Mengetahui lebih lanjut tentang grafik SmartArt

Dalam artikel ini


Gambaran keseluruhan grafik SmartArt

Grafik SmartArt ialah perwakilan visual maklumat dan idea anda. Anda boleh mencipta grafik SmartArt dengan memilih pelbagai tataletak berlainan untuk menyampaikan mesej anda dengan cepat, mudah dan berkesan. Grafik SmartArt, terutamanya digabungkan dengan ciri lain seperti tema (tema: Satu set unsur reka bentuk disatukan yang menyediakan satu rupa dokumen anda menggunakan warna, fon dan grafik.), membantu anda mencipta ilustrasi kualiti pereka bentuk dengan hanya beberapa klik tetikus anda.

Anda boleh mencipta grafik SmartArt dalam Excel, PowerPoint, Word atau dalam mesej e-mel dalam Outlook. Program Office lain tidak mendayakan penciptaan grafik SmartArt tetapi anda boleh salin dan tampal grafik SmartArt sebagai imej ke dalam program tersebut.

Anda boleh mengubah rupa grafik SmartArt anda dengan mengubah isian bentuk atau teksnya; dengan menambahkan kesan, seperti bayang, pantulan, cahaya atau tepi lembut; atau dengan menambahkan kesan tiga dimensi (3D), seperti permukaan landai atau putaran.

Oleh sebab persembahan PowerPoint sering mengandungi slaid dengan senarai berbulet, apabila anda bekerja dalam PowerPoint, anda boleh menukar teks slaid kepada grafik SmartArt. Anda juga boleh dengan cepatnya menukar gambar pada slaid kepada grafik SmartArt, menggunakan salah satu tataletak grafik yang baru dan bertumpuan foto. Selain itu, anda boleh menambahkan animasi pada grafik SmartArt dalam persembahan PowerPoint anda.

Baca selanjutnya tentang cara Mencipta grafik SmartArt.

Atas Halaman Atas HalamanAtas Halaman Atas Halaman

Perkara yang dipertimbangkan semasa memilih tataletak

Apabila anda memilih tataletak untuk grafik SmartArt anda, tanya diri anda apa yang anda ingin sampaikan dan sama ada anda inginkan maklumat anda muncul dalam bentuk tertentu. Sebagai sebahagian daripada proses ini, apabila anda mencipta grafik SmartArt, anda digesa untuk memilih jenis seperti Proses, Hierarki atau Perhubungan. Jenis serupa kategori grafik SmartArt dan setiap jenis mengandungi beberapa tataletak yang berlainan.

Oleh sebab anda boleh menukar tataletak dengan cepat dan mudah, cuba tataletak yang berlainan (daripada jenis berlainan) sehingga anda menemui tataletak yang paling baik menggambarkan mesej anda. Jadual berikut menyenaraikan contoh penggunaan umum grafik SmartArt dan jenis SmartArt yang paling sesuai untuk dipertimbangkan bagi setiap penggunaan.

Untuk melakukan ini Gunakan jenis ini
Menunjukkan maklumat tidak berjujukan. Senarai
Menunjukkan langkah dalam proses atau garis masa. Proses
Menunjukkan proses berterusan. Kitaran
Mencipta carta organisasi. Hierarki
Menunjukkan pohon keputusan. Hierarki
Menggambarkan hubungan. Perhubungan
Menunjukkan cara bahagian berkaitan dengan keseluruhan. Matriks
Menggunakan gambar untuk menyampaikan atau menonjolkan kandungan. Gambar
Menunjukkan perhubungan perkadaran dengan komponen terbesar di bahagian atas atau bawah. Piramid

Pertimbangkan juga jumlah teks yang anda ada kerana jumlah teks dan bilangan bentuk yang anda perlukan sering menentukan tataletak yang akan kelihatan terbaik. Adakah butiran lebih bermakna berbanding isi penting rumusan, atau sebaliknya? Secara umum, grafik SmartArt adalah paling berkesan apabila bilangan bentuk dan jumlah teks terhad kepada perkara utama. Jumlah teks yang lebih besar boleh mengganggu penampilan visual grafik SmartArt anda dan menyukarkan anda menyampaikan mesej secara visual. Walau bagaimanapun, tataletak tertentu, seperti Senarai Trapezium dalam jenis Senarai sesuai digunakan dengan jumlah teks yang besar.

Sesetengah tataletak grafik SmartArt mengandungi bilangan bentuk yang terhad. Contohnya, tataletak Anak Panah Pengimbang Balas dalam jenis Perhubungan direka bentuk untuk menunjukkan dua idea atau konsep bertentangan. Hanya dua bentuk boleh mengandungi teks dan tataletak tidak boleh diubah untuk memaparkan lebih banyak idea atau konsep.

Tataletak Anak Panah Pengimbang Balas

Jika anda perlu menyampaikan lebih daripada dua idea, tukar kepada tataletak lain yang mempunyai dua bentuk untuk teks, seperti tataletak Piramid Asas dalam jenis Piramid. Sentiasa ingat bahawa mengubah tataletak atau jenis boleh mengubah makna maklumat anda. Contohnya, tataletak dengan anak panah yang menuding ke kanan, seperti Proses Asas dalam jenis Proses, mempunyai makna yang berlainan daripada grafik SmartArt dengan anak panah berkitar, seperti Kitaran Berterusan dalam jenis Kitaran. Anak panah biasanya menunjukkan aliran atau pergerakan dalam arah tertentu manakala tataletak yang sama dengan garisan bersambung dan bukannya anak panah menunjukkan sambungan tetapi tidak semestinya aliran.

Jika anda tidak dapat menemui lokasi tepat yang anda inginkan, anda boleh menambah dan mengalih keluar bentuk dalam grafik SmartArt anda untuk melaraskan struktur tataletak. Contohnya, tataletak Proses Asas dalam jenis Proses muncul dengan tiga bentuk tetapi proses anda mungkin hanya memerlukan dua bentuk atau ia mungkin memerlukan lima bentuk. Apabila anda menambah atau mengalih keluar atau membentuk dan mengedit teks anda, susunan bentuk dan jumlah teks dalam bentuk tersebut dikemas kini secara automatik — mengekalkan reka bentuk dan sempadan asal tataletak grafik SmartArt anda.

Apabila anda memilih suatu tataletak, teks ruang letak (seperti [Teks]) muncul. Anda boleh menggantikan teks ruang letak dengan kandungan anda sendiri. Teks ruang letak tidak dicetak dan tidak muncul semasa persembahan PowerPoint tetapi bentuk yang mengandungi teks ruang letak sentiasa dipaparkan dan dicetak, melainkan anda memadamkannya.


 Nota 

  • Jika anda berpendapat grafik SmartArt anda kelihatan tidak menarik, tukar kepada tataletak berlainan yang mengandungi subbentuk atau gunakan Gaya SmartArt atau variasi warna yang berlainan.
  • Apabila anda menukar tataletak, kebanyakan teks anda dan kandungan, warna, gaya, kesan dan pemformatan teks lain dibawa kepada tataletak baru secara automatik.

Atas Halaman Atas HalamanAtas Halaman Atas Halaman

Mengenai anak tetingkap Teks

Gunakan anak tetingkap Teks untuk memasukkan dan mengedit teks yang muncul dalam grafik SmartArt anda. Anak tetingkap Teks muncul di bahagian kiri grafik SmartArt anda. Semasa anda menambahkan dan mengedit kandungan anda dalam anak tetingkap Teks, grafik SmartArt anda dikemas kini secara automatik — bentuk ditambahkan atau dialih keluar mengikut keperluan.

Imej Anak tetingkap Teks yang menunjukkan teks Aras 1 dan Aras 2

Apabila anda mencipta grafik SmartArt, grafik SmartArt dan anak tetingkap Teksnya dipenuhi teks ruang letak yang anda boleh gantikan dengan maklumat anda. Di bahagian atas anak tetingkap Teks, anda boleh mengedit teks yang akan muncul dalam grafik SmartArt anda. Di bahagian bawah anak tetingkap Teks, anda boleh melihat maklumat tambahan tentang grafik SmartArt tersebut.

Dalam grafik SmartArt yang mengandungi bilangan bentuk yang tetap, hanya sesetengah teks dalam anak tetingkap Teks muncul dalam grafik SmartArt anda. Teks, gambar atau kandungan lain yang tidak dipaparkan ditunjukkan dalam anak tetingkap Teks dengan X merah. Kandungan yang tidak dipaparkan masih tersedia jika anda menukar kepada tataletak berlainan tetapi jika anda menyimpan dan menutup tataletak yang sama ini, maklumat tidak disimpan untuk melindungi privasi anda.

Anak tetingkap Teks dengan X merah

Anak tetingkap Teks berfungsi seperti rangka atau senarai berbulet yang memetakan maklumat terus pada grafik SmartArt anda. Setiap grafik SmartArt menentukan pemetaannya antara bulet dalam anak tetingkap Teks dan set bentuk dalam grafik SmartArt.

Untuk mencipta baris baru teks berbulet dalam anak tetingkat Teks, tekan ENTER. Untuk mengengsot baris dalam anak tetingkap Teks, pilih baris yang anda ingin engsot, kemudian di bawah Alat SmartArt, pada tab Reka Bentuk, dalam kumpulan Cipta Grafik, klik Turun Aras. Untuk mengengsot baris secara negatif, klik Naik Aras. Anda juga boleh menekan TAB untuk mengengsot atau SHIFT+TAB untuk mengengsot secara negatif dalam anak tetingkap Teks.

Jika anda tidak melihat tab Alat SmartArt atau Reka Bentuk, dwiklik grafik SmartArt.

 Nota    Bergantung pada tataletak yang anda pilih, setiap bulet dalam anak tetingkap Teks diwakili dalam grafik SmartArt sebagai sama ada bentuk baru atau bulet dalam bentuk. Contohnya, perhatikan cara teks yang sama dipetakan secara berbeza dalam dua grafik SmartArt di bawah. Dalam contoh pertama, subbulet diwakili sebagai bentuk berasingan. Dalam contoh kedua, subbulet diwakili sebagai bulat dalam bentuk.

Grafik SmartArt Senarai Hierarki menunjukkan bulet dalam anak tetingkap Teks tetapi tidak berada dalam bentuk

Grafik SmartArt Proses Asas menunjukkan bulet dalam anak tetingkap Teks sebagai bulet dalam bentuk.

 Petua    Jika anda tidak ingin meletakkan semua teks anda dalam bentuk berasingan, tukar kepada tataletak berlainan yang menunjukkan semua teks sebagai bulet.

Jika anda menggunakan tataletak carta organisasi dengan bentuk Pembantu, bulet yang disambungkan dengan baris menunjukkan bentuk Pembantu.

Anak tetingkap Teks memaparkan bulet untuk bentuk pengurus, subordinat dan pembantu.

Anda boleh mengesetkan pemformatan aksara, seperti fon, saiz fon, tebal, italik dan garis bawah bagi teks dalam grafik SmartArt anda menggunakan pemformatan pada teks dalam anak tetingkap Teks. Pemformatan aksara tersebut tidak dipaparkan dalam anak tetingkap Teks tetapi digambarkan dalam grafik SmartArt anda.

Apabila saiz fon dalam bentuk mengecil kerana anda menambah lebih banyak teks kepada bentuk tersebut, semua teks lain dalam bentuk grafik SmartArt yang selebihnya juga akan mengecil kepada saiz yang sama untuk memastikan grafik SmartArt kelihatan konsisten dan profesional. Selepas anda memilih suatu tataletak, anda boleh mengalih penuding tetikus anda ke atas sebarang tataletak berlainan yang dipaparkan pada reben dan menggunakan Pratonton Langsung untuk melihat rupa kandungan anda dengan tataletak yang digunakan.

Atas Halaman Atas HalamanAtas Halaman Atas Halaman

Gaya, warna dan kesan untuk grafik SmartArt

Di bawah Alat SmartArt, pada tab Reka Bentuk, terdapat dua galeri untuk mengubah dengan cepat rupa grafik SmartArt anda: Gaya SmartArt dan Ubah Warna.

Gaya SmartArt termasuk isian bentuk, sisi, bayang, gaya garisan, gradien dan perspektif tiga dimensi (3D) dan digunakan pada seluruh grafik SmartArt. Anda juga boleh menggunakan gaya Bentuk individu pada satu atau lebih banyak bentuk dalam grafik SmartArt anda.

Galeri kedua, Ubah Warna, menyediakan pelbagai opsyen warna berlainan untuk grafik SmartArt, setiapnya menggunakan satu atau lebih banyak warna tema (warna tema: Set warna yang digunakan dalam fail. Warna tema, fon tema dan kesan tema menggubah tema.) dengan cara yang berlainan pada bentuk dalam grafik SmartArt anda.

Apabila anda meletakkan penuding anda di atas imej kecil dalam salah satu galeri tersebut, anda boleh pratonton cara Gaya SmartArt atau variasi warna mempengaruhi grafik SmartArt anda sebelum anda menggunakannya.

Gaya SmartArt dan gabungan warna direka bentuk untuk menekankan kandungan anda.

Contohnya, jika anda menggunakan Gaya SmartArt 3D dengan perspektif, anda boleh melihat semua orang pada aras yang sama.

Tataletak Carta Organisasi dengan Rangka Putih

Anda juga boleh menggunakan Gaya SmartArt 3D dengan perspektif untuk menekankan garis masa yang menuju ke masa depan.

Garis Masa Asas dengan Pemandangan Mata Burung

 Petua    Gaya SmartArt 3D, terutamanya 3D koheren pemandangan (pemandangan koheren 3D: Sudut kamera dan seting cahaya yang anda boleh gunakan untuk mengawal orientasi, bayang dan perspektif untuk bentuk terkumpul.), sesuai digunakan secara sederhana untuk mengelakkan gangguan mesej yang anda ingin sampaikan. Gaya SmartArt 3D biasanya sesuai bagi halaman pertama dokumen atau slaid pertama persembahan. Kesan 3D yang lebih ringkas, seperti permukaan landai, tidak begitu mengganggu perhatian tetapi juga patut digunakan dengan sederhana.

Untuk menekankan langkah ketara dalam grafik SmartArt jenis Proses, anda boleh menggunakan sebarang gabungan di bawah Berwarna-warni.

Tataletak Proses Asas dengan Julat Berwarna-warni Warna Aksen 5 hingga 6

Jika anda mempunyai grafik SmartArt jenis Kitaran, anda boleh menggunakan sebarang opsyen Julat Gradien - Aksen n warna untuk menekankan pergerakan bulatan. Warna ini bergerak di sepanjang gradien ke bentuk tengah kemudian bergerak semula ke bentuk pertama.

Tataletak Kitaran Berterusan dengan Julat Gradien - Aksen 3

Apabila memilih warna, anda patut juga mempertimbangkan sama ada anda ingin khalayak anda mencetak grafik SmartArt anda atau melihatnya dalam talian. Contohnya, warna Tema Primer bertujuan untuk pencetakan hitam dan putih.

 Petua    Jika sesuatu imej merupakan sebahagian daripada slaid latar anda, gabungan warna dengan Lutsinar dalam namanya paling sesuai menunjukkan reka bentuk yang lebih terperinci dalam dokumen anda.

Apabila anda menyelitkan grafik SmartArt ke dalam dokumen anda tanpa menentukan tema, tema grafik memadankan tema yang digunakan oleh kandungan lain dalam dokumen anda. Jika anda mengubah tema (tema: Satu set unsur reka bentuk disatukan yang menyediakan satu rupa dokumen anda menggunakan warna, fon dan grafik.) dokumen, rupa grafik SmartArt dikemas kini secara automatik.

Jika galeri terbina dalam tidak memadai untuk memberikan rupa yang anda inginkan, hampir semua bahagian grafik SmartArt boleh disesuaikan. Jika galeri Gaya SmartArt tidak mempunyai gabungan isian, garisan dan kesan yang bersesuaian, anda boleh menggunakan gaya Bentuk individu atau sendiri menyesuaikan bentuk tersebut dengan sepenuhnya. Jika saiz dan kedudukan bentuk bukan seperti yang anda inginkan, anda boleh mengalihkan bentuk tersebut atau mensaiz semulanya. Anda boleh menemui kebanyakan opsyen penyesuaian di bawah Alat SmartArt pada tab Format.

Walaupun anda telah menyesuaikan grafik SmartArt anda, anda boleh mengubah kepada tataletak yang berlainan dan kebanyakan penyesuaian anda akan disimpan. Atau untuk mengalih keluar semua pemformatan dan mula semula, pada tab Reka Bentuk, dalam kumpulan Set Semula, klik Set Semula Grafik.

Butang Set Semula Grafik

Atas Halaman Atas HalamanAtas Halaman Atas Halaman

Animasi untuk grafik SmartArt

Dalam PowerPoint, anda boleh menambahkan animasi pada grafik SmartArt anda atau pada bentuk individu dalam grafik SmartArt. Contohnya, anda boleh menjadikan bentuk melayang masuk dengan cepat dari satu hujung skrin anda atau pudar masuk dengan perlahan.

Animasi yang tersedia bergantung pada tataletak yang anda pilih untuk grafik SmartArt anda tetapi anda sentiasa boleh menganimasikan semua bentuk sekaligus atau satu bentuk pada satu masa.

Untuk maklumat lanjut tentang menambahkan animasi pada grafik SmartArt dalam persembahan, lihat Menganimasikan grafik SmartArt. Animasi grafik SmartArt hanya tersedia dalam PowerPoint.

Atas Halaman Atas HalamanAtas Halaman Atas Halaman

Cara mencipta grafik SmartArt

Untuk maklumat lanjut tentang cara mencipta grafik SmartArt, lihat artikel berikut.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Excel 2013, Outlook 2013, PowerPoint 2013, Word 2013