Menyediakan Mesyuarat Lync

Jika anda menggunakan Outlook atau Outlook Web App, anda boleh menjadualkan mesyuarat dalam talian ulangan atau tunggal yang sama dengan cara anda menggunakan Outlook untuk menjadualkan mesyuarat biasa. Pautan mesyuarat Lync ditambahkan secara automatik kepada permintaan mesyuarat anda. Jika akaun anda dikonfigurasikan untuk persidangan dail masuk, permintaan mesyuarat akan termasuk maklumat panggilan masuk (nombor telefon dan ID persidangan).

Jika anda tidak menggunakan program Outlook (atau Windows), anda boleh menyediakan mesyuarat baru dengan menggunakan Penjadual Web Lync. Capainya di https://sched.lync.com atau ketahui lanjut di Lync Web Scheduler.

Untuk menyediakan mesyuarat dalam talian dengan menggunakan Outlook Web App

   
  1. Dalam portal Office 365, lakukan satu daripada yang berikut:
  • Untuk menyediakan mesyuarat mengikut tarikh, klik tab Kalendar, dan, di penjuru atas kiri, klik Peristiwa Baru.
  • Untuk menyediakan mesyuarat mengikut mereka yang anda ingin menjemputnya, klik tab Individu, klik kenalan atau kumpulan dalam senarai Kenalan kemudian di bawah individu atau nama kumpulan, klik Jadualkan Mesyuarat.

 Petua    Untuk menambah kenalan atau kumpulan, pada tab Individu , di penjuru atas kiri, klik Baru , dan sama ada klik Cipta Kenalan dan menaip dalam maklumat yang diminta, atau klik Cipta Kumpulan , taipkan nama kumpulan, klik kotak teks Tambah Ahli , kemudian taipkan alamat e-mel setiap individu yang anda ingin tambahkan. Sambil anda menaip, cadangan daripada senarai Kenalan akan muncul di bawah kotak teks, jika anda lihat nama kenalan di situ, klikkannya.

  1. Di tengah tetingkap mesyuarat, di atas kawasan mesej, klik Mesyuarat dalam talian. Butiran memanggil akan muncul dalam kawasan mesej, jika akaun anda dikonfigurasikan untuk dail masuk mesyuarat dan anda akan melihat Mesyuarat dalam talian dalam Lokasi.
  2. Penyediaan mesyuarat seperti mana yang biasa yang anda kehendaki, ia itu, dengan memberi nama peristiwa, menambahkan atau mengalihkan hadirin, memilih masa bermula dan tempoh dan sebagainya. Jika anda akan mempunyai hadirin perseorangan, dalam Lokasi, taipkan lokasi untuk mesyuarat, seperti bilik persidangan, atau klik Tambah Bilik untuk membantu mencari bilik persidangan.

 Petua    Untuk mencari masa yang bersesuaian dengan semua individu, klik Pembantu Penjadualan , di atas tetingkap mesyuarat.

 Petua    Untuk melihat seting bagi siapa yang mempunyai capaian pada mesyuarat dalam talian, siapa yang harus menunggu anda untuk memasukkan mereka ke mesyuarat, dan siapa boleh mewakili semasa mesyuarat, klik Seting Mesyuarat Dalam Talian

.
  1. Dalam kawasan mesyuarat, taipkan agenda. Berhati-hati agar tidak mengubah sebarang maklumat mesyuarat dalam talian.
  2. (Pilihan) Untuk menambah gambar atau lampiran dengan agenda, di atas tetingkap mesyuarat, klik ikon (…) Tindakan lebih di kiri Pembantu Penjadualan, klik Selitkan, kemudian klik Lampiran atau Gambar.
  3. Di atas tetingkap mesyuarat, klik Hantar.

Untuk menyediakan mesyuarat Lync dengan menggunakan Outlook 2013

   
  1. Buka Outlook dan pergi ke kalendar anda.
  2. Pada tab Rumah, pada reben Mesyuarat Lync, klik Mesyuarat Lync Baru.
  3. Sediakan mesyuarat seperti anda biasa lakukan, iaitu:
  • Dalam kotak Kepada, taipkan alamat e-mel setiap individu yang anda jemput, dipisahkan dengan koma bernoktah.
  • Dalam kotak Subjek, taipkan nama untuk mesyuarat.
  • Jika anda mempunyai hadirin perseorangan, sama ada mengklik Pencari Bilik , dalam reben Opsyen tab Mesyuarat, kemudian mencari bilik atau, dalam kotak Lokasi , taipkan lokasi mesyuarat, seperti bilik persidangan.
  • Pilih masa mula dan masa tamat.

 Nota    Untuk mencari masa yang sesuai bagi semua individu, klik Pembantu Penjadualan , dalam Tunjukkan reben tab Mesyuarat.

  1. Dalam kawasan mesyuarat, taipkan agenda. Berhati-hati agar tidak mengubah sebarang maklumat mesyuarat Lync.
  2. (Pilihan) Pada reben Outlook, klik Pembantu Penjadualan untuk memastikan anda mempunyai masa terbaik untuk mesyuarat.
  3. Klik Hantar.

 Penting    Menjadualkan mesyuarat dengan opsyen lalai, sama seperti yang baru kita lakukan, adalah sesuai bagi mesyuarat kecil dan dalaman seperti mesyuarat santai dengan beberapa rakan sekerja. Jika anda mengadakan mesyuarat dengan individu dari luar syarikat atau anda menjadualkan acara yang besar, ubah opsyen mesyuarat sebelum menghantar jemputan agar lebih bersesuaian dengan keperluan mesyuarat anda. Dalam permintaan mesyuarat, pada reben Mesyuarat Lync tab Mesyuarat, Klik Opsyen Mesyuarat , kemudian pilih opsyen yang sesuai.

Atas Halaman Atas Halaman

Untuk memulakan mesyuarat spontan menggunakan Lync

Jika anda perlu membincangkan subjek yang memerlukan perhatian segera, anda boleh memulakan mesyuarat ad hoc dengan segera menggunakan Lync. Lihat Memulakan Mesyuarat Lync spontan.