Apa yang baru dalam OneNote 2013

Nota SkyDrive sekarang dipanggil OneDrive dan SkyDrive Pro sekarang dipanggil OneDrive for Business. Baca selanjutnya mengenai perubahan ini pada Daripada SkyDrive kepada OneDrive.

OneNote adalah buku nota digital untuk memetik, menyimpan dan berkongsi semua jenis maklumat. Perkara pertama yang anda akan lihat apabila anda membuka OneNote 2013 ialah rupa yang segar dan kemas yang membenarkan anda memfokus pada fikiran serta idea dan bukannya antara muka. Penyepaduan lengkap dengan awan bermakna anda boleh membebaskan fail anda daripada pemacu keras komputer agar nota dan maklumat anda disimpan dan boleh dicari walau di mana anda berada — hampir pada sebarang telefon bimbit, tablet atau pelayar.

Ciri popular untuk dijelajahi

Menyimpan dan berkongsi fail dalam awan

Menyimpan dan berkongsi nota anda dalam awan

Awan adalah seperti storan fail di langit. Anda boleh mencapainya pada bila-bila masa anda berada dalam talian. Dalam OneNote, kerja menyimpan fail pada akaun OneDrive anda atau pada laman organisasi anda adalah mudah. Dari sana, anda boleh melihat, mengedit, menyegerakkan dan berkongsi nota dengan mudah malah bekerja bersama-sama ahli keluarga, rakan sekerja atau rakan sekelas pada nota yang sama secara serentak.
 

Menyegerakkan nota merentasi komputer dan peranti

OneNote berfungsi pada banyak peranti yang berbeza

Apabila anda menyimpan buku nota dalam awan, anda boleh mencapai dan mengguna secara lancar maklumat yang anda perlukan serta memastikannya disegerakkan merentasi aplikasi OneNote pada semua peranti kegemaran anda, termasuk komputer Windows, Windows Phone, iPhone, iPad, Android dan peranti Symbian anda. Anda boleh juga menggunakan Office Online yang percuma pada mana-mana pelayar. Jika anda mempunyai tablet atau PC papan papar Windows 8, aplikasi OneNote yang didayakan Sentuhan akan memudahkan lagi anda menggunakan OneNote di mana-mana sahaja.
 

Melukis, melakar atau menulis nota tulisan tangan

Lukis, padam dan edit dengan jari, stilus atau tetikus anda pada sebarang peranti berdaya Sentuh seperti PC Tablet, tablet Windows 8 atau PC papan papar. Jika anda perlu berkongsi nota tulisan tangan dan mengutamakan kebolehbacaan, OneNote boleh menukar tulisan tangan anda secara automatik kepada teks.
 

Atas Halaman Atas Halaman

Memetik apa yang anda ambil berat

Memangkas dan menyimpan maklumat dari Web

Alat Hantar ke OneNote

Alat Hantar ke OneNote yang ditambah baik memudahkan lagi anda memangkas apa yang anda lihat pada skrin, menghantar halaman Web atau seluruh dokumen kepada seksyen buku nota atau mencatat Nota Cepat yang disimpan dan difailkan secara automatik sebagai sebahagian daripada buku nota anda.
 

Membenamkan hamparan Excel dan gambar rajah Visio

Anda boleh melampirkan sebarang fail komputer pada mana-mana bahagian nota anda yang menyimpan salinan fail dalam buku nota anda. Anda boleh juga mencipta atau mengimport hamparan Excel dan gambar rajah Visio terus dari dalam OneNote dan mengedit maklumat daripadanya dalam nota anda.
 

Membuat jadual yang lebih baik

Cipta lebih banyak jadual canggih dalam nota anda berbanding dengan sebelum ini. OneNote kini menyokong opsyen pemformatan baru untuk pewarnaan sel, baris pengepala dan pengisihan data dalam sel jadual agar anda boleh mengatur dan memaparkan maklumat mengikut cara anda.
 

Atas Halaman Atas Halaman

Bekerja bersama-sama

Melihat individu yang bekerjasama

Kenal pasti dan sahkan pengarang lain secara lebih mudah dengan profil identiti bersepadu dalam OneNote. Cari perubahan dan semakan buku nota mengikut nama pengarang dan lihat semua pengeditan baru-baru ini apabila anda kembali ke buku nota kongsi.
 

Berkongsi nota dalam mesyuarat

Sertai mesyuarat dalam talian dan kongsi nota anda daripada sebarang peranti yang disokong walaupun Office tidak dipasang.
 

Menyimpan, mencari dan berkongsi semuanya

OneNote menyimpan dan menyegerakkan semua perkara secara automatik sewaktu anda bekerja agar anda boleh menumpukan perhatian pada fikiran serta idea anda dan bukannya fail. Gunakan Carian Segera untuk mengambil semula apa-apa yang anda pernah cipta atau simpan dalam OneNote. Jika anda perlu berkongsi petikan nota anda dengan seseorang yang tiada OneNote, anda boleh mengeksport fail anda kepada pelbagai format fail.
 

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
OneNote 2013