Apa yang baru dalam Microsoft OneNote 2013

OneNote adalah buku nota digital untuk memetik, menyimpan dan berkongsi semua jenis maklumat. Perkara pertama yang anda akan lihat apabila anda membuka OneNote 2013 ialah rupa yang segar dan kemas yang membenarkan anda memfokus pada fikiran serta idea dan bukannya antara muka. Penyepaduan lengkap dengan awan bermakna anda boleh membebaskan fail anda daripada pemacu keras komputer agar nota dan maklumat anda disimpan dan boleh dicari walau di mana anda berada — hampir pada sebarang telefon bimbit, tablet atau pelayar.

Ciri popular untuk dijelajahi

Menyimpan dan berkongsi fail dalam awan

Menyimpan dan berkongsi nota anda dalam awan

Awan adalah seperti storan fail di langit. Anda boleh mendapatkannya bila-bila masa anda berada dalam talian. Dalam OneNote, menyimpan fail pada akaun SkyDrive anda sendiri atau pada tapak organisasi anda adalah mudah. Dari sana, anda boleh melihat, mengedit, menyegerakkan dan berkongsi nota dengan mudah malah bekerja bersama-sama ahli keluarga, rakan sekerja atau rakan sekelas pada nota yang sama pada masa yang sama.

Menyegerakkan nota merentasi komputer dan peranti

OneNote bekerja pada banyak peranti yang berbeza

Apabila anda menyimpan buku nota dalam awan, anda boleh mencapai dengan lancar dan menggunakan maklumat yang anda ambil berat serta memastikannya disegerakkan merentasi aplikasi OneNote pada semua peranti kegemaran anda — termasuk komputer Windows, Telefon Windows, iPhone, iPad, Android dan peranti Symbian anda. Anda boleh juga menggunakan Office Web App yang percuma dalam hampir sebarang pelayar. Jika anda mempunyai tablet atau PC papan papar Windows 8, aplikasi OneNote yang didayakan dengan Sentuhan memudahkan lagi anda menggunakan OneNote di mana jua.

Melukis, melakar atau menulis nota tulisan tangan

Lukis, padam dan edit dengan jari, stilus atau tetikus anda pada sebarang peranti boleh Sentuh seperti PC Tablet, tablet Windows 8 atau PC papan papar. Jika anda perlu berkongsi nota tulisan tangan dan mengambil berat tentang kebolehbacaan, OneNote boleh menukar tulisan tangan anda secara automatik kepada teks.

Atas Halaman Atas Halaman

Memetik apa yang anda ambil berat

Memangkas dan menyimpan maklumat dari Web

Alat Hantar ke OneNote

Alat Hantar ke OneNote memudahkan lagi anda memangkas apa yang anda lihat pada skrin, menghantar halaman Web atau seluruh dokumen kepada seksyen buku nota atau mencatat Nota Cepat yang disimpan dan difailkan secara automatik sebagai sebahagian daripada buku nota anda.

Membenamkan hamparan Excel dan gambar rajah Visio

Anda boleh melampirkan sebarang fail komputer pada mana-mana bahagian nota anda yang menyimpan salinan fail dalam buku nota anda. Anda boleh juga mencipta atau mengimport hamparan Excel dan gambar rajah Visio terus dari dalam OneNote dan mengedit maklumat daripadanya dalam nota anda.

Membuat jadual yang lebih baik

Cipta lebih banyak jadual canggih dalam nota anda berbanding dengan sebelum ini. OneNote kini menyokong opsyen pemformatan baru untuk pelorekan sel, baris pengepala dan pengisihan data dalam sel jadual agar anda boleh mengatur dan memaparkan maklumat mengikut cara anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Bekerja bersama-sama

Melihat individu yang bekerjasama

Mengenal pasti dan mengesahkan pengarang lain secara lebih mudah dengan adanya profil identiti bersepadu dalam OneNote. Cari perubahan dan semakan semula buku nota mengikut nama pengarang dan lihat semua pengeditan baru-baru ini apabila anda kembali ke buku nota berkongsi.

Berkongsi nota dalam mesyuarat

Sertai mesyuarat dalam talian dan kongsi nota anda daripada sebarang peranti yang disokong walaupun Office tidak dipasang.

Menyimpan, mencari dan berkongsi semuanya

OneNote menyimpan dan menyegerakkan semua perkara secara automatik sementara anda bekerja agar anda boleh menumpukan perhatian pada fikiran serta idea anda dan bukannya fail. Gunakan Carian Segera untuk mengambil semula apa-apa yang anda pernah cipta atau simpan dalam OneNote. Jika anda perlu berkongsi petikan nota anda dengan seseorang yang tiada OneNote, anda boleh mengeksport fail anda dalam pelbagai format fail.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
OneNote 2013