Menyediakan organisasi anda bagi Office 365 Enterprise

Sebagai pentadbir untuk organisasi anda, anda telah mendaftarkan diri untuk Office 365 Enterprise. Anda telah mendaftar masuk ke akaun Office 365 anda dan telah membiasakan diri dengan pusat pentadbiran Office 365.

Selepas itu? 

Sebagai pentadbir, ada beberapa tugas penyediaan penting yang perlu anda lakukan sebelum orang dalam organisasi anda dapat menggunakan Office 365. Panduan ini membantu anda melaksanakan tugas-tugas tersebut. Matlamatnya ialah untuk membantu anda menyediakan organisasi anda secepat mungkin. Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah persediaan Office 365, lihat Pusat Penggunaan Office 365.

Mari kita mulakan.

Tonton: Memperkenalkan Office 365 Enterprise



Langkah 1: Menambah domain anda

Anda mungkin inginkan alamat e-mel anda untuk menggunakan nama organisasi anda seperti @fourthcoffee.com atau @contoso.com. Berikut adalah contoh domain tersuai. Kebanyakan organisasi inginkan domain tersuai.

  1. Tentukan sekiranya anda ingin e-mel anda menggunakan domain tersuai anda:
  • Untuk domain tersuai, anda perlukan nama domain yang telah didaftarkan. Sekiranya anda belum memiliki domain lagi, ketahui cara untuk membelinya.
  • Jika anda tidak mahu menggunakan domain tersuai, anda boleh terus menggunakan domain percuma yang anda cipta semasa anda mendaftar diri untuk Office 365; sebagai contoh, contoso.onmicrosoft.com.
  1. Sediakan domain tersuai anda. Kami akan menunjukkan cara memastikannya dapat bekerja dengan Office 365.

Langkah 2: Menambah pengguna dan menyediakan e-mel

Anda boleh terus mencipta pengguna dalam portal pentadbir Office 365 atau anda boleh menambah pengguna secara pukal menggunakan fail .csv.

Office 365 disertakan dengan Exchange Online (yang menyediakan e-mel, kalendar serta kenalan untuk anda dan banyak lagi) dan Outlook Web App (yang boleh anda gunakan untuk membaca semua maklumat tersebut).

  1. Cipta akaun pengguna.    Terdapat dua cara untuk mencipta pengguna:

Setelah anda menambah pengguna kepada organisasi anda, anda kemudiannya boleh memperuntukkan peranan pentadbir dan mengubah perkhidmatan yang tersedia untuk setiap pengguna dengan menguruskan lesen.

  1. Sediakan e-mel.    Apabila anda memberi lesen kepada akaun pengguna untuk Exchange Online, satu peti mel dicipta secara automatik untuk pengguna tersebut dalam awan. Untuk maklumat lanjut, lihat Mengurus Exchange Online.

Langkah 3: Menyediakan SharePoint Online dan Lync Online

SharePoint Online termasuk laman pasukan. Satu laman SharePoint Online telah dicipta untuk organisasi anda, dan anda boleh mencipta laman tambahan sepertimana yang diperlukan untuk pasukan dan projek tertentu. Laman pasukan menyediakan tempat berpusat untuk menyimpan dan mencapai dokumen dan maklumat perniagaan organisasi anda dari hampir mana-mana sahaja.

Anda perlu memberikan orang keizinan untuk mencapai laman pasukan. Setelah anda menyediakan laman dan memperuntukkan pemilik, setiap pemilik laman pasukan boleh menyesuaikan laman mereka dengan senarai, kalendar serta halaman kongsi, dan peti mel laman untuk menyimpan e-mel pasukan atau projek, dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, lihat Mari bermula dengan SharePoint dan Merancang untuk menggunakan peti mel laman dalam Office 365.

Selain laman pasukan untuk kumpulan dan projek, setiap orang dalam organisasi anda boleh menggunakan SkyDrive Pro untuk memuat naik dokumen. Mereka boleh mencapai dokumen ini menggunakan pelbagai peranti, walaupun mereka tiada di pejabat.

Dengan Lync Online, anda boleh melihat sama ada rakan sekerja anda berada dalam talian. Anda juga boleh berkomunikasi dengan mereka melalui pemesejan segera (IM), panggilan audio atau panggilan video. Malah anda boleh menjalankan pembentangan dalam talian yang menyertakan audio, video, perkongsian skrin dan papan putih maya. Lihat Menyediakan Lync Online.

Langkah 4: Menyediakan capaian pengguna

Pengguna anda boleh mencapai Office 365 menggunakan PC atau desktop Mac, telefon bimbit, tablet atau pelayar web.

Untuk pengalaman klien terbaik, langgani Office 365 ProPlus. Ia menyediakan capaian pada aplikasi dan dokumen Office. Ia dioptimumkan untuk memberikan anda pengalaman terbaik menggunakan semua peranti anda - dari PC ke telefon pintar hingga ke tablet. Office 365 ProPlus termasuk Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Access, Publisher dan Lync. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Gambaran Keseluruhan Office 365 ProPlus.

Office 365 ProPlus boleh dipasang pada komputer yang sama yang mempunyai versi Office yang terdahulu. Lihat Memasang Office pada PC atau Mac bersama Office 365.

Kaedah capaian klien lain diterangkan dalam artikel berikut:

Langkah 5: Mengkonfigurasi DNS untuk penghantaran e-mel

 Penting    Jika anda sedang mencuba Office 365 dan anda sedang menggunakan domain pengeluaran untuk mencuba Office 365, jangan laksanakan langkah ini.

Apabila anda mengkonfigurasikan DNS untuk penghantaran e-mel, semua e-mel yang dihantar ke domain anda akan mula pergi ke perkhidmatan Exchange Online baru anda dalam awan. Fikirkan langkah ini seumpama "menukar cara penghantaran mel biasa" untuk menghantar e-mel ke awan.

Untuk menyediakan e-mel untuk pergi ke Office 365, anda boleh mengkonfigurasikan rekod pertukaran mel (rekod MX) iaitu tempat rekod DNS anda dihoskan. Kami menyediakan langkah-langkah terperinci untuk menambah dan mengemas kini rekod DNS untuk perkhidmatan Office 365 bagi banyak pendaftar domain dan pembekal pengehosan popular.

Sekiranya organisasi anda mempunyai data peti mel sedia ada pada pelayan mematuhi IMAP, pertimbangkan untuk mengimport mel ke awan sebelum anda mengkonfigurasikan rekod MX anda. IMAP disokong oleh kebanyakan pelayan e-mel dan perkhidmatan berasaskan awan. Untuk butiran, lihat Memindahkan E-Mel dari Pelayan IMAP ke Peti Mel Exchange Online.

Anda boleh mengimport data peti mel pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ia akan kurang mengganggu pengguna jika anda melakukannya sebelum mereka mula menggunakan akaun Office 365 mereka.

Kaedah alternatif lain adalah meminta setiap pengguna untuk mengalihkan e-mel dan kenalan mereka sendiri ke akaun Office 365 mereka selepas mereka mendaftar masuk. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Video: Menggunakan e-mel dan banyak lagi dalam Office 365 dan Mengalihkan e-mel dan kenalan ke dalam akaun Office 365 baru.

Langkah 6: Memaklumkan pengguna anda

Pengguna anda kini telah sedia untuk mendaftar masuk dan mula menghantar dan menerima e-mel, mencapai laman pasukan dan bekerjasama dalam talian.

  1. Beritahu organisasi anda tentang apa yang perlu dijangkakan. Hantar mesej e-mel kepada individu dalam organisasi anda, memaklumkan mereka bahawa mereka akan menggunakan Office 365.
  2. Hantar arahan kepada setiap pengguna. Semua pengguna seharusnya mempunyai ID pengguna dan kata laluan sementara, yang akan dihantar kepada mereka oleh Office 365 apabila anda mencipta akaun pengguna mereka. Apabila anda telah bersedia untuk melaksanakan Office 365, hantar mesej e-mel yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk bermula kepada setiap orang:
  • URL untuk mencapai halaman portal Office 365: https://portal.microsoftonline.com
  • URL untuk mencapai Outlook Web App secara terus: http://mail.office365.com
  • Pautan ke Mari bermula dengan Office 365, yang menyertakan arahan untuk tugas biasa yang perlu dilakukan pengguna terlebih dahulu
  • Maklumat tentang individu yang perlu dihubungi untuk mendapatkan bantuan (kemungkinan andalah orangnya)

Sebagai pentadbir untuk organisasi anda, kemungkinan andalah orang yang dihubungi setiap orang untuk mendapatkan bantuan. Perkara itu mungkin juga benar untuk Office 365. Jika anda ditanyakan soalan yang anda tidak tahu jawapannya, di sini terdapat sumber khusus untuk pentadbir seperti anda:

Tugas-tugas persediaan lain

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Pentadbir Office 365 Enterprise