Menyediakan program desktop Office semasa saya untuk berfungsi dengan Office 365 untuk perniagaan

Anda boleh menyediakan aplikasi desktop Office sedia ada anda seperti Word 2010, Outlook 2010 atau Outlook 2007 untuk berfungsi dengan Office 365. Gunakan Persediaan desktop Office 365 untuk mengkonfigurasikan aplikasi desktop anda dan memasang kemas kini yang diperlukan. Sebelum anda menjalankan Persediaan desktop Office 365, pastikan komputer anda memenuhi keperluan perisian bagi Office 365 untuk perniagaan.

 Penting    Jika anda telah memasang versi terbaru Office, anda tidak perlu melaksanakan langkah 1: Persediaan desktop Office 365 dalam artikel ini. Langkah pertama anda adalah untuk menyediakan e-mel dalam Outlook 2013.

 Nota    Jika anda menggunakan komputer Mac, iPad, peranti Windows RT atau peranti lain, sebaliknya ikuti arahan ini:

Langkah 1: Jalankan Persediaan desktop Office 365

  1. Mendaftar masuk ke Office 365 dengan ID pengguna Office 365 anda.
  2. Di bahagian kanan atas halaman, klik SetingSeting: kemas kini profil anda, pasang perisian dan sambungkannya ke awan > Seting Office 365.

Pergi ke Seting  > Seting Office 365

  1. Klik Perisian > Persediaan desktop.
  2. Pada halaman Persediaan desktop, klik Persediaan.

Menyediakan aplikasi desktop anda untuk berfungsi dengan Office 365

  1. Apabila anda ditanya sekiranya anda ingin menjalankan aplikasi, klik Jalankan, kemudian ikuti arahannya.
  1. Semasa persediaan, anda akan mendaftar masuk sekali lagi dengan ID pengguna anda.
  2. Persediaan desktop Office 365 menyemak konfigurasi sistem anda dan anda akan melihat opsyen untuk mengkonfigurasikan aplikasi desktop anda. Anda juga akan mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini yang dipasang ketika persediaan desktop.

Mengkonfigurasikan aplikasi desktop dan memasang kemas kini

Jika sesetengah aplikasi mempunyai kotak semak berlorek, ia tidak tersedia untuk anda pilih, mungkin kerana pentadbir anda belum menyediakan akaun anda untuk digunakan dengan Office 365. Atau komputer anda mungkin belum lagi memasang aplikasi yang diperlukan.

  1. Selepas anda memilih aplikasi desktop anda, klik Teruskan untuk menyelesaikannya.
  1. Apabila persediaan desktop selesai, anda mungkin perlu memulakan semula komputer anda.

Langkah 2: Sambung versi desktop Outlook anda untuk Office 365

Selepas anda menjalankan Persediaan desktop Office 365, sambungkan versi desktop Outlook yang anda sedang gunakan ke Office 365. Kemudian anda boleh mencapai Office 365 atau e-mel berdasarkan Exchange yang lain menggunakan versi desktop Outlook, seperti Outlook 2013, Outlook 2010 atau Outlook 2007, atau dengan menggunakan versi pelayar web Outlook, Outlook Web App.

Untuk menyambung versi desktop Outlook anda untuk Office 365, lihat:

Jika anda perlu, anda juga boleh memindahkan e-mel dan kenalan ke dalam akaun Office 365 baru.

Petua dan penyelesaian masalah

Jika terdapat masalah semasa proses persediaan, semak Menyelesaikan isu yang anda mungkin lihat apabila anda menjalankan persediaan desktop Office 365 terlebih dahulu untuk penyelesaian yang mungkin. Jika masalah berterusan, hubungi pentadbir Office 365 organisasi anda atau siarkan soalan dalam Komuniti Office 365 untuk mendapatkan bantuan.

Tontoni video ini untuk mengetahui tentang penggunaan Office Online dalam Office 365.

Bermula menggunakan laman pasukan anda dan OneDrive for Business untuk berkongsi dokumen yang anda usahakan bersama rakan sekerja anda.

Atas Halaman Atas Halaman

 
 
Berkenaan dengan:
Office 365 Enterprise, Office 365 Midsize Business, Office 365 Small Business, Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business