Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Office OneNote 2013

Semua nota anda, pada semua peranti anda, dikemas kini

Tersedia secara percuma
pada semua peranti anda
Office OneNote 2013
Windows 7, Windows 8, Windows Phone, Mac, iPad®, iPhone®, Android
Kumpulkan semua maklumat yang anda perlukan, di satu tempat

Kumpulkan semua maklumat yang anda perlukan, di satu tempat

Catat nota dengan mudah. Muat turun OneNote secara percuma untuk PC, Mac, telefon dan tablet anda. Kemudian kumpulkan semua idea anda dalam buku nota anda yang disimpan dalam talian dengan OneDrive, agar ia sentiasa bersama anda.
Catatkan idea dengan mudah, dalam apa jua bentuk. Taipkan, tulis atau lakarkan idea anda. Potong pautan dan halaman web, masukkan foto dan video, benamkan jadual dan lampirkan fail.
Mula menulis! Lukis, padam dan edit dengan lancar, menggunakan jari, stilus atau tetikus anda, dengan OneNote.
Simpan semua nota anda bersama. Mengumpulkan maklumat dalam satu buku nota mudah alih menjimatkan masa dan boleh mencetuskan kekreatifan anda.

Uruskan pandangan anda dengan pantas

Nota anda amat bernilai. Tetapi siapa yang mahu membazirkan masa untuk memastikan ia disimpan, disusun semula atau mencari menerusinya? OneNote memudahkan nota anda disimpan, disusun dan dicari.
Jangan kehilangan sebarang nota. Nota anda disimpan secara automatik apabila anda membuatnya—sama seperti buku nota kertas. Ia dibawa bersama anda ke mana-mana sahaja dan tidak seperti buku nota kertas, anda tidak perlu risau akan kehilangannya.
Alihkan nota anda secara bebas. Alihkan nota atas halaman atau dalam buku nota dengan mudah, yang membantu anda menyusun idea anda dengan jelas dan temui hubungan baru antaranya.
Cari apa yang anda mahukan dengan tepat dan pantas. Cari dalam nota anda dan fail yang anda tambah untuk mencari apa-apa sahaja, dari halaman tertentu dalam persembahan hinggalah ke frasa atau rujukan khusus.
Susun pandangan anda dengan cepat
Bekerjasama dalam projek

Bekerjasama dalam projek

Cipta panduan pembelajaran berkumpulan, perancangan perjalanan, buku resipi atau buku skrap dan kemudian kongsikannya, agar anda boleh bekerja padanya bersama orang lain dalam masa nyata. Ini ialah cara hebat untuk lebih banyak pencapaian dan berseronok melakukannya!
Sentiasa miliki versi terkini. OneNote menyegerakkan nota anda secara automatik dengan akaun storan dalam talian OneDrive anda, agar anda dan sesiapa sahaja yang berkongsinya boleh mengakses versi terkini dari mana-mana sahaja.
Permudahkan cara anda berkongsi. Apabila anda mahu bekerjasama, hantar rakan atau keluarga anda satu pautan ke buku nota yang sama. Apabila mereka mengklik pautan, mereka akan melihat versi terkini.
Bekerjasama dalam masa nyata. Apabila seseorang menggunakan OneNote Online atau OneNote 2013, anda boleh melihat tambahan semua orang pada buku nota dengan serta merta, yang membantu memajukan projek dengan pantas.

Dapatkan ciri-ciri premium OneNote dan lebih banyak lagi dengan Office 365

Sesiapa sahaja boleh memuat turun dan menggunakan versi percuma OneNote. Apabila anda melanggan Office 365 Home atau Office 365 Personal, anda mendapat versi premium OneNote, yang bersepadu dengan aplikasi Office terkini yang lain dengan mudah dan datang dengan keupayaan tambahan, termasuk keupayaan untuk:
Cipta buku nota pada PC anda. Cipta buku nota yang disimpan pada cakera keras anda (luar talian) selain daripada disimpan pada OneDrive anda. Berupaya bekerja dengan buku nota di luar talian dan juga dalam talian adalah baik untuk sesiapa sahaja dengan sambungan rangkaian yang lemah atau orang yang sentiasa dalam perjalanan.
Sokong keperluan perniagaan anda. Nota anda disegerakkan ke OneDrive for Business anda agar anda dan ahli pasukan anda boleh bekerjasama dengan mudah. Untuk keselamatan tambahan, anda boleh melindungi buku nota anda dengan kata laluan. Dan dengan Office 365 anda mendapat aplikasi Office terkini, yang bermakna anda mendapat pengalaman pengambilan nota yang lengkap, dengan fail Excel dibenamkan dan tugas, nota mesyuarat serta kenalan Outlook.
Rakam nota anda. Mengapa perlu menulis atau menaip nota anda jika anda boleh merakam video atau audio nota tersebut pada masa yang sama? Melalui cara ini anda pasti tidak akan terlepas sebarang maklumat penting. Cukup sesuai untuk pelajar dan mesyuarat penting.
Dapatkan ciri-ciri premium OneNote dan banyak lagi dengan Office 365

Sumber Office

Bekerja dari mana-mana sahaja

Bekerja dari mana-mana sahaja

Rakam nota dan idea dan aksesnya dari mana-mana sahaja pada Windows Phone, iPhone, iPad, telefon Android anda atau di web.

Office MobileOffice Mobile

Office OnlineOffice Online

Serlahkan kerja anda

Serlahkan kerja anda

Tunjukkan gaya dan profesional anda dengan templat Office. Semak imbas mengikut produk atau kategori untuk mencari yang anda perlukan.

Dapatkan templat percumaDapatkan templat percuma

Berhubung dengan blog

Berhubung dengan blog

Cari cara asas, petua, inspirasi untuk mencipta buku memasak dengan nota digital dan catatan dan banyak lagi.

Baca blogBaca blog

Dapatkan bantuan dengan OneNote


iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.