Tugas asas untuk mencipta persembahan PowerPoint 2013

Persembahan PowerPoint berfungsi seperti tayangan slaid. Untuk menyampaikan mesej atau cerita, anda mengasingkannya kepada slaid. Anggaplah setiap slaid sebagai kanvas kosong untuk gambar, perkataan dan bentuk yang akan membantu anda membina cerita anda.

 Petua   

Memilih tema

Apabila anda membuka PowerPoint, anda akan melihat beberapa tema terbina dalam. Tema ialah reka bentuk slaid yang mengandungi warna (warna tema: Set warna yang digunakan dalam fail. Warna tema, fon tema dan kesan tema menggubah tema.), fon (fon tema: Set fon utama dan minor yang digunakan pada fail. Fon tema, warna tema dan kesan tema membentuk tema.) yang sepadan dan kesan (kesan tema: Set atribut visual yang digunakan pada unsur dalam fail. Kesan tema, warna tema dan fon tema membentuk tema.) khas seperti bayang, pantulan dan banyak lagi.

  1. Memilih tema.
  2. Klik Cipta atau pilih variasi warna kemudian klik Cipta.

Skrin mula PowerPoint 2013

Baca selanjutnya: Menggunakan warna dan reka bentuk pada slaid saya (tema)

Menyelitkan slaid baru

Pada tab Rumah, klik Slaid Baru dan pilih tataletak slaid.

Menyelitkan slaid baru

Baca selanjutnya: Menambah, menyusun semula dan memadamkan slaid.

Menyimpan persembahan anda

  1. Pada tab Fail, klik Simpan.
  2. Pilih atau semak lalu ke folder.
  3. Dalam kotak Nama fail, taipkan nama untuk persembahan anda kemudian klik Simpan.

Menyimpan persembahan anda

 Petua    Simpan kerja anda semasa bekerja. Klik Ctrl+S dengan kerap.

Baca selanjutnya: Menyimpan persembahan anda

Menambah teks

Klik dalam ruang letak teks dan mula menaip.

Menambah teks

Memformatkan teks anda

  1. Pilih teks tersebut.
  2. Di bawah Alat Melukis, klik Format.
  3. Lakukan salah satu perkara berikut:
  • Untuk mengubah warna teks anda, klik Isian Teks, kemudian pilih satu warna.
  • Untuk mengubah warna rangka teks anda, klik Rangka Teks, kemudian pilih satu warna.
  • Untuk menggunakan bayang, pantulan, cahaya, permukaan landai, putaran 3D, transformasi, klik Kesan Teks, kemudian pilih kesan yang anda inginkan.

Memformatkan teks

Baca selanjutnya:

Menambah bentuk

  1. Pada tab Selitkan, klik Bentuk.
  2. Pilih bentuk yang anda inginkan, klik di mana-mana pada slaid kemudian seret untuk melukis bentuk.

Menyelitkan bentuk

 Petua    Untuk mencipta segi empat atau bulatan yang sempurna (atau mengekang dimensi bentuk lain) tekan dan tahan Shift semasa anda menyeret.

Baca selanjutnya: Menambah bentuk.

Menambah gambar

Pada tab Selitkan, lakukan salah satu perkara berikut:

  • Untuk menyelitkan gambar yang disimpan pada cakera keras setempat anda atau pelayan dalaman, klik Gambar pada PC saya, semak lalu untuk gambar kemudian klik Selitkan.

Menambah gambar

  • Untuk menyelitkan gambar daripada Bing atau galeri Lukisan Klip Office.com, klik Gambar Dalam Talian dan gunakan kotak carian untuk mencari gambar.

Contohnya, taipkan ‘Kucing’ dalam kotak carian Lukisan Klip Office.com.

Menyelitkan gambar dari Lukisan Klip


Ini satu sampel gambar kucing yang akan anda lihat:

Sampel gambar kucing pada laman Lukisan Klip

  • Pilih gambar kemudian klik Selitkan.

Baca selanjutnya: Menyelitkan gambar

Menambah nota penyampai

Slaid adalah terbaik apabila anda tidak memasukkan terlalu banyak maklumat. Anda boleh memasukkan fakta berguna dan nota dalam nota penyampai dan merujuk kepadanya semasa anda membuat persembahan.

  1. Untuk membuka anak tetingkap nota, di bahagian bawah tetingkap, klik Nota.

Menambah nota penyampai

  1. Klik dalam anak tetingkap Nota di bawah slaid dan mula menaip nota nada.

Baca selanjutnya: Menambah nota penyampai pada setiap slaid dalam persembahan

Mencetak nota penyampai anda

  1. Pada tab Fail klik Cetak.
  2. Di bawah Pencetak, pilih pencetak yang anda ingin gunakan untuk mencetak.
  3. Di bawah Seting, bersebelahan Slaid Halaman Penuh, klik anak panah bawah dan di bawah Tataletak Cetak, klik Halaman Nota.
  4. Klik Cetak.

Mencetak nota penyampai anda

Baca selanjutnya: Mencetak slaid dengan atau tanpa nota penyampai.

Menyampaikan persembahan anda

Pada tab Tayangan Slaid, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Untuk memulakan persembahan pada slaid pertama, dalam kumpulan Mulakan Tayangan Slaid, klik Dari Permulaan.

Memulakan persembahan anda dari awal

 Petua    Untuk maklumat tentang melihat nota anda sambil anda menyampaikan persembahan anda tanpa khalayak melihatnya, lihat Menggunakan Pandangan Penyampai untuk menyampaikan tayangan slaid anda.

Keluar dari pandangan Tayangan Slaid

Untuk keluar dari pandangan Tayangan Slaid pada bila-bila masa, pada papan kekunci, tekan Esc.

 
 
Berkenaan dengan:
PowerPoint 2013