Apa yang baru dalam PowerPoint 2013

Microsoft PowerPoint 2013 mempunyai rupa yang serba baru: Ia lebih kemas dan terutamanya digunakan pada tablet dan telefon, jadi anda boleh menyeret dan ketik semasa persembahan. Pandangan Penyampai dipadankan secara automatik dengan persediaan tayangan anda, malah anda boleh gunakannya pada satu monitor. Kini tema bersertakan variasi, ini memudahkan anda memperkemas rupa yang anda inginkan. Dan apabila anda bekerja bersama orang lain, anda boleh menambah komen untuk bertanya soalan dan mendapat maklum balas.

Untuk mengetahui lanjut tentang Microsoft Office 2013, sila lihat Apa yang baru dalam Office 2013.

 Petua   

Lebih banyak pilihan untuk bermula

Selain daripada bermula dengan persembahan kosong, PowerPoint 2013 memberi anda beberapa cara untuk memulakan persembahan anda yang seterusnya menggunakan templat, persembahan terbaru, persembahan lama atau persembahan kosong.

Skrin mula PowerPoint 2013

Alat penyampai yang baru dan dipertingkatkan

Pandangan Penyampai yang bebas daripada masalah

Pandangan Penyampai membolehkan anda melihat nota di monitor anda sementara penonton hanya melihat slaid. Dalam keluaran terdahulu, adalah sukar untuk mengetahui siapa lihat apa di monitor mana. Pandangan Penyampai baru membaiki kesulitan itu dan menjadikannya ringkas mudah digunakan.

Pandangan Penyampai

  • Menggunakan Pandangan Penyampai pada satu monitor       Pandangan Penyampai tidak lagi memerlukan berbilang monitor. Sekarang anda boleh berlatih dalam Pandangan Penyampai tanpa sebarang masalah.
  • Zum masuk pada slaid    Klik kanta pembesar untuk zum masuk carta, gambar rajah atau apa-apa saja yang anda ingin tegaskan untuk penonton anda.
  • Pergi ke slaid    Menggunakan Navigator Slaid untuk menyemak lalu ke slaid lain dalam persembahan.
  • Persediaan automatik    PowerPoint mengesan secara automatik persediaan komputer anda dan memilih monitor yang sesuai untuk pandangan Penyampai.

Baca selanjutnya: Menggunakan pandangan Penyampai untuk mempersembahkan tayangan slaid anda

Mesra skrin lebar

Kebanyakan TV dan video di dunia sudah beralih ke skrin lebar dan format HD, begitu juga dengan PowerPoint. Terdapat tataletak 16:9 dan tema baru yang direka bentuk untuk membolehkan penggunaan skrin lebar.

Mesra skrin lebar

Baca selanjutnya: Mengubah saiz slaid kepada standard atau skrin lebar

Memulakan mesyuarat dalam talian dari PowerPoint

Sekarang anda memiliki beberapa cara untuk berkongsi persembahan PowerPoint di Web. Anda boleh menghantar pautan kepada slaid atau memulakan mesyuarat penuh Lync yang memaparkan dek dengan audio dan IM. Penonton anda boleh menyertai anda dari mana jua tempat, pada sebarang peranti dengan Lync atau Perkhidmatan Persembahan Office.

Memulakan mesyuarat dalam talian dari PowerPoint

Baca selanjutnya:

Alat reka bentuk lebih baik

Variasi tema

Kini tema bersertakan set variasi, seperti palet warna dan keluarga fon berbeza. Dan, PowerPoint 2013 menyediakan tema skrin lebar baru bersama-sama saiz standard. Pilih tema dan varian daripada skrin mula atau daripada tab Reka Bentuk.

Variasi tema

Memilih varian tema

Baca selanjutnya: Menggunakan warna dan reka bentuk pada slaid saya (tema)

Membariskan dan menjarakkan objek secara seragam

Tidak perlu lagi merenungi objek pada slaid anda untuk melihat sama ada ia tersusun. Panduan Pintar muncul secara automatik apabila objek anda, seperti gambar, bentuk dan banyak lagi hampir sekata dan ia juga memberitahu anda apabila objek dijarakkan secara seragam.

Membariskan dan menjarakkan objek secara seragam

Baca selanjutnya: Meletakkan carta, gambar dan objek pada grid untuk menyelaraskannya

Pembaikan laluan pergerakan

Apabila anda mencipta laluan pergerakan, PowerPoint menunjukkan anda tempat objek anda akan berakhir. Objek asal anda kekal dan imej “bayang” bergerak di sepanjang laluan ke titik akhir.

Pembaikan laluan pergerakan

Baca selanjutnya: Mencipta kesan animasi tersuai

Mencantum bentuk umum

Pilih dua atau lebih bentuk umum pada slaid anda dan gabungkannya untuk mencipta bentuk dan ikon baru.

Mencantum bentuk umum

Baca selanjutnya: Menggabungkan bentuk untuk mencipta bentuk tersuai

Sokongan video dan audio dipertingkatkan

Kini PowerPoint menyokong lebih banyak format multimedia, seperti .mp4 dan .mov bersama video H.264 dan audio Pengekodan Audio Lanjutan (AAC) dan banyak lagi kandungan definisi tinggi. PowerPoint 2013 merangkumi lebih banyak codec terbina dalam supaya anda tidak perlu memasangnya untuk memastikan sesetengah format fail berfungsi.

Gunakan ciri Bermain dalam Latar untuk memainkan muzik apabila orang lain melihat tayangan slaid anda.

Baca selanjutnya:

Penitis baru untuk padanan warna

Anda boleh memetik warna yang sama daripada objek pada skrin anda kemudian menggunakannya pada sebarang bentuk. Penitis membuat padanan untuk anda.

Menggunakan penitis untuk padanan warna

Baca selanjutnya: Menggunakan penitis untuk memadankan warna pada slaid anda

PowerPoint pada peranti sentuhan

Sekarang anda boleh berinteraksi dengan PowerPoint pada hampir sebarang peranti termasuk PC Windows 8. Dengan sentuhan gerak isyarat lazim, anda boleh leret, ketik, skrol, zum dan sorot merentasi slaid anda dan benar-benar menjiwai persembahan.

PowerPoint pada peranti sentuhan

Lihat

kami yang baru

Kongsi dan simpan

Berkongsi dan menyimpan fail Office anda ke awan

Awan adalah seperti storan fail di langit. Anda boleh mendapatkannya bila-bila masa anda berada dalam talian. Kini mudah untuk menyimpan fail Office anda ke SkyDrive anda sendiri atau laman web organisasi anda. Dari situ anda boleh mencapai dan berkongsi persembahan PowerPoint anda dan fail Office yang lain. Anda juga boleh bekerja bersama-sama dengan rakan sekerja anda pada fail yang sama pada masa yang sama.

Menyimpan fail Office anda ke awan

Baca selanjutnya: Menyimpan dan berkongsi persembahan PowerPoint kepada Microsoft SkyDrive

Komen

Kini anda boleh memberi maklum balas dalam PowerPoint dengan anak tetingkap Komen baru. Dan anda boleh menunjukkan atau menyembunyikan komen dan semakan.

Anak Tetingkap Komen Baru

Baca selanjutnya: Menambah komen dalam persembahan

Bekerjasama pada persembahan yang sama

Anda dan rakan sekerja anda boleh bekerja bersama-sama pada persembahan yang sama, sama ada dengan desktop atau PowerPoint versi dalam talian dan melihat perubahan antara satu sama lain.

 
 
Berkenaan dengan:
PowerPoint 2013