Microsoft PowerPoint 2013 - Perisian persembahan dan slaid

  • Tarik perhatian mereka dengan kemahiran persembahan anda

    Pandangan Penyampai. Kekal terurus dengan alat di sebalik tabir yang baru, agar anda boleh memastikan persembahan anda terfokus dan khalayak anda memberi perhatian.

    Luncur Zum. Halakan perhatian khalayak anda terus kepada isi penting anda. Zum masuk kepada gambar rajah, carta atau grafik dengan beberapa klik dan zum keluar dengan lancar.

    Penavigasi Slaid. Tukar slaid dengan pantas—ke dalam atau luar jujukan—daripada grid visual yang dapat dilihat sekilas pandang. Semasa dalam Pandangan Penyampai, khalayak anda hanya dapat melihat slaid yang anda pilih.

    Lanjutan automatik. Apabila anda memancarkan perbentangan anda kepada skrin kedua, slaid dan Pandangan Penyampai anda akan muncul pada skrin yang betul secara automatik. Tidak perlu bersusah-payah dengan peralatan.

    Tarik perhatian mereka dengan kemahiran persembahan anda.
  • Reka bentuk persembahan yang unik dan menarik

    Skrin Mula. Mulakan proses kreatif anda dengan melayari tema skrin lebar baru yang dipaparkan apabila PowerPoint dibuka.

    Kepelbagaian Tema. Berikan reka bentuk anda penampilan yang anda inginkan. Gunakan variasi reka bentuk dengan satu klik.

    Panduan Penjajaran. Tambah sentuhan jurureka. Jajarkan bentuk, kotak teks, video pada slaid anda dengan intuitif.

    Cantum Bentuk. Cipta bentuk dan ikon tersuai anda sendiri dengan alat Union, Combine, Fragment, Intersect dan Subtract.

    Reka bentuk persembahan yang unik dan menarik.
  • Bekerjasama untuk menjadikan persembahan anda menarik

    Perkongsian Dipermudahkan. Kongsi kerja dengan penuh yakin. Persembahan anda disimpan dalam talian di OneDrive atau SharePoint secara lalai.* Hantar pautan kepada fail kepada semua orang, bersama-sama keizinan melihat dan mengedit mereka dan mereka akan melihat versi tekini.

    Balas Komen. Jejak perbualan. Tempatkan dan balas komen betul-betul di sebelah kawasan slaid yang anda sedang bincangkan, agar semua orang boleh melihat siapa yang membalas siapa dan bila.

    Pengarangan Bersama PowerPoint Online*. Bekerja dengan pasukan anda untuk pembentangan yang sama pada masa yang sama, sama ada anda menggunakan PowerPoint pada desktop anda atau PowerPoint Online.

    *Sambungan Internet diperlukan; mesti ditandatangani dengan akaun Microsoft atau akaun Office 365.

    Bekerjasama untuk menjadikan persembahan anda menarik.

Kerja

dari mana-mana sahaja

Pastikan

kerja anda terserlah

Berhubung

dengan blog
Akses, lihat dan edit dokumen dari tablet Windows anda, iPad, Windows Phone, iPhone, telefon Android, atau web.
Tunjukkan gaya dan keprofesionalan anda dengan templat dan jimatkan masa anda. Pilih daripada hampir 300 templat persembahan.
Cari petua untuk membantu anda mengedit persembahan seperti seorang pro—menggunakan SmartArt, menambah video, menyesuaikan latar belakang dan banyak lagi.

Dapatkan bantuan

dengan soalan PowerPoint anda
iPad dan iPhone ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.