Menambah, menyusun semula dan memadamkan slaid

Apabila mencipta persembahan, anda biasanya akan menambah slaid baru, mengalih slaid anda dan memadam slaid yang anda tidak perlukan.

Menambah slaid baru

  1. Dalam anak tetingkap imej kecil slaid sebelah kiri, klik slaid yang anda ingin slaid baru anda ikuti.
  2. Pada tab Rumah, klik Slaid Baru.

Tataletak Slaid baru

  1. Dalam galeri tataletak, klik tataletak yang anda inginkan untuk slaid baru.

Menyusun semula tertib slaid

Dalam anak tetingkap di sebelah kiri, klik imej kecil slaid yang anda ingin alihkan, kemudian seretkannya ke lokasi baru.

Menyeret slaid ke lokasi baru

 Petua    Untuk memilih berbilang slaid, tekan dan tahan CTRL sambil anda klik setiap slaid yang anda ingin alihkan kemudian seretnya sebagai satu kumpulan ke lokasi baru.

Memadamkan slaid

Dalam anak tetingkap di sebelah kiri, klik kanan imej kecil slaid yang anda ingin padam, kemudian klik Padamkan Slaid.

Klik kanan imej kecil slaid dan klik Padamkan Slaid.

 
 
Berkenaan dengan:
PowerPoint 2013