Gambaran keseluruhan individu

Individu ialah tempat kenalan peribadi anda disimpan dan tempat anda boleh melihat sebarang buku alamat yang telah disediakan untuk organisasi anda.

Dalam artikel ini


Apa yang anda dapat lihat dalam Individu

Pandangan Individu

  1. Cipta kenalan baru dengan memilih baru Baru.
  2. Semua tempat yang anda boleh menemui maklumat kenalan.
  3. Cari. Taipkan nama individu di sini untuk mencari mereka dalam kenalan anda dan dalam buku alamat organisasi anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Mencari dalam Outlook Web App.
  4. Senarai semua kenalan dalam folder semasa.
  5. Kad kenalan individu yang dipilih.
  6. Tindakan yang anda boleh ambil terus daripada kad kenalan. Pilih ikon untuk menghantar mesej, memulakan sesi IM atau mencipta permintaan mesyuarat. Untuk maklumat lanjut, lihat Tindakan yang anda boleh ambil daripada kenalan.

Atas Halaman Atas Halaman

Kad kenalan kecil

Anda boleh meletakkan penuding pada sebarang nama atau memilih sebarang nama dalam medan penghantar, Kepada atau Sk untuk melihat ringkasan pendek mengenai maklumat hubungan mereka. Maklumat yang sama ini muncul dalam anak tetingkap membaca di bahagian atas setiap entri dalam Individu.

smallcontact

Ia termasuk status IM mereka (jika tersedia), nama, jawatan dan ikon yang anda boleh pilih untuk menghantar mesej kepada mereka, memulakan sesi IM dengan mereka atau mencipta jemputan mesyuarat untuk dialamatkan kepada mereka.

Mencipta kenalan baru

Untuk mencipta kenalan, pilih folder di bawah Kenalan Saya yang anda ingin ciptakan kenalan, kemudian pilih baru Baru dan pilih Cipta kenalan.

blankcontact

Ini akan membuka borang kenalan kosong. Isikan sebarang butiran yang anda inginkan. Pilih ikon baru untuk melihat opsyen lain bagi jenis maklumat tersebut. Contohnya, jika individu yang anda tambahkan pada kenalan anda mempunyai berbilang nombor telefon, pilih baru di sebelah Telefon untuk menambahkan nombor telefon.

Apabila anda selesai, pilih Simpan Simpan untuk menyimpan perubahan anda atau buang Buang untuk membatalkannya.

 Nota    Jika anda ingin mencipta kenalan Lync yang baru, buka Lync pada komputer atau peranti yang anda pasangkannya kemudian tambahkan kenalan dari sana. Untuk maklumat lanjut, lihat Menambah kenalan dalam Lync.

Mencipta kumpulan

Anda boleh mencipta dua jenis kumpulan dalam Outlook Web App. Yang pertama ialah kumpulan peribadi iaitu kumpulan yang disimpan dalam folder Kenalan anda dan boleh mengandungi entri daripada Kenalan peribadi dan daripada buku alamat organisasi anda.

Untuk mencipta kumpulan peribadi, pilih folder di bawah Kenalan Saya yang anda ingin ciptakan kumpulan, kemudian pilih baru Baru dan pilih Cipta kumpulan.

Kumpulan peribadi baru

Ini akan membuka borang kumpulan kosong. Masukkan nama kumpulan yang anda inginkan dan sebarang nota. Untuk menambah ahli, taipkan nama individu yang anda ingin tambahkan dalam Ahli. Outlook Web App akan mencari padanan dalam Kenalan anda dan dalam buku alamat organisasi anda. Jika padanan tidak ditemui, anda boleh membuat carian untuk individu tersebut. Anda juga boleh menaipkan alamat e-mel terus dalam Ahli. Tekan Enter untuk menambah pilihan anda pada kumpulan.

Apabila anda selesai, pilih Simpan Simpan untuk menyimpan perubahan anda atau buang Buang untuk membatalkannya.

Mencipta kumpulan dikongsi

Bergantung pada seting pada akaun anda, anda boleh mencipta kumpulan yang akan muncul dalam buku alamat organisasi anda. Untuk mengetahui cara mencipta dan menguruskan kumpulan dikongsi, lihat Kumpulan Edaran.

Mencipta kenalan daripada mesej

Anda boleh menambah sebarang kenalan yang anda lihat dalam mesej kepada Kenalan anda. Untuk menambah kenalan daripada mesej:

  1. Pilih nama untuk melihat kad kenalan kecil.
  2. Pilih tanda chevron ke bawah Tanda chevron bawah di penjuru bawah untuk mengembangkan kad.
  3. Pilih Tambah, kemudian Tambah ke kenalan.
  4. Tambah sebarang maklumat tambahan yang anda inginkan.
  5. Pilih Simpan Simpan untuk menambahkan kad pada Kenalan anda atau buang Buang untuk membatalkannya.

Menambah kenalan daripada kad

Mengedit kenalan

Cari dan pilih kenalan yang anda ingin edit. Anda hanya boleh mengedit kenalan dalam folder di bawah Kenalan Saya. Apabila anda memilih kenalan, anda dapat melihat butiran mereka dalam anak tetingkap membaca. Untuk mengedit maklumat mereka, pilih Edit. Buat sebarang perubahan yang anda inginkan kemudian pilih Simpan Simpan untuk simpan perubahan anda atau buang Buang untuk batal.

Atas Halaman Atas Halaman

Memautkan dan menyahpautkan kenalan

Outlook Web App mengesan kenalan yang mempunyai nama paparan yang sama atau sangat serupa dan akan memautkannya ke dalam pandangan tunggal. Untuk melihat kenalan yang telah dipautkan, pilih kad kenalan kemudian pilih Uruskan Profil dalam anak tetingkap membaca. Anda juga boleh memilih kenalan yang anda ingin pautkan.

contactmanageprofiles

Ini akan memaparkan kenalan yang dipautkan, jika ada, untuk kad tersebut.

linkedcontacts

  1. Lihat semua kenalan yang dipautkan ke kad kenalan ini. Jika terdapat pautan yang telah ditambahkan yang anda ingin alih keluar, pilihnya untuk melihatnya atau membuang pautannya.
  2. Pautan yang dicadangkan menunjukkan pautan yang mungkin sepadan dengan individu ini.
  3. Anda boleh mencari kenalan tambahan untuk dipautkan melalui carian.

Sebarang perubahan yang anda buat akan disimpan secara automatik apabila anda membuatnya. Apabila anda selesai, pilih buang untuk menutup tetingkap.

Menggunakan Outlook Web App pada peranti mudah alih

Jika anda menggunakan Outlook Web App pada peranti mudah alih, seperti tablet atau telefon pintar, anda akan melihat sesuatu yang berbeza daripada imej di atas.

Individu

Kebanyakan ciri berfungsi secara sama apabila anda menggunakan Outlook Web App pada komputer desktop atau komputer riba, tetapi sesetengah perkara dilakukan secara sedikit berbeza.

Ketik ikon navigasi Navigasi di penjuru bawah untuk bertukar antara Mel, Kalendar, Individu dan Opsyen.

Untuk mencari, ketik ikon carian Mencari. Ketik ikon tambah kepada Kenalan Menambah kepada kenalan untuk menambahkan entri terpilih daripada buku alamat organisasi anda pada Kenalan anda. Mengetik ikon lain Opsyen lanjutan akan menunjukkan lebih banyak pemilihan.

Anda mencipta item baru dengan mengetik ikon item baru Baru. Cari ikon chevron Chevron ke atas Chevron ke kiri untuk mengembangkan atau meruntuhkan bahagian skrin yang ia kelihatan.

Untuk menuju ke Opsyen apabila anda menggunakan peranti mudah alih, ketik ikon navigasi Navigasi, kemudian ketik ikon gear seting. Untuk maklumat lanjut, lihat Opsyen pada peranti mudah alih.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?

 
 
Berkenaan dengan:
Office 365 Enterprise, Office 365 Small Business, Outlook Web App, Outlook Web App for Office 365 untuk perusahaan, Outlook Web App for Office 365 untuk profesional dan perniagaan kecil, Pengguna Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business