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN JAMINAN TERSIRAT MICROSOFT, MAKA SEBARANG WARANTI, JAMINAN ATAU SYARAT TERSIRAT BERJALAN HANYA SEPANJANG TEMPOH WARANTI TERHAD INI DAN TERHAD SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TEMPATAN SAHAJA. JIKA UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA MEMERLUKAN TEMPOH WARANTI YANG LEBIH PANJANG, MESKIPUN TERDAPAT PERJANJIAN INI, MAKA TEMPOH YANG LEBIH PANJANG INI AKAN DITERIMA PAKAI, TETAPI ANDA BOLEH MENDAPATKAN KEMBALI HANYA REMEDI YANG DIJELASKAN DALAM PERJANJIAN INI. Satu seksyen berhampiran hujung perjanjian ini menerangkan cara anda boleh membuat tuntutan di bawah waranti terhad.

Barangan kami didatangkan dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-undang Pengguna Australia. Anda berhak untuk mendapat ganti atau pembayaran balik bagi kegagalan besar dan pampasan untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang boleh diramal secara munasabah. Anda juga berhak untuk barangan anda dibaiki atau digantikan jika barangan ini gagal mencapai kualiti boleh diterima dan kegagalan tidak disifatkan sebagai kegagalan besar.

Bagaimana jika Microsoft melanggar warantinya? Jika Microsoft melanggar waranti terhadnya, satu-satunya remedi anda ialah pembaikan atau penggantian perisian. Kami juga mempunyai opsyen untuk membayar balik kepada anda harga yang anda bayar untuk perisian berbanding memperbaiki atau menggantikannya. Sebelum dibayar balik, anda mesti membuang pemasangan perisian dan memulangkannya kepada Microsoft dengan bukti pembelian.

Bagaimana jika Microsoft melanggar mana-mana bahagian perjanjian ini? JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG BUKTI UNTUK MENDAPATKAN GANTI RUGI DARIPADA MICROSOFT, ANDA BOLEH MENDAPATKAN GANTI RUGI LANGSUNG SAHAJA SEHINGGA AMAUN YANG ANDA BAYAR UNTUK PERISIAN. ANDA TIDAK BOLEH MENDAPATKAN APA-APA GANTI RUGI LAIN, TERMASUK GANTI RUGI BERBANGKIT, UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU KEBETULAN. Pengecualian dan pengehadan ganti rugi dalam perjanjian ini berkenaan meskipun jika pembaikan, penggantian atau pembayaran balik untuk perisian tidak memberikan anda pampasan sepenuhnya untuk sebarang kerugian atau jika Microsoft, mengetahui atau patut mengetahui tentang kemungkinan berlakunya ganti rugi tersebut. SESETENGAH NEGERI DAN NEGARA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN GANTI RUGI KEBETULAN ATAU BERBANGKIT, ATAU GANTI RUGI LAIN, JADI PEMBATASAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK DIGUNA PAKAI UNTUK ANDA. JIKA UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA MEMBOLEHKAN ANDA MENDAPATKAN KEMBALI GANTI RUGI LAIN DARIPADA MICROSOFT, MESKIPUN KAMI TIDAK, ANDA TIDAK BOLEH MENDAPATKAN KEMBALI LEBIH DARIPADA APA YANG ANDA TELAH BAYAR UNTUK PERISIAN INI.

PROSEDUR WARANTI

Anda memerlukan bukti pembelian untuk perkhidmatan di bawah waranti terhad.

  1. Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk perkhidmatan atau maklumat waranti terhad mengenai cara mendapatkan bayaran balik untuk perisian yang diperoleh dalam Amerika Syarikat atau Kanada, hubungi Microsoft melalui telefon di (800) MICROSOFT; melalui mel di Khidmat dan Sokongan Pelanggan Microsoft, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052-6399; atau lawati microsoft.com/info/nareturns.htm.
  2. Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Jika anda telah memperoleh perisian itu di Eropah, Timur Tengah atau Afrika, waranti terhad dibuat oleh Microsoft Ireland Operations Limited. Untuk membuat tuntutan di bawah waranti terhad, anda mestilah menghubungi sama ada Microsoft Ireland Operations Limited, Customer Care Centre, Atrium Building Block B, Carmanhall Road, Sandyford Industrial Estate, Dublin 18, Ireland atau anggota gabungan Microsoft yang berkhidmat di negara anda (lihat microsoft.com/worldwide).
  3. Australia. Jika anda memperoleh perisian di Australia, hubungi Microsoft untuk membuat tuntutan di 13 20 58; atau Microsoft Pty Ltd, 1 Epping Road, North Ryde NSW 2113 Australia.
  4. Negara-negara Lain. Jika anda memperoleh perisian di negara lain, hubungi anggota gabungan Microsoft yang berkhidmat di negara anda (lihat microsoft.com/worldwide).
TERMA LESEN OEM

Terima kasih kerana memilih komputer yang dipasang terlebih dahulu dengan Microsoft Office 2013. Perjanjian lesen ini adalah antara anda dengan pengilang komputer atau pemasang perisian yang mengedarkan Microsoft Office 2013 dengan komputer ini. Perjanjian ini menghuraikan hak anda untuk menggunakan perisian Office 2013. Untuk kemudahan anda, kami telah menyusun perjanjian ini dalam dua bahagian. Bahagian pertama merangkumi terma pengenalan; Terma Tambahan dan Jaminan Terhad menyusul dan mengandungi butiran yang lebih terperinci. Anda seharusnya menyemak keseluruhan perjanjian, termasuk sebarang terma yang dipautkan, kerana semua terma ini penting dan bersama-sama mewujudkan kontrak ini yang berkenaan dengan anda. Anda boleh menyemak terma yang dipautkan dengan menampal pautan ke depan ini dalam tetingkap pelayar anda. TERMA TAMBAHAN MENGANDUNGI KLAUSA PENIMBANGTARAAN DAN PENEPIAN TINDAKAN KELAS. JIKA ANDA TINGGAL DI AMERIKA SYARIKAT, INI MENJEJASKAN HAK ANDA UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN DENGAN PENGILANG ATAU PEMASANG, ATAU MICROSOFT, DAN ANDA HENDAKLAH MEMBACANYA DENGAN TELITI.

DENGAN MENERIMA PERJANJIAN INI ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN INI, ANDA BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA INI DAN BERSETUJU UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT KOMPUTER YANG TERTENTU SEMASA PENGAKTIFAN DAN UNTUK CIRI PERISIAN YANG BERASASKAN INTERNET. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA DAN MEMATUHI TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN PERISIAN ATAU CIRI INI. Sebaliknya, anda boleh menghubungi pengilang atau pemasang untuk menentukan dasar pemulangannya dan memulangkan perisian atau komputer untuk mendapat pembayaran balik atau kredit di bawah dasar tersebut. Anda hendaklah mematuhi dasar tersebut, yang mungkin memerlukan anda memulangkan perisian ini dengan keseluruhan komputer di mana perisian ini telah dipasang untuk mendapat pembayaran balik atau kredit.

Bagaimanakah saya boleh menggunakan perisian ini? Perisian adalah dilesenkan, bukan dijual. Di bawah perjanjian ini kami memberi kepada anda hak untuk menjalankan satu salinan sahaja pada komputer yang perisian ini diperoleh bersama-sama dengannya (komputer yang dilesenkan) untuk digunakan oleh seorang sahaja pada satu masa, tetapi hanya jika anda mematuhi semua terma perjanjian ini. Lesen perisian kami diperuntukkan secara kekal pada komputer yang dilesenkan. Sila rujuk pada Terma Tambahan untuk lesen dan syarat yang khusus kepada negara tertentu, Versi Hak Terhad dan Edisi Khas perisian. Komponen perisian dilesenkan sebagai satu unit tunggal. Anda tidak boleh mengasingkan atau memayakan komponen dan memasangkannya pada komputer berlainan. Perisian mungkin termasuk lebih daripada satu versi, seperti versi 32-bit dan 64-bit dan anda boleh menggunakan hanya satu versi pada satu masa. Kecuali untuk penggunaan yang diizinkan yang diperihalkan di bawah “Capaian Jauh” di bawah, lesen ini ialah untuk penggunaan langsung perisian hanya menerusi mekanisme input bagi komputer berlesen, seperti papan kekunci, tetikus, atau skrin sentuh. Ia tidak memberikan keizinan untuk pemasangan perisian pada pelayan atau untuk digunakan oleh atau menerusi komputer lain atau peranti yang disambungkan ke pelayan melalui rangkaian dalaman atau luaran. Perisian tidak dilesenkan untuk pengehosan komersial. Untuk maklumat lanjut mengenai senario pengguna berbilang dan pemayaan, lihat Terma Tambahan.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan salinan sandaran? Anda boleh memesan atau memuat turun salinan sandaran perisian daripada microsoft.com/office/backup. Anda tidak boleh mengedarkan salinan sandaran perisian. Anda boleh menggunakannya hanya untuk memasang semula perisian pada komputer yang dilesenkan.

Bolehkah saya memindahkan perisian kepada komputer atau pengguna lain? Anda tidak boleh memindahkan perisian kepada komputer atau pengguna lain. Anda boleh memindahkan perisian terus kepada pihak ketiga hanya seperti yang dipasang pada komputer berlesen dengan label Sijil Ketulenan dan perjanjian ini. Sebelum pemindahan, pihak tersebut mesti bersetuju bahawa perjanjian ini diguna pakai untuk pemindahan dan penggunaan perisian tersebut. Anda tidak boleh menyimpan mana-mana salinan.

Bagaimana pengaktifan Internet berfungsi? Pengaktifan mengaitkan penggunaan perisian dengan komputer atau peranti tertentu. Semasa pengaktifan, perisian akan menghubungi Microsoft atau sekutunya secara automatik untuk mengesahkan perisian tersebut dikaitkan dengan komputer berlesen. Proses ini dipanggil “pengaktifan”. Oleh kerana pengaktifan dimaksudkan untuk mengenal pasti perubahan yang tidak diizinkan yang dibuat kepada fungsi pelesenan atau pengaktifan perisian ini, dan untuk sebaliknya mencegah penggunaan perisian tanpa lesen, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan perisian selepas tempoh yang dibenarkan untuk pengaktifan dan anda tidak boleh melangkau atau memintas pengaktifan. Jika anda tidak memasukkan kunci produk semasa tempoh masa yang dibenarkan untuk pengaktifan, kebanyakan ciri perisian akan berhenti berjalan.

Adakah perisian ini mengumpulkan maklumat peribadi saya? Jika anda bersambung ke Internet, beberapa ciri perisian boleh disambungkan ke Microsoft atau sistem komputer pembekal khidmat untuk menghantar atau menerima maklumat. Anda tidak boleh sentiasa menerima pemberitahuan berasingan apabila mereka bersambung. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri ini, anda bersetuju untuk menghantar atau menerima maklumat ini apabila menggunakan ciri tersebut. Kebanyakan ciri-ciri ini boleh dimatikan atau anda boleh memilih untuk tidak menggunakannya.

Bagaimana Microsoft menggunakan maklumat anda? Microsoft menggunakan maklumat yang ia kumpul melalui ciri perisian untuk menaik taraf atau membaiki perisian dan sekiranya tidak, untuk menambah baik produk dan perkhidmatannya. Dalam keadaan tertentu, Microsoft turut berkongsi dengan orang lain. Contohnya, Microsoft berkongsi laporan ralat dengan perkakasan dan perisian berkaitan, supaya mereka boleh menggunakan maklumat ini untuk menambah baik cara produk mereka berjalan dengan produk Microsoft. Anda bersetuju bahawa Microsoft boleh menggunakan dan mendedahkan maklumat seperti yang dihuraikan dalam Pernyataan Privasi Microsoft.

Perjanjian ini berkenaan dengan apa? Perjanjian ini (termasuk sebarang terma lesen bercetak yang disertakan bersama perisian) berkenaan dengan perisian, media yang anda menerima perisian ini padanya, (jika ada), dan sebarang kemas kini, tambahan, dan perkhidmatan bagi perisian ini, kecuali terma lain mengiringinya.

Adakah apa-apa perkara yang saya tidak boleh lakukan dengan perisian ini? Ya. Oleh sebab perisian ini dilesenkan, dan tidak dijual, pengilang atau pemasang Microsoft mengekalkan semua hak (seperti hak di bawah undang-undang harta intelektual) yang tidak diberikan secara nyata dalam perjanjian ini. Khususnya, lesen ini tidak memberikan anda sebarang hak untuk dan anda tidak boleh: menerbitkan, menyalin (selain daripada salinan sandaran yang dibenarkan), menyewa, memajak atau memberi pinjam perisian; memindahkan perisian (kecuali seperti yang diizinkan oleh perjanjian ini), cuba untuk memintas langkah-langkah perlindungan teknikal dalam perisian ini, melakukan pembalikan kejuruteraan, menyahkompilasi atau menyahpasang perisian, kecuali jika undang-undang tempat anda tinggal mengizinkannya meskipun perjanjian kami tidak mengizinkannya. Dalam hal ini, anda boleh melakukan hanya apa yang dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Apabila menggunakan ciri berkaitan Internet, anda tidak boleh menggunakan ciri-ciri ini dalam apa jua cara yang boleh mengganggu dengan penggunaan perkara ini oleh orang lain, atau cuba mendapatkan akses kepada perkhidmatan, data, akaun atau rangkaian dalam cara yang tidak dibenarkan.

Bagaimana dengan menaik taraf atau menukarkan perisian? Jika anda memasang perisian yang diliputi perjanjian ini sebagai naik taraf atau penukaran kepada perisian sedia ada yang anda peroleh dengan komputer berlesen, maka naik taraf atau penukaran akan menggantikan perisian asal yang anda menaik taraf atau tukarkan. Anda tidak mempunyai sebarang hak terhadap perisian asal selepas anda telah menaik taraf dan anda tidak boleh terus menggunakannya atau memindahkannya dalam sebarang cara. Perjanjian ini mentadbir hak anda untuk menggunakan perisian naik taraf dan menggantikan perjanjian untuk perisian daripada mana anda menaik taraf.

TERMA TAMBAHAN
  1. HAK LESEN DAN SENARIO BERBILANG PENGGUNA
    1. Komputer. Dalam perjanjian ini “komputer” bermaksud sistem perkakasan (sama ada fizikal atau maya) dengan peranti simpanan yang berupaya menjalankan perisian. Petak perkakasan atau blade dianggap sebagai komputer.
    2. Sambungan Berbilang atau Gugusan. Anda tidak boleh menggunakan perkakasan atau perisian ke sambungan multipleks atau gugusan, atau sebaliknya berbilang pengguna atau berbilang komputer atau peranti untuk mencapai atau menggunakan perisian secara langsung menerusi komputer berlesen.
    3. Penggunaan Dalam Persekitaran Maya. Jika anda menggunakan perisian pemayaan, termasuk hyper-v klien, untuk membuat satu atau lebih komputer maya pada sistem perkakasan sistem tunggal, setiap komputer maya, dan komputer fizikal, disifatkan sebagai komputer berasingan bagi tujuan perjanjian ini. Lesen ini membolehkan anda menggunakan hanya satu salinan perisian ini untuk digunakan pada satu komputer sahaja, tidak kira sama ada komputer tersebut adalah komputer fizikal atau maya. Jika anda mahu menggunakan perisian ini pada lebih daripada satu komputer, anda hendaklah memperoleh salinan komputer ini yang berasingan dan lesen berasingan bagi setiap salinan. Kandungan yang dilindungi oleh teknologi pengurusan hak digital atau teknologi penyulitan pemacu cakera volum penuh mungkin tidak seselamat dalam persekitaran yang dimayakan.
    4. Akses Jauh. Pengguna utama yang menggunakan komputer berlesen ialah “pengguna utama.” Pengguna utama boleh mencapai dan menggunakan perisian yang dipasang pada peranti berlesen daripada sebarang peranti lain, asalkan perisian yang dipasang pada peranti berlesen tidak digunakan secara bukan jauh oleh pengguna lain pada waktu yang sama. Sebagai pengecualian, anda boleh membenarkan orang lain untuk mencapai perisian secara serentak untuk memberikan anda sokongan teknikal.
  2. PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT DAN PENEPIAN TINDAKAN BERKUMPULAN
    1. Penggunaan. Seksyen B ini berkenaan dengan sebarang pertikaian MELAINKAN IA TIDAK MERANGKUMI PERTIKAIAN YANG BERHUBUNG DENGAN PENGUATKUASAAN ATAU KESAHAN HAK HARTA INTELEKTUAL ANDA, PENGILANG ATAU PEMASANG, ATAU MANA-MANA PEMBERI LESEN KAMI. Pertikaian bermaksud sebarang pertikaian, tindakan, atau kontroversi lain antara anda dengan pengilang atau pemasang, atau anda dengan Microsoft, berkenaan perisian (termasuk harganya) atau perjanjian ini, sama ada dalam kontrak, jaminan, tort, statut, peraturan, ordinan, atau apa-apa asas undang-undang atau keadilan. “Pertikaian” akan diberi maksud yang seluas mungkin yang dibenarkan di bawah undang-undang.
    2. Notis Pertikaian. Sekiranya berlaku pertikaian, anda atau pengilang atau pemasang hendaklah memberi pihak yang satu lagi Notis Pertikaian, iaitu pernyataan bertulis mengenai nama, alamat, dan maklumat hubungan pihak yang memberinya, fakta yang mengakibatkan pertikaian, dan relief yang diminta. Hantarkan melalui Pos A.S. kepada pengilang atau pemasang, PERHATIAN: JABATAN UNDANG-UNDANG. Pengilang atau pemasang akan menghantar apa-apa Notis Pertikaian kepada alamat Pos A.S. anda, jika ada, atau sebaliknya kepada alamat e-mel anda. Anda dan pengilang atau pemasang akan berusaha untuk menyelesaikan sebarang pertikaian melalui rundingan tidak formal dalam tempoh 60 hari dari tarikh Notis Pertikaian tersebut dihantar. Selepas 60 hari, anda atau pengilang atau pemasang boleh memulakan penimbangtaraan.
    3. Mahkamah Tuntutan Kecil. Anda juga boleh mengadakan litigasi mengenai sebarang pertikaian di mahkamah tuntutan kecil di daerah tempat anda tinggal atau tempat urus niaga utama pengilang atau pemasang, jika pertikaian tersebut memenuhi semua keperluan untuk dibicarakan di mahkamah tuntutan kecil. Anda boleh membuat litigasi di mahkamah tuntutan kecil tidak kira sama ada anda telah membuat rundingan tidak formal terlebih dahulu.
    4. PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT. JIKA ANDA DAN PENGILANG ATAU PEMASANG, ATAU MICROSOFT, TIDAK MENYELESAIKAN SEBARANG PERTIKAIAN MELALUI RUNDINGAN TIDAK FORMAL ATAU DALAM MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL, APA-APA USAHA LAIN UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN INI AKAN DIKENDALIKAN SECARA EKSKLUSIF MELALUI PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT. ANDA MELEPASKAN HAK UNTUK MEMBUAT LITIGASI (ATAU MENYERTAI MANA-MANA PIHAK ATAU AHLI KUMPULAN) TERHADAP SEMUA PERTIKAIAN DI MAHKAMAH DI HADAPAN MAHKAMAH ATAU JURI. Sebaliknya, semua pertikaian akan diselesaikan di hadapan penimbang tara yang neutral, yang keputusannya adalah muktamad kecuali bagi hak terhad untuk merayu di bawah Akta Penimbangtaraan Persekutuan. Mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak-pihak ini boleh menguatkuasakan anugerah penimbang tara.
    5. PENAFIAN TINDAKAN BERKUMPULAN. SEBARANG PROSIDING UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MEMBUAT LITIGASI TERHADAP APA-APA PERTIKAIAN DALAM MANA-MANA FORUM AKAN DIKENDALIKAN SEMATA-MATA SECARA INDIVIDU. ANDA MAHUPUN PENGILANG ATAU PEMASANG, MAHUPUN MICROSOFT, TIDAK AKAN BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN APA-APA PERTIKAIAN DIBICARAKAN SEBAGAI TINDAKAN BERKUMPULAN, SEBAGAI TINDAKAN KETUA PEGUAM PERSENDIRIAN, ATAU DALAM APA-APA PROSIDING LAIN YANG MANA-MANA PIHAK BERTINDAK ATAU BERCADANG UNTUK BERTINDAK DALAM KAPASITI WAKIL. TIADA PENIMBANGTARAAN ATAU PROSIDING AKAN DIGABUNGKAN DENGAN YANG SATU LAGI TANPA PERSETUJUAN BERTULIS TERLEBIH DAHULU SEMUA PIHAK BERHUBUNG SEMUA PENIMBANGTARAAN ATAU PROSIDING YANG BERKAITAN.
    6. Prosedur Penimbangtaraan. Sebarang penimbangtaraan akan dikendalikan oleh Persatuan Penimbangtaraan Amerika atau American Arbitration Association (“AAA”), di bawah Peraturan Penimbangtaraannya. Jika anda seorang individu dan menggunakan perisian ini untuk kegunaan peribadi atau isi rumah, atau jika nilai pertikaian adalah $75,000 atau kurang, tidak kira sama ada anda seorang individu atau bagaimana anda menggunakan perisian ini, Prosedur Perlindungan Tambahan AAA bagi Pertikaian Berhubung Pengguna juga turut diterima pakai. Untuk memulakan penimbangtaraan, serahkan borang Tuntutan Peraturan Penimbangtaraan kepada AAA. Anda boleh meminta perbicaraan dijalankan melalui telefon atau secara peribadi dengan mengikuti peraturan AAA. Dalam pertikaian y ang melibatkan $10,000 atau kurang, apa-apa perbicaraan akan melalui telefon kecuali penimbang tara mendapati sebab yang baik untuk mengadakan perbicaraan secara peribadi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat adr.org atau panggil 1-800-778-7879. Anda bersetuju untuk memulakan penimbangtaraan hanya di daerah kediaman anda atau di tempat urus niaga utama pengilang atau pemasang. Pengilang atau pemasang bersetuju untuk memulakan penimbangtaraan hanya di daerah kediaman anda sahaja. Penimbang tara boleh menganugerahkan ganti rugi yang sama kepada anda secara individu seperti yang boleh dilakukan oleh mahkamah. Penimbang tara boleh memberi relief perisytiharan atau injunktif hanya kepada anda sebagai individu, dan hanya setakat yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan individu anda.
    7. Fi dan Insentif Penimbangtaraan.
      1. Pertikaian yang Melibatkan $75,000 atau Kurang. Pengilang atau pemasang akan membayar balik fi dan perbelanjaan pemfailan anda dan membayar fi penimbang tara AAA dengan segera. Jika anda menolak tawaran penyelesaian bertulis terakhir pengilang atau pemasang yang dibuat sebelum penimbang tara dilantik (dipanggil “anugerah”), dan penimbang tara menganugerahkan kepada anda lebih daripada tawaran bertulis terakhir, atau pemasang memberi anda tiga insentif: (1) bayar anugerah atau $1,000, mengikut mana yang lebih tinggi; (2) bayar dua kali ganda fi peguam anda yang wajar, jika ada; dan (3) membayar balik sebarang perbelanjaan (termasuk fi dan kos saksi pakar) yang diakui oleh peguam anda secara munasabah untuk menyiasat, menyediakan dan berusaha untuk mendapatkan tuntutan ini dalam penimbangtaraan. Penimbang tara akan menentukan amaun ini.
      2. Pertikaian yang Melibatkan Lebih Daripada $75,000. Peraturan AAA akan mentadbir pembayaran fi dan perbelanjaan pemfailan dan fi dan perbelanjaan penimbang tara dan AAA.
      3. Pertikaian Yang Melibatkan Apa-apa Amaun. Dalam apa-apa penimbangtaraan yang anda mulakan, pengilang atau pemasang akan berusaha mendapatkan fi dan perbelanjaan AAA atau penimbang taranya, atau fi pemfailan anda yang ia bayar balik, hanya jika penimbang tara mendapati penimbangtaraan berkenaan remeh dan menyusahkan atau dibawa untuk tujuan yang tidak wajar. Dalam apa-apa penimbangtaraan yang dimulakan oleh pengilang atau pemasang, ia akan membayar semua fi dan perbelanjaan pemfailan, AAA, dan penimbang tara. Ia tidak akan cuba mendapatkan fi atau perbelanjaan peguam daripada anda dalam apa-apa penimbangtaraan. Fi dan perbelanjaan tidak dikira dalam menentukan setakat mana pertikaian melibatkan.
    8. Tuntutan atau Pertikaian Hendaklah Difailkan dalam Tempoh Setahun. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, sebarang tuntutan atau pertikaian di bawah perjanjian ini yang Seksyen B berkenaan dengannya hendaklah difailkan dalam tempoh satu tahun dalam mahkamah tuntutan kecil (Seksyen B.3) atau dalam penimbangtaraan (Seksyen B.4). Tempoh satu tahun ini bermula apabila tuntutan atau pertikaian mula-mula boleh difailkan. Jika tuntutan atau pertikaian seperti ini tidak difailkan dalam tempoh satu tahun, ia disekat secara kekal.
    9. Kebolehasingan. Jika penepian tindakan berkumpulan dalam Seksyen B.5 didapati melanggar undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan bagi semua atau bahagian tertentu sesuatu pertikaian, maka Seksyen B (penimbangtaraan) tidak akan berkuat kuasa ke atas bahagian-bahagian ini. Sebaliknya bahagian tersebut akan dipotong dan diteruskan di mahkamah undang-undang, dengan bahagian selebihnya diteruskan dalam penimbangtaraan. Jika mana-mana peruntukan Seksyen B lain didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan, maka peruntukan tersebut akan dipotong dengan Seksyen B yang selebihnya kekal berkuat kuasa dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
    10. Benefisiari Pihak Ketiga. Microsoft Corporation, bukan satu pihak kepada perjanjian ini tetapi adalah benefisiari pihak ketiga perjanjian antara anda dengan pengilang atau pemasang anda untuk menyelesaikan pertikaian ini melalui rundingan tidak formal dan penimbangtaraan. Jika pertikaian anda dengan Microsoft, Microsoft bersetuju untuk melakukan segala-galanya yang pengilang atau pemasang bersetuju lakukan dalam Seksyen B, dan anda bersetuju untuk melakukan segala-galanya berhubung Microsoft yang Seksyen B perlukan anda lakukan berhubung dengan pengilang atau pemasang. Hantarkan Notis Pertikaian dengan Microsoft kepada Microsoft Corporation, U/P: PENIMBANGTARAAN LCA, One Microsoft Way, Redmond, WA 98052-6399. Anda boleh memulakan penimbangtaraan atau kes mahkamah tuntutan kecil terhadap Microsoft di daerah tempat anda tinggal atau King County, Washington.
  3. PILIHAN UNDANG-UNDANG

    Undang-undang negeri atau daerah di mana anda menetap mentadbir tuntutan dan pertikaian di bawah perjanjian ini, termasuklah pelanggaran tuntutan kontrak dan tuntutan di bawah undang-undang perlindungan pengguna negeri, undang-undang persaingan tidak adil, undang-undang jaminan tersirat, pengayaan tidak adil, dan dalam tort. Jika anda telah memperoleh perisian itu di negara lain, maka undang-undang negara itu akan diguna pakai. Perjanjian ini menjelaskan hak-hak sah tertentu. Anda mungkin ada hak-hak lain, termasuk hak pengguna, di bawah undang-undang negeri atau negara anda. Anda mungkin juga ada hak-hak berhubung dengan pihak yang membekalkan perisian tersebut kepada anda. Perjanjian ini tidak mengubah hak-hak lain tersebut jika undang-undang negeri atau negara anda tidak membenarkannya.

  4. PENGAKTIFAN
    1. Lebih lanjut Mengenai Cara Pengaktifan Berfungsi. Semasa pengaktifan, perisian akan menghantar maklumat mengenai perisian dan komputer anda kepada Microsoft. Maklumat ini termasuk versi, versi lesen, bahasa dan kunci produk untuk perisian, alamat protokol Internet bagi komputer dan maklumat yang diperoleh daripada konfigurasi perkakasan komputer tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai pengaktifan, lihat microsoft.com/piracy/activation.mspx. Jika lesen komputer disambungkan ke Internet, perisian akan bersambung secara automatik ke Microsoft untuk pengaktifan. Anda juga boleh mengaktifkan perisian secara manual melalui Internet atau telefon. Dalam mana-mana satu kes, caj perkhidmatan Internet dan telefon mungkin dikenakan.
    2. Pengaktifan semula. Beberapa perubahan pada komponen komputer anda atau perisian mungkin memerlukan pengaktifan semula perisian.
    3. Kegagalan Pengaktifan. Semasa pengaktifan dalam talian, jika fungsi pelesenan atau pengaktifan perisian didapati adalah pemalsuan atau dilesenkan secara tidak wajar, pengaktifan akan gagal. Perisian ini akan memaklumkan anda sama ada salinan perisian dilesenkan dengan tidak wajar. Di samping itu, anda akan menerima peringatan untuk mendapatkan salinan perisian tersebut yang dilesenkan dengan betul.
    4. Kemas kinian dan Naik taraf. Anda hanya boleh mendapatkan kemas kinian atau naik taraf untuk perisian daripada Microsoft atau sumber yang diizinkan. Naik taraf, sokongan, dan perkhidmatan lain yang tertentu mungkin ditawarkan hanya kepada pengguna perisian Microsoft tulen sahaja. Untuk mengenal pasti perisian Microsoft yang tulen, lihat howtotell.com.
  5. CIRI BERASASKAN INTERNET; PRIVASI

    Ciri perisian berikut menggunakan protokol Internet, yang menghantar maklumat komputer kepada Microsoft (atau pembekalnya atau pembekal perkhidmatannya) yang bersesuaian, seperti alamat protokol Internet anda, jenis sistem pengendalian, penyemak imbas dan nama dan versi perisian yang sedang anda gunakan, dan kod bahasa bagi komputer pada mana perisian tersebut dipasang. Microsoft menggunakan maklumat ini untuk menyediakan ciri berasaskan Internet kepada anda menurut Pernyataan Privasi Office 2013Beberapa ciri berdasarkan Internet mungkin dihantar pada tarikh yang terkemudian melalui perkhidmatan Kemas Kini Microsoft.

    1. Keizinan untuk Perkhidmatan Berasaskan Internet. Ciri perisian yang diterangkan di bawah dan dalam Pernyataan Privasi Office 2013 bersambung kepada Microsoft atau sistem komputer pembekal khidmat melalui Internet. Dalam sesetengah kes, anda tidak akan menerima pemberitahuan berasingan apabila ia bersambung. Dalam sesetengah kes, anda boleh mematikan atau tidak menggunakan ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri ini, lihat Pernyataan Privasi Office 2013. DENGAN MENGGUNAKAN CIRI-CIRI INI, ANDA MEMBERI KEIZINAN UNTUK PENGHANTARAN MAKLUMAT INI. Microsoft tidak menggunakan maklumat untuk mengenal pasti atau menghubungi anda.
    2. Program Pembaikan Pengalaman Pelanggan (CEIP). Perisian ini menggunakan CEIP. CEIP menghantar maklumat secara automatik kepada Microsoft mengenai perkakasan anda dan cara anda menggunakan perisian ini. Kami tidak menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti atau menghubungi anda. CEIP juga akan memuat turun sebuah fail kecil dari semasa ke semasa ke komputer anda. Fail ini membantu kami mengumpulkan maklumat mengenai masalah yang anda hadapi semasa menggunakan perisian. Bila tersedia, maklumat bantuan baru mengenai ralat juga mungkin dimuat turun secara automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CEIP, lihat microsoft.com/products/ceip/MS-MY/privacypolicy.mspx.
    3. Ciri dan Kandungan Dalam Talian. Ciri dalam perisian boleh mengambil kandungan dalam talian daripada Microsoft dan memberikannya kepada anda. Ciri-ciri tertentu juga mungkin mengizinkan anda untuk mencari dan mencapai maklumat dalam talian. Contoh ciri ini termasuk lukisan seni, templat, latihan dalam talian, bantuan dalam talian dan bantuan dan Cuaca Outlook pada Kalendar. Jika anda menyimpan templat yang disediakan oleh Office.com, maklumat akan dihantar dalam talian kepada Microsoft, seperti maklumat yang mengenal pasti templat, tetapi bukan sebarang dokumen khusus yang anda cipta menggunakan templat. Maklumat ini digunakan untuk menyediakan anda dengan kandungan yang anda minta dan untuk meningkatkan perisian kami. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri-ciri dan kandungan dalam talian ini. Lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    4. Kuki. Jika anda memilih untuk menggunakan ciri dalam talian dalam perisian, seperti sokongan dan bantuan dalam talian dan templat, kuki boleh disetkan. Untuk mengetahui cara menyekat, mengawal atau memadam kuki, sila baca seksyen kuki dalam Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    5. Office 2013 pada Windows 8. Jika anda menjalankan perisian pada komputer Windows 8 dan anda telah mendayakan ciri dan kandungan dalam talian perisian, mendaftar masuk ke Windows 8 dengan akaun Microsoft akan mendaftar masuk anda secara automatik ke perisian menggunakan akaun Microsoft yang sama. Ini membenarkan anda untuk menyimpan dan mencapai fail dalam talian dalam OneDrive dan menikmati Perkhidmatan Perayauan Office tanpa diminta untuk memasukkan semula nama pengguna dan kata laluan akaun Microsoft anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai mendaftar masuk ke perisian dengan akaun Microsoft dan Perkhidmatan Perayauan Office, lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
    6. Sijil Digital. Perisian menggunakan sijil digital. Sijil digital ini mengesahkan identiti pengguna Internet dengan menghantar maklumat disulitkan standard X.509. Ia juga boleh digunakan untuk menandatangani fail dan makro secara digital bagi mengesahkan integriti dan asal usul kandungan fail. Perisian mengambil sijil dan mengemas kini senarai penarikan balik sijil menggunakan Internet, bila tersedia.
    7. Kemas Kinian Automatik. Perisian dengan teknologi Klik untuk Jalan mungkin menyemak dari semasa ke semasa dengan Microsoft untuk kemas kinian dan tambahan kepada perisian. Jika ditemui, kemas kinian dan tambahan ini mungkin dimuat turun secara automatik dan dipasang pada komputer berlesen anda.
    8. Penggunaan Maklumat. Microsoft mungkin menggunakan maklumat komputer, laporan ralat dan laporan perisian berniat jahat untuk memperbaiki perisian dan perkhidmatan kami. Kami juga mungkin berkongsinya dengan pihak lain, seperti vendor perkakasan dan perisian. Mereka mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menambah baik bagaimana produk mereka berfungsi dengan perisian Microsoft.
    9. Penyalahgunaan Perkhidmatan Berasaskan Internet. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini dalam sebarang cara yang boleh membahayakan atau merosakkan penggunaannya oleh orang lain. Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan akses tanpa izin kepada mana-mana khidmat, data, akaun atau rangkaian melalui apa cara pun.
    10. Pengurusan Hak Maklumat. Perisian mengandungi ciri yang membenarkan anda mencipta kandungan yang tidak boleh dicetak, disalin atau dihantar kepada orang lain tanpa keizinan anda. Anda mungkin perlu bersambung ke Microsoft untuk menggunakan ciri ini untuk kali pertama dan anda mungkin perlu bersambung semula ke Microsoft dari semasa ke semasa untuk mengemas kini ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke sini. Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan ciri ini.
    11. Perkhidmatan Perayauan Office. Jika anda memilih untuk mendaftar masuk ke perisian dengan akaun Microsoft anda, anda akan mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Office. Menghidupkan Perkhidmatan Perayauan Office akan menghantar seting tertentu (termasuk senarai Dokumen Paling Terkini Digunakan Anda, kamus tersuai anda dan tema visual anda) dalam talian ke pelayan Microsoft, di mana ia disimpan dan dimuat turun ke komputer anda pada kali seterusnya anda mendaftar masuk ke perisian dengan akaun Microsoft anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Perayauan Office, lihat Pernyataan Privasi Office 2013 yang dipautkan di hujung perjanjian ini.
  6. BUKTI LESEN

    Unsur lesen yang sah termasuk kunci produk tulen, pengaktifan perisian yang berjaya, label Sijil Ketulenan (COA) Microsoft yang tulen dan bukti pembelian daripada pembekal perisian Microsoft tulen. Lesen yang sah juga termasuk fail pengaktifan Office yang dipasang pada komputer oleh pengilang anda. Jika terdapat label COA atau label Office yang lain, ia mesti ditampal pada komputer atau muncul pada pembungkusan pengilang atau pemasang atau peranti persisian yang dibeli. Jika anda menerima label ketulenan yang berasingan daripada komputer anda, ia tidak berfungsi sebagai bukti lesen.

    Untuk mengenal pasti perisian Microsoft yang tulen, lihat howtotell.com.

  7. PERISIAN RUMAH DAN PELAJAR

    Edisi perisian “Rumah dan Pelajar” tidak boleh digunakan untuk aktiviti komersial, tidak bersifat keuntungan atau yang menjana pendapatan.

  8. JEPUN

    Batasan penggunaan bukan komersial untuk perisian Edisi Rumah dan Pelajar tidak berkenaan dengan anda jika anda menetap di Jepun atau memperoleh perisian semasa anda tinggal di Jepun.

  9. KEPERLUAN PELESENAN DAN/ATAU HAK PENGGUNAAN TAMBAHAN
    1. Program Pihak Ketiga. Perisian mungkin termasuk program pihak ketiga yang dilesenkan Microsoft dan bukannya pihak ketiga, kepada anda di bawah perjanjian ini. Notis, jika ada, untuk program pihak ketiga disertakan untuk maklumat anda sahaja.
    2. Komponen Fon. Semasa perisian berjalan, anda mungkin menggunakan fonnya untuk memaparkan dan mencetak kandungan. Anda boleh memuat turun fon secara sementara kepada pencetak atau peranti output lain untuk mencetak kandungan, dan anda boleh membenamkan fon dalam kandungan hanya seperti yang dibenarkan oleh pengehadan pembenaman dalam fon tersebut.
    3. Unsur Media. Microsoft memberikan anda lesen untuk menyalin, mengedarkan, menjalankan dan memaparkan unsur media (imej, lukisan klip, animasi, bunyi, muzik, bentuk, klip video dan templat dan bentuk kandungan yang lain) yang disertakan dalam perisian dalam projek dan dokumen, kecuali anda tidak boleh: (i) menjual, melesenkan atau mengedarkan sebarang unsur media ini dengan sendiri atau sebagai produk dengan nilai utama produk merupakan unsur media ini; (ii) memberi kepada pelanggan anda hak untuk memberi lesen lanjutan atau mengedar unsur media ini; (iii) melesenkan atau mengedarkan untuk tujuan komersil unsur media yang merangkumi representasi individu, kerajaan, tanda dagangan atau lambang yang boleh dikenal pasti atau menggunakan jenis imej ini dalam cara yang boleh membayangkan pengendorsan atau perkaitan dengan produk, entiti atau aktiviti anda; atau (iv) mencipta kerja-kerja lucah atau menimbulkan skandal dengan menggunakan unsur media ini. Unsur media lain, yang dapat dicapai pada Office.com atau pada tapak web lain menerusi ciri-ciri perisian, ditadbir oleh terma pada tapak web tersebut.
    4. Pek Bahasa dan Alat Pruf. Jika anda memperoleh pek bahasa, pek antara muka bahasa atau alat pruf yang menawarkan sokongan versi bahasa tambahan untuk perisian, anda boleh menggunakan bahasa tambahan yang disertakan dalam pek atau alat tersebut. Pek bahasa, pek antara muka bahasa atau alat pruf adalah sebahagian daripada perisian dan tidak boleh digunakan secara berasingan.
    5. Unsur Media. Beberapa atau semua perisian boleh dilesenkan untuk percubaan. Hak anda untuk menggunakan perisian percubaan adalah terhad kepada tempoh percubaan. Perisian percubaan dan tempoh percubaan disetkan semasa proses pengaktifan. Anda mungkin mendapat opsyen untuk menukarkan hak percubaan anda kepada langganan atau hak berterusan. Opsyen penukaran akan diberikan kepada anda sewaktu tamat tempoh percubaan anda. Selepas tamat tempoh sebarang tempoh percubaan tanpa penukaran, kebanyakan ciri perisian percubaan akan berhenti berjalan. PERISIAN PERCUBAAN DILESENKAN “SEPERTI SEDIA ADA,” DAN ANDA MENANGGUNG RISIKO PENGGUNAANNYA. SAMA ADA PENGILANG ATAU PEMASANG ATAUPUN MICROSOFT TIDAK MEMBERI WARANTI, JAMINAN ATAU SYARAT TERSURAT YANG LAIN. ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK PENGGUNA TAMBAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA YANG TIDAK BOLEH DIUBAH PERJANJIAN INI. SETAKAT YANG DIBENARKAN UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA, PENGILANG ATAU PEMASANG DAN MICROSOFT MENGECUALIKAN WARANTI YANG TERSIRAT MENGENAI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN.
    6. Perisian Langganan. Jika anda melesenkan perisian secara langganan, hak anda kepada penggunaan perisian adalah terhad kepada tempoh langganan. Anda mungkin mempunyai opsyen untuk melanjutkan langganan anda atau bertukar kepada lesen berterusan. Jika anda melanjutkan langganan anda, anda boleh terus menggunakan perisian sehingga tamat tempoh langganan dilanjutkan anda. Lihat skrin pengaktifan perisian atau bahan iringan lain untuk mendapatkan butiran langganan. Selepas tamat tempoh langganan anda, kebanyakan ciri perisian akan berhenti berjalan.
  10. SEKATAN GEOGRAFI DAN EKSPORT

    Jika perisian anda disekat untuk penggunaan di wilayah geografi yang tertentu, maka anda hanya dibenarkan untuk mengaktifkan perisian ini di dalam wilayah tersebut sahaja. Anda juga mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang diguna pakai untuk perisian tersebut, termasuk pembatasan ke atas destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan geografi dan eksport, lawati halaman ini dan microsoft.com/exporting.

  11. PROSEDUR SOKONGAN DAN PEMBAYARAN BALIK

    Untuk perisian umumnya, hubungi pengilang atau pemasangan untuk opsyen sokongan. Rujuk kepada nombor sokongan yang disediakan bersama-sama perisian ini. Untuk kemas kinian dan tambahan yang diperoleh terus daripada Microsoft, Microsoft mungkin memberikan perkhidmatan sokongan terhad seperti yang diterangkan di support.microsoft.com/common/international.aspx. Jika anda menggunakan perisian yang tidak dilesenkan dengan betul, anda tidak layak untuk menerima perkhidmatan sokongan.

    Jika anda mahu mendapatkan pembayaran balik, hubungi pengilang atau pemasang untuk menentukan dasar pemulangannya untuk mendapat pembayaran balik atau kredit di bawah dasar tersebut. Anda hendaklah mematuhi dasar tersebut, yang mungkin memerlukan anda memulangkan perisian ini dengan keseluruhan komputer di mana perisian ini telah dipasang untuk mendapat pembayaran balik.

  12. KESELURUHAN PERJANJIAN

    Perjanjian ini (bersama-sama dengan sebarang terma lesen bercetak atau terma lain yang disertakan dengan apa-apa tambahan, kemas kini dan perkhidmatan yang disediakan oleh pengilang atau pemasang, atau Microsoft, dan terma yang terkandung dalam pautan web yang disenaraikan dalam perjanjian ini adalah keseluruhan perjanjian bagi perisian ini dan sebarang tambahan, kemas kini, dan perkhidmatan (kecuali pengilang atau pemasang, atau Microsoft menyediakan terma lain dengan tambahan, kemas kini atau perkhidmatan tersebut). Anda boleh menyemak semula perjanjian ini dengan pergi ke microsoft.com/about/legal/en/us/intellectualproperty/useterms/default.aspx. Anda juga boleh menyemak terma ini di mana-mana pautan dalam perjanjian ini setelah perisian anda berjalan dengan menaip url ke dalam bar alamat pelayar anda dan anda bersetuju untuk melakukannya. Anda bersetuju bahawa bagi setiap perkhidmatan yang dimasukkan yang ditadbir oleh Perjanjian ini dan terma-terma khusus yang berhubung kait dengan perjanjian ini, anda akan membaca terma bagi perkhidmatan tersebut sebelum menggunakan perkhidmatan berkenaan. Anda bersetuju bahawa dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda menerima perjanjian ini dan terma yang dipautkan. Terdapat juga pautan maklumat dalam perjanjian ini. Pautan yang mengandungi terma yang mengikat anda adalah:

WARANTI TERHAD OEM

Adakah terdapat WARANTI TERHAD bagi perisian ini? Ya, selain daripada perisian percubaan, yang dilesenkan sebagai “sedia ada” dan tanpa waranti, jaminan dan syarat nyata. Pengilang atau pemasang menjamin bahawa perisian lesen yang betul akan berfungsi sebahagian besarnya sama seperti yang dijelaskan di dalam bahan-bahan Microsoft yang disertakan bersama perisian tersebut. Jika anda mendapat kemas kinian atau tambahan terus daripada Microsoft, dalam tempoh 90 hari dari waranti terhad ini, Microsoft dan bukan pengilang atau pemasang, memberi waranti terhad ini bagi mereka. Waranti ini tidak merangkumi masalah yang disebabkan oleh tindakan anda, atau yang timbul daripada kegagalan anda untuk bertindak, atau disebabkan oleh peristiwa di luar kawalan yang munasabah pengilang atau pemasang, atau Microsoft. Waranti terhad bermula apabila pengguna pertama salinan perisian anda memperoleh salinan tersebut dan berakhir selama 90 hari. Sebarang tambahan, kemas kinian, atau perisian ganti yang anda mungkin terima daripada pengilang atau pemasang, atau Microsoft, semasa tempoh 90 hari itu, juga diliputi tetapi hanya untuk tempoh waranti selebihnya atau 30 hari, mengikut mana yang lebih panjang masanya. Memindahkan perisian tidak akan memanjangkan waranti terhad ini. Pengilang atau pemasang dan Microsoft tidak memberi waranti, jaminan atau syarat tersurat yang lain. PENGILANG ATAU PEMASANG DAN MICROSOFT MENGECUALIKAN WARANTI TERSIRAT, TERMASUK UNTUK KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SESUATU TUJUAN TERTENTU DAN TANPA PELANGGARAN. JIKA UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT, MAKA SEBARANG WARANTI, JAMINAN, ATAU SYARAT TERSIRAT BERAKHIR HANYA SEPANJANG TEMPOH WARANTI TERHAD INI DAN TERHAD SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TEMPATAN SAHAJA. Jika undang-undang tempatan anda memerlukan tempoh waranti yang lebih panjang, meskipun terdapat perjanjian ini, maka tempoh yang lebih panjang ini akan diterima pakai, tetapi anda boleh mendapatkan kembali hanya remedi yang dijelaskan dalam perjanjian ini.

Untuk Australia sahaja: Rujukan kepada “Waranti Terhad” adalah rujukan kepada waranti yang diberi oleh pengilang atau pemasang. Waranti ini diberi sebagai tambahan kepada hak dan remedi lain yang anda mungkin ada di bawah undang-undang, termasuk hak dan remedi anda menurut jaminan statutori di bawah Undang-undang Pengguna Australia. Barrangan kami didatangkan dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-undang Pengguna Australia. Anda berhak untuk mendapat ganti atau pembayaran balik bagi kegagalan besar dan pampasan untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang boleh diramal secara munasabah. Anda juga berhak untuk barangan anda dibaiki atau digantikan jika barangan ini gagal mencapai kualiti boleh diterima dan kegagalan tidak disifatkan sebagai kegagalan besar. Barangan yang diwakili untuk pembaikan boleh digantikan oleh barangan yang diperbaharui semula daripada jenis yang sama daripada digantikan. Bahagian yang diperbaharui semula mungkin digunakan untuk memperbaik barangan. Untuk maklumat lanjut mengenai waranti ini dan untuk menuntut perbelanjaan berkaitan dengan waranti (jika berkenaan) sila hubungi pengilang atau pemasang; lihat maklumat hubungan yang disediakan dalam pakej sistem.

Bagaimana jika pengilang atau pemasang, atau Microsoft melanggar waranti ini? JIKA PENGILANG ATAU PEMASANG MELANGGAR WARANTI TERHAD INI, PENGILANG ATAU PEMASANG AKAN, MENURUT PILIHANNYA, SAMA ADA (I) MEMBAIKI ATAU MENGGANTIKAN PERISIAN DENGAN PERCUMA, ATAU (II) MENERIMA PEMULANGAN PRODUK(-PRODUK) UNTUK MEMBAYAR BALIK JUMLAH YANG DIBAYAR, JIKA ADA. PENGILANG ATAU PEMASANG (ATAU MICROSOFT JIKA ANDA MENDAPATKAN SECARA TERUS DARIPADA MICROSOFT), BOLEH JUGA MEMBAIKI ATAU MENGGANTIKAN TAMBAHAN, KEMAS KINIAN DAN PERISIAN GANTI ATAU MEMBERI BAYAR BALIK BAGI JUMLAH YANG TELAH ANDA BAYAR UNTUKNYA, JIKA ADA. INI SAHAJALAH REMEDI ANDA UNTUK PELANGGARAN WARANTI TERHAD INI. Hubungi pengilang atau pemasang untuk mengetahui cara untuk mendapatkan servis waranti bagi perisian itu. Untuk bayaran balik, anda mesti memberi sesalinan bukti pembelian dan mematuhi dasar pemulangan pengilang atau pemasang. Jika disediakan dengan komputer, label Sijil Ketulenan asal termasuk kunci produk hendaklah kekal terlekat pada komputer.

Bagaimana jika pengilang atau pemasang, atau Microsoft melanggar mana-mana bahagian waranti ini? MELAINKAN APA-APA PEMBAYARAN BALIK YANG PENGILANG ATAU PEMASANG, ATAU MICROSOFT MUNGKIN SEDIAKAN, ANDA TIDAK BOLEH MENDAPATKAN KEMBALI APA-APA GANTI RUGI YANG LAIN, TERMASUK GANTI RUGI LANGSUNG, SAMPINGAN, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, GANTI RUGI KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU YANG TERHASIL. Pengecualian dan pengehadan ganti rugi dalam perjanjian ini berkenaan meskipun jika pembaikan, penggantian atau pembayaran balik untuk perisian tidak memberikan anda pampasan sepenuhnya untuk sebarang kerugian atau jika pengilang atau pemasang, atau Microsoft, mengetahui atau patut mengetahui tentang kemungkinan berlakunya ganti rugi tersebut. SESETENGAH NEGERI DAN NEGARA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN GANTI RUGI KEBETULAN ATAU BERBANGKIT, ATAU GANTI RUGI LAIN, JADI PEMBATASAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK DIGUNA PAKAI UNTUK ANDA. JIKA UNDANG-UNDANG TEMPATAN ANDA MEMBOLEHKAN ANDA MENDAPATKAN KEMBALI GANTI RUGI LAIN DARIPADA PENGILANG ATAU PEMASANG, ATAU MICROSOFT, MESKIPUN PERJANJIAN INI TIDAK, ANDA TIDAK BOLEH MENDAPATKAN KEMBALI LEBIH DARIPADA APA YANG ANDA TELAH BAYAR UNTUK PERISIAN INI.