Pilih pasaran pengebilan anda:
Office 365 Home
Office 365 Home

Office 365 Home

Office untuk anda dan keluarga
Office 356 Home ialah perkhidmatan langganan yang dibina untuk membantu anda dan keluarga menyelesaikan perkara dari hampir mana sahaja dan dengan apa jua peranti.
{HPMonth|price}
setiap bulan
Jimat {HPYear|save} dengan langganan tahunan BELI untuk {HPYear|price} Beli sekarang
Hanya serasi dengan Windows 7 atau terkini dan Mac OS X 10.6 atau terkini
Apa yang disertakan
Pemasangan penuh aplikasi* Office
Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 OneNote 2013
Outlook 2013 Publisher 2013 Access 2013

Akses merentasi peranti

Akses merentasi peranti

Untuk 5 PC atau Mac dan 5 tablet seperti tablet Windows dan iPad® serta akses mudah pada berbilang telefon pintar.

Kelebihan langganan premium

Kelebihan langganan premium

20 GB storan tambahan dalam talian bagi setiap pengguna, sehingga 5 pengguna serta 60 minit dunia Skype panggilan setiap bulan ke 60+ buah negara.

Faedah
Microsoft Office Penuh

Office 365 Home membolehkan anda memasang versi desktop penuh terkini bagi aplikasi Office, termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook, pada sehingga 5 PCatau Mac, tambahan kepada 5 tablet Windows atau iPad—agar anda boleh menggunakan semua ciri di luar talian serta dalam talian. Anda juga boleh memasang Office pada berbilang telefon pintar untuk akses mudah.

Anda boleh berkongsi faedah langganan anda, seperti memasang aplikasi Office penuh dan storan tambahan dalam talian, dengan 4 ahli keluarga lain dan berkongsi faedah langganan anda untuk seisi rumah mudah sahaja, serta nilai hebat.

Microsoft Office Penuh
Akses merentasi peranti
Akses merentasi peranti

Dengan storan tambahan dalam talian Office 365 Home memberikan anda OneDrive di mana anda akan sentiasa mempunyai dokumen penting dan foto bersama anda. Ia sentiasa dikemas kini, sama ada anda membuat, edit, atau kongsikannya daripada PC anda, Mac, iPad, Windows tablet, atau telefon pintar.

Office 365 dan OneDrive menyimpan fail anda dalam segerak pada semua peranti anda dan dengan hanya satu klik anda boleh kongsikan fail yang besar dengan menghantar pautan kepada fail atau menerbitkannya pada Facebook.

Kelebihan langganan premium

Tambahan kepada 20 GB storan dalam talian OneDrive bagi setiap pengguna (untuk sehingga 5 pengguna), langganan anda termasuk perkhidmatan lain seperti 60 minit Skype setiap bulan untuk panggilan mudah alih di 8 negara dan talian tetap di lebih 60 buah negara dan sokongan teknikal secara percuma.

Perkhidmatan Office 365 sedang dipertingkatkan sepanjang masa dan anda mendapat peningkatan terkini secara automatik dengan langganan anda.

Kelebihan langganan premium
Office 365 Home termasuk:
Aplikasi Office termasuk
Sentiasa miliki versi terkini Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access serta olahkan idea anda dengan cara terbaik--menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
Word 2013 Lakukan lebih dengan dokumen Word anda: masukkan video dalam talian, buka PDF dan edit kandungan dan selarikan gambar dan diagram dengan mudah.
Excel 2013 Biar Excel templat melakukan kebanyakan kerja persediaan dan rekaan untuk anda, agar anda boleh fokus pada maklumat.
PowerPoint 2013 Cipta persembahan menakjubkan dengan penjajaran baharu, padanan warna dan alat reka bentuk lain dalam PowerPoint.
OneNote 2013 Lukis, tulis tangan, taip, klik, atau sapu nota anda dalam OneNote. Nota anda disimpan, boleh dicari dan disegerak pada aplikasi OneNote pada peranti anda. Untuk pengguna Mac, OneNote tersedia sebagai muat turun berasingan daripada Mac App Store.
Outlook 2013 Outlook kini disambungkan secara automatik ke akaun mel web Microsoft anda. Segerak tugas dan kalendar dengan Outlook untuk menyatukan semua pelan anda.
Publisher 2013 Bekerja dengan gambar lebih mudah dalam Publisher untuk menambah sentuhan menarik pada penerbitan anda. Publisher tersedia untuk PC sahaja.
Access 2013 Bina aplikasi pangkalan data dengan mudah dalam Access kemudian guna dan kongsikan aplikasi anda pada web. Access tersedia untuk PC sahaja.
Office pada lebih banyak peranti Pasang aplikasi Office pada sehingga 5 PC atau Mac dan 5 tablet Windows atau iPad. Juga nikmati akses mudah ke dokumen dengan aplikasi Office Mobile untuk iPhone®, telefon Android dan telefon Windows.
Office untuk seisi rumah Kongsi faedah langganan anda, seperti pemasangan mudah pada peranti keluarga dan storan tambahan dalam talian, dengan sehingga 4 ahli keluarga.
20 GB storan tambahan dalam talian dengan OneDrive Dapatkan 20 GB storan tambahan dalam talian untuk setiap pengguna, sehingga 5 pengguna. Gunakan storan tambahan 20 GB dalam talian untuk dokumen, foto dan video, agar anda boleh edit dan kongsikannya dari mana-mana sahaja.
60 minit dunia Skype panggilan setiap bulan ke 60+ negara Hubungi mudah alih di 8 negara dan talian tetap di lebih 60 negara dengan 60 minit dunia Skype setiap bulan. Gunakan minit dunia Skype daripada mana-mana peranti yang telah anda pasangkan Skype, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV, atau peranti lain.
Sentiasa dikemas kini Dengan langganan aktif Office 365 Home, anda tidak perlu bimbang mengenai peningkatan Office anda, kerana anda sentiasa mempunyai akses ke aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office terkini.
Sokongan teknikal Microsoft Sebagai pelanggan Office 365, anda boleh mendapatkan bantuan serta-merta daripada pakar terlatih Microsoft, melalui telefon atau bual—melalui telefon atau perbualan—secara percuma.

Aplikasi Office yang dikenali seperti Word, Excel dan PowerPoint disertakan ciri baru yang membantu anda membuat, berkomunikasi dan bekerja dengan lebih efisyen secara maya di mana sahaja.

Lihat apa yang baharu dalam aplikasi Office

Tambahan kepada mengemas kini suite Office tradisional, kami telah membangunkan versi langganan baharu bagi Office untuk rumah dan sekolah, direka khas untuk cara anda gunakan Office pada hari ini. Setiap daripada langganan ini termasuk versini terkini aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint, untuk PC, Mac, tablet Windows dan iPad. Serta tawaran seperti minit dunia Skype dan storan dalam talian dengan OneDrive. Pelanggan juga akan menerima hak masa hadapan kepada peningkatan versi serta hak setiap penggunaan pada semua PC, Mac, tablet Windows, and iPad. Aplikasi Office yang boleh anda gunakan pada semua PC, Mac dan tablet berbeza mengikut platform.

Pelanggan juga akan menerima hak masa hadapan terhadap peningkatan versi serta hak setiap penggunaan seluruh berbilang PC, Mac, tablet Windows dan iPad. Aplikasi Office yang anda boleh gunakan pada PC, Mac dan tablet berbeza mengikut platform.

Pelan Office 365 Home membolehkan anda memasang Office pada sehingga 5 PC atau Mac, serta 5 tablet Windows atau iPad, digunakan oleh sehingga 5 ahli keluarga.

Anda boleh memasang Office pada PC atau tablet Windows yang menggunakan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih tinggi. Office untuk iPad boleh dipasang pada iPad yang menggunakan iOS 7.0 atau lebih tinggi.

Lihat keperluan sistem penuh

Akses Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suite Office dan semua pelan langganan Office 365.

Untuk versi langganan Office termasuk Office 365 Home, Office 365 Personal dan Office 365 University, anda perlu pergi ke dalam talian untuk menguruskan akaun langganan anda, contohnya, untuk memasang Office pada mesin lain, atau menukar pilihan pengebilan. Anda juga perlu bersambung kepada Internet secara kerap untuk memastikan versi anda bagi Office terkini dan mendapat manfaat daripada peningkatan automatik. Kesambungan Internet juga diperlukan untuk mengakses perkhidmatan awan Office 365 seperti OneDrive.

Anda akan perlukan Office Mobile pada Telefon Windows, iPhone atau telefon Android. Office Mobile telah diprapasang pada Windows Phone 8 dan tersedia untuk model iPhone dan telefon Android yang terpilih. Office Mobile menawarkan pemaparan kandungan yang hebat dan keupayaan mengedit kandungan pada bila-bila masa. Dan anda boleh mengharapkan Office Mobile untuk memastikan kandungan dan pemformatannya utuh supaya dokumen ada kekal kelihatan hebat apabila anda kembali menggunakan PC atau Mac anda. Office Mobile for iPhone dan telefon Android boleh digunakan secara percuma untuk kegunaan bukan komersial, hanya muat turun aplikasi dari gedung pada telefon anda.

Aplikasi tersedia untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berlainan daripada yang tersedia untuk pengguna PC. Jika anda mempunyai langganan aktif Office 365 Home, Office 365 Personal, atau Office 365 University dan pemasangan tersedia, anda boleh memasang Office pada Mac anda yang termasuk aplikasi Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan daripada Mac App Store. Aplikasi Publisher dan Access tidak tersedia untuk Mac.

Versi aplikasi terkini untuk Office 365 adalah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif akan layak untuk versi terkini apabila tersedia.

Anda boleh menggunakan minit dunia Skype untuk menghubungi rakan atau keluarga dengan atau tanpa akaun Skype pada telefon mudah alih mereka atau talian tetap. Hanya dail daripada Skype dan rakan serta keluarga anda boleh mengangkat telefon mereka.

Setiap langganan aktif Office 365 Home, Office 365 Personal dan Office 365 University layak untuk 60 minit dunia Skype setiap bulan, yang boleh digunakan untuk membuat panggilan PC ke telefon melalui Skype ke lebih 60 buah negara/rantau.

Minit dunia Skype anda akan digunakan pada akaun Skype sedia ada. Setiap bulan anda akan menerima 60 minit dunia Skype. Peruntukan minit dunia Skype anda diset semula setiap bulan. Nombor khas, premium dan bukan geografi tidak boleh dihubungi menggunakan minit dunia Skype. Panggilan ke telefon mudah alih hanya untuk negara terpilih. Minit dunia Skype tersedia di negara terpilih. Lihat butiran selanjutnya.

Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:

Talian darat dan juga telefon mudah alih: Kanada, Guam, Hong Kong, SAR, Puerto Rico, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Talian darat sahaja: Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Republik Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom, Venezuela.

Anda boleh menghubungi dari mana-mana negara/rantau di dunia kecuali: Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, China, Côte d'Ivoire, Mesir, Ghana, India, Kazakhstan, Korea, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Namibia, Pakistan, Qatar, Rusia, Taiwan, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu.

Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit dunia Skype. Tambahan lagi, tidak mungkin dapat membuat panggilan kecemasan.

Semua pengguna OneDrive menerima 7 GB storan dengan OneDrive secara percuma. Storan tambahan boleh dibeli jika perlu. Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Home boleh berkongsi faedah langganan mereka dengan sehingga empat ahli keluarga, setiap ahli keluarga yang ditambah pada langganan sedia ada juga menerima 20 GB storan tambahan OneDrive, sejumlah 27 GB storan bagi setiap pengguna. Storan tambahan ini tidak tersedia semasa tempoh percubaan. Storan tambahan 20 GB OneDrive ini digunakan pada akaun OneDrive yang dipautkan pada akaun Microsoft yang digunakan untuk membuat akaun langganan Office 365 dan sebarang akaun lain (sehingga empat) di mana pembeli langganan mahu kongsikan faedah langganannya.

Office 365 kekal sebagai pilihan hebat untuk perniagaan, dengan pelan yang direka untuk syarikat dalam semua saiz, daripada konsultan individu sehingga perusahaan. Baharu ini keluaran ini ialah Office 365 Small Business Premium, yang direka untuk perniagaan dengan 1 hingga 10 orang pekerja.

Ketahui mengenai Office 365 untuk perniagaan

Nama baharu, Office 365 Home, ialah cara yang ringkas untuk merujuk perkhidmatan hebat yang sama pelanggan kami perlu tahu. Nama baharu juga lebih sesuai dengan nama untuk pelan langganan baharu kami direka untuk individu, Office 365 Personal. Kedua-dua pilihan menggambarkan komitmen kami untuk memberikan Office yang sesuai untuk semua orang.

Ya, ia merujuk kepada pelan langganan Office 365 yang sama. Office 365 Home ialah nama baharu untuk Office 365 Home Premium. Semua ciri dan manfaat kekal sama.

Produk berkaitan
Office 365 Personal

Office 365 Personal

Office untuk 1 PC atau Mac serta 1 tablet

Termasuk versi Office 2013 untuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access.

Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

Office Home & Student 2013

Office Home & Student 2013

Office untuk 1 PC

Termasuk versi Office 2013 untuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.

Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

Office Home & Business 2013

Office Home & Business 2013

Office untuk 1 PC

Termasuk versi Office 2013 untuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook.

Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

*Ketersediaan aplikasi dan ciri berbeza mengikut platform dan peranti. Publisher, Access dan OneNote dengan Office 365 tersedia untuk PC sahaja. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan dari Mac App Store. Versi aplikasi Office semasa untuk Office 365 ialah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif layak untuk mendapatkan versi terkini apabila tersedia.

iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.