Menyediakan organisasi anda bagi Office 365 Midsize Business

Sebagai pentadbir untuk organisasi anda, setelah anda mendaftar diri untuk Office 365 Midsize Business, inilah masanya untuk mendaftar masuk dan menyediakan organisasi anda.

Mula-mula, tonton Video: Memperkenalkan Office 365 Midsize Business, perhatikan persekitaran pusat pentadbiran Office 365, dan apabila anda telah bersedia, klik Persediaan. Langkah-langkah Persediaan dan artikel ini membantu pentadbir Office 365 Midsize Business untuk menyediakan organisasi dan pengguna mereka dalam masa yang singkat.

Menyediakan Office 365 untuk organisasi anda



Langkah 1: Menambah domain

  1. Tentukan sekiranya anda ingin e-mel anda menggunakan domain tersuai anda. Anda mungkin inginkan alamat e-mel anda untuk menggunakan nama organisasi anda, seperti @fourthcoffee.com atau @contoso.com. Kebanyakan organisasi inginkan domain seperti itu.
  • Untuk domain tersuai, anda perlukan nama domain yang telah didaftarkan. Sekiranya anda belum memiliki domain lagi, ketahui cara untuk membelinya.
  • Jika anda tidak mahu menggunakan domain tersuai, anda boleh terus menggunakan domain percuma yang anda cipta semasa anda mendaftar diri untuk Office 365; sebagai contoh, contoso.onmicrosoft.com.
  1. Sediakan domain tersuai anda. Kami akan menunjukkan cara untuk memastikan domain itu dapat berfungsi dengan Office 365. Lihat Menyediakan domain anda dalam Office 365.

Langkah 2: Menambah pengguna, memperuntukkan lesen dan menyediakan e-mel

  1. Terdapat dua cara untuk mencipta akaun pengguna:

Setelah anda menambah pengguna kepada organisasi anda, anda boleh memperuntukkan peranan pentadbir dan mengubah perkhidmatan yang tersedia untuk setiap pengguna dengan menguruskan lesen.

  1. Sediakan e-mel. Apabila anda mencipta akaun pengguna, satu peti mel Exchange Online dicipta secara automatik untuk pengguna tersebut dalam awan. Exchange Online menyediakan e-mel, kalendar serta kenalan untuk anda dan banyak lagi, dan Outlook Web App membenarkan anda mencapai peti mel Exchange Online anda dari pelayar web.

Langkah 3: Menyediakan laman pasukan, OneDrive for Business dan Lync Online

SharePoint Online termasuk laman pasukan dan OneDrive for Business. Untuk mencuba perkhidmatan ini sendiri, anda mendaftar masuk ke Office 365, kemudian di bahagian atas halaman, klik OneDrive atau Laman.

Untuk mengetahui selanjutnya, lihat Bermula menggunakan laman SharePoint dan OneDrive for Business untuk berkongsi dokumen dan idea. Pastikan anda menonton Video: Berkongsi Dokumen dalam Office 365.

Office 365 didatangkan dengan laman pasukan, dan anda boleh mencipta lebih banyak laman untuk menyokong keperluan perniagaan anda. Laman pasukan menyediakan tempat berpusat untuk menyimpan dan mencapai dokumen dan maklumat perniagaan organisasi anda dari mana-mana sahaja. Anda perlu menambah dokumen kepada laman pasukan dan memberikan keizinan kepada orang untuk mencapai dokumen tersebut. Anda juga boleh menyesuaikan laman pasukan anda dengan senarai, kalendar dan halaman kongsi dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, lihat Mari bermula dengan SharePoint.

Dengan Lync Online, anda boleh melihat sama ada rakan sekerja anda berada dalam talian. Anda juga boleh berkomunikasi dengan mereka melalui pemesejan segera (IM), panggilan audio atau panggilan video. Malah anda boleh menjalankan pembentangan dalam talian yang menyertakan audio, video, perkongsian skrin dan papan putih maya. Lihat Menyediakan Lync Online.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menggunakan Lync Online, lihat Bermula menggunakan Lync bagi IM dan mesyuarat dalam talian dan Video: Berkomunikasi menggunakan Lync dalam Office 365.

Langkah 4: Menyediakan capaian pengguna

Pengguna anda boleh mencapai Office 365 menggunakan PC atau Mac, telefon bimbit, tablet atau pelayar web.

Office 365 ProPlus menyediakan capaian pada aplikasi dan dokumen Office. Ia dioptimumkan untuk memberikan anda pengalaman terbaik menggunakan semua peranti anda - dari PC ke telefon pintar hingga ke tablet. Office 365 ProPlus termasuk Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Access, Publisher dan Lync.

Anda boleh memasang Office 365 ProPlus bersama versi semasa Office anda. Lihat Memasang Office bersama Office 365.

Ketahui lebih lanjut tentang capaian pengguna:

Langkah 5: Mengkonfigurasi DNS untuk penghantaran e-mel

 Nota    Jika anda sedang mencuba Office 365 dan anda sedang menggunakan domain pengeluaran untuk mencuba Office 365, jangan laksanakan langkah ini.

Apabila anda mengkonfigurasikan DNS untuk penghantaran e-mel, semua e-mel yang dihantar ke domain anda akan mula pergi ke perkhidmatan Exchange Online baru anda dalam awan.

Untuk menyediakan e-mel untuk pergi ke Office 365, anda boleh mengkonfigurasikan rekod pertukaran mel (rekod MX) iaitu tempat rekod DNS anda dihoskan. Kami menyediakan langkah-langkah terperinci untuk menambah dan mengemas kini rekod DNS untuk perkhidmatan Office 365 bagi banyak pendaftar domain dan pembekal pengehosan popular.

Sekiranya organisasi anda mempunyai data peti mel sedia ada pada pelayan mematuhi Protokol Capaian Mesej Internet (IMAP), pertimbangkan untuk mengimport mel ke awan sebelum anda mengkonfigurasikan rekod MX anda. IMAP disokong oleh kebanyakan pelayan e-mel dan perkhidmatan berasaskan awan. Lihat Memindahkan E-Mel dari Pelayan IMAP ke Peti Mel berasaskan Awan.

Anda boleh mengimport data peti mel pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ia akan kurang mengganggu pengguna jika anda melakukannya sebelum mereka mula menggunakan akaun Office 365 mereka.

Satu kaedah alternatif adalah meminta setiap pengguna untuk mengalihkan e-mel dan kenalan mereka sendiri ke akaun Office 365 mereka selepas mereka mendaftar masuk. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Video: Menggunakan e-mel dan banyak lagi dalam Office 365 dan Mengalihkan e-mel dan kenalan ke dalam akaun Office 365 baru.

Langkah 6: Memberitahu pengguna anda

Setelah anda selesai melakukan persediaan, beritahu semua orang dalam organisasi anda tentang perkara yang perlu dijangkakan.

Lihat Memastikan semua orang bersedia menggunakan Office 365 untuk mendapatkan idea tentang cara menyediakan dan melatih pengguna, dan untuk mendapatkan sokongan dan sumber penyelesaian masalah.

Tugas-tugas persediaan lain

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Pentadbir Office 365 Midsize Business