Kebolehcapaian Lync untuk pengguna kurang upaya

Microsoft komited untuk membuat produk dan perkhidmatannya lebih mudah digunakan oleh semua orang. Topik berikut memberikan maklumat tentang ciri, produk dan perkhidmatan yang menjadikan Lync lebih mudah dicapai oleh pengguna kurang upaya.

Dalam artikel ini


Ciri kebolehcapaian Lync

Selain daripada ciri dan alat kebolehcapaian dalam Microsoft Windows, ciri berikut menjadikan Lync lebih mudah dicapai oleh pengguna kurang upaya:

 Nota    Maklumat dalam dokumen ini hanya terpakai kepada pengguna yang melesenkan produk Microsoft dalam Amerika Syarikat. Jika anda memperoleh produk ini di luar Amerika Syarikat, anda boleh menggunakan kad maklumat subsidiari yang disertakan bersama pakej perisian anda atau melawati laman web Microsoft Accessibility untuk senarai nombor telefon dan alamat untuk perkhidmatan sokongan Microsoft. Anda boleh menghubungi subsidiari anda untuk mengetahui sama ada jenis produk dan perkhidmatan yang diterangkan dalam seksyen ini tersedia dalam kawasan anda. Maklumat tentang kebolehcapaian tersedia dalam bahasa lain, termasuk bahasa Jepun dan Perancis.

Ciri kebolehcapaian Bantuan Lync

Bantuan Lync termasuk ciri yang menjadikannya mudah dicapai oleh lebih ramai pengguna, termasuk pengguna yang mempunyai kecekatan yang terhad, penglihatan lemah atau kecacatan lain.

Pintasan papan kekunci untuk menggunakan tetingkap Bantuan

Untuk melakukan ini Menggunakan pintasan papan kekunci ini
Memaparkan tetingkap Bantuan. F1
Menukar penuding antara anak tetingkap topik Bantuan dan anak tetingkap navigasi (tab seperti Kandungan, Carian, dan Indeks). F6
Berubah antara tab (contohnya, Kandungan, Carian, dan Indeks) sementara berada dalam anak tetingkap navigasi. ALT + Huruf tab yang digariskan
Memilih teks atau hiperpautan tersembunyi berikut. TAB
Memilih teks atau hiperpautan tersembunyi yang sebelumnya. SHIFT+TAB
Menjalankan tindakan untuk Tunjukkan Semua, Sembunyikan Semua, teks tersembunyi atau hiperpautan yang dipilih. ENTER
Memaparkan menu Opsyen untuk mencapai sebarang perintah bar alat Bantuan. ALT+O
Menyembunyikan atau menunjukkan anak tetingkap yang mengandungi tab Kandungan, Carian dan Indeks. ALT+O, kemudian tekan T
Memaparkan topik yang dilihat sebelumnya. ALT+O, kemudian tekan B
Memaparkan topik berikut dalam jujukan topik yang dipaparkan sebelumnya. ALT+O, kemudian tekan F
Mengembalikan ke halaman utama yang ditentukan. ALT+O, kemudian tekan H
Menghalang tetingkap Bantuan daripada membuka topik Bantuan (berguna jika anda ingin menghalang halaman web daripada dimuat turun). ALT+O, kemudian tekan S
Membuka kotak dialog Opsyen Internet untuk Microsoft Internet Explorer, tempat anda boleh mengubah seting kebolehcapaian. ALT+O, kemudian tekan I
Menyegar semula topik (berguna jika anda memaut ke halaman web). ALT+O, kemudian tekan R
Mencetak semua topik dalam buku atau topik terpilih sahaja. ALT+O, kemudian tekan P
Menutup tetingkap Bantuan. ALT+F4

Menggunakan pintasan papan kekunci berikut dalam Bantuan, anda boleh melakukan banyak tugas umum dengan cepat.

Teks alternatif untuk gambar dalam Bantuan

Setiap gambar dalam Bantuan Lync, termasuk petikan skrin dan ikon, mempunyai teks alternatif yang berkaitan. Pengguna yang mempunyai masalah melihat gambar boleh menghentikan kursor pada gambar untuk membaca teks alternatif. Teks alternatif menerangkan perkara yang ditunjukkan dalam gambar atau menerangkan perintah program yang diwakili ikon itu.

Produk dan perkhidmatan kebolehcapaian daripada Microsoft

Microsoft komited untuk membuat produk dan perkhidmatannya lebih mudah digunakan oleh semua orang. Topik berikut memberikan maklumat tentang ciri, produk dan perkhidmatan yang menjadikan Windows lebih mudah dicapai oleh pengguna kurang upaya:

Ciri kebolehcapaian Windows

Sistem pengendalian Windows mempunyai banyak ciri kebolehcapaian terbina dalam yang berguna untuk individu yang mengalami kesukaran menaip atau menggunakan tetikus, buta atau mempunyai penglihatan lemah atau pekak atau mempunyai masalah pendengaran. Ciri ini dipasang semasa Persediaan. Untuk maklumat lanjut tentang ciri ini, lihat Bantuan dalam Windows dan laman web Microsoft Accessibility.

Tutorial langkah demi langkah percuma

Microsoft menawarkan siri tutorial langkah demi langkah yang memberikan prosedur terperinci untuk melaraskan opsyen dan seting kebolehcapaian pada komputer anda. Maklumat ini disampaikan dalam format sebelah-menyebelah agar anda dapat mempelajari cara menggunakan tetikus, papan kekunci atau gabungan kedua-duanya.

Untuk mencari tutorial langkah demi langkah untuk produk Microsoft, lihat laman web Microsoft Accessibility.

Produk teknologi membantu untuk Windows

Beraneka jenis produk teknologi membantu tersedia untuk menjadikan komputer lebih mudah digunakan untuk pengguna kurang upaya. Anda boleh mencari katalog produk teknologi membantu yang berjalan dalam Windows pada laman web Microsoft Accessibility.

Jika anda menggunakan teknologi membantu, pastikan anda menghubungi vendor teknologi membantu anda sebelum anda menaik taraf perisian atau perkakasan anda untuk menyemak isu keserasian yang mungkin.

Dokumentasi dalam format alternatif

Jika anda menghadapi kesukaran membaca atau mengendalikan bahan bercetak, anda boleh mendapatkan dokumentasi untuk banyak produk Microsoft dalam format yang lebih mudah dicapai. Anda boleh melihat indeks dokumentasi produk boleh dicapai pada laman web Microsoft Accessibility.

Selain itu, anda boleh mendapatkan penerbitan Microsoft tambahan daripada Learning Ally (dahulunya dipanggil Recording for the Blind & Dyslexic, Inc.). Learning Ally mengedarkan dokumen ini kepada ahli perkhidmatan pengedaran yang berdaftar dan layak. Untuk maklumat tentang ketersediaan dokumentasi produk Microsoft dan buku daripada Microsoft Press, pergi ke http://learningally.org/ atau hubungi:

Learning Ally
20 Roszel Road
Princeton, NJ 08540
Nombor telefon dari Amerika Syarikat: (800) 221-4792
Nombor telefon dari luar Amerika Syarikat dan Kanada: (609) 452-0606
Faks: (609) 987-8116

Alamat web boleh berubah, jadi anda mungkin tidak dapat bersambung dengan laman web atau laman yang diberikan di sini.

Perkhidmatan pelanggan untuk individu kekurangan pendengaran

Jika anda pekak atau mempunyai masalah pendengaran, capaian lengkap kepada perkhidmatan produk dan pelanggan Microsoft tersedia melalui perkhidmatan telefon teks (TTY/TDD):

  • Untuk perkhidmatan pelanggan, hubungi Pusat Maklumat Jualan Microsoft di (800) 892-5234 antara 6:30 AM dan 5:30 PM Masa Pasifik, Isnin hingga Jumaat. tidak termasuk hari cuti.
  • Untuk bantuan teknikal dalam Amerika Syarikat, hubungi Perkhidmatan Sokongan Produk Microsoft di (800) 892-5234 antara 6:00 AM dan 6:00 PM Masa Pasifik, Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk hari cuti. Dalam Kanada, dail (905) 568-9641 antara 8:00 AM dan 8:00 PM Masa Timur, Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk hari cuti.

Perkhidmatan Sokongan Microsoft tertakluk kepada harga, terma, dan syarat yang diguna pakai pada masa perkhidmatan digunakan.

Untuk maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara teknologi boleh dicapai untuk komputer membantu meningkatkan kehidupan pengguna kurang upaya, lihat laman web Microsoft Accessibility.

 
 
Berkenaan dengan:
Lync 2013 for Office 365, Office 365 Enterprise, Office 365 Midsize Business, Office 365 Small Business, Pentadbir Office 365 Enterprise, Pentadbir Office 365 Midsize Business, Pentadbir Office 365 Small Business