Tentang domain onmicrosoft.com awal anda dalam Office 365

Office 365 mencipta domain untuk anda, seperti contoso.onmicrosoft.com, apabila anda mendaftar diri dengan perkhidmatan ini. ID pengguna yang anda cipta apabila anda mendaftar diri termasuk domain, seperti alan@contoso.onmicrosoft.com. Anda boleh terus menggunakan domain ini untuk ID pengguna anda dan untuk pengguna lain yang anda tambahkan pada akaun anda. Terdapat individu yang melakukan demikian semasa mereka menggunakan versi percubaan.

Anda mempunyai dua domain awal: onmicrosoft.com dan public.sharepoint.com

Akaun Office 365 anda sebenarnya mempunyai dua domain awal: domain onmicrosoft.com dan domain SharePoint Online.

  • Anda boleh menggunakan domain onmicrosoft.com anda (seperti fourthcoffee.onmicrosoft.com) dengan kebanyakan perkhidmatan Office 365 kecuali dengan laman web awam anda.

Contohnya, anda boleh menggunakan domain onmicrosoft.com dengan alamat e-mel Office 365 (ia juga merupakan ID pengguna anda untuk Office 365), laman pasukan dan Lync.

  • Laman web awam Office 365 anda dihoskan pada domain SharePoint Online awal anda (seperti fourthcoffee-public.sharepoint.com)dan bukannya pada domain onmicrosoft.com yang anda gunakan dengan perkhidmatan lain.

Walaupun selepas menambah satu atau lebih nama domain anda kepada Office 365, anda boleh terus menggunakan domain onmicrosoft.com dan public.sharepoint.com anda.

 Nota    Anda tidak boleh menamakan semula domain awal anda selepas mendaftar diri. Contohnya, jika domain awal yang anda pilih semasa pendaftaran Office 365 ialah fourthcoffee.onmicrosoft.com, anda tidak boleh mengubahnya kepada fabrikam.onmicrosoft.com. Untuk menggunakan domain onmicrosoft.com yang berbeza, anda perlu membuka akaun baru dengan Office 365.

Kebaikan menambahkan domain anda sendiri

Apabila seseorang bersedia untuk menggunakan Office 365 bagi perniagaan mereka, kebanyakannya akan lebih menggemari e-mel (dan laman web) yang termasuk domain mereka sendiri, seperti fourthcoffee.com.

Agar anda jelas, tiada keperluan menambahkan domain anda sendiri. Anda boleh terus menggunakan domain onmicrosoft.com dengan Office 365 dan tidak bertukar. Namun, menggunakan domain anda sendiri akan memberikan anda alamat e-mel Office 365 yang mudah diingati (ia juga merupakan ID pengguna anda) dan URL laman web untuk perniagaan anda.

Katakan anda memutuskan untuk menambah domain tersuai anda kepada versi Enterprise atau Midsize Business atau Small Business bagi Office 365. Selepas anda selesai, apabila anda melihat senarai domain dalam Office 365, domain yang anda tambahkan akan disertakan, seperti fourthcoffee.com. Domain awal juga berada di sana (domain yang termasuk onmicrosoft.com).

Anda boleh menggunakan domain anda untuk beberapa perkara dalam Office 365. Contohnya:

  • Gunakan domain anda dengan alamat e-mel.    Anda boleh mengubah alamat e-mel pengguna agar menggunakan nama domain yang lebih biasa. Pergi ke Pentadbir > Pengguna dan kumpulan. Klik pengguna yang anda ingin edit, kemudian klik Edit Mengedit. Untuk alamat e-mel, klik senarai juntai bawah, kemudian pilih nama domain tersuai anda.
  • Gunakan domain anda dengan laman web awam anda.    Anda boleh menyediakan laman web awam anda agar menggunakan domain tersuai anda. Langkah khusus untuk perkara ini bergantung pada sama ada anda menggunakan versi Enterprise atau Midsize Business atau Small Business bagi Office 365.

Saya tidak dapat mengalih keluar domain onmicrosoft.com

Domain Office 365 awal tidak boleh dialih keluar. Kita perlu mengekalkannya kerana Office 365 akan terus menggunakannya untuk akaun anda tanpa pengetahuan anda. Tetapi anda tidak perlu menggunakan domain itu selepas anda menambahkan domain anda sendiri.

Walau bagaimanapun, terdapat situasi yang anda mungkin ingin menggunakan domain onmicrosoft.com anda selepas anda menambahkan domain anda.

Contohnya, anda mendaftar diri untuk akaun Office 365 yang lain kerana anda memerlukan set ciri yang berbeza. Jika anda ingin menggunakan domain tersuai anda dengan akaun baru, anda perlu mengalihnya keluar daripada akaun Office 365 yang anda sudah tambahkan kepadanya dahulu. Anda tidak boleh mengalih keluar domain yang digunakan oleh apa-apa dalam akaun anda; contohnya, ID pengguna (alamat e-mel).

Untuk membebaskan domain agar anda dapat mengalih keluarnya (untuk menambahkannya pada akaun lain anda), anda boleh mengubah ID pengguna anda dahulu kembali kepada domain onmicrosoft.com. Ikuti langkah yang sama diterangkan di atas untuk mengedit alamat e-mel agar menggunakan domain anda. Tetapi kali ini, pilih domain onmicrosoft.com dalam senarai juntai bawah. Ikuti langkah yang sama untuk orang lain pada akaun anda yang juga menggunakan domain dengan e-mel. Apabila anda selesai (andaikan anda juga tidak menggunakan domain dengan laman web anda atau perkhidmatan lain), alih keluarnya daripada satu akaun, kemudian sediakannya dengan akaun baru.

 Nota    Jika anda juga telah menyediakan domain dengan laman web awam SharePoint Online anda, sebelum anda boleh mengalih keluar domain tersebut, anda perlu mengesetkan URL laman web kembali kepada domain awal terlebih dahulu. Langkah untuk melakukan perkara ini adalah berbeza, bergantung pada sama ada akaun anda ialah versi Enterprise atau Midsize Business atau Small Business bagi Office 365.

 
 
Berkenaan dengan:
Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business