Memasangkan Office pada PC atau Mac anda dengan Office 365 untuk perniagaan

Apabila anda menggunakan versi terkini Office dengan Office 365 untuk perniagaan, anda boleh mengedit dan menyemak semula fail Office dari mana-mana tempat yang anda boleh gunakan komputer, peranti mudah alih atau pelayar web anda.

Bergantung pada jenis pelan Office 365 yang anda miliki, anda boleh memuat turun versi terkini Office dengan Office 365. Jika anda mempunyai pelan Office 365 yang tidak termasuk versi terkini Office, seperti pelan Small Business (P1) atau Enterprise E1, gunakan perkhidmatan Office 365 dengan versi Office yang anda telah pasangkan pada PC atau Mac anda.

 Nota    Untuk mengetahui cara memasang Office pada Mac anda, klik di sini .

Langkah pantas

  1. Daftar masuk ke Office 365 dengan ID pengguna Office 365 anda.
  2. Di bahagian atas halaman, pergi ke SetingSeting: kemas kini profil anda, pasang perisian dan sambungkannya ke awan > Seting Office 365.

Pergi ke Seting  > Seting Office 365

 Nota    Jika anda tidak mempunyai opsyen Seting, anda mungkin tidak mempunyai pelan Office 365 untuk perniagaan. Lihat Muat turun, pasang, naik taraf, aktifkan.

  1. Di bahagian kiri halaman, pilih tab Perisian.
  2. Pada halaman Office, pilih Bahasa, kemudian pilih Pasang.

Memasang halaman Office versi terkini

 Nota    Office memasang versi 32 bit pada PC anda secara lalai, walaupun jika komputer anda menjalankan Windows versi 64 bit. Jika anda tidak pasti versi Office yang anda harus pasang, lihat Versi manakah yang terbaik untuk saya?

Atas Halaman Atas Halaman

Soalan lazim


Mengapakah saya tidak dapat melihat semua program Office apabila saya pergi ke halaman pemasangan Office?

Anda mungkin melihat senarai aplikasi Office yang berbeza tersedia bergantung pada pelan Office 365 yang anda miliki dan sama ada anda memasang Office pada PC atau Mac.

Bergantung pada sistem pengendalian anda, inilah yang termasuk dalam pemasangan Office:

Aplikasi Office for PC* Office for Mac **
Access Ya Tidak
Excel Ya Ya
Lync Ya Tidak**
OneNote Ya Tidak**
Outlook Ya Ya
PowerPoint Ya Ya
Publisher Ya Tidak
Word Ya Ya
InfoPath Ya* Tidak
Project Pro Tidak* Tidak
Visio Pro Tidak* Tidak

 Nota    *Aplikasi tambahan yang tersedia untuk PC ditunjukkan dalam jadual berikut.

Aplikasi pada PC Tersedia dengan
InfoPath Pelan Office 365 Midsize atau Enterprise E3
Project Pro Langganan Project Pro for Office 365
Visio Pro Langganan Visio Pro for Office 365

**Aplikasi tambahan yang tersedia untuk Mac ditunjukkan dalam jadual berikut

Aplikasi pada Mac Pasangkan dari
Lync Menyediakan Lync for Mac 2011 untuk Office 365
OneNote Mac App Store (Percuma)

Atas Halaman Atas Halaman

Mengapakah saya tidak boleh memasang program yang saya perlukan seperti Word, PowerPoint atau Excel?

Program Office digabungkan bersama untuk muat turun dan pemasangan yang lebih cepat. Sebaik sahaja anda memasang Office, anda boleh memadamkan pintasan ke program yang anda tidak perlukan. Jika perlu, anda boleh menjalankan versi produk Office yang berlainan, seperti Excel 2013 dan Excel 2010, secara sebelah-menyebelah pada komputer yang sama.

Atas Halaman Atas Halaman

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan aplikasi Office untuk telefon atau tablet seperti Office for iPad?

Dalam Office 365, pergi ke SetingSeting: kemas kini profil anda, pasang perisian dan sambungkannya ke awan > Seting Office 365 >Perisian > Telefon & tablet. Lihat Menggunakan Office 365 pada peranti mudah alih.

Atas Halaman Atas Halaman

Mengapakah saya tidak mempunyai opsyen untuk memasang versi terkini Office?

Jika arahan dalam artikel ini tidak sepadan dengan perkara yang anda lihat, anda mungkin mempunyai pelan Office 365 yang tidak termasuk Office versi terkini. Tidak masalah. Gunakan Office 365 dengan versi Office yang anda telah miliki pada PC atau Mac anda.

 Nota    Jika pelan Office 365 anda termasuk lesen untuk memasang Office, semak sama ada lesen diperuntukkan kepada akaun anda.Lihat Bagaimanakah saya tahu jenis lesen yang diperuntukkan kepada saya?

Atas Halaman Atas Halaman

Bagaimanakah saya tahu jenis lesen yang diperuntukkan kepada saya?

Pergi ke SetingSeting: kemas kini profil anda, pasang perisian dan sambungkannya ke awan > Seting Office 365 dan lihat di bawah Lesen yang diperuntukkan di sebelah bawah kanan. Jika anda tidak melihat versi desktop terkini Office, hubungi pentadbir Office 365 anda.

Adakah anda pentadbir Office 365? Jika anda pentadbir untuk akaun perniagaan kecil, lihat Memperuntukkan atau mengalih keluar lesen. Untuk akaun Midsize atau Enterprise, lihat Memperuntukkan atau mengalih keluar lesen, atau melihat senarai pengguna tidak berlesen.Jika organisasi anda mempunyai pelan Office 365 yang tidak termasuk versi terkini Office , anda mungkin ingin bertukar kepada pelan atau langganan Office 365 yang berbeza.

Atas Halaman Atas Halaman

Apakah keperluan sistem itu?

Lihat Keperluan Sistem Office.

Saya menerima ralat apabila saya memasang atau mengaktifkan Office. Bagaimanakah saya membaikinya?

Pilih artikel yang sesuai di bawah untuk membantu menyelesaikan isu anda:

Jika anda pentadbir Office 365 dan Office mengambil masa yang lama untuk dipasang, anda boleh Melihat status perkhidmatan anda.

Jika anda masih mengalami isu, anda boleh Mendapatkan sokongan untuk Office 365.

Selepas anda memasang Office, jika dokumen yang anda cipta dalam program Office kelihatan kabur, memaparkan semua hitam atau semua putih, skrin berkelip atau kelihatan berbeza pada komputer lain, lihat Office 365 kelihatan tidak betul.

Atas Halaman Atas Halaman

Di manakah saya boleh menemui kunci produk saya?

Jika anda memasang Office dari Office 365 untuk perniagaan, anda tidak memerlukannya. Id pengguna Office 365 yang anda gunakan semasa pemasangan akan dipautkan ke produk dan akan diperlukan jika anda perlu memasang semulanya. Jika anda membeli versi Office 365 yang lain, seperti Office 365 University, lihat Mencari kunci produk anda untuk Office 2013, Office 365 Home atau Office 365 Personal.

Atas Halaman Atas Halaman

Adakah saya perlu membuang pemasangan Office 2007 atau Office 2010 untuk memasang versi terkini Office?

Tidak. Tetapi anda boleh membuang pemasangan Office dari Program dan Ciri dalam Panel Kawalan Windows. Jika perlu, anda boleh menjalankan versi produk Office yang berlainan, seperti Excel 2013 dan Excel 2010, secara sebelah-menyebelah pada komputer yang sama.

Atas Halaman Atas Halaman

Bolehkah saya menggunakan Office 365 apabila saya berada di luar talian?

Anda tidak perlu disambungkan ke Internet sepanjang masa untuk menggunakan program desktop Office seperti Word dan Excel. Namun anda mesti bersambung ke Internet sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari. Hal ini demikian agar status langganan anda boleh disemak. Jika anda tidak bersambung dalam masa 30 hari, Office akan beralih ke mod kefungsian berkurangan. Selepas anda bersambung ke Internet dan status langganan anda disahkan, semua ciri Office akan tersedia sekali lagi.

Anda juga boleh menyegerakkan dokumen yang disimpan dalam Office 365 pada PC dan peranti mudah alih untuk capaian dalam talian dan luar talian pada bila-bila masa. Lihat Menyegerakkan OneDrive for Business atau pustaka laman SharePoint ke komputer anda.

Apakah versi Office lain yang anda boleh gunakan dengan Office 365?

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Office 365 dengan Office 2010 atau Office 2007 atau Office for Mac 2011 .

Atas Halaman Atas Halaman

Bagaimanakah saya memasang versi terkini Office pada lebih daripada lima buah komputer?

Anda boleh memasang versi terkini Office dengan Office 365 sehingga pada lima buah komputer yang anda gunakan. Untuk memasang Office pada komputer keenam, anda boleh melakukannya dengan menyahaktifkan pemasangan pada salah satu komputer semasa anda.

Pergi ke Perisian > Office. Pilih Nyahaktif di sebelah komputer yang anda ingin nyahaktifkan pemasangannya.

 Nota    Adakah anda pentadbir Office 365 dan inginkan versi terkini Office untuk organisasi anda? Minta pengguna mendaftar masuk ke portal Office 365 dengan ID pengguna Office 365 mereka untuk memasang Office secara langsung. Pengguna boleh mengaktifkan versi Office terkini pada sehingga lima buah komputer dengan ID pengguna Office 365 mereka.

Jika anda Pakar IT, gunakan Alat Pengerahan Office untuk memuat turun perisian Office ke rangkaian setempat anda. Kemudian edarkan Office menggunakan kaedah pengerahan perisian yang anda biasa gunakan.

Atas Halaman Atas Halaman

Bagaimanakah saya boleh bermula menggunakan Office?

Bermula dengan Office 365 dan Office Online dalam Office 365 dan mengetahui cara untuk menggunakan Office 365 pada peranti mudah alih .

Cipta dan simpan dokumen Office anda pada laman pasukan anda atau gunakan OneDrive for Business untuk dokumen kerja peribadi anda.

Atas Halaman Atas Halaman

Bagaimanakah saya membuang pemasangan Office?

Pada PC, anda boleh membuang pemasangan versi terkini Office dari Program dan Ciri dalam Panel Kawalan Windows atau lihat Membuang Pemasangan Microsoft Office 2013 atau Office 365.

Untuk membuang pemasangan Office for Mac 2011 , lihat Membuang pemasangan dari Mac .

Atas Halaman Atas Halaman

 Petua    Kembali ke Pusat persediaan Office 365 Small Business .

 
 
Berkenaan dengan:
Office 365 Enterprise, Office 365 Midsize Business, Office 365 Small Business, Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business