Menambah kenalan

Anda boleh mencatat dan mengatur maklumat tentang individu dengan mencipta kenalan. Kenalan serupa kad elektronik yang menyimpan maklumat seseorang. Kenalan boleh berbentuk seringkas nama dan alamat e-mel atau termasuk lebih banyak maklumat seperti alamat jalan, berbilang nombor telefon dan gambar.

Selepas anda menyimpan seseorang sebagai kenalan, anda boleh menaipkan beberapa huruf pertama nama mereka ke dalam e-mel dan Outlook akan mengisi alamat e-mel mereka untuk anda. Atau hanya dengan beberapa klik, anda boleh memanggil individu tersebut tanpa perlu mencari nombor telefon mereka.

Menambah kenalan daripada mesej e-mel

  1. Buka mesej agar nama individu tersebut ditunjukkan dalam salah satu baris ini: Daripada:, Kepada:, Sk: atau Sks:.
  2. Klik kanan nama yang berkenaan dan klik Tambah ke Kenalan Outlook. Tetingkap baru yang anda boleh mengisi butiran yang anda inginkan akan terbuka.

Outlook menyelitkan alamat e-mel kenalan dalam kotak E-mel, dan sebarang maklumat lain tentang kenalan yang tersedia dalam mesej di kotak yang berkenaan. Jika kenalan berada dalam organisasi anda, maka mungkin termasuk maklumat seperti jawatan, jabatan, telefon dan pejabat mereka.

Menambah kenalan baru pada Outlook daripada mesej

  1. Klik Simpan.

Menambah kenalan dari awal

  1. Klik Individu di bahagian bawah skrin.

Klik Individu

  1. Dalam kumpulan Baru, klik Kenalan Baru atau tekan Ctrl+N.

Butang Kenalan Baru pada tab Kenalan

Petua   Untuk mencipta kenalan dari mana-mana dalam Outlook, tekan Ctrl+Shift+C.

  1. Masukkan nama dan sebarang maklumat lain yang anda ingin masukkan untuk kenalan tersebut.
  2. Jika anda ingin mencipta kenalan lain dengan segera, klik Simpan & Baru (dengan cara ini, anda tidak perlu bermula semula bagi setiap kenalan). Selepas anda selesai memasukkan kenalan baru, klik Simpan & Tutup.

 Petua    Ingin menambah kenalan lain dari syarikat yang sama? Hanya klik anak panah bawah di sebelah Simpan & Baru , kemudian klik Kenalan dari Syarikat Sama . Mencipta kenalan baru dari syarikat yang sama

Menyimpan lebih daripada satu alamat e-mel atau nombor telefon

Anda boleh menyimpan lebih daripada satu nombor telefon, alamat e-mel atau alamat mel untuk seseorang. Contohnya:

  1. Pada Kad Kenalan baru, taipkan alamat e-mel pertama kenalan anda dalam kotak E-mel.
  2. Klik anak panah bawah di sebelah E-mel kemudian klik E-mel 2. Alamat e-mel pertama akan disimpan dan anda boleh menaipkan alamat kedua dalam medan.

Menambah alamat e-mel tambahan untuk kenalan

Menambah gambar kenalan anda

Jika anda menyimpan gambar seseorang individu pada komputer anda (atau pada lokasi lain), anda boleh menggunakannya dalam maklumat kenalan mereka.

  1. Klik ikon imej dalam kotak kenalan baru.

Mengklik ikon imej untuk menambah gambar

  1. Cari gambar yang anda ingin gunakan dalam kotak Tambah Gambar Kenalan kemudian klik OK.

Cara lain untuk menambah kenalan

  • Mengimport kenalan dari fail .csv atau .pst    Fail .csv mengandungi kenalan yang anda telah eksport kepada fail teks, yang setiap bahagian maklumat kenalan dipisahkan dengan tanda koma (.csv bermaksud "nilai dipisahkan koma" ).

Fail .pst ialah fail yang dieksport daripada Outlook kepada format yang boleh dibaca dengan komputer lain yang menjalankan Outlook.

Lihat Mengimport kenalan untuk mengetahui selanjutnya.

  • Mengambil kenalan daripada Excel    Anda boleh menggunakan Bestari Import dan Eksport untuk memperoleh maklumat kenalan yang disimpan dalam fail Excel, seperti .xlsx atau .xls.

Lihat Mengimport kenalan dari hamparan Excel untuk mengetahui selanjutnya.

 
 
Berkenaan dengan:
Outlook 2013