Mengalih keluar domain

Untuk mengalih keluar domain daripada Office 365, pastikan tiada seting yang sedang menggunakan domain, kemudian ikuti langkah berikut.

  1. Pergi ke halaman Domain dalam Office 365.
  • Jika anda menggunakan Office 365 Small Business, pergi ke Pentadbir > Uruskan domain laman web dan e-mel anda.
  • Jika anda sedang menggunakan Office 365 Enterprise atau Office 365 Midsize Business, pergi ke Pentadbir > Office 365 > Domain.
  1. Pada halaman Domain, pilih nama domain, kemudian klik Alih keluar domain.
  2. Pada halaman Alih keluar domain, klik Ya.

Adakah anda mengalih keluar domain anda kerana anda ingin menambahkannya pada pelan langganan Office 365 yang berbeza? Ketahui lebih lanjut tentang mengubah pelan atau langganan anda.

Sebelum anda bermula, pastikan domain anda sedia untuk dialih keluar

Sebelum anda mengalih keluar nama domain daripada Office 365, anda perlu mengalih keluar apa-apa saja yang menggunakan nama domain tersebut.

Apa yang perlu disemak Cara untuk mengalih keluar nama domain tersuai
Seting untuk semua pengguna
  1. Ubah alamat e-mel untuk setiap pengguna:
  • Jika anda menggunakan Office 365 Small Business, pergi ke Pentadbir > Tambah pengguna, set semula kata laluan dan banyak lagi > Pengguna.
  • Jika anda menggunakan Office 365 Enterprise atau Office 365 Midsize Business, pergi ke Pentadbir > Office 365 > Pengguna dan Kumpulan.
  1. Bagi setiap pengguna, klik EditEdit dan pilih sama ada nama domain tersuai yang berbeza atau alamat namasyarikat anda.onmicrosoft.com.

 Petua    Anda boleh memilih berbilang pengguna dan mengubah banyak alamat pada masa yang sama.

Atau, jika akaun ini merupakan akaun ujian, anda boleh mengalih keluar semua pengguna.
Kumpulan edaran

Office 365 Small Business:

  • Pergi ke Pentadbir > Tambah pengguna, set semula kata laluan dan banyak lagi > Kumpulan. Bagi setiap kumpulan, klik EditEdit dan pilih sama ada nama domain tersuai yang berbeza atau alamat namasyarikatanda.onmicrosoft.com.

Office 365 Enterprise atau Office 365 Midsize Business

  1. Pergi ke Pentadbir > Exchange > Penerima > Kumpulan.
  2. Bagi setiap kumpulan yang menggunakan domain tersuai dalam alamat e-mel, klik EditEdit dan ubah alamat SMTP dan sebarang jenis alamat tersuai untuk menggunakan sama ada nama domain tersuai yang berbeza atau alamat namasyarikatanda.onmicrosoft.com. Untuk maklumat lanjut, lihat Menguruskan Kumpulan Edaran.
Laman web awam anda dihoskan pada Office 365

Office 365 Small Business:

  • Pergi ke Pentadbir > Uruskan laman web awam anda > Ubah Alamat, dan pilih sama ada nama domain tersuai yang berbeza atau alamat namasyarikatnada.sharepoint.com.

Office 365 Enterprise atau Office 365 Midsize Business

  1. Pergi ke Pentadbir > Office 365 > SharePoint dan pilih kotak semak di sebelah laman web awam anda.
  2. Jika anda ingin menyimpan laman web awam anda, klik Domain laman web, dan dalam kotak URL Baru, pilih sama ada nama domain tersuai yang berbeza atau alamat namasyarikatanda.sharepoint.com. Atau, jika anda ingin memadamkan kandungan laman web awam, klik Padam.

Rekod DNS tersuai untuk domain

Office 365 Small Business:

  1. Jika Office 365 menguruskan rekod DNS anda dan jika anda telah menambahkan sebarang rekod DNS tersuai pada Office 365, alih keluarnya dengan pergi ke Pentadbir > Uruskan domain anda untuk laman web dan e-mel, pilih domain, kemudian klik Uruskan DNS.

 Nota    Rekod yang ditambahkan oleh Office 365 untuk anda akan dipadam secara automatik apabila anda mengalih keluar domain.

  1. Jika anda menguruskan rekod DNS anda di pembekal pengehosan DNS anda untuk domain ini, padamkan sebarang rekod di pembekal pengehosan DNS ciptaan anda yang menuding ke perkhidmatan Office 365. Jika anda perlukan bantuan untuk mencari rekod DNS pada pembekal anda, lihat arahan langkah demi langkah untuk mencipta rekod DNS.

Office 365 Enterprise atau Office 365 Midsize Business:

 Petua    Jika anda mempunyai sebarang subdomain yang disediakan untuk nama domain tersuai ini, pastikan anda juga mengalih keluarnya.

Domain primer
  1. Pergi ke Pentadbir > Uruskan domain anda untuk laman web dan e-mel, dan pilih domain yang anda tidak mahu alih keluar.
  2. Pilih Setkan sebagai lalai.

Masih tidak dapat mengalih keluar domain tersuai anda?

Jika nama domain anda tidak dapat dialih keluar dengan segera, anda akan digesa untuk mengambil tindakan lain yang mungkin menyelesaikan masalah.

Jika semua cara itu tidak membantu anda mengalih keluar domain, Tanyalah soalan dalam Forum komuniti Office 365. Forum tersebut merupakan sumber yang baik, termasuk ejen sokongan Microsoft yang boleh membantu jika anda telah mencuba langkah di sini dan masih tidak dapat mengalih keluar domain anda.

Domain Office 365 yang tidak boleh dialih keluar

Terdapat beberapa domain Office 365 yang anda tidak boleh alih keluar.

  • Anda tidak dapat mengalih keluar nama domain contoso.onmicrosoft.com asal yang diberikan kepada anda apabila anda mendaftar.
  • Jika anda menggunakan Office 365 Enterprise atau Office 365 Midsize Business, adakah anda telah mengaktifkan penyegerakan direktori? Jika ya, domain ditambahkan secara automatik pada akaun yang kelihatan seperti ini: contoso.mail.onmicrosoft.com. Nama domain ini tidak dapat dialih keluar.
 
 
Berkenaan dengan:
Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business