Menyelitkan gambar

Anda boleh menyelitkan gambar dan lukisan klip ke dalam lembaran kerja Excel, mesej e-mel, persembahan PowerPoint, penerbitan Publisher dan dokumen Word. Gambar dan lukisan klip boleh berada pada komputer anda atau web.

Langkah-langkah dalam artikel ini digunakan pada Excel, Outlook, PowerPoint, Publisher dan Word.

Apakah yang anda ingin lakukan?


Menyelitkan gambar yang disimpan pada komputer anda

  1. Klik pada tempat anda ingin tempatkan imej anda. Jika anda dalam Outlook, klik dalam isi mesej.
  2. Klik Selitkan kemudian klik Gambar pada PC Saya.
  3. Gunakan kotak dialog Selitkan Gambar untuk mencari gambar atau lukisan klip anda kemudian klik Selitkan.

Atas Halaman Atas Halaman

Menyelitkan gambar daripada web

  1. Klik pada tempat anda ingin tempatkan imej anda. Jika anda dalam Outlook, klik dalam isi mesej.
  2. Klik Selitkan dan kemudian klik Gambar Dalam Talian.
  3. Untuk mencari lukisan klip di Office.com, masukkan istilah carian seperti "butterflies" atau "guitars," dalam kotak Cari Office.com dan tekan Enter.
  4. Untuk mencari imej di web, masukkan istilah carian dalam kotak Cari Bing dan tekan Enter.

 Petua   Anda juga boleh menyalin dan menampal imej daripada halaman Web. Pada halaman, klik kanan gambar dan klik Salin pada menu pintas. Dalam fail anda, klik kanan di tempat yang anda ingin masukkan gambar kemudian klik Tampal.

Atas Halaman Atas Halaman

Mensaiz semula gambar

  1. Klik imej dan seret pemegang pensaizan menjauhi atau menghampiri pusat, sementara anda melakukan salah satu daripada berikut:
    • Untuk mengekalkan pusat imej di lokasi yang sama, tekan dan tahan Ctrl semasa anda menyeret pemegang pensaizan. Untuk berbuat demikian dalam Word, Tataletak Langsung patut dimatikan. (Fail > Opsyen > Umum dan kosongkan kotak semak Kemas kini kandungan dokumen semasa menyeret.)
    • Untuk mengekalkan perkadaran imej, tekan dan tahan Shift semasa anda menyeret pemegang pensaizan.
    • Untuk mengekalkan perkadaran imej dan mengekalkan pusatnya di tempat yang sama, tekan dan tahan Ctrl+Shift semasa anda menyeret pemegang pensaizan.

Atas Halaman Atas Halaman

Menggunakan gaya pada gambar

Anda boleh menggunakan gaya gambar—suatu gabungan opsyen pemformatan—untuk menjadikan imej anda terserlah. Anda boleh menemui gaya dalam galeri Gaya Gambar pada tab Format. Apabila anda meletakkan penuding pada gaya, imej anda berubah untuk menunjukkan anda penampilan gaya tersebut.

  1. Klik imej yang anda ingin gunakan gaya gambar.
  2. Pada tab Format, klik Gaya Gambar.

Imej Reben PowerPoint

Jika anda tidak dapat melihat tab Format, pastikan anda telah memilih imej.

Untuk melihat lebih banyak Gaya Gambar, klik butang Lagi Imej butang.

Atas Halaman Atas Halaman

Menggunakan gambar sebagai latar slaid

Hanya boleh digunakan pada PowerPoint

  1. Klik pada slaid yang anda ingin ubah, klik Reka Bentuk kemudian klik Format Latar.

Untuk memilih berbilang slaid, klik slaid pertama kemudian tekan dan tahan Ctrl sementara anda mengklik slaid lain.

  1. Dalam anak tetingkap Format Latar , di bawah Isian, klik Gambar atau isian tekstur.
  2. Untuk menggunakan gambar yang disimpan pada komputer anda, klik Fail, gunakan kotak dialog Selitkan Fail untuk mencari imej anda kemudian klik Selitkan.
  3. Untuk menggunakan imej daripada web, klik Dalam Talian dan lakukan salah satu daripada berikut:
  • Untuk mencari lukisan klip di Office.com, masukkan istilah carian seperti "butterflies" atau "guitars," dalam kotak Cari Office.com dan tekan Enter.
  • Untuk mencari imej di web, masukkan istilah carian dalam kotak Cari Bing dan tekan Enter, kemudian klik imej yang anda ingin gunakan dan klik Selitkan.
  1. Jika anda inginkan, seret penggelongsor Kelutsinaran untuk menjadikan latar lebih atau kurang lutsinar.
  2. Jika anda inginkan, klik Jubinkan gambar sebagai tekstur kemudian gunakan beraneka kawalan "ofset" untuk mengalihkan imej ke kiri, kanan, atas atau bawah.

Atas Halaman Atas Halaman

Nota

 
 
Berkenaan dengan:
Excel 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Publisher 2013