Mari bermula mereka bentuk laman web awam dengan domain tersuai anda

Laman web awam disertakan bersama langganan Office 365 Small Business anda. Selepas menyediakan laman web menurut kehendak anda,, anda boleh mengubah alamat laman web untuk menggunakan domain anda, seperti www.fourthcoffee.com. Anda boleh menyesuaikan laman web ini dengan memilih templat, menambah teks dan logo anda dan sebagainya.

Untuk mula menggunakan laman web anda, dalam Office 365, pada anak tetingkap Mari Bermula, klik Laman web awam.

Kami akan menunjukkan cara untuk mendapatkan alat reka bentuk di SharePoint Online untuk menyesuaikan laman web anda. Kemudian, selepas anda menyediakan domain anda dengan Office 365, anda boleh mengubah URL agar menggunakan domain awam anda: Laman Web > Uruskan laman web awam.

 Nota    Jika anda telah menggunakan Office 365 untuk seketika, anda mungkin mempunyai dua laman web awam dengan perkhidmatan tersebut. Anda boleh menyimpan dan menggunakan kedua-dua laman dan berkongsinya secara awam. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh mengaitkan domain tersuai anda dengan salah satu laman ini pada satu-satu masa.

Ketahui perkara yang boleh dilakukan dengan laman web awam Office 365 anda.

 
 
Berkenaan dengan:
Pentadbir Office 365 Small Business