Soalan lazim Office 365
Cari jawapan kepada soalan lazim mengenai Office dan Office 365. Lawati Office 365 untuk Soalan Lazim perniagaan untuk lebih banyak soalan dan jawapan untuk pengguna perniagaan.

Soalan teratas

Suite Office 2013 termasuk aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook; ia tersedia sebagai pembelian satu kali untuk digunakan pada satu PC.
Pelan Office 365 juga termasuk aplikasinya dan juga khidmat lain yang didayai melalui Internet, termasuk storan dalam talian dengan OneDrive dan minit dunia Skype untuk kegunaan rumah. Pelan Office 365 boleh digunakan pada PC, Mac, tablet Windows dan iPad®. Pelan Office 365 tersedia sebagai langganan bulanan atau tahunan.
Office menyokong PC atau tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi, Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih tinggi dan iPad yang menjalankan iOS 7.0 atau lebih tinggi. Lihat keperluan sistem penuh. Lawati www.office.com/mobile untuk maklumat mengenai peranti mudah alih.
Tidak. Aplikasi Office disesuaikan untuk berfungsi dengan terbaik pada setiap platform dan peranti. Aplikasi Office disediakan untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berbeza daripada yang disediakan untuk pengguna PC.
Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365, atau Office 2013 boleh membuka dokumen yang dicipta tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan pasang pek yang serasi.
Ya. Dokumen yang anda cipta menjadi milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau setempat pada PC atau Mac anda. Pelajari apa yang berlaku sekiranya anda membatalkan langganan anda.
Akses Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelancaran terkini suite Office dan semua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, akses Internet juga diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh, untuk memasang Office pada PC lain atau untuk menukar pilihan pengebilan. Akses Internet juga diperlukan untuk mengakses dokumen-dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi desktop OneDrive. Anda juga harus menyambung kepada Internet secara tetap untuk memastikan versi Office anda adalah yang terkini melalui peningkatan secara automatik. Jika anda tidak menyambung kepada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kurang fungsi, yang bermakna bahawa anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baharu. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya perlu menyambung semula kepada Internet.
Anda tidak perlu menyambung kepada Internet untuk menggunakan aplikasi Office, seperti Word, Excel, dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut dipasang sepenuhnya pada komputer anda.
Akaun Microsoft anda ialah gabungan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan seperti Hotmail, OneDrive, Windows Phone, Xbox LIVE dan Outlook.com. Jika anda menggunakan sebarang perkhidmatan ini, anda sudah pun mempunyai akaun Microsoft yang anda boleh gunakan atau anda boleh mencipta akaun baharu. Ketahui lebih lanjut mengenai akaun Microsoft. Sebagai sebahagian daripada pendaftaran bagi percubaan atau pembelian Office, anda akan diprom untuk mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. Anda mesti mendaftar masuk dengan akaun in untuk memasang dan mengurus perisian Office anda atau untuk menggunakan beberapa faedah langganan, termasuk storan OneDrive dan minit dunia Skype.

Perihal percubaan Office

Ya. Anda boleh mendaftar untuk mencuba Office 365 Home secara percuma selama sebulan di laman web Office. (Sila ambil perhatian bahawa kad kredit diperlukan untuk percubaan percuma. Ketahui lebih lanjut.) Percubaan ini memberi anda akses kepada semua ciri Office 365 Home kecuali storan tambahan 1TB OneDrive. Ia termasuk:
  • Aplikasi desktop Office penuh (Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan Outlook serta Publisher dan Access for Windows PC).
  • Keupayaan untuk mengedit dan menyimpan dalam aplikasi Office untuk iPad ((Word, PowerPoint, dan Excel).
  • 60 minit dunia Skype yang anda boleh gunakan untuk menghubungi telefon mudah alih di 8 buah negara/rantau dan talian darat di 63 buah negara/rantau. Lihat senarai.
Storan tambahan 1 TB OneDrive yang tidak disertakan dalam percubaan ditambah kepada akaun anda apabila anda mula membayar bagi langganan anda.
  1. Cipta atau daftar dengan akaun Microsoft sedia ada. Apakah akaun Microsoft?
  2. Sediakan maklumat bayaran untuk mendayakan bayaran bulanan pada masa hadapan. Kad kredit antarabangsa dan PayPal (dalam sesetengah pasaran) diterima.
  3. Kaedah bayaran yang anda sediakan akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung bulan percuma pertama bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan anda. Anda boleh membuat pembatalan dalam talian tanpa dikenakan denda sebelum percubaan anda tamat dengan melawat www.office.com/myaccount dan mematikan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan.
  4. Sebaik saja kaedah bayaran anda disahkan, anda akan dipindahkan ke www.office.com/myaccount untuk memasang Office.
Jika anda telah mendaftar untuk percubaan melalui laman web Office, lawati www.office.com/myaccount dan matikan pilihan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, percubaan akan tamat secara automatik apabila bulan anda tamat dan kad kredit anda tidak akan dikenakan caj.
Jika anda telah mendaftar untuk percubaan dengan mengklik ikon pada PC baharu anda, percubaan anda tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan diprom untuk memilih versi Office yang anda mahu beli.
Ia bergantung pada cara anda mendaftar untuk percubaan tersebut:
  • Jika anda mendaftar melalui laman web Office dan jika pembaharuan secara automatik didayai di bahagian pembayaran dan pengebilan www.office.com/myaccount, perkhidmatan anda akan diteruskan tanpa gangguan dan kaedah bayaran anda akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung percubaan dan kemudian, setiap bulan. Anda tidak perlu memasang semula Office dan storan tambahan 1 TB OneDrive akan ditambah secara automatik kepada akaun anda apabila percubaan tamat.
  • Jika anda mendaftar dengan mengklik ikon pada PC baharu anda, percubaan anda tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu untuk membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan diprom untuk memilih versi Office mana yang anda mahu beli.
Tidak serta merta. Walau bagaimanapun, setahun selepas percubaan atau langganan berbayar anda tamat, anda boleh mendaftar untuk percubaan baharu.

Sokongan bahasa untuk Office

Pelan Office 365 tersedia di kebanyakan negara/rantau. Di negara/rantau di mana tidak terdapat pelan Office 365, anda masih boleh membeli suite Office 2013. Apabila membeli Office 365, adalah penting untuk anda memilih negara/rantau di mana anda akan dibilkan dan di mana anda akan menggunakan perisian tersebut. Memilih negara/rantau yang berlainan boleh menyebabkan masalah dengan persediaan dan pembaharuan langganan.
  • Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, Bulgaria, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Latvia, Lithuania, Malaysia, Norwegia (Bokmål), Poland, Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia (Latin), Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thailand, Turki, Ukraine dan Vietnam.
  • Untuk Mac: Bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Belanda, Itali, Sweden, Denmark, Poland, Norwegia (Bokmål), Finland.
Office disediakan dalam bahasa yang disenaraikan di bawah. Bukan semua bahasa disediakan di semua negara/rantau.
  • Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, Bulgaria, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Latvia, Lithuania, Malaysia, Norwegia (Bokmål), Poland, Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia (Latin), Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thailand, Turki, Ukraine dan Vietnam.
  • Untuk Mac: Bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Belanda, Itali, Sweden, Denmark, Poland, Norwegia (Bokmål), Finland.
Microsoft memberikan penyelesaian yang ringkas serta menjimatkan kos bagi pengguna berbilang bahasa, keluarga dan perniagaan kecil.
  • Office 365: Setiap kali anda memasang Office pada PC atau Mac tambahan di www.office.com/myaccount, anda boleh memilih bahasa untuk memasang Office.
  • Suite Office 2013: Ketahui mengenai pilihan lain untuk menggunakan Office dalam bahasa selain daripada yang anda beli secara asalnya di www.office.com/language.

Mengenai OneDrive

OneDrive ialah perkhidmatan storan dalam talian yang anda boleh gunakan untuk menyimpan dokumen, nota, foto, muzik, video atau fail jenis lain. Dengan OneDrive anda boleh mengakses fail-fail anda daripada hampir sebarang peranti dan anda boleh berkongsinya dengan orang lain. Semua pengguna OneDrive menerima storan 15 GB dengan OneDrive secara percuma. Daftar untuk OneDrive.
Jumlah storan tambahan yang anda dapat bergantung pada langganan anda:
  • Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Personal atau Office 365 University menerima storan tambahan 1 TB OneDrive untuk setiap langganan.
  • Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Home menerima storan tambahan 1 TB OneDrive bagi setiap pengguna, sehingga 5 pengguna. Setiap pengguna tambahan mesti mempunyai akaun Microsoft dan ditambah kepada langganan di www.office.com/myaccount.
  • Storan tambahan ini tidak tersedia semasa percubaan Office.
Storan tambahan diguna pakai untuk akaun OneDrive yang dipaut kepada akaun Microsoft yang digunakan untuk mencipta langganan Office 365. Untuk Office 365 Home, storan tersebut terikat pada akaun Microsoft ahli rumah yang telah ditambah pada langganan tersebut.
Untuk mengakses dokumen yang disimpan pada OneDrive, daftar masuk ke Office dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan Office 365. Jika anda telah berkongsi langganan Office 365 Home anda dengan ahli rumah anda yang lain, mereka harus mendaftar masuk dengan akaun Microsoft mereka. Ketahui lebih lanjut tentang pendaftaran masuk ke Office. Anda juga boleh mendaftar masuk ke OneDrive secara langsung di OneDrive.com.
Untuk mengakses dokumen yang disimpan pada OneDrive di luar talian, anda boleh memasang aplikasi desktop OneDrive. Aplikasi ini mencipta folder pada PC anda yang menyegerakkan dokumen secara automatik antara OneDrive dan komputer anda, supaya anda boleh bekerja menggunakan dokumen anda di luar talian dan yakin ia sentiasa segerak.
Jika anda membatalkan langganan anda atau sekiranya ia tamat, anda masih boleh mengakses dan memuat turun semua fail anda dengan mendaftar masuk ke OneDrive secara langsung menggunakan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan Office 365. Anda akan kehilangan storan tambahan, oleh itu anda mesti menyimpan fail anda di tempat lain atau membeli lagi storan OneDrive jika akaun OneDrive anda melebihi 15 GB storan percuma.
Mereka akan kehilangan storan tambahan OneDrive tetapi mereka masih boleh mengakses dan memuat turun semua fail. Jika akaun OneDrive mereka melebihi 15 GB percuma, mereka perlu menyimpan fail di tempat lain atau membeli lagi storan OneDrive.

Mengenai minit dunia Skype

Dengan Skype, anda boleh membuat panggilan di Internet melalui komputer, telefon mudah alih dan peranti lain anda. Hubungi, buat panggilan video dan hantar mesej segera kepada orang lain dengan akaun Skype secara percuma atau anda boleh menggunakan minit dunia Skype untuk menghubungi rakan atau keluarga sama ada mereka mempunyai akaun Skype atau tidak, pada telefon mudah alih atau talian darat mereka.
Anda boleh menggunakan minit dunia Skype dari mana-mana peranti yang telah dipasang dengan Skype, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV atau peranti lain anda, tertakluk kepada ketersediaan di negara/rantau. Setiap langganan aktif Office 365 berhak menerima 60 minit dunia Skype sebulan; peruntukan ini ditetapkan semula setiap bulan.
Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:
Talian darat dan juga telefon mudah alih: Kanada, Guam, Hong Kong, SAR, Puerto Rico, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.
Talian darat sahaja: Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, China, Croatia, Colombia (tidak termasuk Lex), Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Venezuela.
Minit dunia Skype tidak disertakan dengan Office 365 di Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, China, Côte d’Ivoire, Mesir, Ghana, India, Kazakhstan, Korea, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Namibia, Pakistan, Qatar, Rusia, Taiwan, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu.
Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit dunia Skype. Selain itu, tidak dapat membuat panggilan kecemasan.
Skype menawarkan pelbagai pilihan bayar semasa bergerak dan langganan untuk melaksanakan minit dunia Skype. Lawati www.skype.com untuk butiran lanjut.
Anda boleh memilih untuk mengguna pakai minit dunia Skype anda pada akaun Skype baharu atau sedia ada. Untuk mengaktifkan minit dunia Skype anda, lawati www.office.com/myaccount dan kemudian ikuti arahan di skrin untuk mencipta akaun Skype baharu atau menggunakan yang sedia ada. Anda akan melihat pengesahan di www.office.com/myaccount apabila minit tersebut telah diaktifkan.
Sebaik saja anda mengaktifkan akaun anda, anda boleh menukarkan akaun Skype yang dikaitkan dengan minit dunia Skype anda sekali setahun. Untuk melakukan ini, anda mesti menyahaktifkan dahulu minit dunia Skype anda daripada akaun sedia ada dan kemudian mengaktifkan akaun Skype yang baharu atau berlainan. Untuk melakukan ini, lawati www.office.com/deactivateskype dan ikuti arahan di skrin untuk menyahaktifkan akaun anda. Sebaik saja itu selesai, lawati www.office.com/myaccount untuk mengaktifkan akaun Skype yang baharu atau berlainan.

Office 365 University

Office 365 University ialah langganan empat tahun untuk pelajar universiti dan kolej yang didaftarkan sepenuh dan separuh masa, fakulti dan kakitangan di institusi berakreditasi. Alumni bagi institusi ini tidak layak.
Selepas membeli Office 365 University di peruncit yang mengambil bahagian, anda perlu pergi ke dalam talian untuk mengesahkan kelayakan anda untuk mengaktifkan Office. Anda juga tertakluk kepada Terma Lesen Perisian Microsoft untuk Langganan Pelanggan Office—Tambahan kepada Perjanjian Perkhidmatan Dalam Talian Microsoft dan perlu menerima perjanjian sebelum mengaktifkan produk. Akses Internet diperlukan kerana pengesahan akademik dan penebusan berlaku dalam talian.
Office 365 University tersedia di negara/rantau berikut: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Bulgaria, Kanada, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, France, Jerman, Greece, Hong Kong SAR, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Korea, Kuwait, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Office 365 University akan tersedia di setiap negara/rantau yang disenaraikan apabila Office baharu dikeluarkan di negara/rantau tersebut.

Muat turun dan pasang Office

Untuk memasang Office 365, lawati www.office.com/myaccount pada PC atau Mac yang anda ingin pasang Office, daftar masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk membeli langganan tersebut dan kemudian ikuti arahan untuk memasang Office.
Untuk memasang suite Office 2013, ikuti arahan yang disediakan pada bungkusan Office anda. Dalam kebanyakan kes, anda perlu melawati www.office.com/setup dan ikuti arahan pada skrin untuk memuat turun perisian ke komputer anda.
Ya. Aplikasi Office yang disediakan untuk Mac ialah Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote. Aplikasi Publisher dan Access tidak disediakan untuk Mac. Versi aplikasi Office semasa untuk Office 365 ialah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif berhak kepada versi terkini apabila ada.
Semua versi Office baharu untuk Windows PC menggunakan teknologi penstriman yang membolehkan anda menggunakan aplikasi Office sebelum pemasangan selesai. Kelajuan muat turun sebenar bagi Office bergantung pada kelajuan sambungan Internet anda; sambungan Internet jalur lebar disarankan bagi pengalaman muat turun yang terbaik.
Ikon untuk aplikasi Office dicipta apabila anda memasang Office. Anda boleh memulakan aplikasi tersebut dengan mengklik ikon-ikon yang dipasang di lokasi-lokasi yang berikut:
  • Windows
    1. Windows 7: Menu mula
    2. Windows 8: Skrin mula dan pandangan Aplikasi (pandangan di bawah skrin Mula yang termasuk semua aplikasi yang dipasang pada PC)*
    3. Windows 8.1: Pandangan aplikasi*
*Jika anda tidak menemui ikon anda di Windows 8 atau Windows 8.1, pergi ke skrin Mula dan taip nama aplikasi yang anda ingin lancarkan (sebagai contoh, Word).
Anda juga boleh sematkan pintasan aplikasi ke skrin Mula atau palang tugas desktop anda supaya mudah diakses. Ketahui lebih lanjut
  • Mac OS X
    1. 10.6 (Harimau Bintang Salji): Dok
    2. 10.7 (Singa): Dok dan Pelantar Pelancar
    3. 10.8 (Singa Gunung): Dok dan Pelantar Pelancar
    4. 10.9 (Pengingkar): Dok dan Pelantar Pelancar
Versi Office 32 bit dipasang secara lalai. Walaupun komputer anda menjalankan versi Windows 64 bit, kami menyarankan anda memasang versi Office 32 bit kerana ia lebih serasi dengan aplikasi-aplikasi dan tambahan-tambahan yang berfungsi dengan Office. Jika anda mahu memasang versi Office 64 bit, anda boleh berbuat demikian dengan melawat www.office.com/myaccount dan mengikuti arahan di skrin untuk memasang versi 64 bit. Tidak mungkin untuk memasang versi Office 62 bit dan 32 bit pada komputer yang sama.
Jika anda telah memasang Office pada bilangan maksimum PC, Mac atau tablet dan mahu menggunakan Office pada peranti yang berbeza, anda boleh menyahaktifkan peranti dengan melawat www.office.com/myaccount, selepas itu anda boleh memasang Office pada peranti baharu. Salinan Office pada peranti yang anda nyahaktifkan akan kembali kepada mod baca saja, yang bermakna dokumen boleh dilihat tetapi tidak boleh diedit. Anda tidak akan kehilangan sebarang dokumen yang anda simpan setempat di peranti asal.
Untuk menyahpasang Office, mula-mula lawati www.office.com/myaccount dan ikuti arahan di skrin untuk menyahaktifkan Office. Menyahaktifkan Office meninggalkan aplikasi Office pada PC anda dalam mod baca saja, yang bermakna bahawa anda boleh melihat dokumen tetapi tidak boleh mengedit atau menyimpannya dan anda tidak boleh mencipta dokumen baharu. Untuk menghilangkan Office sepenuhnya, pergi ke Panel Kawalan PC anda dan nyahpasang Office. Untuk Mac dan iPad, ikuti arahan pada peranti tersebut untuk menyahpasang aplikasi.
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sandaran untuk produk Office anda:
  • Pelanggan Office 365 boleh memuat turun atau memasang semula dari www.office.com/myaccount.
  • Anda boleh memesan salinan sandaran DVD untuk produk Office keluaran terkini dengan bayaran. Lawati www.office.com/backup untuk maklumat.
Salinan sandaran tidak boleh dikirim ke negara/rantau berikut: Bhutan, Brazil, China, Cocos (Keeling) Islands, Cook Islands, French Southern and Antarctic Lands, Heard Island and McDonald Islands, Iraq, Jan Mayen, Kiribati, Libya, Micronesia, Myanmar, Nauru, Nepal, Niue, Palau, Pitcairn Islands, Saba, Samoa, Sint Eustatius, Timor Leste, Tokelau, Wallis dan Futuna.
Office menyediakan aplikasi yang berikut:
  • Office untuk iPad: Lihat, cipta dan edit dokumen dengan aplikasi Word, Excel dan PowerPoint yang mesra sentuh. Anda boleh mengharapkan Office untuk iPad bagi memastikan kandungan dan pemformatan yang utuh agar dokumennya kelihatan hebat apabila anda menggunakan PC atau Mac anda semula. Dalam Word, tambah komen atau jejaki perubahan sambil anda bekerja dengan aplikasi lain. Semak dan kemas kini hamparan Excel dan tambah formula atau carta dengan mudah. Buat perubahan pada persembahan PowerPoint dan siarkannya secara wayarles pada skrin yang besar.
    Anda boleh melihat dokumen secara percuma dengan Office for iPad. Mengedit adan membuat dokumen memerlukan langganan Office 365 yang layak: Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University, Office 365 Business Premium, Office 365 Enterprise, Office 365 Enterprise E3 and E4 (Harga Kerajaan), Office 365 Government E3 and E4, Office 365 Education E3 and E4 for Students, Office 365 Education E3 and E4 for Faculty atau Office 365 ProPlus.
  • Office Mobile: Office Mobile telah diprapasang pada Windows Phone 8 dan tersedia untuk model iPhone® dan telefon Android yang terpilih. Office Mobile menawarkan pandangan kandungan Office yang hebat dan keupayaan mengedit kandungan dalam perjalanan. Dan anda boleh mengharapkan Office Mobile untuk memastikan kandungan dan pemformatannya utuh agar dokumennya masih kelihatan hebat apabila anda kembali menggunakan PC atau Mac anda. Office Mobile untuk iPhone dan telefon Android boleh digunakan secara percuma bagi kegunaan bukan komersial; hanya muat turun aplikasi dari gedung pada telefon anda.
    Untuk mengedit atau membuat dokumen atau untuk mengakses dokumen yang disimpan dalam SharePoint dan OneDrive for Business di premis, anda perlu mempunyai pelan Office 365 yang layak: Office 365 Business Premium, Office 365 Enterprise, Office 365 Enterprise E3 and E4 (Harga Kerajaan), Office 365 Government E3 and E4, Office 365 Education E3 and E4 for Students, Office 365 Education E3 and E4 for Faculty, Office 365 ProPlus dan Office 365 University.
  • Outlook Mobile: Windows Phone 8 termasuk versi yang diprapasang bagi Outlook yang anda boleh gunakan untuk mengakses Outlook.com, Office 365 atau e-mel Exchange.
  • OneNote: Anda boleh menggunakan aplikasi OneNote mudah alih untuk mengakses nota anda semasa bergerak. Aplikasi ini disediakan pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
  • OWA: Jika anda mempunyai langganan Office 365 yang termasuk Exchange Online, anda boleh menggunakan aplikasi OWA untuk menyusun, mengimbas dan menjawab e-mel dan terus mengikuti jadual anda. Aplikasi ini disediakan pada iPhone dan iPad.
  • Lync Mobile: Jika organisasi anda menggunakan versi terbaharu bagi Lync, anda boleh menggunakan Lync mudah alih untuk terus berhubung semasa menggunakan peranti mudah alih anda. Aplikasi ini disediakan pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
  • Suapan Berita SharePoint: Jika organisasi anda menggunakan versi terbaharu bagi SharePoint, anda boleh menggunakan aplikasi Suapan Berita SharePoint untuk mengakses suapan berita anda dari peranti mudah alih anda. Aplikasi ini disediakan pada Windows Phone 8, iPhone dan iPad.
Pelanggan Office 365 dengan langganan aktif sentiasa mendapat versi terkini aplikasi Office apabila ia tersedia. Apabila kami mengeluarkan versi baharu Office, anda akan dimaklumkan anda mempunyai pilihan untuk mengemas kini perisian anda ke versi terkini.

Menguruskan langganan Office 365 anda

Untuk mengurus maklumat pengebilan anda, memasang atau mengeluarkan Office dari PC atau Mac tambahan dan mengurus pemasangan anda bagi Office pada peranti lain pada bila-bila masa, lawati www.office.com/myaccount.
Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik, langganan anda bermula apabila anda melengkapkan pembelian anda. Langganan pembaharuan secara automatik boleh dibeli daripada Office365.com, MicrosoftStore.com, iTunes®, dan beberapa penjual lain. Jika anda membeli langganan pra bayar, langganan anda bermula apabila anda mengaktifkan langganan anda dan bertapak di halaman Akaun Saya anda, Langganan pra bayar boleh dibeli daripada peruncit atau penjual semula atau agen sokongan Microsoft.
Jika anda mempunyai langganan aktif Office 365 Home, anda boleh berkongsinya dengan empat ahli rumah anda. Setiap ahli rumah yang berkongsi langganan anda boleh menggunakan sebarang pemasangan anda yang tersedia pada PC, Mac, tablet Windows atau iPad, mendapat storan tambahan 1 TB OneDrive dan mengurus pemasangan mereka sendiri daripada www.office.com/myaccount.
Untuk menambah seseorang kepada langganan anda, lawati www.office.com/myaccount dan ikuti arahan di skrin untuk menambah pengguna. Setiap orang yang anda tambah akan menerima e-mel dengan langkah-langkah yang perlu mereka ikuti, Sebaik saja anda menerima dan melengkapkan langkah-langkah tersebut, maklumat mereka, termasuk pemasangan yang dipasang oleh mereka, akan muncul pada halaman Akaun Saya anda. Anda boleh berhenti berkongsi langganan anda dengan seseorang atau mengeluarkan peranti yang mereka gunakan di www.office.com/myaccount.
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Jika anda mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University sebelum langganan Office 365 Home anda tamat tempoh, baki masa bagi langganan Office 365 Home anda akan ditukarkan kepada langganan Office 365 Personal atau Office 365 University (yang mana anda pilih). Walau bagaimanapun, anda hanya dibenarkan untuk memasang Office pada sebanyak mana peranti yang dibenarkan oleh pelan langganan baharu anda—1 PC atau Mac, serta 1 tablet untuk Office 365 Personal dan sehingga 2 PC, Mac atau tablet untuk Office 365 University. Dengan serta-merta, anda akan kehilangan manfaat Office 365 Home bagi memasang Office pada 5 PC dan/atau Mac dan 5 tablet. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 Home anda tamat tempoh sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University, dengan itu, anda tidak akan kehilangan pemasangan.
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Jika anda mengaktifkan langganan Office 365 Personal anda sebelum langganan Office 365 University anda tamat, baki masa bagi langganan Office 365 University anda akan ditukarkan kepada langganan Office 365 Personal. Walau bagaimanapun, anda akan dibenarkan untuk memasang Office pada sebanyak mana peranti yang pelan langganan baharu anda benarkan sahaja—1 PC atau Mac, serta 1 tablet untuk Office 365 Personal. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 University anda tamat sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal anda supaya anda tidak akan kehilangan pemasangan.
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan yang dikaitkan dengannya. Jika anda menggunakan akaun Microsoft yang sama untuk membeli atau menebus berbilang langganan Office 365, anda melanjutkan jumlah masa bagi langganan anda, sehingga tempoh maksimum 5 tahun. Sila ambil perhatian bahawa dengan berbuat demikian tidak meningkatkan bilangan peranti yang boleh dipasang dengan Office atau meningkatkan jumlah storan dalam talian yang tersedia dengan langganan tersebut.
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Anda boleh sama ada menukarkan langganan Office 365 Home anda kepada Office 365 Personal atau Office 365 University atau anda boleh menunggu sehingga langganan semasa anda tamat sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University anda.
Apabila tarikh tamat semakin hampir, anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi Office dan melalui e-mel, memberi amaran kepada anda mengenai tamat tempoh yang akan datang. Jika anda memilih untuk membiarkan langganan anda tamat, aplikasi perisian Office akan memasuki mod fungsi baca sahaja, yang bermakna anda boleh melihat atau mencetak dokumen tetapi anda tidak boleh mencipta dokumen baharu atau mengedit dokumen sedia ada.
Untuk kembali kepada fungsi penuh Office, anda boleh membeli versi baharu Office dengan melawat www.office365.com atau sebarang peruncit yang mengambil bahagian. Anda juga boleh kembali kepada fungsi penuh menggunakan versi lama Office atau anda boleh menggunakan Office Online secara percuma untuk pengeditan asas.

Pembaharuan, pembatalan dan pengebilan

Anda akan dimaklumkan sebelum anda dikenakan caj apabila tiba masanya untuk memperbaharui langganan tahunan. Jika anda mendaftar untuk langganan bulanan, bayaran anda akan didebitkan secara automatik setiap bulan dan anda tidak akan dimaklumkan lebih awal. Anda boleh menukar kaedah bayaran anda atau membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke www.office.com/myaccount dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan langganan.
Anda mempunyai beberapa pilihan untuk memperbaharui. Tanpa mengambil kira pilihan yang anda buat, pastikan untuk memperbaharui menggunakan akaun Microsoft yang sama yang anda gunakan semasa menyediakan langganan anda.
  • Jika pembaharuan secara automatik didayai untuk langganan anda, ia akan diperbaharui secara automatik. Tetapan pembaharuan secara automatik ditunjukkan di bahagian pembayaran dan pengebilan www.office.com/myaccount. Jika anda tidak melihat tetapan pembaharuan secara automatik anda tetapi melihat "Dibeli daripada [Nama Peruncit]", ikuti pautan "Urus maklumat pembayaran dan pengebilan" untuk mengesahkan tetapan pembaharuan automatik anda dengan peruncit tersebut.
  • Jika pembaharuan secara automatik tidak didayai, lawati MicrosoftStore.com untuk membeli langganan pembaharuan secara automatik Office 365. Masa tambahan akan ditambah secara automatik kepada baki masa pada langganan sedia ada anda.
  • Untuk memperbaharui melalui peruncit di mana anda membeli Office 365 anda, pergi semula ke peruncit tersebut dan beli langganan setahun pra bayar lain. Ikuti arahan penyediaan yang disertakan dalam bungkusan - ia sama dengan menyediakan langganan baharu. Tahun tambahan akan ditambah secara automatik kepada baki masa pada langganan sedia ada anda.
Ya. Apabila anda memperbaharui lebih awal untuk pelan Office 365 yang sama yang anda sudah pun ada, masa tambahan akan ditambah kepada langganan semasa anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki dua bulan pada langganan semasa anda untuk Office 365 Home dan anda memperbaharui selama setahun (12 bulan), langganan anda akan berjalan selama 14 bulan.
Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada Microsoft melalui MicrosoftStore.com atau Office365.com, anda mempunyai dua pilihan untuk membuat pembatalan:
  • Anda boleh membatalkan dalam talian dengan melawat www.office.com/myaccount dan mematikan pilihan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, langganan anda akan tamat secara automatik apabila baki masa langganan anda tamat.
  • Untuk membatalkan dengan segera, hubungi sokongan Microsoft dan minta pembatalan segera.
  • Jika anda membeli pembaharuan secara automatik daripada Apple melalui iTunes, anda perlu membatalkan langganan anda dengan Apple. Ketahui lebih lanjut.
  • Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada peruncit lain, anda mungkin perlu membatalkan langganan anda dengan peruncit tersebut. Anda boleh mengesahkan ini dengan melawat www.office.com/myaccount dan melihat di bahagian pembayaran dan pengebilan. Jika anda melihat "Membeli daripada [Nama Peruncit]", anda perlu membatalkan langganan anda dengan peruncit tersebut.
Pembaharuan secara automatik ialah cara paling mudah untuk memastikan perkhidmatan yang berterusan. Anda boleh menyediakan pembaharuan bulanan atau tahunan secara automatik dengan melawat www.office.com/myaccount.
If you have a monthly subscription you can save money by converting it to an annual subscription. To do so, visit the Office 365 Home page and select the annual purchase option. Once you have completed the purchase steps, your account will be automatically updated to annual billing.

Sokongan dan sumber

Lawati Sokongan Microsoft untuk bantuan mengenai isu teknikal, termasuk:
  • Status pesanan
  • Pengebilan
  • Muat turun
  • Kunci produk
  • Pemasangan/nyah-pemasangan
  • Pengaktifan produk
  • Penggunaan produk
Untuk kandungan bantuan dan cara, lawati www.office.com/support. Untuk latihan berasaskan video percuma, lawati www.office.com/training.
iPhone, iPad dan iTunes ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.