Biasanya, menyertai Mesyuarat Lync adalah semudah mengklik pautan mesyuarat dalam permintaan mesyuarat dan kemudian memilih opsyen audio. Tetapi kadangkala, berdasarkan lokasi dan peranti anda, anda mungkin perlu menyemak seting anda, menggunakan penyelesaian atau menyertai dengan cara yang berbeza.
Anda boleh menyertai dari mana-mana sahaja, seperti lapangan terbang, kedai kopi, hotel atau peranti mudah alih. Hanya pilih opsyen penyertaan yang paling sesuai bagi situasi semasa anda.
Menyertai Mesyuarat Lync dengan Lync
- Dalam permintaan mesyuarat anda, klik Sertai Mesyuarat Lync.
- Dalam tetingkap Sertai Mesyuarat Lync, pilih opsyen audio.
| Opsyen Sertai Audio Mesyuarat |
Masa untuk memilih opsyen ini |
| Gunakan Lync (pengalaman audio dan video sepenuhnya) |
(Disyorkan)
Gunakan opsyen ini jika komputer anda mempunyai mikrofon dan pembesar suara terbina dalam atau anda mempunyai set kepala yang disambungkan. Anda tidak perlu menggunakan kamera tetapi anda boleh melihat video peserta lain.
|
| Panggil saya di |
Gunakan opsyen ini jika anda inginkan Lync memanggil anda di sebarang nombor, seperti nombor telefon rumah atau telefon bimbit anda. Hanya taipkan nombor baru atau gunakan nombor tersenarai yang diambil daripada opsyen Telefon, jika ia telah disediakan. |
| Jangan sertai audio |
Gunakan opsyen ini jika permintaan mesyuarat termasuk maklumat panggilan masuk dan anda ingin memanggil ke dalam mesyuarat dari telefon, ini memberi anda audio mesyuarat sahaja. Atau, gunakan opsyen ini jika anda ingin menyambung ke mesyuarat sekarang dan menyertai audio kemudian.
|
|
|
Menyertai Mesyuarat Lync tanpa Lync
Jika anda tidak memasang Lync, anda boleh menyertai menggunakan Lync Web App. Ia membuka secara automatik apabila anda menggunakan permintaan mesyuarat dari komputer yang tidak memasang Lync dan ia menyambungkan anda ke mesyuarat itu. Untuk butiran, lihat Menyertai mesyuarat dalam talian dengan Lync Web App.
Menyertai Mesyuarat Lync audio sahaja
Jika anda berada dalam perjalanan atau sekadar tidak dapat mencapai komputer, anda boleh memanggil ke mesyuarat hanya dengan telefon, jika permintaan Mesyuarat Lync termasuk butiran panggilan masuk. Anda akan memerlukan nombor telefon, ID persidangan dan PIN jika diperlukan. Untuk butiran, lihat Memanggil ke mesyuarat Lync.
Soalan Lazim mengenai audio mesyuarat
- Bagaimanakah saya memastikan peranti audio saya berfungsi?
Jika anda menggunakan komputer anda untuk audio dan anda tidak mendengar audio atau individu tidak dapat mendengar anda, uji peranti audio anda:
- Pasangkan set kepala anda atau gunakan mikrofon dan pembesar suara komputer anda.
- Tuding ke ikon mikrofon/pembesar suara
dalam mesyuarat itu dan klik tab Peranti.
- Pilih peranti audio yang anda gunakan, jika ia tidak dipilih, dan laraskan pembesar suara anda dan nyahbisukan mikrofon anda.
- Pastikan pembesar suara anda tidak dinyahbisukan.
Petua Jika audio komputer anda tidak berfungsi dan permintaan mesyuarat termasuk maklumat panggilan masuk, anda boleh memanggil ke mesyuarat dari telefon.
- Di manakah nombor panggilan dan ID persidangan?
Jika anda lebih suka memanggil dengan telefon berbanding dengan menggunakan audio komputer dan permintaan mesyuarat termasuk nombor panggilan masuk dan ID persidangan, gunakannya untuk menyertai bahagian audio mesyuarat.
Petua Jika anda dalam perjalanan, klik Cari nombor tempatan dalam permintaan mesyuarat. .
- Bilakah saya perlukan PIN dan bagaimana jika saya terlupa PIN saya?
Anda memerlukan PIN hanya jika anda memanggil masuk ke mesyuarat sebagai penyampai dari telefon bimbit atau telefon awam atau jika mesyuarat disetkan dengan keselamatan tinggi. Jika tidak, jika anda memanggil masuk, hanya dail masuk dan tunggu untuk disambungkan.
Jika anda memerlukan PIN dan tidak mengingati PIN anda, klik Terlupa PIN Dail masuk anda? dalam permintaan mesyuarat dan ikuti arahan pada halaman untuk mengeset semula.
- Bagaimanakah saya menyelesaikan isu dengan kualiti audio saya?
Kualiti audio bergantung pada rangkaian dan peranti yang anda gunakan. Gunakan sambungan rangkaian berwayar dan matikan wayarles pada komputer anda. Jika anda perlu menggunakan wayarles, pastikan anda mempunyai isyarat yang kuat. Juga gunakan set kepala berkualiti tinggi bagi audio yang lebih baik, seperti peranti yang dioptimumkan untuk Lync; untuk butiran, lihat Telefon dan Peranti yang layak untuk Microsoft Lync.
Atas Halaman