Tugas asas dalam Microsoft OneNote 2013

 
OneNote adalah buku nota digital yang membekalkan satu tempat bagi kesemua nota dan maklumat anda — setiap perkara yang anda perlu ingati dan urus dalam kehidupan anda di rumah, tempat kerja atau sekolah.

Dalam OneNote, buku nota anda tidak akan kehabisan kertas. Ia mudah disusun semula, dicetak dan dikongsi, dan ia mempunyai ciri carian yang cepat supaya anda boleh mengambil semula apa-apa yang anda inginkan dengan segera. Yang paling bagusnya ialah, anda boleh menyimpan buku nota anda dalam talian dan gunakannya dari mana jua.

Berikut adalah beberapa langkah asas untuk membantu anda bermula dengan OneNote.
 

Mencipta buku nota baru

Semasa anda mula membuka OneNote, ia akan mencipta buku nota sampel untuk anda. Anda boleh menggunakan buku nota ini atau dengan cepatnya mencipta buku nota anda sendiri.

  1. Klik Fail > Baru.
  2. Pilih salah satu lokasi yang tersedia (contohnya, SkyDrive), atau klik Tambah Lokasi untuk memberitahu OneNote di mana anda ingin menyimpan buku nota baru tersebut.
     

Proses Buku Nota Baru dalam OneNote

  1. Ikut prom skrin yang anda lihat. Apabila buku nota anda tersedia, ia akan membuka seksyen yang baru yang mempunyai halaman kosong tunggal padanya.
     

 Petua    Halaman baru lazimnya kosong. Jika anda lebih menggemari reka bentuk dengan lebih banyak hiasan, anda boleh menggunakan templat pada halaman baru dengan mengklik Selitkan > Templat Halaman > Templat Halaman.

Atas Halaman Atas Halaman

Menaip atau menulis nota

Apabila anda bersedia untuk mengambil nota, lakukan sebarang perkara berikut:

  • Untuk menaip nota pada halaman dalam OneNote, klik di tempat yang anda inginkannya muncul kemudian mula menaip.
     

Klik di mana-mana sahaja untuk menaip nota dalam OneNote.

  • Apabila anda ingin memulakan nota pada tempat lain dalam halaman tersebut, hanya klik dan mula menaip padanya.
  • Untuk menambah tajuk halaman, klik pada kawasan pengepala halaman di bahagian atas halaman kemudian taipkan tajuk. Tajuk juga muncul dalam tab halaman berdekatan bahagian kanan halaman.
     

Tambah tajuk halaman.

  • Jika komputer anda menyokong tulisan tangan, klik tab Lukis pada Reben, pilih pen kemudian lukis atau tulis terus pada skrin anda.
     

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah pautan

Apabila anda menaip teks yang dikenal pasti oleh OneNote sebagai pautan (juga dikenali sebagai hiperpautan), OneNote memformatkannya sebagai pautan secara automatik. Contohnya, sekiranya anda menaip www.microsoft.com pada nota anda, OneNote akan menukarkannya kepada pautan. Mengklik padanya akan membuka laman web Microsoft dalam pelayar anda.

Anda juga boleh menyelitkan pautan secara manual dalam nota anda (termasuk pautan ke teks, gambar dan halaman serta seksyen lain bagi buku nota anda) dengan melakukan perkara berikut:

  1. Pilih teks atau gambar yang anda ingin pautkan.
  2. Klik Selitkan > Pautan.

 

Selitkan pautan dan klik padanya untuk pergi ke URL tersebut.

  1. Dalam kotak dialog Pautan, taip URL destinasi pautan pada medan Alamat kemudian klik OK.
     

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah fail pada nota anda

OneNote boleh menyimpan semua maklumat anda tentang sebarang subjek atau projek bersama-sama dalam satu tempat — termasuk salinan fail dan dokumen berkaitan.

  1. Dalam nota anda, pergi ke halaman yang anda ingin selitkan fail atau dokumen.
  2. Klik Selitkan > Lampiran Fail.
     

Selitkan lampiran fail supaya anda mempunyai satu salinan fail dalam OneNote

  1. Dalam kotak dialog Pilih fail atau satu set fail untuk diselitkan, pilih satu atau lebih fail kemudian klik Selitkan.
     

Fail yang diselitkan muncul sebagai ikon pada halaman nota anda. Dwiklik sebarang ikon untuk membuka failnya.

Ingat, fail yang diselitkan cuma salinan. OneNote tidak mengemas kini secara automatik salinan jika fail asalnya berubah.
 

Atas Halaman Atas Halaman

Menyelitkan gambar

Anda boleh menyelitkan pangkasan skrin, foto, imej yang diimbas, foto telefon bimbit dan sebarang jenis imej lain dalam nota anda.

  1. Pada sebarang halaman, letakkan kursor di tempat yang anda ingin selitkan gambar.
  2. Klik Selitkan kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
  • Klik Pangkasan Skrin untuk memetik pemilihan skrin komputer anda dan menyelitkannya sebagai gambar dalam nota anda.
  • Klik Gambar untuk menyelitkan gambar fail yang disimpan pada komputer anda, rangkaian anda atau pemacu cakera lain seperti pemacu USB luaran.
  • Klik Gambar Dalam Talian untuk mencari dan menyelitkan gambar dari pustaka Lukisan Klip Office, Carian Imej Bing, akaun SkyDrive anda atau di tempat lain pada Web.
  • Klik Imej Imbasan untuk mengimbas gambar ke dalam OneNote dengan pengimbas yang bersambung dengan komputer anda.
     

Selitkan imej ke dalam OneNote.

Atas Halaman Atas Halaman

Melukis jadual

Jadual merupakan cara yang baik untuk mengatur maklumat dalam halaman nota anda. Mula dengan melukis grid mudah.

  1. Klik Selitkan > Jadual.
     

Selitkan jadual ke dalam OneNote.

  1. Alihkan penuding tetikus di atas grid untuk memilih saiz jadual yang anda inginkan kemudian klik butang tetikus kiri. Contohnya, memilih jadual 4x6 akan mencipta jadual dengan 4 lajur dan 6 baris.
     

Untuk mengubah suai dengan cepat jadual atau sebarang bahagiannya, kilik kanan sebarang sel jadual, klik Jadual kemudian gunakan perintah pada menu.

 Petua    Jika jadual menjadi terlalu kompleks, anda boleh menukarnya kepada hamparan sebenar dalam OneNote. Klik kanan jadual kemudian klik Tukar kepada Hamparan Excel.

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah lebih banyak halaman

Untuk mewujudkan lebih ruang dalam buku nota anda, tambah sebanyak mana halaman yang anda inginkan.

  1. Dalam seksyen buku nota yang anda ingin tambahkan halaman, berdekatan bahagian kanan halaman, klik Tambah Halaman sekali bagi setiap halaman baru yang anda inginkan.
     

Menambah lebih banyak halaman pada buku nota anda.

  1. Apabila anda bersedia untuk menggunakan satu daripada halaman baru, taipkan tajuk halaman dalam kawasan pengepala halaman kemudian tekan Enter.
     

 Petua    Untuk mengubah tertib halaman anda, klik dan seret sebarang tab halaman ke posisi baru.

Atas Halaman Atas Halaman

Menambah lebih banyak seksyen

Seksyen dalam OneNote adalah seperti tab warna dalam buku nota kertas 5 subjek yang biasa. Namun, berbeza dengan kertas, OneNote membolehkan anda mencipta sebanyak mana seksyen yang anda inginkan.

  1. Klik kanan sebarang tab seksyen di atas halaman semasa, kemudian klik Seksyen Baru.
     

Tambahkan seksyen baru dalam OneNote.

  1. Taipkan tajuk bagi seksyen baru kemudian tekan Enter.
     

Seksyen baru sentiasa mengandungi satu halaman baru yang kosong. Anda boleh mula mengambil nota pada halaman ini atau memadamkannya dan mula dengan halaman daripada templat kegemaran anda.
 

Atas Halaman Atas Halaman

Menyimpan nota anda

OneNote tidak mempunyai butang Simpan. Ini disebabkan anda tidak perlu menyimpan kerja anda dalam OneNote seperti yang anda lakukan dalam program lain.

Semasa anda bekerja dalam buku nota anda, OneNote menyimpan semuanya secara automatik untuk anda — tanpa mengira betapa kecil atau besar perubahan yang anda lakukan. Ini melapangkan fikiran anda untuk berfikir tentang projek, buah fikiran dan idea anda selain daripada berfikir tentang fail komputer anda.
 

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
OneNote 2013