Memuat turun, menyandarkan atau memulihkan produk Office

Memuat turun, menyandarkan atau memulihkan produk Office

Salinan Office saya tidak disertakan dengan cakera

Mari Bermula

Jika anda tidak mempunyai cakera, lawati www.office.com/setup untuk mula memasang dan menggunakan Office buat pertama kali.

Memuat turun, memasang atau memasang semula
Kebanyakan versi Office boleh diuruskan dengan mengelog masuk ke www.office.com/myaccount dengan Akaun Microsoft anda.
Bergantung pada jenis Office yang anda beli, anda boleh lakukan perkara berikut pada halaman Akaun Saya anda:
Office untuk satu PC (Office Home & Student 2013, Office Home & Business 2013 atau Office Professional 2013)
  • Memuat turun dan memasang semula Office pada PC yang sama.
  • Memesan atau membakar salinan sandaran Office.
Langganan Office (Office 365 Home Premium, Office 365 Personal, atau Office 365 University)
  • Menguruskan akaun langganan, termasuk pembaharuan, pembatalan dan maklumat bil.
  • Memasang penggunaan tambahan Office pada komputer dan peranti lain. Semua pemasangan dilakukan dalam talian jadi tidak perlu memesan atau membakar salinan sandaran Office.

Salinan Office saya disertakan dengan cakera

Jika anda telah membeli versi Office yang disertakan dengan DVD (cakera), anda boleh gunakan pautan di bawah untuk:
  • Memuat turun salinan Office untuk PC tanpa pemacu DVD, seperti komputer buku.
  • Memasang semula Office, misalnya jika anda kehilangan cakera anda.

Anda akan diminta untuk memberikan Kunci Produk anda sebagai sebahagian langkah seterusnya.

Memesan salinan sandaran Office

Jika anda mempunyai cakera, anda boleh memesan salinan sandaran produk Office anda dengan bayaran*. Pesan dalam talian dan cakera akan dihantarkan kepada anda.

Pesan sandaran untuk Office pada PC Windows
Pesan sandaran untuk Office pada Mac

*Salinan sandaran tidak tersedia dalam pasaran berikut:

Bhutan, Brazil, China, Kepulauan Cocos (Keeling), Kepulauan Cook, Perancis Selatan dan Tanah Antartik, Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, Iraq, Jan Mayen, Kiribati, Libya, Micronesia, Myanmar, Nauru, Nepal, Niue, Palau, Kepulauan Pitcairn, Saba, Samoa, Sint Eustatius, Timor Leste, Tokelau, Wallis dan Futuna.

Memuat turun atau mendapatkan sandaran untuk Office 2010

Anda juga boleh memuat turun atau memesan salinan sandaran produk Office 2010 daripada laman ini, tetapi anda mesti mempunyai Kunci Produk Office 2010 yang sah.

Muat Turun

Memuat turun sandaran untuk Office 2007

Anda juga boleh memuat turun salinan sandaran untuk Office 2007 daripada laman ini, tetapi anda mesti mempunyai Kunci Produk Office 2007 yang sah.

Muat Turun