Soalan Lazim Office Language Packs 2013
Maklumat umum
Language Packs adalah produk tambahan yang dengan nyatanya mengubah pengalaman pengguna bagi program Office dengan mendayakan sokongan untuk berbilang bahasa. Ini termasuk Menu/Paparan, Bantuan, Kamus, Tesaurus dan Penyemak Ejaan. Selain daripada meningkatkan pengalaman pengguna, anda boleh memilih untuk menggunakan aspek individu Language Pack, seperti penyemak ejaan untuk membaca pruf dokumen dalam bahasa yang selain daripada bahasa lalai yang disetkan pada komouter anda. Sila ingati bahawa jika anda membeli langganan Office 365, anda boleh menggunakannya untuk memasang Office dalam bahasa berlainan selain daripada membeli Language Pack.
Office Language Packs individu tersedia untuk bahasa berikut:

Bahasa Arab, Portugis Brazil, Crotia, Cina (Ringkas), Czech, Belanda, Inggeris, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Latvia, Lithuania, Malaysia, Norway, Poland, Portugis, Romania, Rusia, Latin Serbia, Slovak, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.
Language Packs mendayakan Menu/Paparan, Bantuan dan alat pruf dokumen yang disetempatkan bagi kebanyakan aplikasi Office, termasuk Word 2013, Excel 2013, PowerPoint 2013, Access 2013, Outlook 2013, OneNote 2013, InfoPath 2013, Publisher 2013, Project 2013, SharePoint Workspace 2013, Visio 2013 dan suit Microsoft Office yang mengandungi produk ini. Access 2013 dan Project 2013 tidak disokong dalam bahasa Hindi.

Selain itu, bahasa bagi sesetengah alat yang lain disetempatkan apabila Language Packs didayakan. Penyetempatan aplikasi berbeza mengikut bahasa, lihat Halaman Alat Pruf untuk butiran lanjut.
Office Language Packs pada peranti Windows RT adalah percuma dan bersertakan Windows Language Packs yang tersedia melalui Windows Update.

Jika anda ada peranti Windows RT, Office Language Packs disertakan dengan Windows Language Packs. Untuk mendapatkan Office Language Pack pada peranti anda, pergi ke seting Bahasa untuk peranti anda dan tambahkan Bahasa Paparan Windows yang berkaitan.
Cara untuk membeli
Untuk membeli Language Pack, sila lawati Halaman Opsyen Bahasa Office, pilih bahasa yang anda ingin beli, klik Beli sekarang kemudian ikuti arahannya. Sila ambil perhatian bahawa Language Packs individu adalah tidak tersedia melalui program pelesenan volum. Selain itu, Language Packs hanya tersedia untuk versi Office semasa.
Tidak. Jika anda telah membeli langganan Office 365, anda boleh menggunakannya untuk memasang Office dalam bahasa berlainan dan tidak perlu membeli Language Pack.
Keserasian
Tidak. Atas sebab perubahan seni bina aplikasi, hanya Office Language Packs 2013 serasi dengan versi Office yang terbaru.
Ya. Terdapat berbilang opsyen bahasa untuk Office. Untuk mengetahui perkara yang tersedia, pergi ke Halaman Opsyen Bahasa Office dan pilih bahasa yang anda minati daripada menu juntai bawah.