Pilih pasaran pengebilan anda:
Office 365 Personal
Office 365 Personal

Office 365 Personal

Office untuk anda di rumah dan semasa dalam perjalanan
Office 356 Personal ialah perkhidmatan langganan yang dibina untuk membantu anda menyelesaikan perkara dari hampir mana sahaja dan dengan apa jua peranti.
{O365PersonalMonth|price}
setiap bulan
Jimat {O365PersonalYear|save} dengan langganan tahunan
Hanya serasi dengan Windows 7 atau terkini dan Mac OS X 10.6 atau terkini
Apa yang disertakan
Pemasangan penuh aplikasi* Office
Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 Onenote 2013
Outlook 2013 Publisher 2013 Access 2013

Akses merentasi peranti

Akses merentasi peranti

Untuk 1 PC atau Mac dan 1 tablet seperti tablet Windows atau iPad®, serta akses mudah pada telefon pintar.

Kelebihan langganan premium

Kelebihan langganan premium

1 TB storan dalam talian tambahan, termasuk 60 minit dunia Skype untuk panggilan setiap bulan ke lebih 60 negara.

Faedah
Microsoft Office Penuh

Office 365 Personal membolehkan anda memasang versi desktop penuh terkini aplikasi Office, termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook, pada 1 PC atau Mac, tambahan kepada 1 Windows tablet atau iPad — agar anda boleh menggunakan semua ciri di luar talian serta dalam talian. Anda juga boleh memasang Office pada berbilang telefon pintar.

Microsoft Office Penuh
Akses merentasi peranti
Akses merentasi peranti

Dengan storan tambahan dalam talian Office 365 Personal memberikan anda OneDrive di mana anda akan sentiasa mempunyai dokumen penting dan foto bersama anda. Ia sentiasa dikemas kini, sama ada anda membuat, edit, atau kongsikannya daripada PC anda, Mac, iPad, Windows tablet, atau telefon pintar.

Office 365 dan OneDrive menyimpan fail anda dalam segerak pada seluruh peranti anda dan dengan satu klik anda boleh berkongsi fail, walaupun bersaiz besar, sama ada dengan menghantar pautan kepada kepada fail atau terbitkannya pada Facebook.

Kelebihan langganan premium

Selain daripada storan dalam talian 1 TB OneDrive, langganan anda termasuk perkhidmatan lain, seperti 60 minit Skype sebulan untuk panggilan ke mudah alih di 8 negara dan talian tepat di lebih 60 negara, dan sokongan teknikal percuma.

Perkhidmatan Office 365 dipertingkatkan sepanjang masa dan anda mendapat peningkatan terkini secara automatik dengan langganan anda.

Kelebihan langganan premium
Office 365 Personal termasuk:
Aplikasi Office termasuk
Sentiasa miliki versi terkini Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access serta olahkan idea anda dengan cara terbaik—menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
Word 2013 Lakukan lebih dengan dokumen Word anda: masukkan video dalam talian, buka PDF dan edit kandungan dan selarikan gambar dan diagram dengan mudah.
Excel 2013 Biar Excel templat melakukan kebanyakan kerja persediaan dan rekaan untuk anda, agar anda boleh fokus pada maklumat.
PowerPoint 2013 Cipta persembahan menakjubkan dengan penjajaran baharu, padanan warna dan alat reka bentuk lain dalam PowerPoint.
OneNote 2013 Lukis, tulis tangan, taip, klik, atau sapu nota anda dalam OneNote. Nota anda disimpan, boleh dicari dan disegerak pada aplikasi OneNote pada peranti anda. Untuk pengguna Mac, OneNote tersedia sebagai muat turun berasingan daripada Mac App Store.
Outlook 2013 Outlook kini bersambung secara automatik ke akaun mel web Microsoft anda. Segerakkan tugas dan kalendar dengan Outlook untuk menyatukan semua pelan anda. Pengguna Mac hanya boleh menyegerakkan akaun e-mel berasaskan Exchange.
Publisher 2013 Bekerja dengan gambar lebih mudah dalam Publisher untuk menambah sentuhan menarik pada penerbitan anda. Publisher tersedia untuk PC sahaja.
Access 2013 Bina aplikasi pangkalan data dengan mudah dalam Access kemudian guna dan kongsikan aplikasi anda pada web. Access tersedia untuk PC sahaja.
Office pada lebih banyak peranti Pasang aplikasi Office pada 1 PC atau Mac dan 1 tablet Windows atau iPad. Nikmati akses mudah ke dokumen dengan aplikasi Office Mobile untuk iPhone®, telefon Android dan telefon Windows.
1 TB storan dalam talian tambahan dengan OneDrive Dapatkan 1 TB storan dalam talian tambahan dan gunakan 1 TB storan dalam talian tambahan anda untuk dokumen, foto dan video, agar anda boleh mengedit dan berkongsinya dari mana-mana anda berada.
60 minit dunia Skype panggilan setiap bulan ke 60+ negara Hubungi mudah alih di 8 negara dan talian tetap di lebih 60 buah negara dengan 60 minit dunia Skype percuma setiap bulan. Gunakan minit dunia Skype daripada mana-mana peranti yang telah anda pasangkan Skype, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV, atau peranti lain.
Sentiasa dikemas kini Dengan langganan aktif Office 365 Personal, anda tidak perlu bimbang mengenai peningkatan Office anda, kerana anda sentiasa mempunyai akses kepada aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office terkini.
Sokongan teknikal Microsoft Sebagai pelanggan Office 365, anda boleh mendapatkan bantuan serta-merta daripada pakar terlatih Microsoft, melalui telefon atau bual—secara percuma.

Aplikasi Office yang dikenali seperti Word, Excel dan PowerPoint disertakan ciri baru yang membantu anda membuat, berkomunikasi dan bekerja dengan lebih efisyen secara maya di mana sahaja.

Lihat apa yang baharu dalam aplikasi Office

Tambahan kepada mengemas kini suite Office tradisional, kami telah membangunkan versi langganan baharu bagi Office untuk rumah dan sekolah, direka khas untuk cara anda gunakan Office pada hari ini. Setiap daripada langganan ini termasuk versini terkini aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint, untuk PC, Mac, tablet Windows dan iPad. Serta tawaran seperti minit dunia Skype dan storan dalam talian dengan OneDrive. Pelanggan juga akan menerima hak masa hadapan kepada peningkatan versi serta hak setiap penggunaan pada semua PC, Mac, tablet Windows, and iPad. Aplikasi Office yang boleh anda gunakan pada semua PC, Mac dan tablet berbeza mengikut platform.

Pelan Office 365 Personal membolehkan anda memasang Office pada satu PC atau Mac dan satu tablet Windows atau iPad, untuk kegunaan seorang individu.

Anda boleh memasang Office pada PC atau tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih tinggi. Office untuk iPad boleh dipasang pada iPad yang menjalankan iOS 7.0 atau lebih tinggi.

Lihat keperluan sistem penuh

Aplikasi tersedia untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berlainan daripada yang tersedia untuk pengguna PC. Jika anda mempunyai langganan aktif Office 365 Home, Office 365 Personal, atau Office 365 University dan pemasangan tersedia, anda boleh memasang Office pada Mac anda yang termasuk aplikasi Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan daripada Mac App Store. Aplikasi Publisher dan Access tidak tersedia untuk Mac.

Versi aplikasi terkini untuk Office 365 adalah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif akan layak untuk versi terkini apabila tersedia.

Anda akan perlukan Office Mobile pada Telefon Windows, iPhone atau telefon Android. Office Mobile telah diprapasang pada Windows Phone 8 dan tersedia untuk model iPhone dan telefon Android yang terpilih. Office Mobile menawarkan pemaparan kandungan yang hebat dan keupayaan mengedit kandungan pada bila-bila masa. Dan anda boleh mengharapkan Office Mobile untuk memastikan kandungan dan pemformatannya utuh supaya dokumen ada kekal kelihatan hebat apabila anda kembali menggunakan PC atau Mac anda. Office Mobile for iPhone dan telefon Android boleh digunakan secara percuma untuk kegunaan bukan komersial, hanya muat turun aplikasi dari gedung pada telefon anda.

Anda boleh gunakan minit dunia Skype untuk menghubungi rakan atau keluarga dengan atau tanpa akaun Skype pada telefon mudah alih mereka atau talian darat. Hanya dail daripada Skype dan rakan serta keluarga anda boleh mengangkat telefon mereka.

Setiap langganan aktif Office 365 Home, Office 365 Personal dan Office 365 University layak untuk 60 minit dunia Skype setiap bulan, yang boleh digunakan untuk membuat panggilan PC ke telefon melalui Skype ke lebih 60 buah negara/rantau.

Minit dunia Skype anda akan digunakan pada akaun Skype baharu atau sedia ada. Setiap bulan anda akan menerima 60 minit dunia Skype. Peruntukan minit dunia Skype anda ditetapkan semula pada setiap bulan. Nombor khas, premium dan bukan geografi tidak boleh dihubungi menggunakan minit dunia Skype. Panggilan ke telefon mudah alih adalah untuk negara terpilih sahaja. Minit dunia Skype tersedia di negara terpilih. Lihat butiran selanjutnya.

Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:

Talian darat dan juga telefon mudah alih: Kanada, Guam, Hong Kong, SAR, Puerto Rico, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Talian darat sahaja: Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Republik Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom, Venezuela.

Anda boleh menghubungi dari mana-mana negara/rantau di dunia kecuali: Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, China, Côte d'Ivoire, Mesir, Ghana, India, Kazakhstan, Korea, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Namibia, Pakistan, Qatar, Rusia, Taiwan, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu.

Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit dunia Skype. Tambahan lagi, tidak mungkin dapat membuat panggilan kecemasan.

Semua pengguna OneDrive menerima 15 GB storan OneDrive secara percuma. Storan tambahan boleh dibeli jika diperlukan. Pelanggan dengan langganan Office 365 Personel yang aktif juga akan menerima 1 TB storan OneDrive tambahan. Storan tambahan ini tidak tersedia dalam tempoh percubaan.

Storan tambahan 1 TB pada OneDrive ini digunakan pada akaun OneDrive yang dipautkan ke akaun Microsoft yang digunakan untuk mencipta akaun Peribadi Office 365.

Office 365 kekal sebagai pilihan hebat untuk perniagaan, dengan pelan yang direka untuk syarikat dalam semua saiz, daripada konsultan individu sehingga perusahaan. Baharu untuk keluaran ini ialah Office 365 Small Business Premium, yang direka untuk perniagaan dengan 1 hingga 10 orang pekerja.

Ketahui mengenai Office 365 untuk perniagaan

Ya, individu dengan Microsoft Office sebelum ini boleh membuka dokumen dengan mudah yang dibuat dengan aplikasi Office 365 Personal.

Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365, atau Office 2013 boleh membuka dokumen yang dibuat menggunakan aplikasi Office keluaran terkini tanpa sebarang tindakan tambahan.

Pelanggan yang menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian. Pek Keserasian Microsoft Office untuk Format Fail Word, Excel dan PowerPoint.

Produk berkaitan
Office 365 Home

Office 365 Home

Office untuk keluarga. Gunakan pada sehingga 5 PC atau Mac serta 5 tablet

Termasuk versi Office 2013 untuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access.

Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

Office Home & Student 2013

Office Home & Student 2013

Office untuk 1 PC


Termasuk versi Office 2013 untuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.

Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

Office Home & Business 2013

Office Home & Business 2013

Office untuk 1 PC


Termasuk versi Office 2013 untuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook.

Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

*Ketersediaan aplikasi dan ciri berbeza mengikut platform dan peranti. Publisher, Access, dan OneNote dengan Office 365 tersedia pada PC sahaja. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan daripada Mac App Store. Versi aplikasi Office semasa untuk Office 365 adalah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif akan layak untuk versi terbaharu apabila tersedia.
iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.