Pilih negara/rantau pengebilan anda:
Office 365 University
Office 365 University

Office 365 University

Office untuk kerja sekolah dan segala yang berkaitan
Office 356 University ialah perkhidmatan langganan 4 tahun yang dibina untuk membantu pelajar yang layak menyelesaikan tugas dari hampir mana-mana sahaja dan dengan apa jua peranti.
{O365Uni|available}
{O365Uni|price} selama 4 tahun
Kurang daripada {O365Uni4Years|price} setiap bulan
Hanya serasi dengan Windows 7 atau terkini dan Mac OS X 10.6 atau terkini
Apakah yang disertakan

Pemasangan penuh aplikasi* Office

Word 2013 Excel 2013 PowerPoint 2013 OneNote 2013
Outlook 2013 Publisher 2013 Access 2013

Akses merentasi peranti

Akses merentasi peranti
Untuk sehingga 2 PC, Mac, atau tablet seperti tablet Windows dan iPad®, serta akses mudah pada berbilang telefon pintar.

Kelebihan langganan premium

Office dalam awan
Faedah
Microsoft Office Penuh
Office 365 University membolehkan anda memasang versi desktop penuh terkini aplikasi Office, termasuk Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook, untuk 2 peranti seperti PC, Mac dan tablet (iPad, tablet Windows)—agar anda boleh menggunakan semua ciri di luar talian serta dalam talian. Anda juga boleh memasang Office pada berbilang telefon pintar.
Microsoft Office Penuh
Akses merentasi peranti
Akses merentasi peranti

Dengan storan tambahan dalam talian Office 365 University memberikan anda OneDrive di mana anda akan sentiasa mempunyai dokumen penting dan foto bersama anda. Ia sentiasa dikemas kini, sama ada anda membuat, edit, atau kongsikannya daripada PC anda, Mac, iPad, Windows tablet, atau telefon pintar.

Office 365 dan OneDrive menyimpan fail anda dalam segerak pada seluruh peranti anda dan dengan satu klik anda boleh berkongsi fail, walaupun bersaiz besar, sama ada dengan menghantar pautan kepada kepada fail atau terbitkannya pada Facebook.

Kelebihan langganan premium

Selain daripada storan dalam talian 1 TB OneDrive, langganan anda termasuk perkhidmatan lain, seperti 60 minit Skype sebulan untuk panggilan ke mudah alih di 8 negara dan talian tepat di lebih 60 negara, dan sokongan teknikal percuma.

Perkhidmatan Office 365 dipertingkatkan sepanjang masa dan anda mendapat peningkatan terkini secara automatik dengan langganan anda.

Kelebihan langganan premium
Office 365 University termasuk:
Aplikasi Office termasuk Sentiasa miliki versi terkini Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access serta olahkan idea anda dengan cara terbaik--menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
Word 2013 Lakukan lebih dengan dokumen Word anda: masukkan video dalam talian, buka PDF dan edit kandungan dan selarikan gambar dan diagram dengan mudah.
Excel 2013 Biar Excel templat melakukan kebanyakan kerja persediaan dan rekaan untuk anda, agar anda boleh fokus pada maklumat.
PowerPoint 2013 Cipta persembahan menakjubkan dengan penjajaran baharu, padanan warna dan alat reka bentuk lain dalam PowerPoint.
Outlook 2013 Outlook kini bersambung secara automatik ke akaun mel web Microsoft anda. Segerakkan tugas dan kalendar dengan Outlook untuk menyatukan semua pelan anda. Pengguna Mac hanya boleh menyegerakkan akaun e-mel berasaskan Exchange.
OneNote 2013 Lukis, tulis tangan, taip, klik, atau sapu nota anda dalam OneNote. Nota anda disimpan, boleh dicari dan disegerak pada aplikasi OneNote pada peranti anda. Untuk pengguna Mac, OneNote tersedia sebagai muat turun berasingan daripada Mac App Store.
Publisher 2013 Bekerja dengan gambar lebih mudah dalam Publisher untuk menambah sentuhan menarik pada penerbitan anda.
Publisher tersedia untuk PC sahaja.
Access 2013 Bina aplikasi pangkalan data dengan mudah dalam Access kemudian guna dan kongsikan aplikasi anda pada web.
Access tersedia untuk PC sahaja.
Office pada lebih banyak peranti Pasang aplikasi Office pada sehingga 2 PC,, Mac, tablet Windows atau iPad. Nikmati akses mudah ke dokumen dengan aplikasi Office Mobile untuk iPhone®, telefon Android dan telefon Windows.
1 TB storan dalam talian tambahan dengan OneDrive Dapatkan 1 TB storan dalam talian tambahan dan gunakan 1 TB storan dalam talian tambahan anda untuk dokumen, foto dan video, agar anda boleh mengedit dan berkongsinya dari mana-mana anda berada.
60 minit dunia Skype panggilan setiap bulan ke 60+ buah negara Hubungi mudah alih di 8 negara dan talian tetap di lebih 60 negara dengan 60 minit dunia Skype percuma setiap bulan. Gunakan minit dunia Skype daripada mana-mana peranti yang telah anda pasangkan Skype, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV, atau peranti lain.
Sentiasa dikemas kini Dengan langganan aktif Office 365 University, anda tidak perlu bimbang mengenai meningkatkan Office anda, kerana anda sentiasa mempunyai akses kepada aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office terkini.
Sokongan teknikal Microsoft Sebagai pelanggan Office 365, anda boleh mendapatkan bantuan serta-merta daripada pakar terlatih Microsoft, melalui telefon atau bual—secara percuma.
TunjukSembunyi Apakah itu Office 365 University?

Office 365 University ialah langganan empat tahun yang termasuk aplikasi terkini Office, yang boleh anda pasang pada 2 PC, Mac, tablet Windows atau iPad. Anda juga akan mendapat storan OneDrive tambahan dan minit dunia Skype percuma yang boleh anda gunakan untuk panggilan PC ke telefon.

Versi aplikasi dan ciri berbeza mengikut platform dan peranti. Buat masa ini, Office 2013 untuk PC dan Office 2011 untuk Mac tersedia. Publisher, Access dan OneNote tersedia untuk PC sahaja. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan dari Mac App Store. Pelanggan dengan langganan aktif akan mendapat versi terbaharu secara automatik apabila ia tersedia. Windows 7 atau terkini, Mac OS 10.6 atau terkini dan sambungan Internet diperlukan.

Apabila anda melanggan Office 365 University anda pada tahun lepas, anda boleh memperbaharui semula langganan anda untuk 4 tahun lagi jika anda masih layak. Tetapi anda hanya boleh membaharui langganan anda sekali.

Untuk mengaktifkan langganan, anda perlu menerima Office 365 University EULA.

TunjukSembunyi Siapa yang layak untuk Office 365 University?

Office 365 University tersedia untuk pelajar mendaftar sepenuh dan separuh masa, fakulti, dan staf yang layak, institusi pengajian tinggi yang diakreditasi. Alumni institusi ini tidak layak.

Institusi pengajian tinggi yang layak, diakreditasi termasuk Universiti, Politeknik dan Institut Teknologi, serta institusi pendidikan tinggi yang lain, seperti kolej dan sekolah vokasional yang menganugerahkan ijazah akademik atau sijil profesional. Larangan mungkin berbeza mengikut negara.

Ketahui sama ada anda layak.

TunjukSembunyi Berapa banyak lesen/pemasangan yang dibenarkan Office 365 University?

Pelan Office 365 University membolehkan anda memasang Office pada sehingga dua PC, Mac, tablet Windows atau iPad, untuk kegunaan satu individu.

Office 365 University tersedia di negara/rantau berikut: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Bulgaria, Kanada, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, France, Jerman, Greece, Hong Kong SAR, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Korea, Kuwait, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Anda boleh memasang PC pada PC atau tablet Windows yang menggunakan Windows 7 atau lebih tinggi, dan Mac dengan Mac OS X 10.6 atau lebih tinggi. Office untuk iPad boleh dipasang pada iPad yang menggunakan iOS 7.0 atau lebih tinggi.

Aplikasi tersedia untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berlainan daripada yang tersedia untuk pengguna PC. Jika anda mempunyai langganan aktif Office 365 Home, Office 365 Personal atau Office 365 University dan pemasangan tersedia, anda boleh memasang Office pada Mac anda, yang termasuk Word, Excel, PowerPoint dan aplikasi Outlook. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan dari Mac App Store. Aplikasi Publisher dan Access tidak tersedia untuk Mac.

Versi aplikasi Office terkini untuk Office 365 adalah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif akan layak untuk versi terbaru jika tersedia.

Anda akan perlukan Office Mobile pada Telefon Windows, iPhone atau telefon Android. Office Mobile telah diprapasang pada Windows Phone 8 dan tersedia untuk model iPhone dan telefon Android yang terpilih. Office Mobile menawarkan pemaparan kandungan yang hebat dan keupayaan mengedit kandungan pada bila-bila masa. Dan anda boleh mengharapkan Office Mobile untuk memastikan kandungan dan pemformatannya utuh supaya dokumen ada kekal kelihatan hebat apabila anda kembali menggunakan PC atau Mac anda. Office Mobile for iPhone dan telefon Android boleh digunakan secara percuma untuk kegunaan bukan komersial, hanya muat turun aplikasi dari gedung pada telefon anda.

Anda boleh menggunakan minit dunia Skype untuk menghubungi rakan atau keluarga dengan atau tanpa akaun Skype pada telefon mudah alih mereka atau talian tetap. Hanya dail daripada Skype dan rakan serta keluarga anda boleh mengangkat telefon mereka.

Setiap langganan aktif Office 365 Home, Office 365 Personal dan Office 365 University aktif tertakluk kepada 60 minit dunia Skype setiap bulan, yang boleh digunakan untuk membuat panggilan PC ke telefon melalui Skype ke lebih 60 negara/rantau.

Minit dunia Skype anda akan digunakan pada akaun Skype sedia ada. Setiap bulan anda akan menerima 60 minit dunia Skype. Peruntukan minit dunia Skype anda diset semula setiap bulan. Nombor khas, premium dan bukan geografi tidak boleh dihubungi menggunakan minit dunia Skype. Panggilan ke telefon mudah alih hanya untuk negara terpilih. Minit dunia Skype tersedia di negara terpilih. Lihat butiran selanjutnya.

Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:

Talian darat dan juga telefon mudah alih: Kanada, Guam, Hong Kong, SAR, Puerto Rico, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Talian darat sahaja: Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Colombia, Costa Rica, Croatia, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Republik Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom, Venezuela.

Anda boleh menghubungi dari mana-mana negara/rantau di dunia kecuali: Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, China, Côte d'Ivoire, Mesir, Ghana, India, Kazakhstan, Korea, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Namibia, Pakistan, Qatar, Rusia, Taiwan, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu.

Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit dunia Skype. Tambahan lagi, tidak mungkin dapat membuat panggilan kecemasan.

Semua pengguna OneDrive menerima 15 GB storan OneDrive secara percuma. Storan tambahan boleh dibeli jika diperlukan. Pelanggan dengan langganan Office 365 University dan Office 365 Personel yang aktif akan menerima storan OneDrive 1 TB, bagi setiap langganan. Storan tambahan ini tidak tersedia dalam tempoh percubaan.

Storan tambahan 1 TB pada OneDrive ini digunakan pada akaun OneDrive yang dipautkan ke akaun Microsoft yang digunakan untuk mencipta akaun langganan Office 365 University.

Ya, individu dengan versi Microsoft Office sebelum boleh membuka dokumen dengan mudah yang dicipta dengan aplikasi Office 365 University.

Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365, atau Office 2013 boleh membuka dokumen yang dibuat menggunakan keluaran terkini aplikasi Office tanpa sebarang tindakan tambahan.

Pelanggan menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

Pek Keserasian Microsoft Office untuk Format Fail Word, Excel dan PowerPoint.

Produk Berkaitan

Office Home & Student 2013
Office untuk 1 PC
Termasuk Word, Excel, PowerPoint dan OneNote versi Office 2013.
Office Dalam Talian
Kolaborasi dalam masa sebenar bersama rakan dan keluarga semasa bekerja dengan projek dikongsi.
*Ketersediaan aplikasi dan ciri berbeza mengikut platform dan peranti. Publisher, Access dan OneNote dengan Office 365 tersedia untuk PC sahaja. OneNote untuk Mac tersedia sebagai muat turun berasingan dari Mac App Store. Versi aplikasi Office semasa untuk Office 365 ialah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif layak untuk mendapatkan versi terkini apabila tersedia.

iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.